27 May, 2013

The Big Bad Wolf Book Sale, Johor Bahru

Wooottttt wooottttt....

"Cepat! Cepat! Sembunyikan semua buku-buku yang ada! Seekor serigala yang besar dan jahat dah datang nak curi semua buku-buku kita! Cepat! Cepat semua ke Danga City Mall, Johor Bahru, sebelum buku-buku tersebut dicuri oleh serigala yang besar dan jahat tu!"

Ke........

"Pstttt.....psssttttt..... Jangan cakap kuat-kuat. Sekarang ni, semua buku-buku yang telah diselamatkan dari seekor serigala yang besar dan jahat sedang dikumpulkan di Danga City Mall, Johor Bahru. Anda kena cepat datang dan selamatkan seberapa banyak buku yang ada sebelum serigala yang besar dan jahat itu dapat menghidunya dan datang mencurinya kembali"



Hihihi....sebenarnya saya pun tak berapa pasti kenapa ia dipanggil sebagai The Big Bad Wolf Book Sale. Tapi yang pastinya ada banyak sangat buku-buku yang berkualiti, dari penulis-penulis ternama dunia termasuk buku-buku yang sukar didapati di Malaysia. Harganya memang sangat-sangat murah sehingga anda sendiri tak percaya.

Hikhikhik.....semalam saya dan en.hubby menghabiskan masa selama 1 jam sahaja di The Big Bad Wolf Book Sale, Danga City Mall, dan kami berjaya merangkul 13 buah buku kesemuanya. Tapi kalau dibiarkan saya melilau di ruang tersebut lebih lama lagi, mau berpuluh lagi akan saya sauk. Mujurla en.hubby nak balik awal kerana dia ada urusan lain dipejabatnya.




Inilah buku-buku yang dapat kami beli.




Oppssss...saya nak pergi lagi!!! Dengan Geng Jemah sebelum 2 June nanti.
 

16 comments:

  1. Teena pun baru pergi BBW kt MITC aritu, knapa ek name dy big bad wolf, tp mmg murah giler hrga dia, rambang mata nk pilih yg mana..

    ReplyDelete
  2. wah sakan giteww shopping... tapi memang kadang2 bila dah shopping buku ni, tak perasan..sampai semua kita nak beli...

    ReplyDelete
  3. masa buat kat KL, saya tak sempat pergi..huhuhuh

    yg kat JB ni sampai bila?

    ReplyDelete
  4. best nye...tapi teramatlah jauh CIM.

    ReplyDelete
  5. wah..beznye
    berlambak buku
    rambang mata nak pilih

    ReplyDelete
  6. CiM tdi tanya dah follow ke blum kan? Blum lg..hehe

    ReplyDelete
  7. akakk. bestnyaaa. teringin nak pergi tp tak berkesempatan lagi. uhuk3

    ReplyDelete
  8. baca intro dah mcm baca buku cerita..kihkih.. wahh byk jugak kak cim beli tu.. ;)

    ReplyDelete
  9. woww! bestnya.. kalau dekat ni dah lama pegi tau...

    ReplyDelete
  10. bestnyaaaaa..!
    kalau dekat nur pun nak pegi.. :)

    ReplyDelete
  11. byknye akak beli. kalau saye pun mungkin byk ni jugk kot. haha.

    ReplyDelete
  12. boleh guna BB1M tak kak? hehe..

    ReplyDelete