10 November, 2009

Nienaphobia

Pagi tadi ada Hot check kat hotfm, tajuknya phobia atau rasa takut pada sesuatu. So, akupun bagi taulah akunye phobia, lastly Cik Suraya (penerbit) trus call suruh standby nanti Faizal akan call utk on air. Wah, tak sangka plak, Suraya kata akunye phobia mmg pelik, so apalah salahnya dikeudarakan.

My Phobia : Takut pada kapal terbang atau Heli yang lalu/terbang melintasi atas kepala aku. Wah... akupun tak sangka aku ada phobia mcm ni. Ntah yer kenapa, kalau ada kapal terbang/heli melintas aku rasa cam bederau jer, takut tak tau nak cakap. Yang peliknya aku tak takut plak naik kapal terbang. So, aku rasa aku takde phobia pada tempat tinggi (gayat) sebab aku boleh dengan selambanya naik roller coster, solero shot, eye on malaysia, daki gunung, buat bunji jumping. Bila dan kenapa rasa phobia ni terbit pun aku tak pasti. Yang paling lawak skali, Halim Othman ada memberikan nama pada rasa ketakutan aku tu, "Nienaphobia". Takpe nanti aku cari jugak nama scientifik sebenar pada phobia aku tu, itupun kalau aku berkongsi ketakutan yg sama dgn org lain especially org putih sbb diorg yg pandai nak memberikan nama pada bende2 mcm ni.

Mesti semua org ada rasa ketakutan masing2. Ada yang pelik ada yg biasa didengar. Jom kita kongsi...


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

08 November, 2009

Pisau Cukur

Tadi pi tengok Pisau Cukur...filem menarik, kelakar, tak bosan, ok lar utk release tension. Tahniah pada crew Pisau Cukur especially Bernard Chauly & Rafidah kerana tak merugikan duit aku beli tiket sekeluarga.
Komen :
Fazura memang lawak
Maya dah sah-sah lawa
Aaron cool, semestinyaaa...
Redza Minhat cute pakai besi

Tengoklah pic blakang tabir diorg kat http://pisaucukur.com.my/blog.htm
Jom tengok ramai2 kasi pecah panggung, ada free gift Schick lagi




:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

07 November, 2009

Tuntutlah ilmu hingga ke Negeri China

Sabda Rasulullah "Tuntutlah ilmu hingga ke Negeri China".
Minggu lepas pada 30/10/09, Muhammad Radi (adik ipar) telah menyahut seruan Rasullullah tersebut. Dia telah berangkat ke China utk menimba ilmu pengetahuan. Pelik juga, macam manalah dia boleh ditawarkan jurusan yang sedikit pelik bagi kami kaum Melayu iaitu, Ijazah Sarjana Kesusasteraan Bahasa Mandarin dengan Pendidikan. Tak ke pelik tu, sedangkan dia sepatah harampun tak tahu bahasa Cina.

Mula2 nak pegi, lepas tu tak berani, last2 pergi jugak walaupun mak kami berat hati nak melepaskan anak kesayangannya tu. Almaklumlah anak bongsu. Radi ni memang tak boleh dicabar, dia akan buat apa yang dia suka dan sesuatu yang mecabar.

Apa-apapun, kami akan mendoakan kejayaan beliau.
Pic Radi Road To China:



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

03 November, 2009

OST SUMPAH BUNIAN - Bagaimana



Singer : Enava feat Marnee
:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Glowing Axolotls


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

02 November, 2009

Lamanya tak manukil...

AdusssSSSsss.. Lamanya aku dah tak menukil kat sini. Kenapa ekk, busy ...? Ntah ler, tapi tak ler busy sangat. Malas kot. Hehehe...actually takde ape yg menarik nak tulis, nanti termerapu plak.
:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget