31 December, 2010

Apa AZAM baru kamu??

Beberapa jam lagi kita akan menyambut tahun baru. Samalah juga sepertinya kita menyambut tahun baru Hijrah beberapa hari yang lalu. Samalah juga soalan yang lazim akan di tanya
"APA AZAM BARU KAMU?"

Kalau nak kata AZAM ni mesti kita kaitkan dengan tahun baru. Tapi pernahkah antara kita tiba-tiba berazam di pertengahan tahun?

Bagaimana pula dengan azam anda di tahun-tahun yang sudah? Adakah antaranya sudah tercapai ataupun sebahagian sahaja yang tercapai. Jika capaiannya hanya separuh, maknanya azam anda akan di bawa ke tahun hadapan. Dalam bahasa akauntasi adalah b/f (bring forward). Tapi bagaimana azam yang kamu tanam itu telah di tanam dari beberapa tahun yang sudah dan masih belum di capai.

Mungkin tahap kecekalan dan tahap pencapaian ke arah azam kamu tidak kukuh. Maka harus diperkukuhkan agar dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Bagaimana nak mencapai azam agar anda menjadi orang yang SUCCESS....

3 Langkah Asas Bagaimana Meletak Azam Tahun 2011.

1. Jika Anda Masih Mahu Teruskan Azam Lama, Kali Ini Lebihkan Usaha.

Mungkin Anda tak mahu set azam baru simply Anda mahu capai azam lama. Mesti ada sebab kenapa Anda masih tak berjaya merealisasikan azam tu pada tahun 2009, mungkin usaha kurang. Dari asyik berfikir cemana nak mencapai azam, kali ni desak diri Anda untuk berusaha mencapainya dengan melatih diri untuk menjadi rajin. Orang yang asyik berfikir tapi kurang usaha tak dapat capai apa-apa. Orang yang rajin berusaha kemudian sentiasa berfikir cemana mahu membaguskan usahanya supaya semakin menjadi, itulah orang yang akan dapat mencapai azam yang dicita-citakannya.


2. Tulis, Lekat, Baca, Ingat. (T.L.B.I.)

Tulis azam di atas kertas supaya minda Anda ‘menangkap’apa yang anda mahu capai lalu menerimanya sebagai satu arahan untuk direalisasikan. Lekat azam yang sudah ditulis tu di tempat yang Anda senang nak baca berpuluh kali dalam sehari, misalnya di dinding. Jika anda kurang selesa dengan cara ini sebab takut orang lain nampak azam yang Anda, tulis di atas sekeping kad kecil, bawa ke mana-mana dan baca berpuluh kali dalam sehari, kalau boleh sampai beratus kali sehari. Kenapa Anda perlu buat ni? Tujuannya untuk menjadikan minda Anda terfokus pada azam Anda, bukan pada perkara lain. Bila minda sudah terfokus pada perkara lain, sia-sia sajalah Anda meletak azam sebab Anda tidak merasai dorongan nak mencapainya.


3. Tetapkan, Fokuskan, Jangan Tukar.

Tetapkan 3 azam dalam satu masa, jangan lebih supaya fokus Anda tidak bercelaru,sekejap itu, sekejap ini. Ini bukan masa untuk bereksperimen. Ini masa untuk membentuk hidup yang lebih baik, sebab itu azam perlu tetap. Tetapkan apa Anda mahu capai. Jika Anda seorang pekerja, apa Anda mahu capai sebagai seorang pekerja dalam tahun 2011? Mungkinkan adakah Anda mahu capai tahap gaji yang lebih tinggi? Kenaikkan pangkat? Atau simply mahu memajukan diri dalam kerjaya Anda? Jika Anda seorang ibu, seorang isteri dan seorang anak, apakah yang Anda mahu capai dalam tahun 2011? Jika Anda seorang usahawan, apa yang Anda mahu capai pada tahun 2011 nanti? Tetapkan azam, jangan ubah selagi belum berjaya dicapai. Inilah langkah paling penting dalam meletak azam. Sebab ramai dari kita suka bertukar-tukar azam, macam tukar baju daaaa.

SELAMAT BERJAYA MENCAPAI AZAM ANDA

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

29 December, 2010

Chak De! India - Malaysia Boleh

Semalam saya berkesempatan menonton Filem Chak De! India di TV2 yang dibawakan khas oleh TMnet. TQ TM coz siarkan filem ni sewaktu kita sekarang dalam bahang mengejar kejuaraan dalam Piala Suzuki.

Kalau ada sesiapa yang menonton dan pernah menonton filem ini yang ditayangkan pada tahun 2007, pasti akan teruja. Filem ini berkisarkan tentang semangat dan ketabahan pasukan hoki wanita India. Saya tak berapa kenal sangat dengan kesemua heroin dalam cerita itu, tapi yang paling pasti coach pasukan hoki wanita India dalam cerita itu adalah Mr. Shah Rukh Khan. Mereka bermati-matian berlawan dengan pasukan-pasukan dari negara lain untuk melayakkan diri seterusnya ke peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhirnya ke perlawanan akhir. Konflik dalaman juga melanda, tetapi mereka dapat mengatasinya dan menang dengan bermaruah di Kejohanan Piala Dunia Hoki Wanita.
Kekalahan India pada Australia (dalam cerita Chak De! India) dengan 7-0 pada pusingan pertama pasukan A sama seperti kekalahan Malaysia dengan Indonesia, 5-1 pada pusingan kelayakan juga. Di akhir cerita pasukan India bertemu semula dengan pasukan Australia

Kalau diamati filem ini sebagai memberi semangat kepada pasukan bola sepak Malaysia yang akan menentang Indonesia pada malam ini.

Harapan saya, agar pasukan Malaysia dapat mengalahkan Indonesia pada malam ini. Tak kiralah berapa gol yang masuk, yang pastinya Piala Suzuki itu bertapak di Malaysia.

MALAYSIA BOLEH!!!!

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

27 December, 2010

JERSI PEMBAWA TUAH



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

26 December, 2010

TAHNIAH PASUKAN MALAYSIA

Tahniah pada pasukan bola sepak Malaysia kerana berjaya mengalahkan Indonesia 3-0 serta menebus balik kekalahan 5-1 pada perlawanan pertama peringkat kumpulan.

Tapi harus diingat, masih ada satu lagi perlawanan yang akan berlangsung di Indonesia iaitu perlawanan penentu pada 29 haribuan ini (3 hari dari sekarang)
Sekiranya pemain Malaysia mengekalkan mutu permainan hari ini, tidak mustahil kita dapat membawa pulang Piala Suzuki untuk tahun ini. Dan apabila Malaysia berjaya menjuarai Piala Suzuki, maka Malaysia akan meniti puluhan tangga World Football Ranking. Kalau tidak silap saya, kini Malaysia berada di tangga 147 dunia dan Indonesia pula di tangga 127 dunia.

Macam-macam boleh jadi di padang lawan. Diingatkan agar semua pemain tidak terlalu ghairah walaupun kita kini sedang dalam kedudukan yang agak selesa. Bagi penyokong yang memancar laser ke mata penjaga gol Indonesia dan yang
membaling bom asap dan membakar mercun, perbuatan kamu itu pasti akan di balas balik oleh penonton Indonesia di Stadium Bung Karno. Nanti jangan pula kamu marah, begitu juga penyokong Malaysia yang lain tak boleh marah, sabar saja kerana kita di tempat mereka. Keselamatan pemain kita yang lebih utama.

Yang menjadi tanda tanya kini, adakah karpet merah akan dibentang untuk pemain kita bila mereka tiba di lapangan terbang Indonesia? Hotel berapa bintang yang akan mereka sediakan untuk pemain kita di sana? Selamatkah penonton dan pemain kita selepas Malaysia menjuarai Piala Suzuki di Indonesia. Berapa jam pemain kita dan penonton kita akan di tahan di dalam Stadium Bung Karno semata2 untuk mengamankan penyokong Indonesia yang merusuh kerana kekalahan mereka?


Apa-apapun, All The Best untuk semua pemain Malaysia. Doa kami akan mengiringi anda di sana....


Akan menjadi milik Malaysia tahun ini

MALAYSIA BOLEH!!!

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

TAK FAHAM

Kenapa ada orang di kalangan kita yang selalu berasa angkuh dan sombong dengan apa yang mereka ada? Kenapa orang-orang yang angkuh dan sombong itu tidak pernah memikirkan sensitiviti orang-orang lain yang berada disekelilingnya?

Tapi pernahkah mereka tahu yang mereka sendiri masih merangkak-rangkak dalam meniti hari-harinya . Dan pernahkah mereka sedar jika mereka tidak dibantu, mereka akan tetap menyusur seperti bayi yang baru dilahirkan.

Perasaan marah ini semakin meluap-luap bila orang-orang yang angkuh dan sombong itu tetap mahu menegakkan benang yang basah. Yang salah daripadanya tetap benar. Yang silap daripadanya hanya dibiarkan sahaja orang lain menerima akibatnya. Berpura-pura seperti malaikat tetapi hakikatnya lebih jijik dari syaitan yang bertopengkan manusia.

Huhhhhh!!!!!!

Ungkapan yang mudah bagi mereka adalah.........

BERLAGAK!!!!

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

24 December, 2010

SAYATAK PANDAI MEMBODEK

Saya memang tak pandai nak membodek orang. Kalau saya tak suka sesuatu perkara, saya akan cakap terus terang. Saya tak suka simpan2. Tak kiralah orang itu suka atau tidak, saya akan terus jadi diri saya.

Saya tak pandai nak bermuka-muka. Dalam hati kata tak suka, tapi terpaksa cakap suka sebab nak menjaga hati. Yang boelh saya katakan hanya untuk menjaga hati adalah 'No Comment' itu lebih baik. Harap yang empunya badan nilailah sendiri.

Memang saya tak pandai nak jaga hati orang. Tapi saya tak kacau orang kalau orang tak kacau saya. Saya tak akan ganggu hidup orang kalau orang itu tak menyusahkan hidup saya. Saya juga tak mungkin akan marah orang saja-saja kalau orang itu tidak melakukan apa2 yang boleh membuat saya marah.

Jadi...sila faham...yang paling penting, JANGAN INGAT SAYA MURAH, JANGAN SUKA-SUKA MENGATA SAYA, JANGAN MENYUSAHKAN HIDUP SAYA...!!!

Dengan boss saya juga begitu. Saya tidak perlu untuk membodek boss saya kerana saya berpendapat saya diambil bekerja kerana kebolehan saya. Jika saya rasa sesuatu itu tidak benar, saya akan tegur saja. Saya akan marah sesiapa saja yang salah, tapi saya akan jernihkan kembali keadaan agar kami boleh bekerja bersama tanpa rasa marah atau kecil hati. Boss saya juga akan terdiam bila saya marah kerana memang dia akui bila saya sudah marah, pasti ada yang salah. Jadi mereka di pejabat memang dah faham dengan saya, saya akan tegur apa saja yang saya rasa itu TIDAK BENAR.

Dengan adik beradik saya juga begitu. Saya akan tegur kalau saya rasa apa yang mereka buat itu salah. Tapi saya akan berhenti menegur kalau mereka tidak perlukan saya untuk komen apa2 lagi. Jadi mereka kakak dan 2 org adik lelaki saya dah faham dengan saya, saya akan tegur apa saja yang saya rasa itu TIDAK BENAR.

Dengan anak-anak saya juga begitu. Tapi saya hanya menegur bila mereka benar2 keterlaluan kerana saya masih berlembut dengan anak2 saya yang baru berumur 7 dan 3 tahun. Saya rasa tak perlu untuk marah keras2 dengan mereka, kerana mereka masih mentah untuk faham. Jadi anak2 saya dah faham dengan saya, saya akan besarkan mata saya bila marah pada mereka.

Dengan suami saya juga begitu. Apa yang saya tak suka, saya akan cakap saja dan dia sangat memahami. Suami saya akan tegur balik apa yang dia tak suka, jadi saya akan kalah dan jatuh no.2 bila berdebat dengan dia. Walaubagaimanapun, suami saya memang dah faham dengan saya, saya akan marah2 walaupun bukan dengan dia sebab dia tahu saya hanya mahu melepaskan marah saya agar kemarahan saya tidak terus terbuku dalam hati.

Dengan mak dan ayah saya juga begitu. Saya akan tegur apa saja yang saya tak berkenan. Jadi mak dan ayah memang dah faham saya. Tapi kadangkala mak paling tak suka kalau saya sudah menegur, dia takut kalau2 ada yang terasa hati. Mak sangat suka nak menjaga hati orang, jadi ia bertenangan dengan sifat semulajadi saya. Saya anggap semua orang sudah cukup mahir untuk menilai dan tak sewajarnya melakukan sesuatu kesilapan yang tak masuk akal.

Jadi...saya memang sengaja meMERAHkan post saya kali ini sebab saya MARAH!

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

22 December, 2010

Belajar Bekerja Berumahtangga

SAYA AKAN MASUK SEKOLAH LAGI.....

Taktau nak cakap apa dah,
Class akan bermula pada 8-Jan-2011.
>
>
Taktau nak cakap apa dah,
Boleh ker berbagi masa lepas nie.
>
>
Taktau nak cakap apa dah,
Dah tak boleh enjoy2, shopping, travelling...
>
>
Taktau nak cakap apa dah,
Berapa jam boleh tido sehari erkkk?
>
>
Taktau nak cakap apa dah,
Mesti gi keje dengan muka selenger
>
>
Taktau nak cakap apa dah,
Sayang....doakan Ayg berjaya...
Sayang....kamu juga...
Sayang....kita sama2 harungi hidup ini
Sayang....semangat mu semangat ku BERSATU


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

21 December, 2010

MANA ADAB KAMU?

Pagi tadi terdengar Panggilan Hangit di HotFM. Adalah sorg budak tue kena panggilan drp Fafau. Wahhhh....geram btul dengar cara budak perempuan tue jawab panggilan. Kurang Hajar btul, mana adab kamu, Cik Adik oiiii!!!!

Cara cakap dah ler meleweh2, OKlah mungkin baru bangun tidur agaknya. Tapi bila lama-kelamaan dengar perbualan mereka di phone, memang sangat menyakitkan hati. Cik Adik oiii, tak kesahlah siapa pun yang call kamu, dan tak kesahlah atas alasan apa orang menelefon kamu, tapi tak bolehkah kamu berbicara dengan lebih sopan. Mana adab ketimuran dan ciri-ciri kewanitaan kamu? 14 tahun, tak boleh menjawab telefon dengan baik. Come on lahhh girl!!!

Bagi sesiapa yang ada mendengar Panggilan Hangit pagi tadi, pasti faham dengan apa yang saya marahkan ini. Betul kata pemanggil lelaki yang 'tertangguh hendak pergi kerja' tue. Masa kami muda-muda dulu (umur belasan tahun) takut untuk biadab dengan orang tua. Tak kiralah dengan siapa kami bercakap, nampak muka ker atau tidak, tapi kami takut untuk berlaku kurang hajar. Takut nanti memburukkan nama keluaraga, nanti orang akan cakap 'anak sipulan2'. Bukan sebut nama kita, tapi nama mak dan ayah yang akan dijaja. Akibatnya, nanti kami akan dimarahi bila di rumah. Mak ayah kami dlu2, bukan saja marah, tapi tangan pun naik sekali. Inilah akibatnya anak2 sekarang yang lebih dimanjakan dan dibiarkan mereka melakukan sesuka hati.

Lagi satu panggilan hangit yang membuatkan saya geram pada minggu lepas. Kalau ada yang terdengar, panggilan kepada seorang pekerja lelaki di syarikat percetakan kerajaan. Yang ini pun sama juga, dahlah jawab telefon dengan tahap kemalasan tinggi, boleh pulak tak mahu ambil order, dan suruh customer order saja dengan syarikat swasta lain. Boleh ker begitu? Suara memanglah confirm memang jelas sorang budak yang tak beradap, macam ini ker sorang Penjawat Awam?

Bagus juga ada Panggilan Hangit nie. Kita boleh tahu siapa yang baik dan siapa yang jahat. tapi diingatkan pada yang berhajat nak kenakan orang dengan panggilan hangit, elakkanlah kenakan ibu dan ayah sendiri. Tak baik begitu, apa perasaan ibu dan ayah anda bila tiba2 rasa dimalukan dan diperdengarkan dikhalayak ramai. 1 Malaysia, ntah ntah 1 dunia boleh dengar. kalau nak kenakan panggilan hangit, tujukanlah pada rakan2 yang anda rasa sepatutnya dikenakan untuk kesedaran dan memperbetulkan yang salah. Jangan sampai mengeruhkan keadaan sudahhh....

Bahasa Jiwa Bangsa

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

16 December, 2010

10 Muharam

Esok 10 Muharam bersamaan dengan Hari Asyura’. Setiap tahun mak saya akan memasak bubur Asyura’ tapi yang ni special skit dari bubur2 Asyura’ yang lain. Kalau menurut sejarah Islam, bubur Asyura’ kebanyakkannya mengandungi 90% kekacang, tapi bubur Asyura mak saya pula mengandungi hampir 50% sayur selebihnya beras dan kacang. Almaklumlah, kami bukan orang yang berada2 sangat, yang ada di kawasan rumah kami adalah sayur-sayuran seperti daun kaduk, daun senduduk, daun mengkudu. Tapi jangan salah sangka, Nampak saja hijau tapi sedapppppppppp……………Rindunya nak makan bubur lambuk mak, agak2nya mak masak tak bubur lambuk sayur esok yeaaa.

14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura
1. Melapangkan masa / belanja anak, suami & isteri: Fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin: Fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah: Fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.
4. Menunjukkan orang sesat: Fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim: Fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
6. Bersedekah: Fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri: Fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat: Fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
9. Bercelak: Fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali: Fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat: Fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
Lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Membaca 'hasbiyallahhu w ani 'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru': Fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .
13. Menjamu orang berbuka puasa: Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa, Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala': Fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Moga kita dapat menjalani hari yang mulia ini dengan baik dan mengumpul segala banyak pahala yang dapat.

Amin..........


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

08 December, 2010

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1432

Assalammualaikum sumer .... :)

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH...

Alhamdulillah, saya dapat menamatkan tahun 1431 dgn byk kenangan manis. Byk perkara dapat dicapai, dan harapan serta doa untuk tahun baru ini agar saya menjadi lebih baik dari tahun-tahun sudah.

Apa perancangan tahun ini (1432)?
Apa perancangan anda pula?

Ingat...kalau nak berjaya sila senaraikan impian anda.

Tahun ini banyak perkara yang saya mahukan. Tapi saya tak akan senaraikan di sini. Cukup untuk tatapan saya dan yang tersayang saja. Tapi mungkin ada antara kamu kamu dan kamu (bff) dah tahu apa yang saya mahukan. Hehehehe....kadangkala sesuatu rahsia itu lebih baik dikongsi dengan seseorang atau orang2 yang boleh dipercayai.

Impian dan keinginan saya.........bukan material....tapi sesuatu yang lebih extreme dan memerlukan kerja keras serta kesungguhan. InsyaAllah saya boleh lakukan kerana saya percaya dengan kebolehan saya.


Amin.....

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

01 December, 2010

GIBRALTAR AIRPORT SPAIN (Airport Tengah Bandar)

Di Malaysia, kita biasa tengok keretapi melintas kat tengah-tengah bandar ataupun melalui jalan-jalan kampung dan ada juga yang lalu di belakang rumah.


Teringat saya masa disekolah tadika (TADIKA KEMAS KG, HAJAH FATIMAH, JOHOR BAHRU), 5 minit sebelum keretapi melintasi landasan di belakang sekolah tadika kami, loceng akan dibunyikan tanda bersedia. Bila keretapi lalu, kami semua tutup telinga. Bergantunglah pada gerabak sama ada panjang ataupun pendek. Kalau masa keretapi melintas itu, kami sedang berehat minum pagi (lebih kurang pukul 10am), kami akan duduk di tingkap sekolah yang menghadap ke landasan dan melambai-lambaikan tangan pada penumpang dalam keretapi tersebut.


Tetapi, di Sepanyol lain pula ceritanya. Pasti yang belum tahu, sudah semstinya anda akan terkejut melihat situasi kapal terbang melintasi jalan-jalan bandar. Nanti kita akan dapat lihat senario kereta diberhentikan bila ada palang turun menandakan beberapa minit kemudian akan ada kapal terbang yang akan melintas sama ada untuk terbang naik ke udara ataupun untuk turun ke lapangan.



Gibraltar sebuah pulau di Selatan Sepanyol mempunyai kepadatan penduduk seramai lebih kurang 30,000 orang sahaja dengan keluasan 6.843 square kilometres (2.642 sq mi).

Jangan tak percaya juga, 4.01% daripada penduduk Gibraltar beragama Islam, kerana itu terdapat sebuah masjid besar yang didirikan dengan kos perbeljaan ditanggung oleh King Fahd dari Arau Saudi. Pembinaan masjid mengambil masa selama 2 tahun dengan keseluruhan kos sebanyak £5 million
The Mosque King fahd ben Abdelaziz Al Saaud at Europa Point, Gibraltar
CIM : Jom pergi melancong ke Spain

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget