23 November, 2013

Johor Bercuti Jumaat dan Sabtu

Assalammualaikum....w.b.t.

Semalam adalah hari Keputeraan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Iskandar menitahkan cuti hujung minggu negeri Johor ditukarkan kepada Jumaat dan Sabtu. Baginda bertitah, pertukaran itu berkuatkuasa 1 Januari tahun depan bagi memudahkan rakyat negeri ini beribadat dengan tenang. Keputusan yang telah dijangkakan itu diumumkan pada Sabtu sempena dengan hari keputeraan baginda yang ke-55.

"Keputusan ini dibuat ekoran maklum balas daripada beberapa pihak bagi memudahkan orang Islam menunaikan solat Jumaat dengan tenang pada hari Jumaat," titah baginda ketika berucap pada majlis yang diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di bandar diraja.





Alhamdulillah....saya seluruh ahli keluarga menyokong penuh dengan pengumuman oleh Tuanku ini. Spekulasi pertukaran hari cuti minggu ini timbul lebih awal apabila dokumen kerajaan negeri bocor di Internet oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Terfikir sejenak, mengapa sungguh TIDAK AMANAH nya orang itu. Harap diberikan pengajaran berhemah untuk beliau sebagai pengajaran kepada individu yang lain agar tidak sewenang-wenangnya membocorkan rahsia rasmi kerajaan negeri dan juga negara.

Pada ketika ini, negeri seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu telah menjadikan hari Jumaat dan Sabtu sebagai cuti hujung minggu di negeri masing-masing. Sebelum inipun pada 1994, Johor juga pernah menggunapakai sistem yang sama di mana hari Jumaat dan Sabtu sebagai hari cuti hujung minggu.

Teringat lagi sewaktu zaman persekolahan saya, kami bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu. Tak menjadi masalah sebenarnya, dan bagi pihak-pihak yang tidak menyokong perkara yang baik ini, fikir-fikirkanlah sejenak. Dan lebih sedih apabila yang tidak menyokong itu adalah dari kalangan orang Islam sendiri.

Sekarang ni, saya hanya menunggu sahaja pihak syarikat tempat saya bekerja sama ada mahu bersama-sama menyahut titah Tuanku ataupun mengekalkan cuti kepada Sabtu dan Ahad kerana syarikat kami adalah sebuah syarikat antarabangsa yang mempunyai cawangan di Singapura, Taiwan, Thailand dan Borneo. Harap-harap, cuti di seluruh negeri Johor diselaraskan baik di sektor Kerajaan mahupun di Sektor Swasta.

Daulat Tuanku!!

12 comments:

  1. Alhamdullilah...

    Moga kaum lelaki boleh cepat cepat ke masjid utk solat Jumaat

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..... seronoknya. teringat zaman sekolah. harap selangor will be the next.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..... seronoknya. teringat zaman sekolah. harap selangor will be the next.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.....harap2 semua negeri di malaysia buat mcm ni

    ReplyDelete
  5. beznye
    tahniah buat rakyat johor
    aah kan mengapa dibocorkan doc tu...ker excited sgt dia kot

    ReplyDelete
  6. Samaa...sy pun membesar dgn cuti Jumaat Sabtu. Saya org kelantan. Sekolah kat terengganu. So dah terbiasa cuti jumaat sabtu. Masuk univ baru start Sabtu Ahad.

    btw jom singgah blog sy :)

    ReplyDelete
  7. bestnyeee cuti jumaat sabtu ahad...jom xchange list wif my blog :
    Azim Aris

    Tak Mungkin Benar

    Muhasabah

    follow ya :)

    ReplyDelete
  8. so hujung minggu kite sama la nnti ye cim

    ReplyDelete
  9. bestkan..tapi awal bulan pertama mesti akan rasa janggal lagi buat mereka yg bersekolah...

    lama2 biasalah nanti tu.. :)

    ReplyDelete
  10. company kite xnak tukar pun.. acane tu

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah... tp memula mesti x biasa kan..

    ReplyDelete
  12. sultan johor terbaek!!

    kalau cuti Jumaat, hari Jumaat tu lebih terasa syahdunya.. mmg lain la rasa suasana nya kan kak.. best..

    ReplyDelete