02 March, 2013

Aktiviti Pagi Sabtu

Seperti biasa setiap hari Sabtu, dari jam 10pg hingga 12tgh, saya dan en.hubby akan menemani 2 orang bujang kami ke kelas berenang di Kompleks Sukan Mutiara, Bandar Dato Onn.

KELEBIHAN BELAJAR BERENANG

  1. Meningkatkan kemampuan fungsi jantung dan paru-paru.
  2. Melatih pernafasan serta dapat menguatkan sistem kardiovaskular.
  3. Membentuk otot badan a.k.a six-pax gituewww.
  4. Membakar kalori lebih banyak sehingga 24% lebih banyak daripada berjogging.
  5. Untuk keselamatan diri, sebagai langkah selamat bagi yangsuka mandi-manda di pantai dan pulau seperti kami.
  6. Menghilangkan tekanan perasaan. Secara psikologinya, berenang merupakan terapi untuk badan lebih relax.


Jadi....ajarlah anak-anak kita berenang kerana ini juga adalah Sunnah Rasulullah.

Antara fakta yang diketahui, berenang merupakan olahraga tanpa daya graviti bumi  (non weight brangging). Apa itu NWB? Nanti saya search banyak sikit mengenai NWB ni. Tapi yang pastinya, saya tak mahu Danish mengalami masalah obesiti melampau, dan bernang inilah salah satu cara untuk mengawal berat badan. Biar besar badan jangan boyak perut....heehehe....

15 comments:

  1. best jugak belajar berenang byk manfaat ni esp time emergency :)

    ReplyDelete
  2. anak saya takut air aduh mcm mn ni?

    ReplyDelete
  3. wah bestnya..dah lama tak p brenang..cmla sha tau brnang hahah

    ReplyDelete
  4. Khalish mmg suka berendam main air ni... Berenang tu tak tau la plak..hi hi

    ReplyDelete
  5. Solehah berani lagi kalau berenang dalam kolam renang yg cetek camni, kalau dalam laut mmg solehah xkn berani untuk berenang. Sebab kalau solehah berenang dalam laut, kaki xdpt capai sampai ke bawah. risau gak takut lemas...

    ReplyDelete
  6. Nur kan..sebenarnya..
    tak reti berenang.,.
    huhuhuh

    ReplyDelete
  7. dah muda2 mcm cikna ni boleh lg ke nak belajar ek? hikhik.. dah lama teringin nak belajar swimming. -_-

    ReplyDelete
  8. euwww.. deqla x reti berenang.. huhuhu

    ReplyDelete
  9. sonok lah berenang ni..boleh kuruskan badan tp ai x tahu berenang..kuak kupu2 tau lah.hahahha

    ReplyDelete
  10. entah bile la nak blaja berenang ni. teringin jugak nak try. hee.

    ReplyDelete