03 June, 2013

Bercuti di Lotus Desaru Beach Resort, Kota Tinggi

Cuti sekolah ni banyak sangat aktiviti, tapi walau macam manapun kena juga spend time untuk anak-anak pergi bercuti. Kali ni bawa atok dan neneknya sekali.

Hari Sabtu yang lepas kami ke Bukit Jalil memberi sokongan kepada pasukan bola sepak JDT. Alhamdulillah, kepulangan kami ke Johor selamat. Keluar dari stadium lebih kurang pukul 12 malam dan menaiki bas yang setia menunggu kami di gate belakang stadium. Berjalan kaki lebih kurang 20 minit untuk ke tempat bas, melalui jalan yang gelap dan de kiri kanan hutan. Tapi, dengan adanya penyokong JDT yang selamai 70 buah bas membuatkan kami tak gentar.

Sampai Johor Bahru lebih kurang pukul 5.30 pagi dan kami pergi makan dinner + supper + breakfast dulu di Restoran Osman, Larkin Perdana. Sampai rumah dah masuk subuh, solat dulu dan terus bantai tidur sampai pukul 1.00 petang. Bangun tidur pergi kenduri kahwin dulu rumah mak sedara. Isi perut dulu sebab petang tu dah nak ke Desaru, Kota Tinggi.

Semalam dari Johor Bahru lebih kurang pukul 4.00 petang terus ke Lotus Desaru Beach Resort. Hari ni hari ke dua. Jom layan gambar....


Berendam dan urut badan.



Haduiii....taktaulah nak naik pukul berapa ni.


Nenek duduk bersantai bawah gazebo tengok gelagat kanak-kanak.
 

Atok plak duduk bawah pokok, redup...berangin...
 





Apa yang diorang duk tunggu ramai-ramai ni? Meh tengok skit...
 


Coconut falling....hihihi....best, semua orang tunggu bende alah ni.
 




Ni ruang tamu bilik kami. Bilik 2 tingkat, katil di sebelah atas, so ambil gambar dari atas
 


Harga bilik untuk cuti sekolah RM338, rate cuti sekolah memang mahal sikit...walaupun weekday macam kami yang ambil bukan Sabtu &Ahad. Weekend lagi mahal. Huhuhu....
.


Pemandangan teampark dari bilik. Malam tadi tembak bulan serta ombak dan pagi tadi pun ke pantai lagi main tanam-tanam. Gambar snap dari DSLR, tak bawa ubat. Tunggu next entry untuk gambar-gambar di pantai.

♥♡ Happy Monday ♡♥

25 comments:

  1. bestnyeeee..... cantik gak tmpt tu..slalu nk tgk wayang seblm tayangan tu kan mesti ada iklan tmpt ni..hihi..

    ReplyDelete
  2. benda macam ni,
    jadi budak2 seronok..

    coconut falling tu, syoknye..haha

    ReplyDelete
  3. bestnya jejalan.. dieyna gak terperuk kat umah je.. hehe

    jemput singgah yer RAHSIA ANAK SIHAT PINTAR

    ReplyDelete
  4. bestnya...dah lama tak bercuti...

    ReplyDelete
  5. wowwwww..konvoi ber bas bas ke Bukit Jalil!

    Gi tgk tak nanti final lawan Kelantan?

    Bestnya bercuti...dah lama saya tak ke Desaru

    ReplyDelete
  6. semangatnye gi tengok bola.. ehehe

    sonok bercuti dgn keluarga.. zura x bawa anak2 gi mana2 pon lagi cuti sekolah nih.. ingat nak ajak jln2 ke putrajaya jer ujung minggu nih..:)

    ReplyDelete
  7. Wah, syoknya.. menang bola, pegi mandi manda pulak.. selamat bercuti..

    ReplyDelete
  8. Seronoknya bercuti2 Malaysia dengan family! ^__^

    ReplyDelete
  9. seronoknyer... bercuti rehatkn minda.. comel bilik hotel tu

    ReplyDelete
  10. bestnyaaaaa...
    lama nur tak bercuti...
    bila baca entry akak ni, t
    mmg teringin nak bcuti.. :)

    ReplyDelete
  11. bestnya.. solehah cuti ni x da gimana.. parents buzy..

    ReplyDelete
  12. cantik la sis
    syok dpt pg sefamily gini

    ReplyDelete
  13. besttnyeee..lama tak jalan2 dengan familyyy

    ReplyDelete
  14. Series cntik tmpt tu. Yg coconut tu mmg dlm coconut ada air lh ye. Pergh best tu. Haha

    ReplyDelete
  15. mesti the kiddos seronok sbb dpt bercuti ngan atok & nenek.. ;)

    ReplyDelete
  16. seronaknya tu...bila lah dapat ke sana..best ja tengok..

    ReplyDelete
  17. syoknya cim jalan2..lawa pemandangan tempat n..

    ReplyDelete
  18. Bestnya kalau bercuti ngan family kat situ..nampak seronok ja bebudak tu main air

    ReplyDelete
  19. best ye duk sana kak? dulu kalau g desaru lalu je hotel tu..hehe~

    ReplyDelete