30 September, 2013

Hoki dan Bola

Salam Isnin yang indah...

Just nak share 2 PicsArt mengenai Hoki dan Bola yang lepas.

Saya memang cukup minat dengan 2 sukan ini, sebabnya..... sejak dari sekolah rendah hingga ke menengah telah mewakili sekolah dan peringkat Daerah Johor Bahru dalam sukan hoki. Dan bila dah memang orang sukan, secara automatik pasti akan minat bola. Actually rugby pun saya suka juga sebab en.hubby pemain rugby sekolah. Cuma di Malaysia ni rugby tak begitu popular.

Seperti yang semua tahu, JDT baru sahaja menang besar di laman sendiri iaitu di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunus dengan mengalahkan Kelantan 4-2 di saingan pertaman Watson Piala Malaysia. Pada 5-Oktober nanti, saingan kedua akan berlangsung di Kelantan. Tak sure saya akan pergi atau tidak, tapi yang pastinya saya akan menonton secara live walau apa cara sekalipun.

Semalam pula Malaysia telah bertemu India untuk merebut piala pusingan Hoki Piala Sultan Johor di Stadium Taman Daya. Semestinya saya berada di sana menyaksikan saingan sengit tersebut. Walaupun Malaysia kalah 3-0 dengan India, tapi kami tidak menyalahkan pemain kerana ada banyak faktor yang menghalang skuad hoki Malaysia bawah 21 merebut kembali piala tersebut. Pengadil!!! Faktor utama....siapa yang menyaksikan pasti tahu.....malas nak cakap, piala pun dah balik India. Tapi mereka main memang cukup semangat dalam keletihan serta menanggung lebam-lebam di badan. Bayangkan....mereka bertaruh tanpa kalah di peringkat pusingan, setiap hari selama 2 minggu tanpa cuti. MENANG BERGAYA menentang Argentina, Korea, Pakistan dan England.

Yuk.....tengok Pyro Malaysia...





Bersukan gaya hidup sihat....

18 comments:

  1. MV sokong kelantan..hahaha...tapi kalah 4-2..

    ReplyDelete
  2. apa saja jenis sport cuma ambil tahu khabar berita siapa yang menang siapa yang kalah jer... he he he...

    ReplyDelete
  3. mmg betul2 peminat tegar sukan akak nih.. x dinafikan lagi..!!

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum
    hai dah lunch ke?
    hari ini anum bz sangat2

    ReplyDelete
  5. Jejak sini dari blog Deqla. Betullah Deqla kata Niena minat bola...:)

    ReplyDelete
  6. wow beznye tengok secara live
    yumida takut bola hoki tu...
    tringat zaman sekolah menengah
    asal pjk je mesti main hoki

    Jemput join kak niena & menangi hadiah bernilai RM550
    Giveaway Butik Comel Collection

    ReplyDelete
  7. tabik la kat sis..suma sukan CIM minat ek..btw comel je gambo2 CIM tu :)

    ReplyDelete
  8. wahhh memang semangat kesukanan yg tinggi la akak ni.. kalau dtg kelate jgn lupa roger kak.. :)

    ReplyDelete
  9. kalau dya dua2 xmint..heheeh.. tp cim mcm mama dya minat hoki..hehe

    ReplyDelete
  10. Nur pun minat hoki, cuma bola tu kureng sikit, apapub tabik spring la kat akak...akak betul2 peminat tegar.. :)

    ReplyDelete
  11. lya pon xtif skn msa skolah dulu.. waaa.. bestnyer leh tgk life. lya x pnh lg tgk kt stadium

    ReplyDelete
  12. happy belated birth kak.. lya doakn moga khdpan akn smkin baik dr hari k hari. sori bru wish.. ni bru bw.. fb pon jrg buka. klo nmpk slalu pic kt fb tu coz lya update ig.. otometik share k fb..

    ReplyDelete
  13. amboihhh kak. semangat kesukanan betui la akak ni. boleh kwn dgn hubby saye. ;)

    ReplyDelete
  14. seronok tgk akak minat yg mendalam psl sukan hihi

    ReplyDelete
  15. mmg penyokongg tegar akak ni..hehe :)

    ReplyDelete