29 May, 2011

Semester Baru Sudah Bermula

Hari ni aku akan masuk class semula.... hurmmm...setelah sebulan cuti mentelaah, kini mulalah semula tugas aku sbg pelajar. Assignment, report, exam...semua itu akan menyebokkan harian aku dan hubby. Nasib baik study bersama.

Semester ni amik subject ni (hehe nampak tak erk?),
1. English for Written Communication
2. Enterpreneurship
3. Professional Ethics

Assignment sumer kena submit online 10 July 2011.



* Wish me luck


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

27 May, 2011

Wajik manisan Warisan

Harumnya rumahhhh.... wahh mak tengah gaul wajik. Banyaknya....
Me: Siapa punya ni?
Mak: Kak Kiah
Me: Owhh, Along punya erhh. Banyaknya.
Mak: 2000 bekas, nak kena packing untuk dia bagi jemputan
Me: Mak aihhhh.... banyaknya. nanti sapa tolong bungkus?
Mak: Aunty



p/s: Siapa nak belajar buat wajik dengan mak saya? Saya dengan kakak memang taklah....hehehehe (Sorry Mak)



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

24 May, 2011

Pasangan Anda Curang???

Macam-macam kita dengar sekarang nie.
Sang suami main kayu 3
Sang isteri durjana selingkuh
Sang suami mengorat anak dara
Sang isteri cuba2 nak jadi anak dara


Macam mana nie? Mana ikrar mereka sewaktu diijab kabulkan dulu? Ada tu yang dah bepuluh tahun kawin, anak pun dah 2-3 org, anak2 dah sekolah, dah faham masalah orang tua, tapi org tua yg tak tahu nak selesaikan masalah, ambil jalan mudah...

Kejadian nie terjadi disekeliling kita. Tapi malang sekali kalau perkara seperti terjadi pada kita tanpa disedari. Kalau kita yang jadi mangsa pasangan tak sedar diri, nak buat macam mana? Takkan nak diam saja atau takkan nak biarkan saja atau lepaskan saja.....Ala-ala malas nak pikir, kau pergilah buat haluan kau, tak kuasa aku nak layan!!! Macam tue ker cara menyelesaikan masalah?

Rakan saya sendiri, perempuan tau...selingkuh...MasyaAllah....masuk neraka beb. Puas dah nasihat, perli, sindir, kutuk, hurmmm apa lagi, tapi bila dah dasar muka tembok longkang, mmg tak makan saman. Buat d0n0 jewr.....Macam tak buat salah. Alasannya, husband dia tak layan dia dengan baik....hurmmmm....selama bertahun2 kawin mmg tak pernah layan baik2 ker? Tak layan baik pun, 3 jugak dah keluar, tu bukan kira baik punya layan kerrrrr....Tak paham aku lah!

Selidik punya selidik, jantan yg sengal melayan tue pun laki org. Start diorg berkapel2 ni masa wife jantan tue mengandung. Nielahh jantan....yang betin4 tue pun ambil kesempatan. Baru2 ni dah siap courier sim card Celcom pergi opis dia lagi. kantoiiii.......yg tukang receipt tue mmg dah tak tahan tengok drama, apa lagi sampailah kat corong telipon aku ni haaaa....gosip hangat!!! Tukang bg info kata, member yg sedang mavuk bercinta tu asyiklah bergayut kat hp tak berhenti2. Ntah apa yg diorg borakkan pun taktaulah.

Apa lagi kitorg selidik lah, gali dalam2, ingat org tak boleh siasat gaknya. Haaaa!!!! jumpa dah jantan tue kat muka buku dia yg bermuka2 tue. Wall boleh baca beb, gambo pun leh tengok, tapi tak nampak plak jantan kep4ra4t tue ada problem ngan wife dia. Happy jewrrr....pelik tau.

PERSOALANNYA di sini.... Adakah Pasangan Anda Curang?
Jangan ingat rumah tangga kita bahagia, pasangan kita tak berlaku curang.
Jangan ingat pasangan kita baik, dia tak tipu kita selama ini.
Harus diingat Syaitan selalu mengganggu dan menghasut.

Sebelum terlambat, cemburui pasangan kita. Jangan sampai ada org lain yang ambil kesempatan .

*Dah malas nak nasihat member tue, tapi kalau tak cakap kita pun sama berdosa kerana membiarkan member kita hanyut dengan perkara mungkar. Nauzubillah.......

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

22 May, 2011

Tragedi Tanah Runtuh di Rumah Anak Yatim al-Takwa

Terperanjat dengar berita ini....sangat terkejut, di saat melihat Berita Terkini di TV3, air mata terus menitis. Ya-Allah...ampunkanlah dosa anak2 ini dan juga ampunilah dosaku. Di saat anak2 ini sedang bertarung nyawa di bawah timbunan tanah, batu dan lumpur, di saat itulah aku sedang bergelak ketawa menonton wayang (Filem Kongsi)... Astaghfirullahhalazim...


Macam mana boleh runtuh?
Kenapa buat rumah tu di lereng bukit?
Tak ada aduan ke sewaktu runtuhan2 kecil berlaku?
Kenapa semua mangsa adalah anak2 itu?
Di mana guru mereka saat itu?

Banyaknya soalan...kalaulah saya berada di kawasan berdekatan, InsyaAllah saya dan suami akan bergegas ke tempat kejadian memberikan bantuan. Kalau boleh kita menghulurkan tangan kepada mereka, kita tak akan rugi, kerana di situ ada janji Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Perkara dah berlaku. Bila Allah menyeru Kunfayakkun....tak siapa boleh mengelaknya. Itulah yang dinamakan suratan. Semoga ini akan menjadi pengajaran buat kita. Untuk anak2 yang masih selamat itu, berikanlah mereka rawatan yang sewajarnya. Pastikan mereka gembira...

"Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap"

Sesungguhnya yang pergi seramai 16 orang itu telah Syaheed di sana dan aman mengadap Ilahi.


Mood : Sedih... Al-Fatehah

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

21 May, 2011

NUR KASIH filem penuh mesej


Alhamdulillah dapat juga tengok NUR KASIH semalam. Filem yang ditunggu2 akhirnya......... Sangat tidak menghampakan, dari 10, saya boleh bagi 9.5. Hurmmm....5 minit pertama dah menitiskan air mata. Dan minit2 seterusnya, penuh debaran, degupan, tangisan, kesedihan, kecintaan, penghayatan.

Penuh dengan mesej tersirat... Tahniah kepada Mira kerana berjaya menulis sebuah naskah yang sangat baik. Cinta seorang isteri, kasih seorang suami, sayang seorang abang, semuanya dirangkul menjadi satu.

Jom dengar OST lagu TANPAMU yang sangat menyentuh perasaan... Hayatilah.....


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

18 May, 2011

NUR KASIH The Movie

Filem yang di tunggu-tunggu abad ini......
NUR KASIH THE MOVIE

Pasti tidak menghampakan, esoklah harinya...mesti tonton sebab
NUR KASIH The Series tak pernah miss, pastu masa bulan puasa ada ulangan tetap tak miss coz tayang pada waktu sahur, sekarang ni roll on di TV Suria, S'pore plak, tapi kali ni tengok kadang2 saja.

Apalah agaknya kesudahan cinta ADAM & NUR...

Cinta sungguh misteri, hanya Allah s.w.t. sahaja yang mengetahui. Realiti, Allah s.w.t. telah mengatur kehidupan seoseorang insan dan dugaan yang diberikan tidak akan lebih dan tindak akan kurang, tetapi setimpal dengan kudrat hambanya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, kerana Dia tak akan menduga kita melebihi dari apa yang kita mampu. Hanya orang-orang yang sabar sahaja akan melepasi dugaan Allah s.w.t.



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

11 May, 2011

Juvana - Surat Komeng (Jadilah Anak Yang Baik)


Sudah beberapa episod saya tonton Drama bersiri Juvana nie. Thanks to Faizal Ishak kerana memaparkan cerita masalah remaja seperti ini. Cerita yang sedikit berat, tapi cukup memberi kesan kepada anak remaja zaman ini. 13 minggu anda akan lebih berdebar2...



Pengajaran :-
Jangan buat jenayah, nanti masuk pusat juvana. Jangan tunjuk lagak bila dah masuk pusat juvana. Bila dah masuk pusat juvana tapi masih lagi buat jenayah, taktau nak cakap apa dah.

Pusat juvana adalah tempat di mana remaja2 bermasalah dikumpulkan. Kalau seorang remaja itu fikir dia sangat hebat, tapi bila di pusat juvana akan ada yang lebih hebat. Jadi, elakkan dari masuk pusat juvana. Oleh itu, jangan buat jenayah.

Nasihat pada remaja zaman ini, manfaatkanlah masa remaja anda dengan aktiviti2 berfaedah. Bergaul dan bersahabatlah dengan rakan sebaya yang boleh membawa anda kepada aktiviti2 yang sihat. Rakan yang baik akan menjadikan anda lebih baik.

Jom tengok video Surat Komeng yang dibacakan oleh Daim pada sesi ucapan pilihan raya memilih ketua baru.



Sedihkan dan menyentuh perasaan. Secara normal, memang budak2 nakal ni bila dah sentuh bab 'Ibu' pasti akan menginsafkan. Tapi....adakah remaja2 ini akan sedar selagi Tuhan tidak menunjukkan mereka pengajaran hidup yang ke-2 yg maha dasyat? MasyaAllah......

Semalam hanya kenangan
Esok membawa perubahan

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

10 May, 2011

~~Muka Buku~~


Face Book = Muka Buku

Perhatikan pasangan anda, jangan asyik mengadap muka buku, kemudian buka buku, buku baru plak tue....ishkk ishkk ishkk....kena cemburu sikit sebab kita bukannya 24 jam dengan pasangan kita.

Kalau ada apa2 yg tak kena...kena siasat...siasatan kena terperinci dan secara rahsia. Jangan korek rahsia dgn kawan2 dia...sbb kadang2 kawan tak leh dipercaya...kawan makan kawan, ehhh kawan dia akan sebelah kawan sbb kawan dia pown sama jugak.Bahaya tau fb nih. Bagus kalau kat opis2 block penggunaan fb. Kalau berfb kat umah, okey skit lah (sikit jewr)...jgn lupa jeling2 pasangan bila syok & asyik berfb.

Kerenah FB..,,
yg bujang..asik cerita cinta...,,
yg kawen..cerita rumahtangga..,,
yg kerja..cerita tentang kerjaya...,,
yg di rumah..sibuk dengan cahaya mata..,,
yg duda..mencari anak dara..,,
yg janda..cari bujang pula..,,
yg nk cari penyakit..tersangkut ngan cinta lama..,,
pusing2..cerita yang sama..,,
aku pun tak tau sampai bila nak abis cerita...

hahahaha.........

Jangan terjerat dengan fb nnti elok2 Face Book, trus jadi Flirt Box

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

08 May, 2011

GirLs DaY ouTzzZ

Happening giler bila dah berkumpul...Then kebawbowwW lah idea2 sengal dari kitowrg yg sememangnyer sengaL.

Jom kaR0kKsS!!!

Bertempat di Karoke DIVA, bayor 5hengget sowrg, pastu melalak sampai tak hengat dunia.
Participant:

Nani the r0cKs
Azie the r0maNtikaS
Biha the bALadS
Aza Azie the DueTs
Me the cAtcHy...






Tadi melawat blog Enchik Nine ada banyak info. Jom kengkawan kita ke sana jap.

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Selamat Hari Ibu

Hari Ibu disambut di seluruh dunia pada minggu pertama May. Dan inilah harinya....

Semua orang ada ibu, bezanya hanyalah ada yang masih boleh memeluk erat ibunya, ada juga yang hanya mampu mendoakan ibunya dari kejauhan, tapi ada juga yang tidak tahu siapa ibu mereka. Walaubagaimanapun, siapa ibu kita sama ada ibu kandung, ibu angkat, ibu mertua, ibu tiri, mereka tetap ibu dan layak untuk diucapkan SELAMAT HARI IBU....

Walau ibu ada berbagai2 ragam...suka marah, suka bebel, suka rotan, tapi jangan lupa kerana ragam itulah kita menjadi manusia yang berguna. Ibu marah sebab ibu sayang, ibu bebel sebab tak mahu kita tersalah arah, ibu rotan kerana memberi pengajaran. Sebagai anak kita harus terima itu semua, kerana pasti suatu hari nanti, ketika ibu sudah tiada lagi, ragam2 itulah yang akan mengusik juwa kita. Dan jika suatu saat nanti kita tersalah memilih arah, pasti bebelan ibu itu menjadi bahan rujukan...owhhh padanlah ibu kata begini...owhhh padanlah ibu tak kasi aku begitu...hurmmm kalaulah aku dengar cakap ibu .... tapi bila suatu 'saat' itu terjadi, pasti sudah tak guna untuk menyesali.

Naluri seorang ibu, hanya Allah sahaja yang mengetahui. Seboleh2nya ibu pasti mahu menyenangkan anak sendiri. Sedaya upaya ibu pasti akan melakukan segalanya untuk memastikan anak2nya terbela. Tapi alangkah sedihnya jika pengorbanan ibu tidak satupun dihargai malah diungkiti oleh anak yang tak mengenang budi.... Janganlah sampai kita menjadi seperti Ali. Nauzubillahminzalik.....

Bagi sesiapa yang masih mempunyai ibu...peluklah ibumu dan katakan sayangmu padanya, bisikkan cinta mu ketelinganya, kucuplah pipi ibumu selagi darah mengalir diwajahnya. Gembirakan hati ibumu kerana senyuman dalam jiwanya akan membawa kamu ke Syurga...


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

07 May, 2011

HAPPY MOTHERS DAY

Here Is A Day
Its Your Day
Wishing You A Very Very
Happy Mothers' Day

Every Now And Then
You've Been There With Us
You've Taught Us The Way
To Lead Our Own Way

You Are Our Mom
Our Dearest Mom
Whose Been With Us All Along

When We Wept Alone
You Came Up To Us
You Gave Us A Prod
& A Good Applaud

You Are So Truly & Special
Unique In Every Way
Warm And Sweet And Loving
Like Sunshine Everyday

Dear Mom,
Your Kids Love You
We Want To Say
Just One Thing To You
In All Ways You Are Great

And We Just Wish
You Have The Greatest Mom's Day

HAPPY MOTHER’S DAY
TUGIRAH ABU BAKAR


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

03 May, 2011

KISAH SI ALI (Jangan sampai jadi anak DERHAKA)

PANG !!!!! JANGAN BERANI BALIK LAGI !!!

Merah jegala pipi si Ali. muka baran darah muda memberontak. jiwa bentak. jalan hentak. "Ingat aku takde OTAK".

Capai not 10 dalam tabung, dua tiga helai pasang baju dan celana diperosok dalam beg sandang yang dibeli ayah tika waktu dulu.
Ibu mendukung adik. ayah berdiri tegak. tangan ayah masih gigil. ibu sedu menahan sebak. si ali jalan laju menuju muka pintu. ibu meletak adik. berlari. ayah halang. "KITA TENGOK JAUH MANA DIA BOLEH PERGI" . cukup kuat untuk si ali keluar dari situ. tanpa restu. tanpa hala tuju. si ali berlari melulu. tak pandang. tak jeling. apatah lagi toleh ke rumah tempat isi perut dan bermain pasir. "AKU MEMANG TAKKAN BALIK KE RUMAH NIE LAGI" jerit si ali tanpa memandang wajah keluarga. langsung tidak fikir sesal di dada. sesal untuk esok lusa. biasalah. jiwa muda. "MANA AKU NAK PERGI NI?". fikir si ali. "ABU OH ABU !!!" jerit kasar di jendela usang rumah abu. keluar sesusuk tubuh kecil rangka. "ABU, AKU NAK TUMPANG RUMAH KAU MALAM NIE" . minta belas. pintu ditutup. jendela ditarik. malah diusir jauh seperti kucing kurap. "ARGH !!!!" jerit kontang si ali kepada langit. kepala buntu. kusut berkutu. berjalan lagi menuju arah situ. arah lagi satu. bukan yang itu. sekali lagi buntu. "AGAK KALAU AKU BALIK RUMAH AYAH TERIMA AKU KER X EK?" detak kecil si ali. pandai juga si ali fikir. tapi hai keras macam besi. berlari. tahan teksi. "BANG, HANTAR SAYA KE STESEN BAS". tidur lena bersama kesam lebam di pipi. pemandu pelik. tapi perjalanan terus ditarik. sampai stesen beg ditarik. not sepuluh tinggal lima kertas hijau. "HURM" ngeluh si ali. "PADAN MUKA KAU ALI" kuis hati si ali bercakap. tak cekap. serkap. si ali mencari tempat berehat. kerusi panjang dijadikan katil. "KAU INGAT SINI HOTEL" jerkah si pakcik garang penjaga stesen. terkejut si ali. lantas berlari lagi. rasa mahu muntah hijau. tak hirau. mata keliling tengok macam orang sasau. si ali terus berlari dan berlari sampai ditahan ulat gergasi tiket. "KAU BERLARI KEJAR BAS MANA NIE" suara pujuk perdaya mangsa. "DAPAT PERGI SAMPAI MANA BANG DENGAN RM5 NIE?" . tanya mengah si ali. "HAHA" ketawa dekah si ulat gergasi. "KAU NAIK BAS TUH" . tanpa fikir si ali terus menaiki. penuh dengan manusia. isi tempat kosong kerusi. tanpa bayaran si ali langsung tidak pelik. "BAGUS JUGAK KALAU TAK KENA BAYAR" niat nakal si ali. nenek tua. pakcik bertongkat. bayi berusia bulan. semua antara penumpang rasmi bas itu. bertolak dalam kelam malam. lena si ali. sunyi jalan tepi. cahaya suram tanpa bulan menemani. sunyi. mati. setengah perjalanan. "BERDENTUM!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

Sentak si ali. bas di gaung. ajal tinggal hujung-hujung. perasan si ali sudah di tepi jalan sunyi. yang lain seperti tidak bergerak. terpinga si ali. dirinya hanya cedera ringan. "YA ALLAH" jerit si ali. nampak kaki. nampak tangan. nampak kepala. semua tidak berdaya tanpa jasad utama. berdiri di tengah jalan menjerit. "ARGHHHH !!!!! " tibatiba. "BERDENTUM !!!!" sekali lagi. kali ini giliran si ali. dirempuh kenderaan lori. hitam. pitam. padam. ..................


"DIK BANGUN DIK, KENAPA TIDUR KAT STESEN BAS NIE? " tanya si makcik hendak pergi tunai solat subuh. bertelekung. gigil tubuh si ali. rupanya mimpi. "SYUKUR YA ALLAH, AKU MASIH HIDUP". perlukah. si ali terfikir. pergi terus atau patah balik. lebam masih terasa. jiwa berontak masih membara. tapi kerinduan dan keinsafan kepada orang tuanya masih menjadi tunjang utama. akhirnya jalan pulang ke rumah dipilih si ali. tanpa ragu lagi. berjalan kaki. melepuh kulit menyentuh isi. tidak hirau lagi. wajah ibu, ayah dan adik terus menjadi saksi. saksi kepada pilihan isi hati. untuk meminta maaf dari mereka di atas silap lalu. si ali mengaku di atas silap. mengaku di atas khilaf. "AKU TAKKAN BUAT LAGI" insaf besar si ali. cungap. mengah. sampai di halaman rumah. ramai orang bertandang. muka suram terlihat di wajah semua. berlari menaiki rumah. rebah. air mata berhenti mencurah. adakah? apakah? "ARGH !!!!" sekali lagi si ali jerit memerah darah. tamat kisah si ali. sekian.




JOHOR BAHRU: SEORANG PEMUDA BERUSIA 20-AN DITEMUI MATI DIPERCAYAI LANGGAR LARI. HASIL SIASATAN PIHAK POLIS DIDAPATI MANGSA BERNAMA SI ALI. DITEMUI BERSAMANYA SEKEPING GAMBAR KELUARGANYA DAN TIADA LAGI BARANG LAIN DIJUMPAI..........


Air mata ayah mengalir membaca keratan akhbar lantas diletakkan di atas meja. ibu masih bengkak matanya. adik tidak mengerti apa kerana usia mentahnya. wajah sugul mengisi ruang rumah si ali.


p/s : hanya rekaan sematamata.


Ayah : Garang itu kasih sayang untuk dipeluk.

Ibu : Kasih ibu memimpin ke syurga.

Penulis : Aku cuma mampu menyayangi dan memberi senyuman pada wajah kedua orang tuaku. Maafkan aku.



*Terbang tinggi si burung helang

Berhenti rehat di dahan patah

Abah akan ku terus sayang

Emak kekasih ku tak sudah



Kredit untuk : PENDEKARPROCA
:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget