28 November, 2011

Follower Cinta ke-200

Salam untuk semua Follower....

Malam ni saya nak anugerahkan satu award kepada seseorang kerana berjaya menjadi follower Cinta Itu Misteri yang ke-200



THE AWARD GOES TO....



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

27 November, 2011

Preview Blog Yang Baru

Hurmmm...Saya suka lah preview baru ni, tapi lebih prefer pada preview yang lama lebih colorful & wonderful.


Tapi...... macam mana nak tukar balik ke asal????
Macam tak syio0k jer lahhhhhh
Please!!!!!!!!!!! anyone can help me?


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Salam Ma'al Hijrah 1433H

Selamat Menyambut Ma'al Hijrah untuk seluruh umat islam di Bumi Allah ini.

"Ya Allah, seketika di Akhir Tahun ini Engkau Munculkan Tahun Baru yg Ceria & Engkau Muliakan & Sayangi Penerima Ucapan ini, Berkati Keluarganya, Sihatkan Tubuh Badannya, Limpahkan Rezekinya, Jauhkan daripada Fitnah, Penganiayaan & Penghinaan, Suburkan Benih Keimanan dengan Penuh Kasih Sayang Serta Taqwa Tanpa Alasan. Makbulkan Cita2nya yg Murni. Amin Ya Rabbal A'lamin.."


Sama-samalah kita mengharungi tahun baru dengan penuh keimanan dan ketakwaan.

SEJARAH AWAL MUHARRAM/ MAAL HIJRAH

Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan satu peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi.

PERISTIWA PENTING DALAM MUHARAM
  1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
  2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku beberapa peristiwa iaitu:
  • Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  • Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  • Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  • Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  • Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  • Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  • Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan 'Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan alam.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Isa diangkat ke langit.
Terima Kasih Tawau Classic Bike Club. Ilmu yang baik bermanfaat jika dipanjangkan. InsyaAllah....

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

26 November, 2011

Anugerah Yuna ditarik balik???

Tak kesahlah cerita dah basi ker, dah bercendawan ker, dah berkulat ker, tapi saya nak komen jugak. Statement 'No comment' dah biasa sangat kita dengar. Tapi kali ni kena komen jugak.

Apa ni AIM??? Macam mana leh jadi salah kira plak. Tak kiralah juru audit luar ker, apa ker, tapi yg barisan dalaman tue tak kanlah tak perasan. 

Nasib baik Yuna ni sangat sporting dan berfikiran terbuka. 'Life must go on' tue aja ungkapan yang Yuna boleh keluarkan. Menurut Yuna lagi, dia sebenarnya dah perasan masa nama dia di panggil untuk kemenangan Lagu Terbaik tue, tapi dia menganggap owhhh mungkin itu sudah rezeki dia. Walaubagaimanapun, penarikan balik trofi itu diterima baik oleh Yuna dgn hati yang terbuka.

Apa pun, jom kita tengok lirik lagu PENAKUT-YUNA ni yg macam seakan2 mengena pada nasib nya yang tak menyebelahinya kali ini....

"Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja"


Memang Yuna tak merancang dia akan memenangi Anugerah Lagu Terbaik AIM 2011. Tapi akhirnya, nasib tak menyebelahinya bila trofi di tarik balik. Di atas kesilapan orang lain, baik dia lepaskan saja....


Chorus
Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil
Untuk engkau bertanya jika ku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya


Memang tak adil. tak adil betul AIM nie, tak adil untuk Anuar Zain & Eddry kerana terpaksa terima Anugerah Second Hand, tak adil juga bagi ku sebab aku betul2 dah sayang pada trofi itu....


Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah cuba kau ringankan


AIM memang tak memahami perasaan orang lain. Senang2 saja beri kemanisan trofi, lepas tue amik balik. Bila ku merasa kehilangan, AIM tak reti2 nak ganti dengan anugerah yang lain?


Ulang Chorus
Kau bukan milikku
Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku


Trofi itu bukan lagi milik Yuna.....takut nak terima kenyataan, walaubagaimanapun kena terima juga kerana trofi itu bukan milik Yuna lagi.....

Saya nak bagi Anugerah baru untuk Yuna:

ANUGERAH ARTIS PALING COOL & SPORTING

Untuk Abang Nuar, kamu tetap di hatiku.... TERBAEKKKK!!!



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

3 Heroes sudah BERKHATAN

Bermulalah dunia baru bagi;
  • Muhammad Adam Danish - 8 tahun
  • Naza Naufal Adam - 7 tahun
  • Naza Naqeeb Imran - 6 tahun
Semalam 3 orang hero ku telah menjalani satu penghijrahan dari dunia kanak-kanak ke dunia lelaki dewasa. Sesuailah sangat kerana esok pun Maal Hijrah. Mula-mula rasa macam diorang ni kecik sangat, tapi diorang yang sendiri beria-ia nak bersunat aka berkhatan bagi istilah Arab atau dari segi saintifik ianya disebut sebagai Sirkumsisi. Antara alasan-alasan yang mereka diberikan;
  1. Tak dapat solat kat barisan hadapan. Bila kena solat di barisan kanak-kanak, kena ganggu dgn kanak2 lain yang suka bermain di Surau/Masjid - Alhamdulillah, bagus anak2 Mama
  2. Kalau tak sunat tahun ni, tahun2 depan pun kena sunat jugak. Bila tunjuk ngada2 bila umur dah besar, orang tak berapa nak layan - Hurmmmm betul lah tue  
Anak-anak sekarang ni dah cerdik2. Anak saya yang kecil tue umur baru 4 tahun, bila tengok abang2 dia nak bersunat, dia pun sebok jugak nak ngikut. Tapi, kami ni tak sampai hati takut dia tak tahan. Lagipun dia tak paham lagi kenapa nak kena bersunat. So, abang2 jalan dululah....

Sebenarnya, hukum berkhatan @ sirkumsisi ini bagi lelaki adalah wajib walaupun ia dinamakan sebagai sunat. Alhamdulillah mereka sangat faham kenapa kena berkhatan. Malah ketiga2 mereka begitu bersemangat untuk berkhatan dan segala kata-kata orang di tolak ketepi demi alasan2 yang mereka pertahankan. Antara sebab-sebab kenapa lelaki diwajibkan berkhatan adalah;
  1. Membuang bahagian yang menyembunyikan segala kotoran seperti virus, najis dan bau yang tidak sedap
  2. Untuk mengelakkan terkena penyakit kelamin seperti Aids, barah dan sifilis


Upacara berkhatan diorang ni pukul 5 petang, so dari awal pagi lagi diorg dah berendam kat kolam depan rumah. Bagi makan ayam golek & ice-cream puas-puas coz lepas ni kena berpantang 2 minggu. 


Pak Ajib pown nak bersunat jugak ker????



Nilah katil diorang bertiga nanti.....

Hahahaha......zoooommmm.... jom kita bersunat.

Adik wat muka sedey sebab tak dibenarkan berkhatan.

Naqeeb...Naufal...Danish... SELAMAT BERJAYA
Mendapat sokongan padu dpd pengurus pasukan Aqil

Sempat bersilat tue ehhhh...

Dah siap....sedang tunggu Naqeeb kluar

 Otai kecik dah kluar....
  

Terbongkok-bongkok menahan ngilu terkena kain.


   
Baru kluar klinik, poket dah isi salam keruk

ok....SELAMAT BERPANTANG

Ubat bius belom abis lagi...main game ehhhh....

Dah puas merenget2 memasing, tetido kepenatan. Tapi.... taktau lagi leh tido sampai pagi ker.


Sorang dah terjaga mengadu sakit kaki. Nasib baik ada adik misi nie, rajin pulak dia picit kaki abang dia nie. Sayangggggg abangggg.....

Hari ke-2....wahhhh Dah leh duduk senggang2 ehhh.
Main game bola, bila GOL!!!! kaki terangkat tuee



Entry ini khas untuk anak2 Mama untuk dijadikan kenangan terindah you all suatu hari kelak. Inilah buktinya kamu semua sangat berani menghadapi kesakitan dan dugaan. Semoga entry ini menjadi tatapan kepada anak cucu kalian kelak, bahawa kamu sememangnya seorang lelaki yang hebat.



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

22 November, 2011

ANUGERAH BOLA SEPAK SUKAN SEA 2011

Berakhirnya Gelora debaran Sukan Sea 2011 selepas Harimau Muda Malaya berjaya membaham Garuda Indonesia.
AuuuUUUUuuuummmMMMMM!!!!!!!!

Tahniah Malaysia kerana berjaya merangkul Ibu Segala Emas di Suka Sea 2011 serta mengekalkan kejuaraan berturut kali-2 dan rekod tanpa kalah. Jom tengok anugerah2 yang  direka khas untuk Perlawanan Bola Sepak Akhir Sea Game 2011, antara Malaysia dan Indonesia.


Anugerah Bola Emas : 
Dijaringkan oleh Kapten Baddrol 

Anugerah Superman : 
Khairul Fahmi Che Mat

Anugerah Kapten Marvelous :
Capten Baddrol Bakhtiar
(Rambut tetap belah tepi)

Anugerah Cili Padi :
Nazmi Faiz

Anugerah Coach Terhebat :
Coach Ong Kim Swee
(Kena kad merah tue...relax jewr)

Anugerah Gelanggang Sawah :
Padang Bola Gelora Bung Karno

Anugerah Penonton SedeyYh:
Forza Indonesia

Anugerah Pemain Paling GanazZ :
Ferdinand Sinaga

Anugerah Pemain Paling Poyo : 
TiTus Bonai a.k.a Tikus Bonzai 

Anugerah Tandukan Berbisa :
Gol Penyamaan Yang Dilakukan Oleh 
Asraruddin Putra


Anugerah Pemain TerbaekK :
SKUAD HARIMAU MUDA MALAYA

Anugerah Kasut Emas : 
Terpaksa dimasuhkan kerana Emas naik harga, Penganjur Sea Game Indonesia tak mampu nak bagi kat kesemua Kesebelasan Utama Team Malaysia.....hahahaha  

Untuk perhatian...anugerah ini akan di update lagi mengikut permintaan....

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Petanda Awal Indonesia rebah di tangan Malaysia

Hahhhhh!!!!! Awal2 lagi kami tau dah Indonesia akan kalah!

Inilah buktinya.....tiba2 cawan yg menjadi kontroversi tiba2 jatuh & pecah...
Satu petanda yg baik.... jadi saya makin berkobar2 untuk mencari port menonton bola 
HARIMAU MALAYA baham GARUDA INDONESIAK

Port baekKK punya kat SINGGAH SELALU, DANGA BAY

Sebelum game bermula....baik kita makan dulu.
Bang!! amek order!


Situasi yg meriah di SINGGAH SELALU

Kedatangan Dato Sri Hishamuddin Tun Hussin Onn 


 Nyanyi lagu NEGARAKU....semua berdiri tegak & bersemangat menyanyi

Detik GOL balas Malaysia  1 - 1
Thank you Asraruddin Putra

Penalty......

Gila lama weiiiiii game Final Sukan Sea. Separuh Masa Pertama + Separuh Masa Kedua + 15-15 Masa Tambahan + Sepakan Penentu Penalty. Dapat dirangkulkan game semalam adalah yang paling hebat abad ini. Gila tak hebat, yang tengok pun macam nak tercabut jantung, apa lagi yg main tue.

Syabas untuk kesebelasan utama HARIMAU MALAYA

Penjaga gol: Khairul Fahmi Che Mat dan Mohd Izham Tarmizi.
Pertahanan: Mahali Jasuli, Mohd Muslim Ahmad, Mohd Fadhli Shas, Mohd Amer Saidin, Fandi Othman, Asraruddin Putra dan Zubir Azmi.
Tengah: Baddrol Bakhtiar(kapten), Wan Zaharulnizam, K.Gurusamy, Shukur Jusoh, Irfan Fazail, Yong Kuong Yong dan Nazmi Faiz.
Penyerang: Syahrul Azwari, Thamil Arasu, Izzaq Faris dan Fakri Saarani.

   

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

20 November, 2011

Keputusan FFM-24, 2011

Selesailah sudah acara berprestij Festival Filem Malaysia ke-24 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Maka inilah keputusannya;

Senarai Anugerah dan Pemenang:-

  1. Anugerah Box Office – KL Gangster
  2. Anugerah Khas Juri Yang Pertama – Sidik Hussien
  3. Anugerah Khas Juri Yang Kedua – Filem Libas
  4. Anugerah Khas Juri Yang Ketiga – Allahyarham Zami Ismail
  5. Skor Muzik Asal Terbaik – Edry Abdul Halim (Hikayat Merong Mahawangsa)
  6. Pereka Kostum Terbaik – Hikayat Merong Mahawangsa
  7. Penyunting Terbaik – KL Gangster (Syamsul Yusof & Hisham Jupri)
  8. Penataan Bunyi Terbaik – KL Gangster (Hisham Jupri & Rizal Ashreff)
  9. Cerita Asal Terbaik – Filem Libas
  10. Lakon Layar Terbaik – KL Gangster
  11. Sinematografi Terbaik – Hikayat Merong Mahawangsa
  12. Penataan Seni Terbaik – Hikayat Merong Mahawangsa
  13. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Faezah Elai (Filem Cun)
  14. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Shofi Jikan (Filem KL Gangster)
  15. Pencapaian Gemilang – Michelle Yeoh
  16. Pelakon Wanita Terbaik – Eja (Filem Janin)
  17. Pelakon Lelaki Terbaik – Shaheizy Sam (Filem Kongsi)
  18. Pencapaian Sepanjang Hayat  – Tan Sri Jins Shamsuddin
  19. Pengarah Terbaik – Syamsul Yusof (KL Gangster)
  20. Filem Terbaik – Hikayat Merong Mahawangsa
Update online by Abang Nara...TQ pengkopiannya....

Memandangkan saya ni adalah peminat filem2 melayu, maka saya setuju dengan keputusan di atas sebab kesemua cerita yang menang saya tonton di panggung. (Hehehehe...ada gaklah sikit yg tengok kat umah coz tak sempat nak nengok wayang. Sampai masa free jer, tayangan dah habis, Astro First pun dah masuk)

Congrats utk Syamsul...
"ABANG BESAR SUDAH KELUAR, WA INGAT LU SUDAH MAMPOS!...... CUTI SUDAH HABIS BRO"

Congrats utk KRU......
"SAMPAI MASA TIBANYA WAKTU, REDUP HATI KAUM BERDUA, BILA DUA JASAD MENJADI SATU, HIDUP MATI JADI BERSAMA"

Daripada 12 pencalonan, Merong Mahawangsa sapu 8 anugerah, termasuklah Poster Filem TerbaekK.




:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Ujian Personaliti : Hubby pun try jugak

Hubby I pun nak try jugak, walaupunnnnnnn dia dah buat ujian ni ntah berapa ratus kali. Tapi....keputusan tetap sama. Huhhhhh....

This is his result;

Ini bermakna hubby I ni adalah seorang pentadbir yang sebenar????;
  1. Boleh masuk dalam semua keadaan?? urmmm...yer kot
  2. Sangat  berkira-kira
  3. Bertanggungjawab 
  4. Produktif 
  5. Berkepimpinan  dari segi undang-undang dan kesihatan sehinggalah kepada pendidikan dan kejuruteraan.   
Jadi....sekiranya ada tugas penting yang perlu dilakukan, berhubung dengan peraturan & pembangunan sesuatu sistem  peraturan bolehlah mencari hubby saya nie.....hehehehe
Makin byk kejalah dia nie.
:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Ujian Personaliti Diri...anda dah cuba?

Penyarah Human Resource saya suruh kami ambil ujian Personaliti Diri baru2 nie. Diak kata setiap manusia wajib ambil untuk tahu personaliti sebenar diri. Bila saya search2 kat google, saya jumpa yg ini dan try. Ada beberapa test yg ditawarkan, antaranya....

Ujian Personaliti : Keirsey Temperament Sorter

35 Soalan
Ujian ini diubahsuai daripada Keirsey Temperament sorter oleh June E. Millet (310) 277-7518, seorang ahli psikologi. Skor daripada ujian ini akan menentukan jenis personaliti anda mengikut MBTI. Ujian MBTI hanya boleh ditadbirkan oleh ahli psikologi yang bertauliah sahaja. Walau bagaimanapun, sudah pastinya ujian ini dapat membantu anda mengenali anda dengan lebih mendalam lagi.
And this are my result.....
 Maknanya, saya ni orangnya adalah seperti..... 
  1. Seorang pemimpin dan seorang pengikut yang memberi inspirasi
  2. Boleh dipercayai di tempat kerja, InsyaAllah.... 
  3. Memberi arahan mengikut kemampuan...hurmmm... 
  4. Seseorang yang lembut yang menjaga hati insan lain.  
  5. Sukakan kekemasan dan mahukan persekitaran yang tenang.  
  6. Intelek dan idealistik.
Setiap soalan & jawapan mereka dah kaji kebenarannya. Harap2 apa yg ditafsirkan untuk saya benar2 ada dalam diri saya.


Memandangkan saya masih belajar lagi, so saya ambil juga ujian ini;


Indeks Gaya Pembelajaran Soloman & Felder: 

Dimensi Active-Reflective





:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Ada apa dengan hari ini?

20112011 (20-11-2011)

Macam cantekkkkkkkk jer tarikh tue rk. Mesti byk keja kawin.
Sama gak ngan tarikh sebelum ni....


111111 (11-11-2011)

Kenapa kena puilih tarikh2 cantek untuk langsungkan perkahwinan?
  1. Sebab senang nak ingat. Almaklumlah, sang lelaki ni susah sgt nak ingat hari2 penting nie. Kalau kawin pada tarikh2 yg cantik, bila penyakit tak ingat menular, taktaulah nak cakap apa.
  2. Sebab nak org lain sama2 ingatkan tarikh tue untuk dia. Wahhh, nnti bila nak sampai tarikh yg mendtg tue, mulalah org bercerita...."ehhhhh weekend ni anniversary you kan... I ingat coz date u married tue cun laaaa"
  3. Sebab nak cari kelainan dari yang lain
Tapi,,,, kalau ada yg kena harungi cerita sedih pada tarikh2 menarik tue macam mana erkkkk?

Saya juga ada semat satu tarikh sedih dalam kehidupan saya sekeluarga iaitu...

20042004 (20-04-2004)

Ni adalah tarikh Arwah Abang kesayangan kami meninggalkan kami selama2nya......
Alfatehah untuk Allahyarham Hj. Mohd Nazri b. Ismail
Kami sayang kamu sangat....sangat....



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget