30 July, 2012

RM1.00 vs RM1.50 (Hukum Karma)

Sekejap lagi dah nak balik, macam biasalah akan pergi bazar Ramadhan, sebab utama......... MALAS MASAK. Actually, bukan mim alif lam sim pun sebenarnya, tapi....

  1. Balik kerja penat, tak LARAT masak 
  2. Balik kerja jalan JEM, sampai rumah lambat 
  3. Tekak banyak, sumer REQUEST yang bukan-bukan 
  4. Bagi REZEKI pada penjual di bazar (cheeewah) 
  5. Dan pelbagai ALASAN propa lagi.... korang pown sama kannnnn 


Ni nak cerita pasal hukum karma, pembalasan Allah secara tunai. Sebab mulut poket binasa.



Haritu saya ke bazar Ramadhan Taman Tun Aminah (perghhhhh siap sebut nama kawwww!) Jenjalan cari makan dgn kawan sekerja Nae & Zar. Tiba-tiba Nae berhenti kat satu gerai yang jual air ceduk bewarna warni, semua bekas bertanda RM1.30. So maknanya itulah harga yang perlu dibayar untuk sebungkus air. Waktu tue Nae beli air kelapa kowtttt...(tak ingat). Kemudian saya bisik kat telinga dia secara rahsia dengan menggunakan bahasa rahsia, macam nie....:


"sifing gifit tifi gafa kefer? mafahafalnyefer... kafan afadefe yafang sifinggifit. sefedafap safangafat eefehhh afaifir difiafa?"

Nae angguk jer sebab dia memang faham. Kalau korang tak faham, cer tanya orang JOHO, mesti paham punyeeee.. Lepas tu jalan depan sikt, ada pulak gerai yang jual air ceduk dengan harga RM1.50. Tapi kami tak singgah ler, cuma jeling mengejek skit sambil dalam hati berkata lagi... "mafahafalnyefer!!!!"

Lepas tue kannnn, tiba-tiba Aqil (anak bongsu saya) call, bagitau dia nak air teh bunga. Owhhh okey Mama belikan kejap lagi. Jalan patah balik, jeling lagi gerai yang jual air ceduk RM1.50, depan sikit lagi jeling lagi gerai yang jual air ceduk RM1.30. Lepas tue dapat plak jelingan manja dari Nae, tu dia nak hence laaaa kat situ ada air teh bunga. Hurmmmm...taknak.. Lepas tue kannnnnnnn..... depan lagi sikit, haaaa ada abang-abang tough sasa macam atlet bina badan jual air. Takda tampal harga pown, ada pulak jual air teh bunga. So, saya berhentilah beli, abang tu hulurkan plastik berisi air dan saya pun hulurlah sekeping duit biru. Tiba-tiba.......... abang sasa tu cakap; "seringgit setengah kak". Perghhhh...dengan muka hijau biru hijau biru, hulur lagi sekeping duit biru. Dalam hati berkata;


"pafadafan mufakafa afakufu. ifingafat kafalafau cafakafap bafahafasafa rafahsifiafa Allah tafak pafahafam eeefehhh... kafan dafah kefenefe"

Moral of the story:

Pembalasan Allah akan terjadi bila-bila masa saja. Ni baru kat bumi Malaysia. Kalau mulut sengal macam ni cakap lebih-lebih walaupun dalam hati kat Makkah, hahhhhhh!!!!! hamek kau tau. Balasannya sangatlahhhhh teruk, tak percaya tanya kat orang-orang yang dah pergi Haji.


Atok saya pernah cerita, dia sorokkan selipar dia masa nak masuk kat Masjidil Haram sebab taknak kena curi. Tetiba keluar saja, dia cari-cari dah lesap. Betul-betul kena curi. Haaaa kannn baliklah hotel jalan kaki pinjam kaki ayam....

Pernah juga terdengar cerita, kalau tak silap saya baca Mustika. Ada seorang haji tue, dia berbisik dalam hati betapa pengotornya seorang pengemis tue bila meludah-ludah ke dinding bangunan. Tiba-tiba sampai saja dia di hotel tempat dia menginap, seseorang menegur yang belakang jubahnya sangat kotor dan basah. Bila dilihat, rupa-rupanya belakang jubahnya telah dikotori oleh ludah entah siapa tidak tahulah. Terus dia masuk ke bilik dan membersihkan badan serta menunaikan sembahyang taubat meminta keampunan dari Allah.
Jadi.....sepatutnya bila saya kena hukum karma haritue, kena buat solat taubat erkkkk...tapi saya tak buat! Astaghfirullah, teruknya saya!!!

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

29 July, 2012

Pisang vs Susu

N3 ini saya nak tujukan pada My Luvly Emma yang sedang mengandung kembar serta ibu-ibu mengandung yang lain. N3 ni adalah mengenai pisang dan puasa ketika hamil. Kenapa pisang? Tapi saya rasa ramai dah tahu kenapa pisang.

Beberapa hari ni saya sering ditanya oleh adik-adik & rakan-rakan di pejabat, bagaimana rasanya waktu saya berpuasa ketika mengandung. Hurmmmm...seingat saya, kedua-dua anak, saya dapat merasai pengalaman mengandng di bulan puasa. Masa anak yang sulung tue...kalau tak silap masih awal lagi usia kandungan, so tak terasa sangatlah. Tapi masa anak kedua, perut dah memuncung sewaktu ramadhan. Nikmatnya, tahun selepas itu tak payah fikir nak ganti puasa punnnn....

Apa rahsianya boleh bertahan dari subuh sampai ke maghrib sedangkan dalam perut ada nyawa?

Pertama; sebab memang nak puasa dan nak rasai pengalaman yang indah itu. Dengan kata lain, nak ajar anak dalam kandungan berpuasa seawal dalam perut lagi....cheeewah.

Kedua; sebab merasakan inilah anugerah yang Allah nak bagi. Selain dapat menjaga kandungan agar tak over weight sebab asyik makan jer tak sudah-sudah.

Ketiga; sebab inilah masanya nak berpuasa penuh dan berterawih setiap malam. Tengoklah, saya bukannya dapat mengandung seiap tahun kannnnn....

Keempat; sebab dapat makan pisang setiap pagi, takpun malam. Ayah saya sukaaaa sangat beli buah setiap hari, so saya makan ajerlah.

Kenapa nak kena makan Pisang??? Cer tengok setiap perkataan pisang, saya akan link kan ke N3 saya sebelum ni tentang Pisang oh Pisang..

Pisang mempunyai kandungan zat besi yang tinggi. Menurut kajian 2 biji pisang boleh memberikan tenaga selama 90 minit untuk seseorang itu melakukan aktiviti senaman tanpa mengambil makanan yang lain. Haaaa, tu bagi yang bersenam dan memerlukan banyak tenaga. Tapi, bagi ibu-ibu mengandung yang berpuasa takkan pagi-pagi dah nak pergi berjogging plak kannnn... Selain itu juga, kandungan tryptophan pada pisang boleh membuatkan orang yang memakannya berasa tenang dan gembira. Nak tau apa tu tryptophan, sila klik tryptophan. Aturan makan pisang yang lebih sempurna adalah dengan sesudu madu. 

Kemudian, bagi yang asyikkkkkk jer nak datang gastrik dan ulser pada bulan puasa ni untuk dijadikan alasan takmo puasa, makanlah pisang yeaaaa....

Walaubagaimanapun......bagi ibu-ibu mengandung yang telah disahkan kandungan gulanya tersangatttttttttttlah tingi, sila elakkan makan pisang. Sebab pisang mengandungi lebih kurang 20% kandungan gula dalam setiap gram pisang. Maka seelok-eloknya, jagalah pemakanan anda.

Satu lagi maklumat yang nak saya kongsikan di bulan puasa ni adalah.........

Kurangkan minum susu di waktu bersahur untuk mengelakkan mulut berbau (Halitosis). Kalau nak minum susu tue, disarankan minum dulu sebelum makan sahur atau sebelum masuk tidur. Dan sebaik-baiknya selepas makan sahur tue, gosoklah gigi, lidah dan langit-langit agar ruang lingkup mulut kita tidak dipenuhi dengan bakteria. Dan seperti yang semua orang tahu laaaaa, jangan makan petai, jering, bawang dan yang seangkatan dengannya sewaktu sahur utk elakkan mulut berbau.

gambo curik kat pokcik google

Petang ni nak berbuka puasa dengan Naufal & Naqeeb. Mama, Papa, Danish, Aqil, Atok & Nenek dah rinduuuuuuuuuuuuu sangat kat kamu berdua. Jangan tak jadi yea. 


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

28 July, 2012

Boleh tak Sayang ponteng puasa hari nie?

Salam 8 Ramadhan...

Hari nie tak kerja, tapi...tak duk relax2 kat rumah jewr. Tadi gi hantar Danish pergi tuisyen, ehhhh kenapa tuisyen siang pulak?? Owhh, Danish gantikan tuisyen malam ke weekend sebab malam dia nak berterawikh. alahaiii anak Mama nie...

Danish tuisyen sampai pukul 3.30ptg, pastu sementara tunggu Danish 3 jam tue, saya & En.Hubby pergi shoping baju raya....Hehehehe awal sangat ehhh? Harusssslaaaa, tak boleh lambat-lambat, nanti kalau tunggu minggu depan orang gomen dan dapat bonus, shoping komplex sumer sesak. Lemassssss den nanti, ada pulak aksi rebut-rebut baju...haru...

Actually hari ni nak joint segmen yang telah di tag dengan kejamnya oleh Mama Arina dalam N3 beliau dgn ular tue. So, bila Mama dah bagi tugasan, kenalah buatkannnnnn. Nanti kena berdiri atas kerusi pula kalau tak buat. Klik banner bawah ni kalau nak joint. Haaaa.... GSFian yang lain dah buat belum? Tue Mama tag semua kannnn... Tajuk bebas, nak kuak lentang boleh, rama-rama boleh, kuak dada (jangan mendada org tak suka), tunggang tebalik pown boleh, janji kreative. Tapikannnn...ni saya tulis banyak-banyak agak-agak orang nak baca tak erk? Hurmmmm...tak kesahlah.


Haritue baca N3 kecik Lyafrina tentang mandi wajib, tapi sebenarnya saya memang dah plan nak tulis N3 tue dalam bulan puasa ni. Disebabkan waktu seharian tersangatttttlah pack, so jawapan klisye 'Tak Sempat'. Jadi, ambil peluang segmen tajaan Selendang Merah & Ain Dzaya untuk tulis cerita sejarah 10 tahun dulu....Haaaaa lamakannnn simpan, dah boleh jadi pekasam.

10 tahun yang lalu.....

~10.00 malam

En.Hubby : Sayang...jom masuk tido
Sayang     : Hurmmmm...sekarang ke?
En.Hubby : Iyelah...jom
[teeeeeeeeeeeeeeeetttttt] Siaran tergendala..

~04.00 pagi

En.Hubby : Sayang...bangun sahur meh
Sayang   : Hurmmmm  ngantuknya (sambil mengeliat)
En.Hubby : Janganlah macam tue, meh tolong mak kat dapur
Sayang   : Haaaa...kul brapa nie?
En.Hubby : 4 lebih dah, meh nanti lewat
Sayang   : Nanti masakkan air panas boleh?
En.Hubby : Laaaaa, syg masaklah lepastu buat nescafe kaw ehh
Sayang   : Owhhh, tu nanti syg buatlah untuk minum sahur
En.Hubby : Haaaa okeylah tue, meh laaa bangun
Sayang   : Tapi nak minta U tolong masak air untuk mandi
En.Hubby : Tu nanti-natilahhhh... lambat sikit takpe
Sayang   : Mana boleh, abih syg tak payah puasa ker?
En.Hubby : Eh..kenapa pulak? Puasalah, meh lah bangun sahur
Sayang   : Kenalah mandi wajib dulu... tapikan syg seganlah
En.Hubby : Memanglah kena mandi, tapi nantikan boleh
Sayang   : Haaa? Tak fahamlah. Syg tak payah puasa hari ni boleh?
En.Hubby : Laaa kenapa pulak nieee? Cepatlah dah nak 4.30 nie
Sayang   : Syg seganlah nak mandi pagi-pagi ni, nanti mak cakap apa
En.Hubby : Syg mandi pagi macam biasa 6.30 tulah, takda orang perasanlah
Sayang   : Ehhhh...boleh ker? So, syg tak payah puasalah ehhh?
En.Hubby : Laaa apa plak ni? Puasalah... kan boleh mandi wajib kendian
Sayang   : Owhh yea ker? Syg taktau pun....
En.Hubby : Laaa.. dibolehkan mandi wajib sebelum tergelincir matahari
Sayang   : Ehhh...boleh ker? Okeylah macam tue. Hadis mana hadis?
En.Hubby : Nantilah abg tunjuk, skang bangun dulu. Meh jom!

Hahahaha...buang masa chot chet chot chet, 4.45 pagi baru keluar bilik dengan muka serabai alam. Tengok atas meja semua dah siap. Ada 2 orang adik ipar sedang duduk kat meja makan sambil jeling mengejek kat kitorang. Kurenggg hasyemmm betul.

Mulai hari itulah baru saya tahu, boleh rupanya mandi wajib lewat sikit dalam bulan Ramadhan. Iyelahhh kan, sebagai menantu baru dalam rumah tue, malulah kalau berperangai tak senonoh (cheeewahhh....dah halal nak buat camno). Tapi, janganlah lewat sangat sampai lengahkan solat subuh, tue bukan saja boleh mendatangkan kebatalan puasa, tapi boleh mendatangkan dosa sebab tak solat subuh.

Meh baca kat bawah nie;

Perihal bersetubuh pada bulan Ramadan, Allah berfirman, maksudnya: “Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka.
“Allah mengetahui kamu mengkhainati diri sendiri (iaitu tidak dapat menahan nafsumu), lalu Dia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhi isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang sudah ditetapkan Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar…” (Q 2: 187).
Dalam hal ini, antara penjelasan Zain al-Abidin al-Fatani dalam Kashf al-Litham (I: 104) ialah “jika naik fajar dan dalam mulutnya itu tiada makanan ditelan atau ia sedang berjimak maka ketika itu ia mengeluarkan qasad [niat] untuk meninggalkan jimak nescaya sah puasanya dan jika keluar mani sekalipun kerana jadinya daripada mubasharah (persetubuhan) yang harus.”
Maka persetubuhan itu tidak membatalkan puasa kerana berlaku sebelum waktu fajar (subuh).

Sumber dari : http://pondokhabib.wordpress.com/2011/08/17/jimak-selepas-imsak/

Rasanya saya dah memenuhi semua syarat, LIKE semua sponsor...Fuhhhh menduga kesabaran betul dengan kelembapan tenet yang hurmmmmm....


Oleh itu saya dengan kejamnya juga nak men'tag' 2 orang rakan pejabat saya;


E'in & Safni


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Gempak GiveAway by Fatin Roziana

Harini nak joint GA laaaa... Haa, nampak tajuk atas tue?

Jadi, bagi sesiapa yang nak joint tue, silalah klick banner kat bawah ni yeaaaa....




Jom ramai-ramai GSFian joint...

Semua tau, sebab tokey GA kata, "Give Away ini akan dibatalkan kalau kurang dari 60 orang."


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

27 July, 2012

Kenapa Malas Sembahyang??

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang - bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam & siang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Pergi shoping aku sanggup sampai petang,
Tengok konsert aku sanggup berdiri manjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur aku bukannya panjang,
Pagi Kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Siksa neraka cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh
Halang!!!

Bulan puasa ni marilah kita tingkatkan amal sembahyang,
Tak guna puasa kalau tak sembahyang, 
Kalau tak sembahyang dalam kubur tidur tak tenang,
Sebab amalan kita kering kontang.

Credit gambar untuk adik ipar

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

26 July, 2012

Cepat Tukar Duit Raya

Kehkehkehkeh..... N3 ni khas untuk semua yang dah kerja. Lebih-lebih lagi yang ada ramai anak saudara tue. Dah nak gajikan........Ada tak yang belumtengok duit baru? Meh tengok sini, Aqil sedang memperagakan duit Malaysia cetakan terbaru.


Tapi, kalau nak tukar duit raya gi bank ajer tau. Jangan gi tempat macam abang kat bawah nie... Nanti diorang bagi duit Jepun...

Salam Ramadhan.....

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

22 July, 2012

Selamat Ulang Tahun Mak

Selamat ulang tahun Mak, semoga Mak diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa tersenyum... Agar Mak dapat menunaikan Fardu Haji dengan Ayah tahun nie dengan sempurna. Kami semua sayanggggggg sangat kat Mak.

Nilah Mak kami.... yang sentiasa tersenyum. 




Ni gambar-gambar masa Hari Ibu haritue, tak sempat upload, so upload sini jer.....

Ulang tahun Mak dan Ayah cuma beza 7 hari saja. Seronokkan, setiap tahun boleh celebrate bersama. tapi skang ni bulan Puasa, so sama ada kita celebrate masa berbuka ataupun masa bersahur nanti.

Malam ni adik akan balik rumah Mak untuk bersahur bersama esok. Hadiah untuk mak....rahsia, tak boleh bagi tahu sekarang, tak supprise nanti.

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Promosi Chicken Foldover McDonald's

BUY 1 GET 1 FREEEEEEEE....

Selamat berpuasa untuk hari ke-2. E'ehhh dah pukul 4 laaaa. Sempat ni kalau nak ajak kawan pergi berbuka puasa di luar, especially Mc Donald's. Sebab apa????



Mc Donald's ada promosi Chicken Foldover, beli 1 percuma 1 dengan pembelian ala-carte. Masa nak beli tue, u all bukalah blog saya yang mengancam ni, pastu flashkan iklan Mekdi ni kat kaunter. Confirm dia bagi, takyah print2 pun... Kalau tak bagi, sebut nama saya.


Haritue saya dah try, tapi bukan bulan puasalah....Kenyang giler tau. Promosi Chicken Foldover McDonald's akan berakhir 25 Julai 2012 nie.... cepat-cepat bagi couple-couple tue bolehlah berbuka bersama. Tapi jangan asyik syok-syok makan jer, lupakan Maghrib dan Terawaih. Tapi kalau ada yang tak dapat cari geng nak berbuka tue, boleh jer beli, 1 makan time berbuka petang nie, 1 lagi makan waktu sahur esok pagi. Hurmmmm....okey tak?



Haaaa...ni haritu saya makan. Makan berdua tapi beli sekali untuk Aqil & Danish. Foldover 1 lag tue untuk Danish, hari tue En.Hubby makan ayam goreng Mekdi ngan bubur sebab sakit tekak. Aqil macam biasalah dia punya Happy Meal. Dapat mainan Ice Age. Jumlah semua RM32.45, dapat gelas Mekdi jugak.

Selamat Berbuka~~~~






:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Rahmat Allah Tidak Pernah Putus

Adakalanya fikiran kita rasa sangat berserabut, perasaan kita rasa tidak menentu, apa yang kita buat semuanya bagai tidak kena, solat dan ibadah tidak dapat dirasa kemanisannya. Seolah-olah ada sesuatu yang perlu kita dapatkan untuk menenangkan fikiran dan hati kita yang berkecamuk.

Lihat sahajalah apa yang berlaku di sekeliling kita, pembunuhan di sana-sini. Pelacuran yang berleluasa. Anak-anak yang derhaka kepada kedua ibu bapa, remaja-remaja yang terjebak dan hanyut dalam gejala sosial, pembuangan bayi yang tidak berdosa menjadi-jadi.

Kehormatan umat Islam dipersendakan dan bermacam-macam lagi. Semuanya menyayat hati dan perasaan kita. Itu tidak termasuk tekanan kerja dan pengajian yang terpaksa kita harungi setiap hari.

Jalan meraih ketenangan

Sesungguhnya Islam itu agama yang sempurna. Ia kaya dengan pelbagai perbendaharaan dan khazanahnya yang indah dan seni. Oleh kerana itu, kita melihat agama Islam itu sentiasa dicemburui dan cuba dinodai kesucian dan ketinggiannya oleh musuh-musuh Islam.

Cuma, kita yang tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan segala keistimewaan Islam kerana kita sendiri tidak cukup mengenal agama yang kita warisi.

Menjadikan al-Quran sebagai wirid

Islam menyarankan beberapa perkara yang baik untuk kita lakukan ketika berhadapan dengan situasi sebegini. Antaranya, kita digalakkan membaca al-Quran dan menjadikannya sebagai wirid.

Hendaklah kita bertafakur tentang kandungan ayat-ayatnya dan mendalami mutiara-mutiara maknanya untuk mengeluarkan daripada perbendaharaan dan permatanya sesuatu yang akan melapangkan dada. Menambahkan lagi keyakinan dalam beragama dan menghadirkan kebesaran pemiliknya iaitu Allah SWT. Di samping itu, janganlah kita mengabaikan adab-adabnya.

Ulama berkata: “Sekiranya kamu melayarkan kapal di dalam lautan ini, kamu akan memperolehi kejayaan dan kerehatan (ketenangan) dalam pelayaran tersebut. Akan datang kepadamu angin kegembiraan dari wangiannya yang suci, dan bauannya yang semerbak bernilai dan mengadap kepadamu kelembutan inayah dengan kesempurnaan pilihan yang disertai dengan ri’ayah pembelaan Allah. Kamu akan ketahui perkara yang belum pernah kamu ketahui dan memahami perkara yang belum pernah kamu fahami."

“Maka terhasillah bagimu segala cita-cita dan tercapailah segala keinginan dan kegembiraan. Maka selepas itu berusahalah mengulang-ulang membacanya dan tenggelam di dalam lautan rahsianya. Berwaspadalah daripada meringan-ringankannya dan tergopoh-gapah ketika membacanya.”

Menyelami kitab-kitab ahli hikmah

Para ulama juga menyarankan kita menjadikan bacaan kitab-kitab tasauf sebagai wirid. Hendaklah kita perkemaskan renangan kita di dalamnya. Jadikan ia sebagai sahabat dan teman bermesra pada waktu pagi dan petang, dan pegangan dalam semua keadaan.

Taklifkan diri kita beramal dengan isi kandungannya dan meninggalkan perkara-perkara yang ditegahnya. Insya-Allah, hati kita akan menjadi lembut dan berasa lebih tenang menghadapi apa jua keadaan.

Istiqamah dalam perhambaan

Sebagai manusia kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan dosa. Namun kita tidak sepatutnya dikalahkan oleh kesalahan yang kita lakukan hingga bersikap pesimis dan berprasangka buruk dengan Tuhan. Kita seharusnya ingat bahawa setiap kejadian Allah itu ada hikmahnya.

Sheikh Ibnu Atoillah r.a membongkar satu lagi hikmah Allah dalam kalam hikmahnya yang indah yang berbunyi: “Apabila kamu terlanjur melakukan suatu dosa, maka janganlah kamu jadikan ia sebagai sebab kamu patah hati daripada beristiqamah bersama Tuhanmu, kerana kadang kala ia merupakan dosa terakhir yang ditakdirkan ke atas kamu”.

Kita tidak seharusnya merasa putus asa daripada beristiqamah bersama Allah apabila terlanjur melakukan dosa. Dengan bersikap sedemikian, hanya akan menjadikan dosa kita lebih besar.

Istiqamah bermaksud sama keadaan dalam ubudiah terhadap Tuhan. Dosa tidak menyekat seseorang hamba itu daripada terus istiqamah dalam perhambaannya kerana seseorang hamba itu tidak dapat lari daripada takdir yang telah ditulis baginya.

Cuma, perkara yang menghalang seseorang daripada istiqamah ialah jika dia berterusan melakukan dosa tersebut. Malah bertekad untuk mengulanginya. Menginsafi hakikat ini, maka wajiblah hamba tersebut segera bertaubat kerana berkemungkinan ia adalah dosa terakhir yang ditakdirkan baginya.

Kadang kala kesalahan itu juga merupakan suatu rahmat dan peringatan buat kita yang sedang lalai atau leka. Apabila kita terjatuh, maka kita akan lebih berusaha untuk bangun dan maju ke hadapan. Setelah itu, kita dapati ia merupakan dosa terakhir yang ditakdirkan bagi kita.

Perhatikan, telah berapa banyak perkara sebegini terjadi kepada orang yang pernah melakukan dosa besar. Sebelumnya mereka adalah seorang pencuri, tetapi kemudian menjadi orang yang mulia. Di antara mereka ialah tokoh sufi yang terkenal, Ibrahim ibnu Adham.

Beliau bertaubat setelah mendengar suatu bisikan ketika sedang berburu. Setelah itu beliau sering berdoa dengan doanya: “Ya Allah! Pindahkanlah aku daripada kehinaan maksiat kepada kemuliaan ketaatan.”

Begitu juga Fudhail ibnu ‘Iyadh r.a yang asalnya seorang penyamun. Sebelum bertaubat, dia begitu berminat dengan seorang jariah. Pada suatu hari, ketika memanjat dinding rumah jariah itu, dia mendengar suara orang yang sedang mengalunkan ayat 16 surah al-Hadid: 
Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyu’ hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasiq-derhaka.

Selepas mendengar ayat itu datang keinsafan di dalam hatinya sehingga hari ini kita mengenalinya sebagai seorang ahli sufi yang terkenal. Justeru, jadikanlah mereka sebagai model yang boleh membuka minda dan hati kita untuk bersangka baik dengan Allah.

Banyak ayat dan hadis yang mengingatkan kita tentang keluasan rahmat dan keampunan Allah. Di antaranya, Allah SWT berfirman yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): 
Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat)! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dialah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Zumar: 53)
Allah SWT juga berfirman : Dan tiada sesiapa yang berputus asa dari rahmat Tuhannya melainkan orang-orang yang sesat. (al-Hijr: 56). Dalam surah Yusuf, ayat 87, Allah SWT juga berfirman: Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah melainkan kaum yang kafir.

Sabda Rasulullah SAW: “Setiap anak Adam pasti melakukan kesilapan. Sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan ialah orang yang bertaubat daripada dosanya. Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi mereka yang sentiasa mensucikan dirinya”.

Maka bersempena Ramadhan yang mulia ini marilah kita, sebagai hamba-hamba-Nya yang banyak melakukan kesalahan berazam tidak sekali-kali berputus asa daripada berusaha dan kekal beristiqamah pada jalan ‘ubudiah walau betapa perit dirasakan melalui jalan yang satu ini.
sumber: https://epondok.wordpress.com

RAPUHNYA HATI KITA MELAWAN BISIKAN SYAITAN


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

21 July, 2012

Hadiah Untuk Puteri-Puteri Ku

Alhamdulillah....rasanya postage saya untuk puteri-puteri tersayang sudah selamat sampai ke tangan mereka. Hari tu sewaktu berkunjung ke Singapura, saya ada belikan sesuatu untuk kedua-dua anak saudara kesayangan Puteri Aleeya Fatimah & Puteri Ardini Aishah.

Semalam mereka ada call, tapi saya tak perasan. Then mereka call nenek mereka pula dan bagi tahu excitement mereka untuk memberi tahu Mama yang mereka dah dapat hadiah tue. Nenek kata mereka happy sangat, tapi tak dapat cakap dengan Mama. Kejap lagi Mama call kamu berdua yea Sayang...

Nilah corier box yg pergi ke alamat mereka;



Ni plak isi kandungan, comel tak?



Dan yang inilah Puteri-puteri kesayangan saya. 
Mama Sayangggggggggggg kamu berdua sangat-sangat!!!!!



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

~~Ramadhan Datang Lagi~~

1 Ramadhan 1433

Salam Ramadhan untuk semua umat Islam seluruh dunia terutama sekali pada pembaca setia blog ini.

Entry ini agak terlewat memandangkan kita sudahpun mula berpuasa lebih kurang sejam yang lalu. Tetapi saya kira masih tidak terlewat untuk saya mengucapkannya, agar ibadah kita selama sebulan ini mendapat keberkatan dari Yang Maha Esa. InsyaAllah.....

Sepertimana yang kita sedia maklum, Ramadahn merupakan bulan yang paling dinantik-nantikan, bulan yang dilimpahi dengan segala rahmat dan keberkatan. Marilah kita sama-sama mengumpulkan sebanyak mana pahala di bulan yang mulia ini. Antara amalan yang sunat kita lakukan sepanjang Bulan Ramadhan yang mulia ni adalah;


1. Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.”
(HR Bukhari & Muslim)

Dari Zaid bin Tsabit radhiAllahu ‘anhu berkata: “Kami sahur bersama-sama dengan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, kemudian kami melaksanakan solat.” Ada seseorang bertanya: “Berapa lama antara sahur dengan solat itu?” Ia menjawab: “Kira-kira 50 ayat.”
(HR Bukhari & Muslim)

Dari ‘Amr bin ‘Ash radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah adanya makan sahur.”
(HR Muslim)

2. Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka

Dari Sahl bin Sa’d radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.”
(HR Bukhari & Muslim)

Dari Anas radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sentiasa berbuka dengan beberapa biji ruthob (kurma yang baru masak) sebelum solat. Jika tidak ada ruthob (kurma yang baru masak), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam berbuka dengan tamar (kurma yang sudah kering). Jika tidak tamar (kurma yang sudah kering), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam meneguk air beberapa teguk.”
(HR Abu Daud dan At-Turmudzi)

3. Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.
Diriwayatkan oleh Turmudzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ada 3 golongan yang tidak ditolak do’a mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.”

4. Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam bersabda: “Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak". Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa”. (HR Bukhari & Muslim)

Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan buruk, maka Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan minumnya.”
(HR Bukhari)

5. Bersiwak atau menggosok gigi.

Amir bin Rabi’ah berkata, “Saya melihat Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersiwak dan beliau pada saat itu sedang berpuasa. Kerana seringnya, maka saya tidak dapat membilang dan menghitungnya.”
(HR Bukhari)

Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu mengatakan bahwa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Andaikan tidak memberatkan umatku, niscaya mereka kuperintahkan bersiwak pada setiap kali berwudhu.”
(HR Bukhari)

6. Bermurah hati dan banyak menderma.

Dari Ibnu Abbas radhiAllahu ‘anhu katanya: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril. Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran. Maka Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.”
(HR Bukhari)

7. Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran.

(Hadith Ibnu Abbas di atas menyatakan bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bertadarus (mempelajari al-Quran) dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan.)

Membaca al-Quran adalah amalan biasa ummat Islam, tetapi sempena bulan Ramadhan, hendaklah kita tumpukan betul-betul dan menggandakannya. Para ulama apabila tibanya bulan Ramadhan akan memberhentikan kuliah yang diajar mereka dan menumpukan kepada mempelajari al-Quran. Membaca untuk memahami al-Quran yakni mentadabbur al-Quran adalah lebih utama dari membaca laju untuk mengkhatamkannya beberapa kali pada bulan Ramadhan.

8. Memberi makan untuk berbuka puasa.

Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanny radhiaAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.”
(HR At Turmudzy)

9. Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)

Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: “Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.”
 (HR Bukhari & Muslim)

10. Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan

Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata: “Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.”
(HR Bukhari & Muslim)

11. Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.

Dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.”
(HR Bukhari & Muslim)

Dari Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan sehingga Beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam dipanggil ALLAH Ta’ala, kemudian setelah beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam wafat, isteri-isterinya meneruskan kebiasaan Beliau itu.”
(HR Bukhari & Muslim)

Semoga kita sama-sama dapat amalkan dan sampaikan kepada orang lain…. amin…

Jom tengok bingkisan Ramadhan dari Jepun...




:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

18 July, 2012

Yuk Cuci Kereta~~

E'ehh....tak pasal-pasal ngajak orang cuci kereta....

Kenapa kita malas basuh kereta sendiri? Sebab.....dah banyak orang buka Car Wash. So, buat apa nak basuh sendiri kannn.... Tapi, lain pula ayah saya, pantang tau kalau kitorng parking kat umah dia dengan kereta berdebu, berlapuk, comot, berlupur, berdanau. Haaaaa...siaplah dia amik kain buruk ngan sabun basuh baju mak (haaaa hamek kau, kalau ada sabun basuh pinggan pun dia bedal jewr paling tak tahan bila dia guna sabun cuci toilet)..... Tak percaya, tanya adik beradik saya, tak pun jiran-jiran saya. Malu tauuu bila ayah kitorang terponggeng-ponggeng basuh kereta kitorang. Tapi bukan salah kami, bukan sengaja nak buli ayah, ayah tue yang menagada sangat nak basuh. Tak suruh pun.

So, jalan terbaik, kalau kereta dah rupa bajak tue, moh ler kita cuci kereta sebelum parking kat rumah dia....


Snow Wash.....wahhhhhh banyaknyerr sabunnn... kannnnnnnnnnnn

Ni abang-abang Lombok... jangan tergoda tau, senyum jer mereka.....

  

Okeyyyy dah berkilattt.... boleh parking kat umah Ayah. Malam ni tido umah agam sebab esok pagi En.hubby ada program kat Hotel Paragon, dekat jer ngan rumah parents saya. So, untuk mengelakkan kelewatan esok hari, kami semua akan tido sana sebab En.Hubby mesti berada di Hotel Paragon pada jam 7.00 pagi. Hehehehe.....mula packing baju.


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

17 July, 2012

Terima Kasih Semua

Saya Sayang semua Orang yang berada di sekeliling saya, 
Orang-orang yang mendekati saya, 
Orang-orang yang menggembirakan saya, 
Orang-orang yang sudi berkawan dengan saya,
Orang-orang yang sentiasa mendoakan saya,
Orang-orang yang sudi mengunjungi blog saya.....

-------------------------------------------------------

Saya minta maaf...
Sebab kadang kala saya alpa kehadiran kamu semua
Sebab kadang kala saya lupakan kamu semua
Sebab kadang kala saya menjauhkan diri dari kamu semua
Sebab kadang kala saya menghindari kamu semua
Sebab kadang kala saya tak balas kunjungan kamu semua
Sebab kadang kala saya tak balas komen kamu semua

-------------------------------------------------------

Terima kasih sebab menjaga saya
Terima kasih sebab menggembirakan saya
Terima kasih sebab menjadi teman duka saya
Terima kasih sebab selalu buat saya ketawa
Terima kasih sebab sudi berkawan dengan saya
Terima kasih sebab selalu memuji saya
Terima kasih sebab selalu datang blog saya
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen di blog saya
Terima kasih sebab tak jemu-jemu datang dan datang dan datang
Terima kasih sebab memahami saya

-------------------------------------------------------

N3 ini ditujukan kepada semua

terima kasih pakcik google sebab bagi saya amik gambo ni tanpa minta doplocen


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

16 July, 2012

Selamat Ulang Tahun My Luv & My Dad

Semalam dan semalam kepada semalam adalah hari ulang tahun 2 orang jejaka yang paling saya sayangi iaitu En.Hubby pada 14 Julai & En.Ayah pada 15 Julai. Saya doakan kedua-dua mereka ini sentiasa berada di bawah lindunganNya dan diberikan kesihatan yang baik sentiasa. 

Dua-dua jejaka inilah yang menjaga saya, sejak lahir En.Ayah menjaga saya dan membesarkan saya walau apapun yang terjadi, ketika beliau susah dan senang tetap akan membahagiakan anaknya. 22 tahun kemudian, tugas tersebut beralih tangan ke En.Hubby yang benar-benar sayangkan saya (cheeewahhhh saya tahulah). Tak pernah beliau menghampakan permintaan saya, susah ataupun senang, cepat atau lambat tetap dia akan adakan setiap keinginan. Alhamdulillah.....

Semalam saya dan adik ipar buat surprise. Kami pergi makan malam di MK Cafe & Bistro...alaaaa tempat feberet kami tue, siapa masih ingat lagi? Ada banyak entry saya mengenai Gfadz HB46 & Indra. Mereka adalah pemuzik aqoustic terbaek pilihan saya. Sebelum ke MK, saya dah massage GFadz dulu bertanyakan adakah mereka perform malam semalam. Alhamdulillah mereka ada, so saya buat permintaan suruh GFadz nyanyikan lagu Happy Birthday untuk En.Hubby. Hubby memang tak sangka saya akan bermesej secara rahsia dengan GFadz. Thanks Gfadz...




Semalam juga ada special request suruh En.Hubby nyanyi. 
Lagu Browrey Marantika; Biar Bulan Berbicara.Video ni nanti esok baru saya upload sebab lama bbenorrrr nak menunggunya.

Untuk ayah pula, awal-awal lagi hadiah sudah diberikan. Sebuah Al-Quran electronic. Kami adik beradik berkongsi untuk belikan En.Ayah Al-Quran nie. Actually dia yang pernah terbitkan kata-kata; 

"Al-Quran yang guna pen tue baguslahhh. Ayah nanti boleh selalu mengaji dengan tajwid yang betul. Selama ni mengaji mak saja yang tunjuk ajarkan tajwid, lepas ni tak payahlah nak minta tolong mak, dia ada banyak kerja"

Nilahhh Al-Quran Electronik pemberian kami. Ayah....kami semua sayangkan ayah seluruh jiwa raga kami & setiap nafas kami ayah tetap dihati....


Inilah ayah kami yang tercinta....

Dengan cucunya Puteri Aleeya Fatimah.... bisikan rahsia, hanya kami jer yg tahu apa yg dibisikkan.... hehehehe lawak sangat masa nie... :)

Ayah diwaktu mudanya...handsome tak???

Ayah suka melancung... Semoga ayah sihat selalu & dapat menunaikan Fardu haji tahun nie dengan Mak yang dikasihi....

Amin................


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

15 July, 2012

Chapter DueX : Mad Hatters' Nite & Dance Party

Siaran langsung tertunda selama seminggu....baru malam ni dapat hupdate gambo-gambo malam Gala Mad Hatters' Nite & Dance Party kat Hard Rock Hotel Singapore....

Kannnnn.... nengok ada banyak retis-retis gituewww.... Kak Pah, Kak Siti, Heliza, Maher Zain, Usher, Bob Marley, Yoo Na (Girl Generation), perrrggghhhhh giler meletop lah.

Layannn jerlah...




Malam tue saya punya nombor betuah. 411 and I got RM250. Okeyyy lah tue dpd takde langsung kannnnnn....


Makanan pownnn sodap. Tapi....boss nie banayk sangat spend kat air alsyaito0nirrajimmmm tue, puihhhh, haram! Hehehehe....minum oren juicy jerlah yea.

Seriously, week nie balik dari Singapore memang busy giler, so memangggggg lah tak nyompat den nak edit gambo. Haaa layan ajerwlah gambo tak beredit (RaW!!!)




 Aqil lukis tatoo...upin ipin sedang main bola.... kuikuikui

 Mr.Loh our Pharmacist, memang terbaekkk dia punya gelekan mumt0t.....

 Wahhhh Danish, sampai naik atas kerusi, fight for Nizam utk best dress, menang akhirnya walaupun empat kedua, dapatlahhhh S$100.00. Sapa nak bagiiii???

 From left: Zamri a.k.a Maher zain, Nizam a.k.a Usher, Mr.Hubby a.k.a Aaron Aziz (wahhhhhh)

Ladiessss....




Dah malam dekat 12 midnite.... sumer muka dah mengantuk. posing pownnn dah malas. Santaiiii....

Okeyyy memperkenalkan, walaupun dah ramai yang kenal.... my blogger fren, Miss Aien
(sila klik pic utk ke blog beliau)



Party habis pukul 12 malam. Lepas tue me & family gi layan live band plak kat Hard Rock Cafe... terbaekkk lah malam tue.

Jom layan lagie.....



 Sila abaikan 2 hulubalang beta yang sedang khusyuk bermain dengan kristal... (dalam lift nie) kalau boleh curik, saya bawa balik pasang kat rumah, mesti meriah raya nie...




Layan lagu Sweet Child of Mine & Hotel California


Oh my Heroes!!!!






okeyyyy.... back to normal life.....
Tapi kat pesebukkk diorang masih rancak storey morey, ntah sebulan gaknya baru slow. hehehehe...


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget