27 June, 2011

Transformers...


Muka kegembiraan 2 org budak mendapatkan patung Transformer dari KFC.
Abg suka Optimus Prime,
Adik suka Bumblebee

OK lah tue, seb baik tak minta patung dummy yg harga ratus ringgit tue :)

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

26 June, 2011

Ya Allah, lindungilah aku

Ya Allah... Permudahkanlah urusanku
Allah humma innii a’uu zubika minal hammi wal hazan, wa a’uu zubika minal ’ajzi wal kasasl,wa a’uu zubika minal jubni wal bukhl, wa a’uu zu bika min ghalabatid daini wa qoh rir rijaal.


“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada perasaan risau dan sedih, aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat takut dan lokek, aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kezaliman manusia.” (HR Abu Dawud)

Sesungguhnya aku hanyalah insan yang lemah, meminta perlindungan hanya dari Mu kerana hanya Engkau Tuhan Yang Esa, penakluk seluruh alam.

*Sujud ku hanya kepada mu...

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

24 June, 2011

Mintalah Pertolongan Hanya Dari Allah


Setiap apa yang berlaku di dunia ini, Tuhan yang menggerakkannya. Apabila kita menghadapi kesukaran dalam hidup, memohonlah dengan Allah s.w.t. InsyaAllah, hanya Dia sahaja yang dapat membantu. Mintalah apa saja, pasti akan didengarinya.

Bait-bait lirik lagu Cuba benar-benar menginsafkan... Mari kita hayatinya....



Ada angin yang melintang
Ada halang yang terbentang

Setiap sudut itu dirasakan susah
Setiap satu itu dirasakan payah

Ada taufan yang menderu
Ada petir yang meluru

Setiap peluang dirasakan tipis
Setiap hela nafas dirasakan nipis

Pasti punya puncanya
Ada hikmahnya

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya

Ada awan kegelapan
Ada langit berlapisan

Setiap ramalan terasa bagai mendung
Setiap musim terasa bagai tengkujuh

Pasti punya puncanya
Ada hikmahnya

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya

Pada baris
Butir doa
Kau memohon
Kau berserah

Hanya
Pada
Dia Dia

Cuba
Cuba
Cuba
Cuba

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

23 June, 2011

Please Help Me!!!!

Arghhhh....due date is coming! What should I do? Assignment submission deadlines remaining two weeks time, but all is not ready yet. I think I was getting mad. This is all because of over management.


WHO GONNA HELP ME !!!!!!

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

22 June, 2011

Perginya Seorang Ibu

Pagi tadi sekitar pukul 8.30 pagi, saya dikejutkan dengan satu berita yg sangat memeranjatkan. Berita tersebut disampaikan oleh seorang sepupu.
(Thanks Nani untuk berita yang cepat dan pantas)

Berita sedih yang sangat mengejutkan....perginya seorang Ibu yang sangat berjasa. Ibu Samsiah, aku dah anggap dia umpama ibu aku sendiri juga. Ibu....memang itulah panggilan sinonim untuk seorang ibu yang bernama Samsiah. Pemergiannya diratapi oleh semua yang mengenalinya.

Ibu pergi selepas usianya melepasi usia 50 tahun (sebenarnya saya tak berapa pasti berapa usia Ibu yg sebenarnya, kerana dia selalu nampak muda di hati kami). Saya mengenali Ibu sangat lama, kalau tak silap, lebih 20 tahun kerana dia sangat rapat dengan keluarga sebelah ayah saya di Kampung Melayu. Gurau senda sentisa mewarnai kami apabila bertemu, telatah dan gelagat Ibu sangat manis untuk dikenang.

Ibu seorang bidan kampung yang bertauliah. Disamping itu, Ibu juga sangat bertanggungjawab ke atas ibu-ibu lepas bersalin dan mengurut sesiapa saja (wanita) yang sakit2 badan. Kegiatan arwah di akhir-akhir hayatnya adalah melimpahkan pengetahuan dan pengalaman di hospital2 kerajaan. Ada lagi beberapa aktiviti sihat yang arwah ikuti seperti senamrobik, seminar2 kesihatan, ceramah2 khas, kursus2 memandikan jenazah dan banyak lagi. Pendek kata sekarang ni kalau saya sakit2 badan, nak minta berurut mesti kena buat appointment dulu.

Saya menjadi rapat dengan ibu sejak 10 tahun yg lalu (seminggu sebelum kawin). Masa tu, saya diarahkan oleh keluarga untuk mandi lulur untuk bakal2 pengantin. Tujuannya adalah antaranya untuk menaikkan seri muka, menghilangkan gemuruh di malam pertama dan ada jugak makcik2 yg cakap, dengan mandi lulur secara tradisional nie, mak bidan dapat mengetahui tahap kedaraan pengantin perempuan (Wallahu'a'lam...) Seminggu saya bersama ibu, bermandi lulur, mengurut sampailah ke malam berinai kecil. Inai yg dipakai, dibuat khas oleh Ibu dan Ibulah yang memakaikannya. Indah sungguh waktu tue, terasa bagaikan puteri...

Kemudian saya mengandung anak pertama. Ketika usia kandungan 5 bulan, doktor mengesahkan saya mengandung songsang anak lelaki. Doktor tak dapat berbuat apa2 untuk mempelbetulkan posisi kandungan sehinggalah usia kandungan masuk 8 bulan. Saya mengadu dengan Ibu, tapi Ibu cuma tersenyum, arwah mengingatkan saya jangan panic, itu semua kehendak Allah s.w.t. Saya risau sebab doktor kata mungkin saya akan melahirkan secara operation. hurmmmm.... saya tak mahu sebab saya taknak gemuk. tapi alhamdulillah, dengan nasihat Ibu dan beberapa tips ketika melahirkan, saya dapat melahirkan bayi pertama saya secara normal dan sangat mudah tanpa kesakitan. Selepas melahirkan, Ibu jugalah yg menjaga saya dan bayi saya. Seawal pagi Ibu dah sampai di rumah mak saya. bayangkan, setiap pagi arwah akan berjalan kaki dari kampung melayu ke Taman Gembira (sebab driver2 kat rumah yg diamanahkan untuk ambil Ibu, semuanya kesiangan).

Begitu juga anak kedua saya yang lahir 4 tahun kemudian. Kelahiran kedua ni meriah sikit, sebab saya bergilir pantang dengan kakak saya yg melahirkan anak pertama. Ibulah menjaga kami berdua.

Saya juga ada memperkenalkan Ibu dengan beberapa org rakan. Ada yg terseliuh badan, terseliuh kaki, sakit tengkuk, dan ada juga seorang rakan yg disahkan mengandung selepas berurut dengan ibu. Tapi Ibu tetap merendah diri dengan berita yg mengembirakan, walaupun rakan itu bukan beragama Islam, tapi Ibu nasihatkan rakan saya tue bahawa semua adalah kurniaan Tuhan. Tapi, bila kawan2 saya datang berurut dengan Ibu, mesti arwah bongkarkan rahsia saya berpantang "Nina tu takut gemuk..." hahahaha....abis semua org tau. Urmmmm, sapa yg nak gemuk, kalau lepas bersalin mesti at least nak kekalkan bentuk badan. Uihhhh, saya paling suka ikatan bengkong Ibu, sangat ketat, padat, dan berbentuk

Arwah Ibu sangat berhati bersih. Setiap apa yg orang bersangka apapun dengannya, arwah tetap bersangka baik..."biarlah apa org nak cakap" .... itulah yg selalu dia nasihatkan. Kalau kita mengadu masalah rumah tangga nie padanya, arwah akan menyebelahi kaumnya (yg ni saya suka). haaa nnti keluarlah tips yg berguna.

Al-Fatehah tak putus2 saya sedekahkan kepada jenazah Ibu sewaktu melawatnya buat terakhir kali. Saya menunggu dengan setia di samping Ibu sewaktu arwah dikafankan. Ramai yang hadir memberikan penghormatan terakhir pada Ibu sampai sesak halaman rumahnya. Wajah Ibu sangat bersih bagaikan sedang tidur dengan nyenyaknya....

Pergilnya Ibu mengadap Penciptanya.

Doa ketika menziarahi Jenazah.
Al-Fatehah untuk Allahyarhammah Samsiah.

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

19 June, 2011

SELAMAT HARI BAPA

Puisi ini saya tujukan khas untuk Ayah Tercinta;
Ismail b. Hj. Mohd Amin


Ayah
Ketika aku mengalah…
engkau semangatku
Ketika aku sakit…
engkau penawarku
Ketika aku bersedih…
engkau air mataku
Ketika aku ketawa
engkau riangku
Dan ketika engkau berduka?
aku harap akulah penawar duka laramu

Kerana ayah aku disini
Kerana ayah aku gembira
Kerana ayah kuterasa bahagia…

Terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan

Tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati…..

Ayah oh Ayah

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

18 June, 2011

MAHARAJA LAWAK MINGGU KE-12, JOHOR BAHRU.... giler dasyat

Giler dasyat penangan Maharaja Lawak nie. Bila kedatangan diorang untuk semi-final di Stadium Tertutup MBJB, Johor apalagi semua orng berpusu2 nak tengok lawak alaf baru secara live. Tiket diberikan secara percuma bermula pukul 3 ptg. Tapi................................. awal pagi lagi org dah start beratur nak dptkan tiket. Giler arhhhh.

Dah penat2 beratur berhimpit2 nak dptkan tiket, last2 kul 4.30 gate tutup tapi abg2 besor tue tak plak cakap tiket abis. Harapan agar ada edaran tiket lagi...tapi HAMPEH! tapi seyeesss...menurut laman MEDIAMALAYA Johor Bahru lah yg mendapat sambutan tiket paling hebat. Giler Arhhhh!!!!!

Masa nie, bdk2 raja lawak yg dah tersingkir sdg buat show free. Tiket2 free gak diedar sapa dpt jwb soalan cepu cemas.

i tunggu lagi kot2 mlm tue last2 sumer org dibenarkan masuk walaupun tanpa tiket...tapi HAMPEH!



Masa malam pukul 8pm, pagar masauk dibuka. Tapi sama jugak, yg ada tiket pown kena berhimpit2 utk masuk ke stadium. Tak ada sistem btul! Dan kat dlm stadium, tangan masih pegang tiket yg dikoyakkan jugak, masih ada yg tak dapat duduk. Hurmmm....gilerr arhhh punya ramai manusia malam tue.


Actually saya ada tiket 1 jer, itupun org yg bagi. Time kacih utk Ajeeb Murai.com coz bagi tiket lebih kat family dia. Pak Ehh dia lah yg murah hati nak kasi tiket yg 1 tu kat saya. Tapi... takkan saya jer ada tiket, abih masuk stadium sorg2 gelak guling2 sorg2... Perghhhh tak sanggup. Kitorg plan, saya masuk dulu lepas tue pas tiket kat celah2 mana then hubby plak masuk (means guna tiket yg sama). Tapi...HAMPEH coz bonzer2 tue dah koyakkan tiket masuk. Bila saya dah ada kat dlm kul 9pm tue, hubby masih kat luar, tercari2 lubang2 yg boleh muatkan badan dia nak cilok. Ermmmm...boleh ker?

Finally, hubby dpt masuk juga. Ada lubang rahsia yg org lain tak nampak. Keh keh keh...cai yok cai yok... Maka dgn keberjayaan hubby cari lubang rahsia tue, dia ajaklah skali kawan keje saya yg nama Zul ngan member dia (actually 1 keje gak tapi lain depart. tak tau nama). Yeaaaa....Berjaya!!!! Walaupun saya dah dpt tempat duduk yg agak selesa, tapi saya sanggup berhimpit2 sekali lagi utk bersama2 hubby walaupun terpaksa tonton Maharaja Lawak sambil berdiri dicelah2 org ramai yg ramai gilerrr....


Malam tue saya ketawa benar2 macam org giler. Sebab peduli apa sebab sumer org pown ketawa mcm org giler jugak. Walau apapun, SEPAH mmg terbaekkKKKK!!!!!

TEANJAT BOBOI!!!! ARHHHH SEMPOTTTT.....


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

15 June, 2011

LAKSAMANA SUNAN

KEBENARAN AKAN MENGATASI KEBATILAN

Adakah Laksamana sunan benar2 wujud dan menjadi Pahlawan yang dilupakan... Bersama senjata ampuh Keris Nanggroe beliau melawan kejahatan di langit dan dibumi dengan hati dan jiwanya betul2 bermunajat ke hadrat Illahi.

Aku tiba2 jatuh hati dengan watak ini...dan sedang menanti mencari masa untuk membaca Sutera Bidadari

Sebagai insan, kita sayang padamu...



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

12 June, 2011

DENGAN IZIN ALLAH, MEREKA DISATUKAN

Hari ni aku menghadiri majlis persandingan 2 org sahabat. 2 orang kerana kedua-dua mempelai adalah rakan persekolahan. Setelah 14 tahun mengakhiri zaman persekolahan, akhirnya mereka bersatu jua.

Kisah percintaan mereka telah bermula sejak dari tingkatan 3 lagi. Tapi masa tue.....tak adalah bercintan cintun sgt. Ala2 cinta munyeet jewr, sbb kami sgt tekun mentelaah pelajaran kerana kami selalu berada dalam kelas terbaik dalam sekolah. Maka untuk mengekalkan pencampaian yg terbaik, kami terpaksa mengetepikan hal2 lain yg tidak ada sangkut paut dgn pelajaran dan perkara2 yg boleh menurunkan prestasi pembelajaran kami. Dan kami semua tahu, selepas taman persekolahn dan kami masing2 melanjutkan pelajaranke Universiti dlm bidang masing2, mereka masih terus bercinta. Tapi, yang kami bimbangi kenapa mereka hanya bercinta.

Alhamdulillah, cinta yg mereka semai bersatu jua. Mereka bertunang dan terus bernikah pada bulan Mac yg lalu. majlis di pihak perempuan (di rumah Suheyni) adalah minggu lepas. Tapi, ampun dan maaf dipinta kerana tak dapat menghadiri majlis di pihak sana. Tapi hari ini...seawal 1.30 lagi aku dah bertandang di rumah Emy sampailah pukul 4ptg. Kerana kawan ku sanggup menunggu......
Inilah Pengantin saya... Suheynizalila & Helmee, mereka sangat sepadan.



Mungkin sepanjang mereka menjalinkan hubungan, pasti ada ranjau dan duri yang ditempuhi. Tapi, bagi kami kawan2 rapat selalu mendoakan kebahagian mereka. Maka berkat doa kami itu, maka kini mereka disatukan. Alhamdulillah......semoga YaRabb merahmati mereka berdua.

Jodoh dan pertemuan itu adalah takdir. Jodoh mereka telah ditentukan, seterusnya kami sebagai rakan2 seperjuanagn akan terus mendoakan agar jodoh mereka berkekalan hingga ke Syurga.

Selamat Pengantin Baru....
Amin......

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

10 June, 2011

KL Gangster ... (vs Young & Dangerous)

Semalam berkesempatan tengok KL Gangster lakonan Aaron Azin (pssstttt....ada org kata hubby I muda2 dulu muka macam Aaron Aziz....yerrrr ker???)




Cerita mmg ganazZ laaa, credit utk Shamsul DYS sbb sebelum ni kita 2 org mmg mengutuklah mamat sorg yg kaku ni. Tapi sekarang....tdg lagi. Congratulation Shamsul & the crew...




Agak keterlaluan tak kalau saya cakap KL Gangster ni dah macam Young And Dangerous...ala filem Hong Kong tue, filem tu saya tengok masa sekolah2 dulu. Tapi KL Gangster takdalah sampai tunjuk babak penggal kepala & kerat2 badan.





Nak komen skit, cerita OK tapi pergerakan camera terlampau laju pada sesetengah babak seperti hendak menyembunyikan pergerakan2 martial art yg sumbang. Pening kepala tengok bila beberapa babak tu di pantaskan dan camera seperti tak tentu arah. Tapi, pujian diberikan pada Aaron Aziz & Adi Puta (dua2 saya suka) sebab kemahiran & pergerakan seni mempertahankan diri mereka memang nampak natural....hurmmmm mmg ada simpan dalam kot...dasyat 2 hero Made in Singapore ni.




Tapi ada cerita tak sedap didengar disebalik penayangan filem ini. Dengar2 ada satu kumpulan toooooottttt yg mengelarkan mereka sebagai 3tooootttttt nak saman cerita ni. Apa kes?? Meka meka ni kata KL Gangster telah membongkarkan rahsia persatuan mereka, dari cara hidup, pergerakan tingkah laku dan beberapa perkataan yg mereka biasa gunakan.




Hurmmmmmm.....termakan cili padi agaknya. Jadi saya sarankan pada Kerajaan Malaysia & Jabatan Agama Islam agar mengharamkan pertubuhan mereka jika mereka meneruskan niat untuk menyaman...kerana, kalau btullah KL Gangster telah benar2 membuka aib mereka, jadi TAHNIAH untuk KL Gangster. So, satu Malaysia boleh nampak inilah kerja persatuan itu....rupa2nya. Jadi untuk persatuan toooottttt, kalau dah terror sgt sambunglah KL Gangster PartII.

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

09 June, 2011

Aqil & Danish bercuti

Bila cuti sekolah...mama & pap pun honey moon jugak. Dalam 2 minggu ni, hepilah mama & papa berdua2an kat rumah. Minggu pertama 2 hero ni tinggal dengan nenek di Taman Gembira coz bercuti dgn Naufal & Naqeeb. Gembira btul diorg tue kalau dah berkumpul berempat. Rumah nenek tak usah cakap lah, memang macam tongkang pecah. Tapi, biasalah Atok dan Nenek mana nak marah2 sangat.

Minggu ni pulak, hero 2 org ni tinggal pulak dengan Mak Tok & Bak Tok di Kampung Batu Pahat. Takut jugak mama nak tinggalkan kat kampung, nak-nak Aqil tu yg tak biasa. Tapi bila di ajak balik, mulalah mencebik.

Aqil: Mama, Adik nak tinggal sini...
Mama: Boleh percaya ker ni?
Aqil: Abang kan ada..Kakak Banana pun ada jugak
Mama: Kakak Banana nak jaga adik ker?
Nana: Boleh (sambil angkat tangan)

Siap berikrar lagi...

"Saya...berjanji...tidak akan nakal...Saya...berjanji...tidak akan gaduh...Saya berjanji...akan dengar cakap...Mak Tok, Bak Tok, Mak Long & Pak Long"

Hehehehe....

Hari ni, dah masuk 2 hari diorg kat kampung. Hari ni jugak takda electrik kat rumah agam tue, so Mak Long & Pak Long bawaklah kanak2 nie bersiar2 di bandar. Ni antara gambar2 yg di MMS kan ke mama....


(Pkl 2pm....kat mcd bp....)

(Mama working, jgn noti)



(OK mama... Kiter org di sini x noti2 pon...
Don't worry mama...)


Hehehehe....rindunyaaaaa....nak nak yg cumelll sgt tue (Aqil)



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

08 June, 2011

Benarkah Bangsa Polip itu wujud....atau pernah wujud?

Setelah tamat menghabiskan Cinta Sang Ratu, saya terpanggil untuk meneroboh dan menyelinap ruang angkasa untuk mengetahui apakah benar kewujudan Bangsa Polip yang dinyatakan dalam nukilan Ramlee Awang Murshid ini.

Ini yang saya dapati...sama2lah kita berkongsi rahsia alam...Subhanallah...

--------------------------------------------
Dari sebuah hadis Rasulullah yg diriwayatkan oleh Muslim. Antara 10 perkara di bawah, mana satu darinya boleh datang dahulu atau kemudian.. maknanya,tidak mengikut urutan..

Dari Abu Tufail bin Usaid Al-Ghiffari, beliau berkata; "Datang ke tempat kami Rasulullah S.A.W sewaktu kami tengah sibuk membincangkan masalah hari kiamat. Baginda berkata; "Apa yang sedang kamu bincangkan ini?"
Kami menjawab; "Kami tengah membincangkan hari kiamat."
Baginda berkata; "Oh, kiamat itu belum terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda."
1. Datang asap yang membuat kabut seluruh dunia.
2. Datang Dajjal.
3. Keluar binatang.
4. Matahari terbit dari tempat terbenamnya.
5. turun Al-Masih Isa bin Maryam
6. Keluar Yakjuj dan Makjuj.
7. terjadi gerhana di tiga tempat iaitu di sebelah timur.
8. gerhana di belahan bumi sebelah barat.
9. gerhana di jazirah Arab.
10. Keluar api dari bawah tanah Eden yang akan menghalau manusia ke tempat perkumpulan mereka.
- Riwayat Muslim-

DATANG ASAP yang membuat kabut seluruh dunia.
Hal ini diterangkan oleh Allah yg bermaksud;
"Maka tunggulah hari ketika langit membawa kabut yang nyata."
-Al Dhukan;10-

MATAHARI TERBIT DARI BARAT.
"Ibrahim berkata; "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitlah ia dari barat," lalu terdiamlah orang kafir itu.
-Al Baqarah; 258-

DATANG DAJJAL PENIPU.
"Dipinggiran Madinah ada Malaikat. Penyakit taun dan Dajjal tidak masuk ke kota Madinah."
-Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim-

KELUAR BINATANG DARI BUMI
"Dan apabila perkataan telah jatuh ke atas mereka, Kami keluarkan binatang sejenis melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahawa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami."
-Al Naml;82-

GERHANA DI TIGA TEMPAT (TIMUR, BARAT, & JAZIRAH ARAB)
"Yang mereka nantikan tidak lain hanyalah kedatangan malaikat kepada mereka (utk mencabut nyawa mereka) atau kledatangan (seksa) Tuhanmu, atau kedatangan beberapa ayat Tuhanmu (tanda-tanda kiamat). Pada hari datangnya beberapa ayat dari Tuhanmu tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang kepada dirinya sendiri yg blm beriman sblm itu. Atau dia belum mengusahakan kebaikan dalam masa imannya. Katakanlah "Tunggulah, sesungguhnya Kami sama-sama ikut menunggu"
-Al An 'am;158-

YAKJUJ dan MAKJUJ
"Sehingga apabila dibukakan (tembok) Yakjuj dan Makjuj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat-tempat tinggi."
-Al Anbiya';96-

TURUN AL-MASIH ISA BIN MARYAM
"Dan sesungguhnya Isa itu benar-benar memberikan pengetahuan tentang hari kiamat. Kerana itu janganlah kamu ragu-ragu tentang kiamat itu dan ikutilah Aku. Inilah jalan yg lurus."
-Al Zukhruf;61-

KELUAR API
Sabda Rasulullah S.A.W;
"Belum lagi terjadi kiamat sehingga keluar api dari bumi Hijaz, yang menerangi tengkuk unta di negeri Basrah."
-Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
-

-------------------------------------------
Rungkaian mengenai Kaum Polip ada diterangkan dalam;

2. KELUAR BINATANG

"Dan apabila perkataan telah jatuh ke atas mereka, Kami keluarkan binatang sejenis melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahawa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami."
-Surah Al Naml;82-

Dari Abdullah bin Amr,bhw Rasulullah bersabda; "Sesungguhnya tanda yang mula-mula muncul adalah matahari terbit dari barat dan keluar binatang kepada manusia pada waktu Dhuha. Yang mana sahaja pun yang terlebih dahulu muncul di antara keduanya, yg satu lagi akan segera menyusul."

Ketika keluarnya binatang itu nanti, dia akan bercakap dengan manusia.
Al Suddi berkata; "Binatang itu nanti akan bercakap kepada seluruh manusia menerangkan bahawa agama-agama selain Islam tidak benar dan tidak diterima Allah.
Ada yang mengatakan binatang itu akan bercakap kepada manusia menerangkan jahatnya kelakuan mereka.
Ata' Al Khurasaniy berkata; "Binatang itu akan mencakapi manusia dgn kata2; "Sesungguhnya manusia tidak percaya bhw kami akan didatangi menjelang terjadinya kiamat."

Al-Qurthubi berkata; "Binatang itu akan berkata, "Dahulu orang tidak percaya dengan kedatangan kami.'

Ada banyak riwayat tentang sifat dan ciri binatang itu. Ada yg mengatakan panjangnya 60 hasta.

Ibnu Juraij berkata; "Binatang itu kepalanya seperti banteng, matanya seperti khinzir, telinganya sprti gajah, tanduknya sprt tnduk rusa, leher sprt burung unta, dadanya spt dada singa, warna spt harimau, rusuk sprt kucing, ekor sprt kibas, tinggi spt unta."
Apapun,cerita2 itu tidak mudah diterima akal. Saya juga menyarankan agar tidak trlalu mmpercayainya kerana tidak dijumpai dlm hadis mutawatir mengenai cirinya sprt itu.

Membaca hal ini membuat saya teringat akan satu kajian penulis Mesir iaitu Muhammad Isa Dawud mengenai 'Penghuni Bumi Sebelum Manusia'.
Mereka mengatakan bahawa Allah S.W.T menciptakan 18 umat yg berbeza-beza di muka bumi sebelum Adam A.S. Di antara mereka ada yang memiliki sayap dan suaranya gemerincing. Ada yang memanggil mereka bangsa Polip. Ada yg bertubuh seperti singa dan berkepala sprt burung, memiliki rambut dan ekor serta suaranya bergema. Ada yang memiliki dua wajah dan memiliki banyak kaki. Ada yg memiliki tangan dan kaki seperti manusia dan suara jeritan mereka seperti bangau. Dikatakan bhw umat-umat ini melahirkan keturunan sehingga menjadi 120 umat. Apapun kita sendiri tidak tahu setakat mana kebenarannya. Sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan makhluk yg lebih utama, lebih baik dan indah iaitu manusia sehingga diarahkan golongan malaikat dan iblis tunduk kepadanya. Wallahualam..

Dalam Al-Quran hanya menerangkan ciri binatang yg keluar itu nanti pandai bercakap2 dengan manusia. selebih itu, semuanya merupakan Amrun Ghaibiah (perkara ghaib).

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

07 June, 2011

Cinta Sang Ratu

Kepala masih berserabut menelaah buku2 dan dibebani dengan assignment yg mengusutkan, tapi aku masih sempat lagi membaca novel. Walau telah ditegah beberapa kali oleh hubby aku yg sama2 belajar, tapi aku tetap berdegil nak menghabiskan novel yang satu ini.

Novel Ramlee Awang Mursyid memang buku-buku "mesti baca".... walaupun novel ini telah lama berada di pasaran iaitu seawal 2007, tapi baru sekarang aku baca disebabkan adik ipar tertinggalkan novel ini di dalam kereta sewaktu menghantarnya ke Airport Sabtu lepas. Novel bertajuk Cinta Sang Ratu..... buku ni sebenarnya kesinambungan buku Ramlee yg sebelum ni... Bagaikan Puteri.... yang ni aku belum baca lagi, tapi novel ini juga telah berada di tangan aku kerana novel ini juga ditinggalkan adik ipar di kampong (rumah agam suami di BP). Melihatkan aku mengepit kedua2 buku ini, hubby aku dengan nada sinis mengingatkan agar jangan lupa baca buku sekolah dan siapkan assignment mengikut waktu yang ditetapkan. Novel Bagaikan Puteri akan ku baca kelak setelah tamat semester ini.

Menerusi penerawangan secara roughly tentang novel pertama ini, mmg Ramlee nak sambung citer bagaikan puteri tu... so plot ending dia agak tergantung.... watak haryani telah laksamana sunan "pulangkan" ke alam nyata... dani pula kehilangan kabar berita apabila tsunami melanda acheh.. ketika dia mencari susur galur keturunannya di sana... laksamana sunan di kurun ke 15 gigih bertarung dengan ratu sulaman yg akhirnya anak panah ratu sulaman, pewaris kejahatan maharani pulau utara, berjaya hinggap di belakang laksamana sunan dengan bantuan sihir dan tipu daya syaitan... sambungan ini yang aku sedang baca iaitu Cinta Sang RatuDalam Cinta Sang Ratu, Haryani dah bangun dari koma lepas laksamana sunan tikam dia di kurun ke 15. namun Dani dah hilang di acheh... tak tahu kabar berita, mati atau sudah tiada...
Kena baca habiskan baru boleh cerita lebih lanjut, walaupun dah setengah novel tu aku lunasi.



Kesimpulan yang aku buat setakat ni, Cinta Sang Ratu pula bagaikan kisah Lord Of The Ring versi Nusantara... hahaha....

Lagu ni sangat menyentuh perasaan lebih2 lagi bila dikaitkan dengan cinta Laksmana Sunan dan Ratu Sulaman

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

06 June, 2011

Boboy...pergi jua akhirnya

Pagi tadi, Aqil, Danish & Firdaus menjerit2 dari luar. Mereka mengurumi Boboy, kucing siam mak yang bewarna hitam sedang menggigil kesejukan di tepi tempayan air di luar rumah. Badan Boboy menggigil kesejukan bagaikan di siram air, tapi kami mengaggapkan Boboy telah bermalam di luar dan dihujani hujan lebat malam semalam.

Mak dah kerisauan, dibawa masuk Boboy ke dalam rumah, dikeringkan dan diberi minum susu. Semua mencadangkan agar Boboy dihantar ke klinik viteriner dengan segera. Kami segera bersiap dan beredar dari rumah mencari klinik viteriner yang terdapat di Bandar BP.





Di Klinik Haiwan, kami bertemu dgn Dr. Mohan. Dr. hanya menggelengkan kepala saja bila melihat keadaan Boboy. Suhu badan diambil dari lubang najis. Suhu badan adalah kurang dari sepatutnya iaitu di bawah 35degC. sedangkan suhu kucing biasa ialah 38.5 deg.C. Dr. Mohan memeriksa Boboy dengan teliti. Sample najis Boboy di ambil dan diperiksa, kemudian diletakkan ke microscope untuk diperiksa dengan lebih lanjut. Ada kuman???? Nak tengok rupa kuman yang terdapat dalam najis Boboy? Hurmmm....

Selepas diberikan rawatan yang berharga RM190, Doktor bagi tempoh Boboy sampai hari Jumaat ni saja. Tapi kalau kami dapat merawat Boboy, maka kami dianggap berjaya. Lalu kami bawa Boboy pulang.

Seperti di sarankan, Boboy hendaklah diberi minum susu pada pukul 4ptg dan setiap 1 1/2 jam pelu di berikan antibiotik. Tapi, Boboy nampaknya tak boleh bertahan dan akhirnya terkulai layu jua dan mengeluarkan cecair hijau dari mulutnya. Tidak bernyawa........

Boboy bersemadi dengan aman. Walaubagaimanapun kami sudah berusaha, Tuhan yang menentukan....







:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget