26 January, 2013

Keputusan Pusingan Pertama Piala FA


Saya baru sahaja balik dari Stadium Tan Sri Hj. Hassan Yunus, Larkin menyaksikan pertempuran antara Pasukan Johor Darul Tazim dan Pasukan Perak. Keputusan berakhir dengan 1-0 dimana jaringan adalah berpihak kepada JDT yang dijaringkan oleh Aidil Zafuan pada minit ke 48' di separuh masa kedua.

Sebelum itu, Johor FA telah gagal meneruskan perjuangan kerana tumpas dengan Pahang pada perlawanan di petang hari dengan keputusan memihak kepada Pahang 3-2. Senarai keputusan penuh pusingan pertama Piala FA musim 2013 adalah seperti berikut;

Johor DT ( 1 ) - ( 0 ) Perak
Kedah ( 3 ) - ( 0 ) NS Betaria
Sarawak ( 3 ) - ( 0 ) Melaka
Johor FA ( 2 ) - ( 3 ) Pahang FA 
T-Team ( 3 ) -( 2 ) Perlis FA 
Sabah ( 2 ) - ( 1 ) FELDA United 
PDRM ( 1 ) - ( 2 ) Pinang FA 
POS Malaysia ( 5 ) - ( 0 ) Kuala Lumpur FA
PBAPP FC ( 5 ) - ( 1 ) Preah Khan Reach
Shahzan Muda ( 0 ) - ( 2 ) ATM Tentera Darat

PKNS (1) - (0) Lions XII
UiTM FC (0) - (2) Negeri Sembilan

updated 28-Jan-2013

*Perlawanan antara UITM FC menentang Negeri Sembilan dan PKNS FC menentang Lion XII di tangguhkan ke 26/01/13, 4.15ptg akibat hujan lebat pada waktu asal.

Dengan keputusan tersebut, di perlawanan seterusnya, Johor Darul Tazim akan berhadapan dengan pasukan dari Kedah. Wahhhhhh, bertempurlah kita yeaaa Cik Ai, Waniey, M-Matatajam, Deq QienzBusyra.

Owhhh ya, tempuh hari Cik Nur ada tanya adakah saya akan berada di stadium disetiap perlawanan melibatkan Johor Darul Tazim. Jawapan saya, insyaAllah.......


Tetap bersama mu JOHOR. Sentiasa akan duduk sebaris dengan Boys.Of.Straits (BOS)


 Penyokong JOHOR yang sentiasa membanjiri stadium disetiap kali perlawanan. Ini membuktikan mutu bola sepak Malaysia sudah semakin maju.


Keadaan berasak-asak setiap kali perlawanan berakhir. Tapi kami tetap mengikut peraturan dan berjalan perlahan-lahan. Kereta menghormati motorsikal, Motosikal menghormati pejalan kaki, pejalan kaki menghormati wanita, wanita menghormati anak-anak kecil.....


p/s: Sedang menanti kehadiran 3rd Jersi - Pink Kaler di tangan.....


16 comments:

  1. sikap yg harus dipuji...ikut peraturan...

    tahniah utk team johor...

    ReplyDelete
  2. wah akak best nye dapat p....teringin gak nak p tgok...selalu tgok kat TV je...

    ReplyDelete
  3. wahh akk mmg kaki tangan bola erkk.cayalahh..dq kureng sikit bola nih..kalo ada y plawanan beso tgk juga la..hihi

    ReplyDelete
  4. wah ramainya dekat stadium..ni tandanya permainan bola sepak makin diminati

    ReplyDelete
  5. wah ramainya dekat stadium..ni tandanya permainan bola sepak makin diminati

    ReplyDelete
  6. Nur dah agak, mesti akak pergi.. :)

    apapun, tahniah Johorrr... :)

    ReplyDelete
  7. wah tahniah johor..:)

    huhu..duduk di johor kena sokong johor..huhu

    ReplyDelete
  8. hehehe
    semangat nk bertempur dgn Kedah eh?
    hehehehe moga2 Kedah menang.hihihihi larikkkk

    ReplyDelete
  9. wani tgk gak bola...nk kata suka xla tp boleh la nengok...akak ni mmg minat bola yer blh geng dgn mv hehe

    ReplyDelete
  10. akak ni mmg gila bola eh? huhu...mesti tak ramai pmpn kat sana kan kak?

    ReplyDelete
  11. Semangat kesukanan... tahniah.. hihi

    ReplyDelete
  12. seronok kan tengok kat stadium. lagi bersemangat.

    ReplyDelete
  13. mmg peminat sukan tegar la akk ni..terbaiklah!

    ReplyDelete