08 March, 2013

MEMBERI DENGAN KERENDAHAN HATI



Mari Bersedekah : 
TANGAN YANG DI ATAS ADALAH 
LEBIH BAIK DARI TANGAN YANG DI BAWAH





Credit to : I-Produksi |Islam*Iman*Ihsan|

Saya teringat pesan seorang yang sangat saya kenal rapat. Katanya:

"Kalau kau rasa kau kesempitan rezeki, duit tak cukup, harta rasa tak banyak, masa itulah masa paling sesuai untuk bersedekah." Dia menyambung 

"Kalau kau sudah senang setelah sempit, banyakkan lagi sedekah kau itu pada masa tersebut. Nescaya Allah akan meluaskan pintu rezeki".

Dalam pada itu, kita perlu selalu ingat. Rezeki luas tak bermakna akan jadi kaya raya terus. Kadang-kadang, bak kata mak saya, rezeki luas nie, macam makan seperti biasa, tapi rasa lebih kenyang dan puas bila dapat berkongsi bersama. Pendapatan seperti biasa, tapi seolah-olah cukup dan bila pendapatan yang kita perolehi lebih dari biasa, kita pula yang akan rasa tak cukup sebab kita ada banyak kehendak itu dan ini yang kadangkala diluar jangkauan sehingga membuatkan kita lupa daratan dan terlupa untuk menyimpan. Kita kena sentisa bersyukur dengan nikmat yang ada. Jangan sampai serakah dalam mencari rezeki sampai kita jadi kufur nikmat. Na'uzubillah.

Betapa Allah itu Maha Penyayang dan Maha Lembut. Di dalam kesukaran kita acapkali Dia turunkan bantuan dari sumber yang kita sendiri tak sangka. Sekali lagi kita kena sentisa mensyukuri pemberian Allah kepada kita yang datang dalam berbagai-bagai bentuk. Ucapan 'Thank You Allah' atau 'Alhamdulillah' biarlah datangnya dari hati dan kita menghayati maksudnya bukan hanya lontaran perkataan dari mulut kita.

Jadi, apabila kita mahu memberi, berilah dengan kerendahan hati dan tersemat redha dalam sanubari. Allah mengetahui, walaupun pemberian kita tidak diketahui atau tidak disedari, kita kena yakin Allah Maha Mengetahui, pencatit kebaikan tidak pernah alpa menjalankan tugasnya. Pasti kita akan medapat balasan tak dijangka suatu hari nanti.



19 comments:

  1. Selamat petang CiM comel lote..hehe...maaf tau lama x mai sini..betul2..setuju dengan tajuk utama enrty ni...cim da makan lunch?

    ReplyDelete
  2. sangat tepat. konsep keberkatan rezeki itu yg perlu kita fahami

    ReplyDelete
  3. selamat petang kak..betul tue..mv setuju dgn entry kak CIm ni

    ReplyDelete
  4. rezeki dikongsi bersama. pernah baca sedekah memanjangkan umur kita. :)

    ReplyDelete
  5. Insya Allah, tu la kadang2 rasa selalu tak cukup, walhal kalau hulur tak berhabis pun harta.

    ReplyDelete
  6. Dear, terima kasih banyak2 atas pemberian tu. suka, sbb size dia kecik, so sng bawak kemana2. thank u again ;)

    ReplyDelete
  7. salam kenal...singgah sini balas kunjungan dan follow awak...

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah,setiap pemberian ikhlas dari hati itu pasti akan mendapat ganjaran dari Allah :)

    ReplyDelete
  9. menderma tak nanti banyakkan cukup setakat yg mampu...

    ReplyDelete
  10. ikut kemampuan, dan paling-paling-paling penting...IKHLAS.. :)

    ReplyDelete
  11. smmgnye kate org, tgn memberi lbh baik dr yg terime kan. ;)

    ReplyDelete
  12. tgn yg memberi lbh baek dr yg menerima kan..

    tima kasih ye CiM ats segala pemberian CiM..sgt2 menghargai :)

    ReplyDelete
  13. setuju tu kak tgn memberi lbh baik dr tgn menerima

    ReplyDelete