29 April, 2013

Jangan Cari Pasal

Kenapa ramai yang dengki dengan Team bola sepak JDT haaa?

Entry ni dah macam wordless wednesday je. Ingatkan malas nak up entry pasal kejadian tu kat blog ni, tetapi memandangkan sejak hari semalam dan bersambung lagi hari ini, ramai pihak masih bercerita pasal perlawanan antara JDT dan Perak di Stadium TLDM Lumut malam Sabtu yang lalu.

Kenapa penonton Perak melayan penonton JDT sebegitu rupa? Apa salah kami? Kami hanya datang semata-mata untuk menyokong pasukan bola kami, bukan untuk menunjukkan kehebatan kami sebagai penyokong setia. Kalah pown kami menyanyi, menang lagilah kami akan bersorak, tapi kami tak ganggu orang lain.

* hatisakit.....tapi Nur, kita tetap kawan kannnn.....


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

28 April, 2013

Salam Perkenalan By Miss BaNu



Pertama sekali nak ucapkan SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN kepada Miss banu yang jatuh pada 23 April yang lalu. (bukan Miss Banu yang jatuh tau....tapi memang ia pownn, Miss banu bagaikan dah jatuh cinta dengan JoZan). Bersempena ulang tahun Miss Banu, maka beliau telah menganjurkan segmen : Salam Perkenalan By Miss BaNu.

Sila klik banner di bawah untuk ke entry Miss Banu yang akan tamat pada 3 Mei 2013.



Syarat-sayarat penyertaan ada di sana...tapi....syarat yang satu ni;

5-Dalam entry tersebut, sertakan sekali kata2 aluan kepada pengunjung2 blog korang yang bakal singgah selepas ini..contohnyer selamat datang ke blog saya, jangan segan2 singgah ke sini selalu dan lain2 n cerita kan serba sedikit tentang blog korang..moga selepas ini makin ramai yg datang berkunjung ke blog korang semua disamping dapat menambah kenalan baru..

Agegegegegege......camno ni? Okay laaa, sebab nak joint kan kenalah patuh pada syarat.

----------------------------------------------

SELAMAT DATANG KE BLOG CINTA ITU MISTERI....JANGAN SAMPAI HIDUP ANDA DISELUBUNGI MISTERI........ wahhhh... ada kang kena cepuk kalau buat kata-kata aluan macam ni.

okay serious....

SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA, CINTA ITU MISTERI. TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI TERATAK SAYA YANG TAK SEBERAPA LAGI, KALAU BERKENAN DENGAN ENTRY-ENTRY SAYA DI SINI, TINGGALKANLAH JEJAK ANDA DENGAN KOMEN-KOMEN, IN-SYA-ALLAH SAYA AKAN MEMBUAT KUNJUNGAN BALAS.

SAYA WUJUDKAN BLOG NI PADA MULANYA HANYA SEKADAR SUKA-SUKA, TAPI SEMENJAK JOINT GROUP GSF YANG SANGAT SEGAR DAN MESRA INI, MOOD UNTUK BERBLOGGING SEMAKIN TINGGI SEBAB SETIAP ENTRY PASTI ADA YANG KOMEN.

JADI BAGI ANDA YANG BARU BERJINAK-JINAK DENGAN BLOG SAYA, KENALILAH JUGA RAKAN-RAKAN SAYA DI GSF, SETIAP KUNJUNGAN ANDA PASTI MENDAPAT LAYANAN MESRA DARI MEREKA. LINK-LINK MEREKA ADA DI SEBELAH KANAN SIDE BAR SAYA. 

SEMOGA UKHWAH KITA DI ALAM MAYA INI BERKEKALAN DAN BERTAMBAH ERAT WALAUPUN TANPA WAJAH DAN SUARA.


Terimalah beberapa rangkap pantun klasik saya ini,

Ada ubi ada bas,
Komen anda di sini saya balas.

Gunung daik bercabang 3,
Komen yang baik ku balas juga.

Pisang emas di bawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang komen dibawa mati.

* Miss Banu juga ahli GSF


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Cuticuti Giveaway-Diari Aima



Tak kira....nak up juga entry untuk support GA Aima. Harap Aima dapatlah pertimbangkan kelewatan saya ini. Tapi, saya tak kesah pown kalau tidak tercalon, just memberi sokongan saja kepada GA yang Aima anjurkan semoga lebih meriah.



So....meh ramai-ramai klik banner Aima untuk ke GA Cuticuti Giveaway-Diari Aima

Syarat-syarat penyertaan ada tertera di sana. Tapi kalau nak joint....sorry dah tamat tempoh. Hehehe...

Kalau cerita pasal cuti-cuti ni, memang saya suka bercuti. Sejak berkahwin, dah banyak tempat saya pergi bersama en.Hubby. Kadang tu kami pergi berdua jer tak bawa anak-anak. Kenapa saya kata sejak kahwin, sebab saya bukannya datang dari keluarga yang senang. Adik beradik taklah ramai sangat, cuma 5 orang jer. Ayahnda dulu tak ada kenderaan yang sesuai yang boleh bawa kami bercuti makan angin. Kalau nak pergi jauh-jauh ke negeri orang pown memanglah payah sebab itu semua kos. Keluarga saya sangat mementingkan pelajaran daripada hal-hal lain. jadi, saya sangat bersyukur bila en.Hubby selalu bawa saya cuti-cuti ke tempat idaman saya.

Tapi semenjak kami berdua sambung balik pengajian sambil bekerja, masa untuk pergi cuti-cuti dah berkurangan. Bukan tak ada langsung, cuma jarang la, dan cuti-cuti pown tak lama, hanya hari minggu sahaja. 

Kalau bercakap pasal Outfit.....memang saya akan duduk depan almari baju mikir nak pakai apa sepanjang percutian. Saya akan bawa baju secukupnya dan kalau boleh akan bawa baju atau seluar yang boleh recycle semula, kira mix & match laaa, yang penting tak akan nampak sangat saya pakai baju yang sama lebih-lebih lagi bila ada rakaman gambar atau video. tapi yang penting baju-baju yang saya bawa tu sesuai dengan tempat yang kami nak pergi.

Masa saya bercuti di Singapura tahun lepas dan yang pergi sebelumnya juga, saya ada up beberapa entry;
4. UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE




Boleh lihat laaa, semua baju yang saya pakai bersesuaian dengan keadaan. masa Gala Dinner tu memang kena pakai dress dan bertopi. Jadi saya sesuaikan baju dengan topi. Siang hari sewaktu meneroka ke dalam USS memang lebih mudah pakai jeans. Saya sesuaikan dengan kemeja putih sebab tudung saya berwarna-warni. Kalau perasan, tudung tu saya pakai pada malam gala dinner tue, cuma saya pusingkan warna tudung tu. Masa datang memang kami pakai T-Shirt sedondon kaler purple, dan....saya pakai jeans yang sama masa masuk ke USS tue. Haaaa, tak perasan kan... dan yang baju pink tu sewaktu saya pergi pertama kali ke USS bersama kawan-kawan (solo).

Masa saya mengikuti en.Hubby ke program yang dianjurkan pejabatnya pown saya ada up beberapa entry;
1. FAMILY DAY JPPH 2012 PART 1
2. TIARA BEACH RESORT MINI FAMILY DAY
3. ROMBONGAN PUSPANITA JPPH-KLUANG
4. PUSAT REKRIASI GUNUNG LAMBAK



Boleh lihat juga, saya tak ada specific outfit atau pakaian kegemaran (pergi mana-mana mesti pakai baju tue). Saya akan pakai mengikut kesesuaian. Kadang mereka nak kita pakai warna sedondon, jadi sebelum pergi tu mesti akan jalan-jalan cari baju yang sesuai.

Pulau Tioman...saya dah pergi Tioman beberapa kali dan ada banyak entry saya di Tioman sebab saya suka Tioman. Pergi tempat-tempat macam ni (pulau) memang tak perlu nak bergaya sakan. Saya akan pastikan pakaian yang saya bawa tue sesuai dan senang untuk saya bergerak. yang paling penting tak perlu bergosok (iron).





Yang baju ni saya purposely beli untuk Hawaiian Dinner, masa pertama kali ke Tioman bersama en.Hubby. Selepas inilah saya ke Tioman beberapa kali sebab sudah jatuh cinta dengan keindahan Pulau Tioman.


Masa saya ke sabah & Sarawak juga ada up beberapa entry;


Saya juga pernah pergi jauh sikit, keluar dari tanah melayu ke Pulau Karimun;
1. BEREKSPLORASI DI PULAU KARIMUN
2. PULAU KARIMUN PART 1
3. PULAU KARIMUN PART DUEX

 

Sewaktu di Pulau Karimun, memang tak banyak ambil gambar sendiri. Yang ada ni masa sedang posing try-try nak bawa boat. Baju ni sedondong dengan en.Hubby pada hari kejadian. Huhuhu....

Seperti yang saya katakan tadi, saya tak ada pakaian feveret sebab kebiasaannya bila saya nak pergi bercuti saya akan cari baju yang mudah pakai  dan sesuai dengan keadaan. Kadangkala beli baju baru terus untuk sesuaikan dengan tempat & acara yang akan saya sertai.

Owh yaaaa....sewaktu saya type entry ni....saya sedang memakai baju hijau dalam gambar bawah ni, sebab saya petang tadi dari Johor Bahru ke Batu Pahat, sampai terus tengok bola JDT lawan Perak (alaaaa JDT kalah 3-0 tue), sampai sekarang dah nak pukul 2 pagi belum mandi. Umah kampung ni sejuk laaa, tak berpeluh pown. Dalam gambar ni saya sedang posing di Sabah pada 2008, so dah 6 tahun baju ni masih elok dan saya masih pakai buat berjalan, belum masa jadi baju basahan lagi.


** Ada banyak lagi tempat percutian yang saya pergi tapi tak update di blog ini. almaklumlah, start berblog baru beberapa tahun kebelakangan ni, tambahan lagi ada facebook, Twitter, Instagram, yang baru-baru ni WhatsApp dan WeChat.

Haaa Aima, macam mana, entry saya diterima tak?




:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

27 April, 2013

Memandu Dalam Hujan

Apa yang anda takuti?

Mesti ada yang kata tempat tinggi, ular, darah. Bila tanya anak saya yang sulung tu, dia kata dia takut petir, bila tanya anak saya yang kecil tu.....dia takut api dengan pisau. Antara api dengan pisau, dia paling takut pisau sebab katanya pisau sangatlaaaaa bahaya. Tapi.......bila tanya en.hubby saya, dia takut bila saya memandu sebab katanya hatinya tak tenteram bila saya keluar memandu. Sebabnya, saya memandu laju. Kalau di highway, saya boleh memandu mencecah 180km/h. Kalau drive biasa-biasa tu, saya sendiri rasa 140km/h tu taklah laju sangat sebab bila saya bawa 110km/h dah macam jalan-jalan ambil angin saja.

Soalannya sekarang, apa yang saya takuti?

Saya paling takut memandu diwaktu hujan. Macam-macam boleh jadi, dan bila nak tengok saya menjadi pemandu paling berhemat di Malaysia, lihatlah saya ketika saya memandu dikala hujan, hujan yang sangat lebat.

Soalan seterusnya....apa yang anda takuti selain Allah s.w.t yang Maha Kuasa? Semua takutkan Allah dan menurut perintahnya, jadi soalannya, apakah ciptaan Allah yang paling anda takuti?

*saya tak takut tempat tinggi, saya tak takut ular, saya tak takut darah... Anda?



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Sedey...

Hari ni dah 27 April 2013. Semalam GA  Aima dah tamat, saya tak sempat lagi nak joint walaupun dah plan nak up entry tu. Aima soryyyyy....

Saya sangat sedih ni sampaikan Mikhail pown sedey sampai nangis ni. Aima, plsss plsss plsss, malam ni baru nak up entry lepas game JDT lawan Perak. Plsssss.....

Tapi kalau JDT kalah malam ni, saya lagi sedeyyyyy.....


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

20 April, 2013

Ayah Dah Sihat

Alhamdulillah....... Ayahnda saya dah semakin sihat selepas kemalangan seminggu yang lalu.

Banyak perkara yang perlu diselesaikan selepas kemalangan, lagilah waktu itu kami sedang sebok menguruskan majlis alumni di sekolah, tambah-tambh lagi kekanda saya ada membuka gerai berniaga. Nak ditinggalkan begitu sahaja tak boleh juga, saya dengan program yang saya uruskan, kalau saya tak ada kucar kacirlah program kami sebab kami bertujuh (Jemah) memang bergantung harap antara satu sama lain. Kalau kekanda saya membiarkan sahaja gerai jualannya......hurmmmm....sewa dah bayar, kos barang-barang, kos pengangkutan dari KL ke JB. Semuanya perlu diambil kira.

Maaflah kalau kami terlampau memikirkan keuntungan dan nama baik dari kesihatan ayahnda sendiri, tapi disebabkan keadaan ayahnda tak berapa serius, serta atas persetujuan ayahnda sendiri dan bonda, mereka memahami keadaan kami. Bonda menjaga ayahnda di hospital dan kami akan menghantar segala keperluan mereka berdua setiap pagi. Walaubagaimanapun, setiap hari selepas tamat program, kami akan berkampung di lobi hospital.  Dan bila ada kelapangan diwaktu saya dan kekanda tidak berapa sebok di sekolah, kami akan lari sekejap-sekejap ke hospital memandangkan jarak antara hospital dan sekolah hanya lebih kurang 15 minit perjalanan.

Bagi pihak keluarga Hj. Ismail Hj. Mohd Amin, kami memohon maaf kepada saudara mara terdekat kerana lewat memberitahu keadaan ayahnda. Ya, kami faham ada yang sangat marah kerana tak memberitahu ayahnda mengalami kemalangan. Tapi tolonglah jangan menghentam kami, ayahnda dan bonda sendiri yang tak mahu memberitahua tidak mahu menyusahkan sesiapa. Sekarang ayahnda ada di rumah agam kami, jadi bagi sesiapa yang mahu datang melawat bolehlah terus datang.

Pagi tadi kami membawa ayahnda ke Tabib Cina di Ungku Mohsin. Bagi warga Johor, tabib ni sangat popular dalam merawat patah-patah tulang, terseoiuh dan sakit sendi. Mengikut jadual, ayahnda akan masuk wad sekali lagi di Hospital Kulai pada 22 May ini untuk operasi memasukkan besi. Tapi, ayahnda tak mahu menjadi robocop dan telah membuat keputusan merawat tulang tangannya yang patah secara tradisional.

Doakan kesihatan ayahnda saya...


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Aktiviti Hari Minggu

Dah lama saya tak bersiaran. Rindu pada kamu semua....

Pagi ni saya berada di Stadium Hoki Taman Daya, menemani Adam Danish menjalani latihan hoki untuk mewakili sekolahnya Sekolah Rendah Mohd Khir Johari. Sebelum ini memang tak pernah pergi melihat Danish membuat latihan mahupun menyertai pertandingan, tapi pagi ni kami ada kelapangan maka dapatlah memberi sokongan kepada anak sendiri dalam aktiviti-aktiviti sekolah yang disertainya. Petang ni ada perlawanan persahabatan antara Sek.Ren. Mohd Khir Johari dengan Sek. Ren. Sri Tebrau.

Cantik betul turf hoki di sini. Teringat pula zaman persekolahan saya dulu, saya pun pernah mewakili sekolah sejak dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. Tapi, zaman saya dulu, main atas padang rumput berbonggol-bonggol, pukul bola, melantun-lantun. Bengkak kaki, tangan, benjol kepala tu dah biasa. Hurmmmm....jangan tak percaya, saya juga pernah dijemput menjadi coach pembantu untuk team sebuah sekolah di Johor Bahru suatu ketika dulu.

Antara bekas pemain ternama Pasukan Hoki Kebangsaan Malaysia adalah;

> Wallace Tan
> Zam Ariffin
> R. Yogeswaran
> Stephen van Huizen
> Sarjit Singh
> Minarwan Nawawi
> S. Kuhan
> Selvaraju Sandrakasi
> M. Jiwa Mohan (Kembali untuk Hoki Piala Asia 2009)
> Nor Saiful Zaini Nasiruddin
> K. Keevan Raj
> Gary Vernon Fidelis
> Kevin Nunis
> Poon Fook Loke
> Mohamad Abdul Hadi
> Harnahal Singh
> Kevinder Singh
> Baljit Singh Charun Singh

Majulah sukan hoki untuk negara....

** Semalam JDT benam hitam-putih 1-0. Nampaknya ada can JDT menang di  separuh akhir Piala FA pada bulan Mei nanti. WooooOO.....


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

12 April, 2013

Emergency

Saya kini di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Ayahnda saya mengalami kemalangan petang tadi waktu pulang dari kerja. Harap ayahnda tak apa-apa dan dibenarkan pulang malam ini. Melihat dari keadaan ayahnda di tempat kemalangan tadi, beliau mendapat kecedraan di bahagian buku lali kaki kanan dan terselehiuh atau patah tangan kanan. Tapi kami mengharapkan tangan itu hanya terseliuh sahaja.

Mohon doa kalian agar ayahnda tak apa-apa.


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Supprise

Salam Jumaat...

Hari yang ceria... Hari ini saya sudah mula bekerja seperti biasa setelah bercuti selama 6 hari. Opsss, cuti bukan untuk pergi bercuti ke mana-mana, tapi mengambil cuti untuk menduduki peperiksaan yang berakhir semalam.

Pagi ni datang kerja sangat supprise hokeyyyyy! Meja memang berseraklah, dengan dokumen dan kerja-kerja tunggakan. Perkara biasa yang saya alami walaupun hanya bercuti sehari. Hurmmmm hangen jer. Okey.. mula-mula masih belum perasan lagi supprisenya. Dengan hati yang marah dan geram, cuba untuk on kan pc. Tiba-tiba.......

Ehhhhhhhh, apasal lain macam jer CPU ni. Ada UPS lagi sebelahnya, tengok betul-betul atas meja..... Wahhhhhh! Komputer baru beb!

Dengan bersemangatnya pagi ni mengemas meja sampai terlupa nak snap pic sebelum, yang berserakan tu. At least bersih sikit la meja bila kemas, kalau tak kerana komputer baru ni belum tentu saya akan kemas meja saya ni. Okey, komputer sebelum ni pown moniternya flat skrin juga cuma ada banyak tampal-tampal nota. Dan bila kemas nampak sama jer sebenarnya cuma kandungan komputer baru ni adalah Windows 7 Professional atest edition.

Okay, mari meneroka komputer baru.....


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

07 April, 2013

Despedida Daniel Guiza, Arrivederci Del Nero

Malam tadi adalah malam terakhir Daniel Guiza & Del Nero beraksi di padang keramat Stadium Larkin, Johor Bahru. Saya tak lepaskan peluang untuk menyaksiksn aksi terakhir mereka berdua walaupun tanpa sebarang jaringan dari mereka. JDT juga kalah 2-1 dengan pasukan Selangor. Walapun kalah, kami tetap bersamamu.

Tanda sokongan kami pada Tengku Mahkota Johor juga tidak berbelah bagi dan percaya baginda dapat membawa skuad bola sepak Johor jauh kedepan. Baginda pastinya tahu siapa pemain yang tepat dapat menggantikan posisi Guiza & Del Nero.

Owh ya.... Saya mungkin akan bercuti untuk beberapa hari berblogging dan mungkin akan kurang berlegar-legar dilaman teman-teman disebabkan saya akan menduduki peperiksaan pada minggu depan sehingga Khamis. Kemudian bermula Jumaat saya sudah menyebokkan diri dengan program sekolah  yang dianjurkan oleh Alumni Sdary sehingga hari ahad. Bagi sesiapa yng drada berdekatan dengan Tampoi, Johor, silalah beramai-ramai memeriahkan majlis. Ada banyak program yang berlangsung selama 4 hari di Sdary. Bagisesiapa yang nak datang tu, tanya jer encik gugel di mana Sdary berada.

Owhhh yaaa, kalau sudi, meh laa ke laman sahabat-sahabat saya Si Jemah-Jemah tue. Mereka semua sahabat-sahast saya, kami berkawan sejak dia bangku sekolah lagi. Saya pernah kata pada mereka yang saya ada kawan-kawan yang sangat baik di laman maya ni. Mereka jadi iri hati dan tak percaya bila saya katakan, kawan-kawan maya ni lebih jujur dan ikhlas. Walaupun kita tak pernah bersua, tapi persahabatan di sini kukuh. Disebaban kenyataan saya itu, mereka jadi iri hati dan nak juga wujudkn blog. Hahahaha....rasanya macam nak mencabar persahaatan kita di sini. Iyealaaa kan, mana diorang tak marah, kami yang berkawan berpuluh-puluh tahun dicabar dengan persahabatan maya yang singkat, tak pernah bersua lagi.

Jadi....kalau you all ak berkenalan dengan sahabat-sahabat saya, disamping mengikuti perkembangan aktiviti kami, jom lah ke blog mereka....heehe... ada 1 blog jer, kongsi 7 orang.

BLOG FRIENDSHIP FOR EVER: JEMAH MENJEMAH


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

06 April, 2013

JDT vs SEL

Sedang menuju ke kaunter belian tiket di Stadium Tan Sri Hj. Hassan Yunus.

Haruslahkannn, pertempuran malam ini tak mungkin akan dilepaskan sebab 2 pemain import JDT, Daniel Guiza & Simone Del Nero akan beraksi untuk yang terakhir pada musim ini di padang keramat Johor Darul Tazim.

3 kaunter buka, semuanya panjang berjela. Nak snap gambo pown segan sebab orang sumer duk pandang saya. Rasa macam mereka tu segerombolan penyokong Selangor macam nak menerkam penyokong Johor DT???? Hahaha imaginasi sangat teruk.

Berdoa JDT menang malam ini kerana perlawanan malam ini adalah perlawanan kalah mati.

Terima kasih pada Shah sebab sudi belikan kami tiket....akhirnya, sebab saya tak sanggup nak beratur. Panas dab belengas tu...... Nak keluar dari kawasan stadium pown masalah jugak sebab jalan jem. Yang pentingnya.... kami dah ada tiket untuk perlawanan malam ni.

Satu situasi pagi ini di Golden Villa:
L - Saya nak balik JB hari ni
Z - Haaaa! Tak payah nak mengada
L - Saya dah beli tiket flight
Z - Owhhh...takpa, saya nak ke stadium shah alam skang
L - Apehallll plak? Game JDT belasah SEL kat JB laa
Z - Owhhh! Nak pegi tengok bola yea
L - Haaa, yerlah. Apsal? Tak boleh?
Z - Saya pegi JB dengan geng bola naik bas
L - Haaaa pegi laaa...

Situasi yang bakal berlaku malam ini di Golden Villa:
L kibar bendera Johor
Z angkat bendera Selangor
Princess pegang remote tukar chanel cartoon....
Hahahaha....lagi 9 gulan Mika dapat adik...

[Hanya cerita lawak saja. L adalah kakak saya yang berkahwin dengan Z]

Jom tengok bola!


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

03 April, 2013

WW : Membaca Budaya Ilmu

Sedang anak orang lain sebok dengan gadget di meja makan sambil tunggu makanan sampai, tapi anak-anak saya membaca buku.... speechless Mama.

Saya jeling-jeling juga majalah iSIHAT keluaran April 2013, terkesima dengan tajuk OTOT  BELAKANG JADI PAYUDARA? Hiuewwww.......

Lokasi makan malam kami : Restoran Booya, Taman Pulai Perdana


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Perhatian!! Jangan Main Calit-Calit

Parlimen sudah dibubarkan siang tadi. Pilihan raya akan diadakan pada bila-bila masa saja dan dijangkakan pada bulan Mei 2013.

Perhatian yeaaa makcik-makcik, pakcik-pakcik, adik kakak abang yang dah banyak kali mengundi mahupun baru nak mengundi tahun ini. Jangan main calit-calit kuku. Sekiranya di hari mengundi, kesan calitan dakwat masih belum hilang ataupun ada sedikit kesan calitan, ANDA TIDAK DIBENARKAN MENGUNDI ATAS APA ALASAN SEKALIPUN!

Kita tak tahu, suka-suka tu akan merubah segalanya. Manalah tahukan, ada orang yang tak dikenali datang rumah kononya orang SPR kononnya nak bagi tutorial bagaimana calitan dakwat dilakukan. JANGAN HULUR JARI ANDA!

Yang di pejabat tu, jangan gatal-gatal tangan nak main calit-calit. Lebih baik, elakkan menggunakan stamp chop atau sebarang cairan dakwat dalam beberapa bulan ni. Mesti ada antara anda yang selalu menuang dakwat ke stamping plate, jadi nak elakkan jari terkena dakwat, SILA GUNAKAN SARUNG TANGAN/GLOVE!

Ok, ini memang amaran. Undi anda sangat bermakna dan kerana satu undi itu akan merubah segalanya.

Jom kita nyanyi ramai-ramai....

Marilah mari.....pergi mengundi
Tunaikan kewajipan pada negara...


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

WW : Bila Lelaki Mnyoping


Lokasi : Aeon Jusco Taman Universiti
Masa   :02.04.2013, 9.00 Malam


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

02 April, 2013

Gary Sudah Pergi

Mood sedih.... Gary dah mati. Hari Ahad yang lepas, mungkin dilenyek kereta.

Huhuhuhu....Gary ku yang gemok lagi gebu. Ayahnda dah selamat menanam jasad Gary berhampiran dengan rumah agam kami. Tapi malangnya saya tak dapat tengok Gary untuk kali yang terakhir. Inipun saya yang request suruh ayahnda ambil gambar Gary untuk yang terakhir.

Berapa minggu lalu, Gary pernah hilang selama seminggu. Pada mulanya kami ingat pengantin baru dalam ruamh ni yang 'pindahkan' Gary. Tapi sebenarnya tidak, tak pastilah Gary menghilang kemana. Bila Gary balik, bonda terus mandikan sebab bulunya yang putih bercapok-capok dengan debu dan calit-calit minyak. Ada seorang peniaga ayam golek yang berjiran dengan kami juga sukakn Gary. Gary tak pernah mencuri ayamnya walaupun ada peluang untuk mencuri. Gary hanya akan duduk saja di bawah tong pemutar ayam sambil memerhatikan ayam-ayam tersebut digolekkan. Penat duduk, Gary baring, tapi mata masih memerhatikan ayam. Disebabkan kelakuan Gary yang tak pernah nak mencuri, Gary selalu dapat ayam secara percuma. Peniaga ayam tersebut menganggap Gary sebagai penjaga ayam goleknya dari dicuri kucing lain. Masa Gary minghilang tempoh hari juga peniaga ayam tu sedih. Lagilah bila tengok jasad Gary dan terkulai layu.

Walaupun tiada Gary, kami tetap ada Simpol, Chiko, Buntat, Joni, Mary dan anak-anaknya. Cecak dan anak-anaknya seramai 3 ekor dah dipindahkan.

Selamat tinggal Gary.....


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget