04 December, 2012

Warisan ~Anak Kecil Main Api~



Semua parti politik di Malaysia sudah bersidang.... Menandakan Pilihan Raya akan menjelang. Ada sesiapa tak yang tengok Persidangan UMNO tempoh hari. Opssss...saya tak tengok pown sebenarnya. Tapi, kerana persidangan itulah saya dan en.hubby diajukan soalan ini oleh kedua ibu kami (ibu saya dan ibu en.hubby)

"Korang tahu tak lagu Anak Kecil Main Api tue? Siapa budak yang berucap tue erkkkk"

Owhhh...en.hubby tahulah nak jawab soalan ni. Tapi saya terpinga-pinga saja, apa kena mengena dengan budak berucap dengan lagu Anak Kecil Main Api? Setelah di terangkan oleh en.hubby, barulah saya faham kenapa kedua ibu kami mengajukan soalan seperti itu. Ya, saya dah lama tahu tentang kewujudan lagu ini. Lagu Warisan yang menaikkan semangat orang Melayu. 

Hurmmm, 'budak' yang berucap itu adalah :
Arif Yasir Zulkafli (Wakil Perwakilan Kelab Umno Luar Negara dari Tokyo)


Ada sesiapa di sini pernah dengan lagu yang saya sebutkan itu. Mari kita sama-sama menghayati liriknya...

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah dinusantara



Wahai bangsa ku, bangunlah dan jangan leka dengan segala kelekaan dunia. Ingatlah kembali bagaimana kita telah dijajah, bagaimana nenek moyang kita berhempas keringat untuk mendapatkan kemerdekaan, tergolok tergadai segala emas dan wang ringgit. Jangan kita sia-siakan pengorbanan mereka sehinggakan negara kita sendiri akhirnya tergadai jua disebabkan kebodohan kita sendiri.

Bersatulah!!!!!

** N3 saya ini tidak ada kena mengena dengan UMNO, PAS, PKR atau parti-parti politik yang lain kerana saya akan mengundi orang Islam yang benar-benar boleh membawa kepada kebaikan.

Maaf sekiranya kenyataan saya dalam N3 kali ini menyinggung banyak pihak :(

24 comments:

  1. Nur pun tak tgk persidangan hari tu.. Bz kerja..

    dan lagu ni, pertama kali nur dengar...maksudnya jelas sekali....

    bersatulah islam di dunia...!

    ReplyDelete
  2. kecik2 dulu selalu dengar lagu nie...maksud lagu tue mendalam..

    ReplyDelete
  3. Zaman kecik selalu juga nyanyi lagu n

    ReplyDelete
  4. lagu tuh besttt ms kecik² nyanyi dulu..hehee,dq pon xtgk pon psidangan aritu.

    ReplyDelete
  5. Saya tak tgk pun persidangan tu..
    Malas nak layan org yang terjerit terpekik lolong, padahal ada aja mikrofon.

    ReplyDelete
  6. first time dengar lagu ni. tak tengok pun persidangan. huhu..

    ReplyDelete
  7. yup penah dgr..baru2 ni barisan parlimen nyanyikan lagu ni..pas tu menitis airmata depa..huhuhu...

    ReplyDelete
  8. Memang sebak bila mengenangkan nasib anak bangsa Melayu yg makin terpinggir..

    ReplyDelete
  9. masa kak orientasi di IYM (la Uitm) tahun 80an , freshies kena hafal lagu ni. bersemangat kalau kita hayati lirik lagu ni

    ReplyDelete
  10. MV pun tak tengok..lirik lagu tue mendalam..kak blog ada malware lah

    ReplyDelete
  11. saya suka lagu ni...memang mempunyai maksud dan pengajaran

    ReplyDelete
  12. selalu nyanyi lagu ni sejak kecik..sbb kaka2 lya cikgu..masa maktab dia org mmg nyanyi lagu ni kot..sbb bila balik je dia ajar adik dia ni nyanyi lagu ni..hehe

    ReplyDelete
  13. dulu time sek menengah, nyanyi lagu nie tiap2 pagi. kalo mendalami maksud lagu nie mmg leh meremang. Safni pn penah wat story pasal lagu Warisan nie dulu. masa tue lepas tgk live dpn masa rusuhan kat KL
    http://spillandthrow.blogspot.com/2009/08/i-miss-my-peaceful-country.html

    ReplyDelete
  14. Dieyna nyanyi lagu ni masa pi BTN hari tu.. hehe

    p/s : Whatsapp ni macam facebook gak,, tapi kita boleh bermsg percuma... dengan hanya guna line internet...

    ReplyDelete
  15. teringat mase dinner final year zaman belajar dulu, lagu ni lah yg berkumandang diulang ulang. :)

    ReplyDelete
  16. kak cimmmmmmmmmmmmm! :)
    lagu ni nadia hafal time minggu mesra masa mula2 masuk uitm dulu ni. wahhhh, tibe2 jadi bersemangat! :)

    ReplyDelete
  17. buat kali pertama nya saya mendengar lagu ini dengan penuh penghayatan ^_^

    ReplyDelete
  18. dulu selalu dengar lagu ni..sekarang jarang sudah..

    ReplyDelete
  19. nice song!
    (ta dgar sambil makan kerepek pisang sira)

    ReplyDelete
  20. hehehe
    lagu ni pemes ms time studi dulu sis..pas abis studi trs diam..lupa lagu ni..hahaha

    ReplyDelete