13 August, 2012

Dimanakah Diriku di 10 Malam Terakhir???

Assalamualaikum.
Setiap kali bulan Ramadhan, selalu kita mengimpikan untuk menemui malam yang cukup istimewa, Malam Lailatul Qadar. Dimana menurut banyak keterangan bahawa Malam Lailatul Qadar itu terjadi pada 10 malam terakhir di bulan Ramadhan.

Dimana dimalam itu lebih baik dari seribu bulan, dengan kita beribadah dimalam tersebut. Dan bukankah disetiap hari itu baik, asalkan kita isi dengan berzikir kepada Allah SWT.
Malam Lailatul Qadar sering di sebut malam seribu bulan, bahkan kalau yang melakukan ibadah dimalam tersebut pahalanya sama dengan ibadah seribu bulan.

 Firman Allah SWT: 
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar. Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran lailatulqadar itu? Lailatul qadar ialah malam yang paling baik berbanding 1,000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar. 
(al-Qadr: 1-5).

Sayyid Qutub dalam tafsir Fi Dzilalil Quran menyatakan, malam Lailatul Qadar bermandikan cahaya Allah, cahaya malaikat, dan cahaya roh sampai terbit cahaya fajar. Rasulullah saw. menyuruh kita menghidupkan malam itu,
”Barangsiapa bangun untuk ibadah di malam Lailatul Qadar, dengan iman dan harapan, akan diampuni dosa-dosanya yang lampau.”

Apakah Lailatul Qadar?
Makna Al-Qadr, menurut sebahagian ulama berpendapat ia bermaksud pengagungan. Disini dapat kita fahami bahawa Malam Lailatul Qadar bermaksud malam yang memiliki keagungan kerana diturunkan al-Quran pada malam tersebut, turunnya para malaikat, melimpahnya rahmat dan keampunan Allah serta Allah akan menganugerahkan keagungan (kemuliaan) kepada mereka yang beribadat pada malam itu.

Al-Qadr juga bermaksud penetapan. Oleh itu, Lailatul Qadar juga bermaksud malam penetapan segala urusan yang bakal berlaku pada tahun berikutnya.

Bilakah Berlaku Lailatul Qadar?
 Sabda Rasulullah SAW: 
Carilah lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil daripada 10 malam terakhir di bulan Ramadan. 
(riwayat al-Bukhari di dalam sahihnya, 2017)

Dalam sabdanya yang lain baginda SAW menyebut: 
Carilah (lailatulqadar) pada 10 malam terakhir. Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu, janganlah Dia kalah (putus asa) mencarinya pada baki tujuh malam terakhir. 
(riwayat Muslim di dalam Sahihnya, 1165).
 
Daripada kombinasi hadis di atas dapat kita simpulkan bahawa, kita sepatutnya menggandakan ibadah pada malam yang ganjil bermula 10 malam terakhir pada bulan Ramadan terutamanya pada malam ke 23, 25, 27 dan 29.

Sumber: Mencari Lailatul Qadr' (google)

sumber gambar : google

16 comments:

  1. untungnya kalau dapat bertemu malam al-qadar.

    penetapan tu maksudnya penetapan segala urusan yg bakal berlaku pada kita utk tahun berikutnya ye kak?

    ReplyDelete
  2. Wallahualam Chic Na, hanya Dia sahaja yg mengetahui rahsia lailatul Qadar

    ReplyDelete
  3. jd,,,di mlm2 terakhir ni harus manfaatkannya... mana tahu,,salah 1 mlm..tu kita terpilih..insyallah..

    tp..mlm2 terakhir ni..ramia y berasak k bandar.. huhu..

    ReplyDelete
  4. Sama2 la kita mencari Lailatul Qadar..nice sharing

    ReplyDelete
  5. tq..dh tukar warna tulisan...biru yg nie...okey..dah tak silau mata saya membacanya...
    nice entry..

    ReplyDelete
  6. tahun dpn entah berpeluang bertemu lailatul qadar atau pun tak kan..huhu

    ReplyDelete
  7. sama-samalah kita cari lailatul qadar..rugi kalau lepaskan peluang ni

    ReplyDelete
  8. nice dear..samam2 kitatingkat ibadah 10 malam terakhir ini

    ReplyDelete
  9. sangat beruntung kalau dapat jumpa malam itu....


    kak CIM...
    Tak pe ke bagi Alesya je...hee cian akak..baru ingat nak belanje topap...pakai bil upenye..:)

    ReplyDelete
  10. bertuah kalu dpt bertemu malam lailatulqadar...manfaatkan sepenuhnya 10 malam terakhir

    ReplyDelete
  11. insyaallah semoga Allah merahmati kita sekeluarga n insyaallah ibadah dibulan ramadhan diteruskan seperti biasa

    ReplyDelete
  12. sgt bertuahnya kalau kita insan terpilih itukan..
    subhanaALLAH...

    ReplyDelete
  13. Tp ramai yg menghabiskan masa mlm2 terakhir ni di pusat2 jualan dan bazar2. Sampai ke subuh org penuh sesak.....huhuhuuu

    ReplyDelete
  14. samalah kita mencarinya. moga mendapat keberkatan :)

    ReplyDelete
  15. untungnya sape2 yang jumpe malam berkat tuu :')

    ReplyDelete
  16. sama2lah kita mencarinya... dan semoga Allah mempermudahkannya...

    ReplyDelete