30 May, 2013

Urut Badan

Saya sekarang sedang tunggu kawan saya yang sedang berurut. Sekejap lagi giliran saya pula la. Hihihi.... lama tak berurut badan, rasa macam dah longgar-longgar urat-urat badan ni.

Dulu saya ada seorang tukang urut yang handal, jari-jemarinya memang superb laaa. Lepas berurut dengan beliau, memang sedaplah seluruh anggota badan. Tapi, sayangnya dia yang saya panggil Ibu telah pergi kira-kira 2 tahun yang lalu. Tapi, takpa... saya masih ada seorang tukang urut handalan. Yang ini saya panggilnya Mbak Yah. Memak baik sangat, panggil saya dengan panggilan Dek Na.

Kenapa perlu berurut? Mari saya kongsikan antara faedah-faedah melakukan urutan,

1.Urutan dibuat untuk melancarkan perjalanan darah keseluruh tubuh badan.    
2.Kaedah urutan juga dapat meningkatkan tahap kecerdasan tubuh badan.
3.Memecahkan angin yang tersekat di dalam tubuh badan
4.Merawat dan memulihkan semula urat yang tersimpul/terseliuh

Terdapat 5 jenis urutan yang biasanya boleh didapati,
 
1.Urut seluruh badan
2.Urut di tempat yang sakit atau terseliuh
3.Urut urat saraf
4.Urut untuk memulihkan syahwat
5.Urut Refleksi

Hari ni, kami berdua akan melakukan urutan seluruh badan. Moga-moga perjalanan darah menjadi lancar dan kami boleh menjalani aktiviti-aktiviti gila kami dengan badan yang sihat.

Ini tuan rumah.


Ni peneman saya waktu menunggu kawan saya sedang berurut. Nakal ni, boleh pulak dia senggayut di langsir-langsir rumah Mbak Yah.

Ada 4 ekor, dapat tangkap 2 ni jer. Yang lagi 2 ekor, sekor hitam, sekor lagi kelabu macam mak dia.

Inilah rumah Mbak Yah.

Ok....kejap lagi giliran saya pula.
 

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

29 May, 2013

FAM Mengaut Keuntungan Besar Musim Ini

Ramai yang dah tahu kejadian semalam Di Stadium Darul Makmur kannnn? Dan ini saya nak bagi tahu, FAM sangat berbesar hati kerana mereka dapat meneruskan proses-proses penyamanan untuk memenuhkan tabung mereka.

Disebabkan kejadian semalam, beberapa pihak akan disaman, iaitu;

1. PBNP disaman sejumlah RM100,000 kerana gagal menyediakan tahap keselamatan yang dikehendaki di stadium mereka.

   ~~ Yang ni memang patutlah disaman. Adaker penonton melebihi kapasiti stadium, kemudian pintu-pintu stadium sangatlah tidak kukuh sehingga mudah dipecahkan. Dan selepas ini dinasihatkan semua stadium diseluruh negara terpaksa simen rata bahagian luar stadium dan jangan ada batu-batu atau objek-objek keras dipersekitaran luar stadium

2. PBNJ pula didenda sejumlah RM20,000 kerana pemain Johor DT tidak menunggu tempoh yang ditetapkan iaitu 90 minit permainan.

   ~~ Yang ni....kang kata tak patut, kata saya bias pulak. Tapi, dah kalau keselamatan tak terjamin, lebih baik pemain bola sepak JDT yang bertaraf bintang tu tinggalkan jer stadium. Buat apa tunggu kannn? Kalau kena baling batu jugak macam mana? Pelik betul alasan yang diberikan FAM tu.

3. Kucing  Tompok sudah berjaya ditahan reman sehingga proses perbicaraan. Sama ada si Tompok akan disaman atau tidak, itu mengikut kepada budibicara tuan hakim serta menunggu keputusan dari Persatuan Kucing-kucing SeMalaysia yang akan bersidang hari Sabtu nanti sejurus selepas perlawanan antara JDT dan Pahang.

Sementara itu, perlawanan separuh akhir Piala FA melibatkan kedua-dua pasukan yang dibatalkan semalam akan diadakan semula di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu ini, 1 Jun 2013, jam 4.15 petang.Tiket perlawanan akan mula dijual pada Jumaat ini.

Jom Malaysia!!!! Kita pakat pergi ramai-ramai, stadium besar tu. Kalau tiket tak habis jual rugi pulak FAM nanti, tak balik modal nak bayar sewa stadium.

ChowwwW! N3 ini macam bakal kena saman jer....


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

WW : BIG BAD WOLF LAGI

Hari ni, jalan-jalan di Big Bad Wolf Book Sales, Danga City Mall dan kaut seberapa banyak buku lagi.

So harini tak boleh cakap banyak....


Antara Buku-buku yg dapat di bawa lari.


Makan dulu sebelum balik, selepas kepenatan berlegar-legar di ruang legar.
Ok....tak tau kenapa gambar terbalik. Tengok dari bawah ke atas lah yeppp...








Jeles tak? Jeles tak?

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

28 May, 2013

Kucing Glamour di Stadium Darul Makmur

Perlawanan antara Johor Darul Tazim dan Pahang terpaksa ditangguhkan. Adakah kerana....;

1. PBNP kah?
2. Penyokong-penyokong Pahang kah?
3. Penyokong-penyokong JDT kah?
4. FAM kah?
5. Atau.... Kucing Tompok kah?

Macam mana penyokong-penyokong Pahang boleh melimpah ke trek? Tiket terlebih print kah, atau ada penyokong masuk percuma? Atau sebab stadium tiba-tiba mengecil? Hurmmmm.....pelik sungguh.

Dah tu, bila ada yang dah kena keluar stadium tue, janganlah aniaya penyokong-penyokong yang di dalam dengan membaling batu dari luar! Dasyat betul lah.

Owh ya... saya penyokong tegar JDT yepp! Ini amaran...oppssss.... ini peringatan..... ehhh bukan,... ini fakta. SAYA PENYOKONG TEGAR JDT.

Kami tak pernah nak buat penyokong pelawat yang datang ke negeri kami seperti itu. Kalau ada yang terjadi pun, hanyalah sedikit gurauan dan tak sampai nak mencederakan. Kalau ada insiden yang tak diingini tu, kebiasaannya bermula dari penyokong pelawat, mereka yang memulakan dulu dan kami yang ramai hanya bertindak untuk mempertahankan diri sahaja.

Apa yang berlaku malam ini di Pahang, perlu menjadi pengajaran kepada semua pihak. Sangat-sangat mendukacitakan.

Jadi..... bila akan dilangsungkan perlawanan ini?



Tak pasal-pasal kucing tompok ni glamour. Owh yaaaa, adakah FAM akan menyaman kucing tompok ini sebab membuat lubang di padang dan memasukkan shitnya?

FAM kena bertindak adil dengn ap yang terjadi malam ni. Jangan berat sebelah.



Kesian penyokong JDT yang berada di Pahang malam ini. Semoga mereka selamat pulang ke JDT tercinta.

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

27 May, 2013

The Big Bad Wolf Book Sale, Johor Bahru

Wooottttt wooottttt....

"Cepat! Cepat! Sembunyikan semua buku-buku yang ada! Seekor serigala yang besar dan jahat dah datang nak curi semua buku-buku kita! Cepat! Cepat semua ke Danga City Mall, Johor Bahru, sebelum buku-buku tersebut dicuri oleh serigala yang besar dan jahat tu!"

Ke........

"Pstttt.....psssttttt..... Jangan cakap kuat-kuat. Sekarang ni, semua buku-buku yang telah diselamatkan dari seekor serigala yang besar dan jahat sedang dikumpulkan di Danga City Mall, Johor Bahru. Anda kena cepat datang dan selamatkan seberapa banyak buku yang ada sebelum serigala yang besar dan jahat itu dapat menghidunya dan datang mencurinya kembali"



Hihihi....sebenarnya saya pun tak berapa pasti kenapa ia dipanggil sebagai The Big Bad Wolf Book Sale. Tapi yang pastinya ada banyak sangat buku-buku yang berkualiti, dari penulis-penulis ternama dunia termasuk buku-buku yang sukar didapati di Malaysia. Harganya memang sangat-sangat murah sehingga anda sendiri tak percaya.

Hikhikhik.....semalam saya dan en.hubby menghabiskan masa selama 1 jam sahaja di The Big Bad Wolf Book Sale, Danga City Mall, dan kami berjaya merangkul 13 buah buku kesemuanya. Tapi kalau dibiarkan saya melilau di ruang tersebut lebih lama lagi, mau berpuluh lagi akan saya sauk. Mujurla en.hubby nak balik awal kerana dia ada urusan lain dipejabatnya.




Inilah buku-buku yang dapat kami beli.




Oppssss...saya nak pergi lagi!!! Dengan Geng Jemah sebelum 2 June nanti.
 

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

22 May, 2013

WW : Stadium Sesak

Check seorang-seorang...


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

WW : JOHOR DARUL TAZIM vs KELANTAN


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

21 May, 2013

Masjid Abu Bakar

Masih seperti dahulu, putih, bersih, indah, suci, murni, sejuk mata memandang. Masjid Abu Bakar yang terlatak berhadapan dengan Selat Tebrau. Tersergam megah menjadi kemegahan warga Johor Darul Tazim.

Minggu lalu saya bersolat lagi di Masjid ini, membawa ayahnda dan bonda serta 2 putera. Singgah sebentar sahaja untuk Zohor sebelum bersiar-siar lagi selepas itu. Sebenarnya kami hanya jalan-jalan tanpa arah tuju kerana membawa ayahnda saya yang sedang dalam kebosanan semenjak terlantar sakit di rumah. Dengan keadaan kakinya yang bengkak, tangannya yang patah belum pulih sepenuhnya dan perutnya yang baru sahaja 2 minggu menjalani pembedahan hernier repair  memendekkan langkahnya kerana masih belum boleh memandu kereta sendiri. Nampaklah senyum segar diwajah ayah bila saya memperlawanya bersolat Zohor di Masjid Abu Bakar. Sementara menunggu saya dan bonda siap bersolat (almaklumlah, wanita memang lama bila di masjid), ayahnda sempat bertinggung di beranda masjid mengambil angin. Walaupun cuaca sangat panas pada hari tersebut, tapi kehadiran angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan kami teringin sahaja duduk lama di beranda masjid itu.

Bila saya postkan gambar-gambar masjid indah ini di laman-laman sosial saya, ramai yang komen antaranya;
  1. Ada yang mengimbau kembali saat mereka diijabkabulka
  2. Ada yang tiba-tiba nak bersembahyang Jumaat di situ pada Jumaat yang akan datang
  3. Ada yang teringat zaman kecil bila berkhatam Quran di masjid ini
  4. Ada yang teringatkan majlis Maulidulrasul dan nasi beriyani dalam dulang
  5. Ada juga yang teringat ice cream percuma sewaktu majlis Maulidulrasul di situ
  6. Ada yang terasa-rasa kedinginan air kolah masjid ini yang sejuk sekali. Tapi rasanya dah tak ada kolah dah
 Hurmmm...apa kenangan anda di Masjid Abu Bakar ini?

Apa kata Chic Na, Mama Arina, Daddy Ziyad, Kak Zakie, Nea Lopah, A'ien, Lelamaisara, Masya atau saja rakan-rakan blogger yang lain yang luar dari Johor Darul Tazim.


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

19 May, 2013

Selamat Ulang Tahun Ayu

Jutaan maaf dipohonkan sebab terlewat tersangat-sangat up n3 ulang tahun untuk Ayu. Ulang tahun Ayu jatuh pada 14 May yang lalu, dan tarikh itu juga yang menganjakkan umur Ayu setingkat lagi ke tangga 24.

Puisi buat Ayu,

Ditengah merahnya mega
Didalam sunyinya senja
Ku tulis sebuah puisi untukmu
Walau kita tidak pernah bertemu
Suatu harikan pasti kita diberi waktu.
Berputarnya bumi bersilih ganti
Terbenamnya matahari
Dan munculnya bulan dimalam hari
Bertambah pula usiamu hari itu
Selamat ulang tahun sahabat mayaku
Hanyanya doa yang dapat kukirimkan padamu
Agar Ayu diberikan kesejahteraan selalu.

Khas buat Noor Alina Ayu


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Kami Sayang Nenek

Saya baru sahaja balik dari Hospital Sultan Ismail, Pandan, Johor. Pergi melawat nenek yang sedang tidak sihat dan ditahan di hospital sejak hari Rabu yang lalu. Teruk kan saya, baru hari ini dapat melawat nenek.

Alhamdulillah, nenek dah beransur sihat sebab jika dengar berita sejak awal nenek dimasukkan ke hospital, sangat-sangat sedih. Kalau tak salah....nenek dah berumur lebih kurang 83 tahun, plasplas laaaa sebab orang dulu-dulukan buat kad pengenalan lewat dari tarikh dilahirkan. Kalau tak ada apa-apa masalah, nenek akan keluar ward hari ini. Walaupun menjalani rawatan di hospital beberapa hari ni, nenek tetap juga kena mendapatkan rawatan dialisis di Bangunan Abu Kasim, Tampoi, berulang alik 3 hari seminggu, iaitu setiap hari Selasa, Khamis dan Sabtu.

Mohon nenek cepat sihat semula sebab tak sanggup tengok tubuh nenek kena cucuk-cucuk jarum. Alhamdulillah juga, sebab nenek masih ada ramai cucu yang prihatin, terutama sekali Epy. Handsome tau sepupu saya sorang ni, hatinya sehandsome wajahnya. Tapi, sudah berpunya dan bakal melangsungkan perkahwinan pada 30 May ini. Mudah-mudahan Epy dikurniakan isteri yang baik dan sayangkan Epy sehingga akhir hayatnya. Epy ni memanglah tersangat baik, hormat orang tua, bercakap pun sopan tutur kata. Serious....tak tipu. Kalau tak silap, dah banyak kali nenek atau atok kami masuk hospital, dan banyak kali juga tengok Epy salah sorang yang selalu menyebok-nyebokkan dirinya di hospital ni. Harap-harap selepas kahwin nanti, Epy tetap kekal begitu walaupun tak boleh seperti sekarang, tapi tetap mengambil berat terutama hal-hal yang melibatkan atok dan nenek.

Sepanjang saya kenal Epy ni, tak pernah pula saya tengok dia ni biadab. Kalau tengok Epy dengan ibunya...wahhhh memang manja dan sweet sangat nak-nak bila diorang ni main peluk-peluk. Epy, kakak doakan Epy bahagia dengan pasangan Epy nanti.



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

16 May, 2013

SELAMAT HARI GURU!!!






Berburu ke Padang Datar
dapat rusa belang kaki
berguru kepalang ajar
ibarat bunga kembang tak jadi

Jika hari ini
Seorang perdana menteri berkuasa

Jika hari ini
Seorang raja menaiki takhta

Jika hari ini
Seorang Ulama' yang mulia

Jika hari ini
Seorang peguam menang bicara

Jika hari ini
Seorang penulis terkemuka

Jika hari ini
Siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
dengan lembut sabarnya
mengajar tulis baca .



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Hari Ini Hari Guru

Selaamat Hari Guru untuk semua guru-guru di Malaysia.

Semalam Adam Danish & Aqil Hail tiada kelas tuisyen dan mengaji, jadi mereka mengajak untuk ke Angsana nak beli hadiah untuk cikgu katanya. Disebabkan tiada hal alam semalam, jadi kami hubby & wifey pun bersetujulah, sambil sekali keluar untuk makn malam.
Aqil nak belikan cikgu dia brooch macam yang mama pakai selalu. Danish oula nak belikan cikgunya buku. Layankan ajer laaaa......

Mesti cikgu-cikgi harini dapat banyak hadiah.

**Type n3 sambil dengar Johan, Hanif & Ray di ERA. Lawak mereka bertiga ni, hilang ngantuk pagi-pagi. Sekarang diorang sedang baca sajak ntah apa apa ntah....p0y0!


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

13 May, 2013

Hari Ini Dalam Sejarah

Alhamdulillah....... Hari ini telah hampir berakhir dengan aman dan tenteram. Tarikh ini mengingatkan saya pada satu cerita silam, walaupun tidak pernah mengalaminya, tapi dirasai oleh Ayahnda dan Bonda, cerita yang diceritakan berulang-ulang kali tanpa jemu untuk mengingatkan anak-anaknya agar tidak lupa.

Melayu mudah lupa.....

Ungkapan itu disebut lagi akhir-akhir ini. Kalau dulu selalu didengari dari mulut arwah baktok dan arwah maktok, kalau dulu selalu didengari dari mulut atuk dan nenek, tapi kini diungkapkan oleh Ayahnda dan Bonda saya, acapkali tak pernah jemu untuk mengingatkan agar tidak lupa.

Melayu mudah lupa.....

Kerana 5 May 2013 itu, ungkapan ini juga disebut-sebut berulang kali tidak pernah jemu. Semua melayu mengungkapkannya, hanya segelintir sahaja yang buat-buat lupa sebab melayu mudah lupa.

Melayu mudah lupa.....

Bukan bias ataupun rasis, tapi sekadar mengingatkan agar tidak berulang lagi, kejadian lampau yang mengguris hati, tak siapa berani ungkapkannya lagi, tarikh keramat tersemat bersemadi, bila melayu bersatu hati, sesuatu yang hebat pasti terjadi.

Melayu mudah lupa.....

Kerana ungkapan itulah saya berjaga-jaga, agar tidak alpa dan terus terlupa, menyemak sejarah mengkaji kebenarannya, disebalik nista yang dipropaganda, agar  tidak terlalu mengikut peredaran semasa, kerana saya tak mahu cepat terlupa, dengan ingtan-ingatan yang diberi sejak zaman nenek moyang lagi, yang sudah bertungkus lumus mempertahankan pertiwi, memanjatkan doa agar tidak dijajah lagi.

Melayu mudah lupa.....

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

11 May, 2013

Mak Jantung Hati Saya


Dia mak saya dunia akhirat.

Sebening titisan embun pagi
Secerah sinarnya mentari
Bila ku tatap wajah Mu
Ada kehangatan di dalam hatiku
Air wudhu selalu membasahimu
Ayat suci selalu di kumandangkan
Suara lembut penuh keluh dan kesah
Berdoa untuk putra-putrinya

Mak... Engkaulah wanita
Yang ku cinta selama hidupku
Maafkan anakmu bila ada silap dan salah
Pengorbanan Mu tanpa balas jasa

Ya Allah ampuni dosanya
Sayangilah seperti mana dia menyayangiku
Berikanlah dia kebahagiaan
Didunia juga di akhirat

Mak, terima kasih..
Denganmu, ku mengenal dunia ini
Bersamamu, ku mengenal Pencipta diriku, juga alam ini
Di sampingmu, ku mengenal arti perjuangan, semangat dan kegigihan

Ya Allah...
Diri ini sangat menyayangi wanita itu
Jagalah beliau untukku.. sekarang ataupun nanti..
Amin..

Watch "Ibu" on YouTube


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

09 May, 2013

Fadilat Berpuasa di Bulan Rejab

Bulan Rejab antara bulan yang istimewa dalam Islam oleh sebab itu kita disunatkan berpuasa padanya. Hari Sabtu ini bersamaan dengan 11 May 2013 adalah permulaan harinya, dan ia juga dikenali sebagai Bulan Allah s.w.t.

DALIL
Hadis Rasulullah s.a.w :

ﺇﻥ ﻓﻲ ﺍﻟﺠﻨﺔ ﻧﻬﺮﺍ ﻳﻘﺎﻝ ﻟﻪ ﺭﺟﺐ ﺃﺷﺪ ﺑﻴﺎﺿﺎ ﻣﻦ ﺍﻟﻠﺒﻦ ﻭﺃﺣﻠﻰ ﻣﻦ ﺍﻟﻌﺴﻞ ﻣﻦ ﺻﺎﻡ ﻳﻮﻣﺎ ﻣﻦ ﺭﺟﺐ ﺳﻘﺎﻩ ﺍﻟﻠﻪ ﻣﻦ ﺫﻟﻚ
ﺍﻟﻨﻬﺮ
( ﺭﻭﺍﻩ ﺍﻟﺒﺨﺎﺭﻱ ﻭﻣﺴﻠﻢ )

Maksudnya :
Sesungguhnya di dalam Syurga terdapat satu sungai yang bernama Rejab, airnya terlebih putih daripada susu dan terlebih manis daripada madu ; barang sesiapa yang berpuasa sehari daripada bulan Rejab, maka Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai itu.

Antara kelebihan berpuasa pada bulan Rejab:

1. Puasa 1 hari - seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredaan Allah serta syurga tertinggi

2. Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipat gandakan pahalanya

3. Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah swt, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka

4. Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah dajal

5. Puasa 5 hari - aman dari azab kubur

6. Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya

7. Puasa 7 hari - Allah mengunci tujuh pintu neraka jahanam baginya

8. Puasa 8 hari - Allah membuka lapan pintu syurga baginya

9. Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru Laailahaillallah dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga

10. Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan dua sayap untuk terbang di Titian Siratul Mustaqim

11. Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata fadilatnya seperti puasa 3000 tahun

12. Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun

13. Puasa 15 hari - Allah mengampunkan dosanya yang lalu dan menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun

14. Puasa 16 hari- dapat melihat wajah Allah dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah dalam syurga

15. Puasa 19 hari - dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai nabi Ibrahim dan nabi Adam

16. Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu dan melakukan amalan yang baik dengan baki umurnya

17. Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan ini dan beribadat di malamnya seperti berpuasa 3000 tahun, diampunkan baginya dosa 70 dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasad, 70 hajat ketika dalam kubur, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika al-Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika amalannya ditimbang di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui Titian Siratul Mustaqim

Sumber : www.e-mosque.com, www.ppdjasin.edu.my


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

David Moyes kah orangnya?

Mengharap yang terbaik... jom fan MU, kita nyanyi ramai-ramai.

Glory, glory, Man United,
Glory, glory, Man United,
Glory, glory, Man United,
And the reds go marching on, on, on.

Just like the Busby Babes in Days gone by
We'll keep the Red Flags flying high
You've got to see yourself from far and wide
You've got to hear the masses sing with pride
United! Man United!
We're the boys in Red and we're on our way to Wem-ber-ly
Wem-ber-ly! Wem-ber-ly!
We're the famous Man United and we're going to Wem-ber-ly
Wem-ber-ly! Wem-ber-ly!
We're the famous Man United and we're going to Wem-ber-ly
In Seventy-Seven it was Docherty
Atkinson will make it Eighty-Three
And everyone will know just who we are
They'll be singing 'Que Sera Sera'
United! Man United!
We're the boys in Red and we're on our way to Wem-ber-ly
Wem-ber-ly! Wem-ber-ly!
We're the famous Man United and we're going to Wem-ber-ly
Wem-ber-ly! Wem-ber-ly!
We're the famous Man United and we're going to Wem-ber-ly

Glory Glory Man United
Glory Glory Man United
Glory Glory Man United
As the Spurs Go Marching On! On! On! (3x)


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

08 May, 2013

WW : Doraemon

Sweet like a candy...


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

05 May, 2013

Menunggu Keputusan PRU13

Sekitar Pilihan Raya Umum 13 di Dun Puteri Wangsa, Parlimen Tebrau di kawasan perumahan saya. Pilihanraya berjalan lancar sejak awal pagi semua pengundi sudah mula membanjiri perkarangan padang Balai Raya Taman Gembira. Keterujaan pengundi-pengundi boleh dilihat dari setiap raut wajah, ada yang baru pertama kali mengundi dan ada yang sudah berkali-kali membuang undi. Tapi yang pastinya PRU13 ini menyaksikan semua pengundi merasa pengalaman pertama menggunakan calitan dakwat kekal di jari telunjuk kiri.

Chiko pown mengundi sekali.... tak pasti Chiko memangkah lambang apa sebab undi adalah rahsia.

Di hari pengundian ini saya dapat bertemu dengan kawan-kawan zaman kanak-kanak saya, Linda, Yanti, Bedah, Mendan. Mereka semua sezaman dengan saya dan kami bersekolah tadika bersama. Tapi, malangnya saya hanya sempat bergambar dengan Yanti sahaja.

Hari ini juga sejurus kami sekeluarga membuang undi, saya bergegas ke Hospital Sultanah Aminah kerana ayahnda saya telah membuat temujanji dengan doktor pakar untuk proses pembedahan di bahagian perutnya yang dipanggil Hernia Repair pada esok hari. Harap-harapnya ia hanyalah pembedahan kecil.

Malam ini saya, ayahnda dan bonda akan menonton keputusan PRU13 di HSA melalui Malaysia TV online dari Samsung Tab 2 10.1.

*pastinya semua sedang berdebar-debar menunggu keputusan*


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

04 May, 2013

Sudah Bersedia?

Tinggal 6 jam sahaja lagi sehingga tamat tempoh berkempen. Fenomena 4-5 tahun sekali ini akan berakhir esok. Selepas ini kita tak akan lagi lihat kenderaan-kenderaan mengibarkan bendera merentasi jalan-jalan raya, tiada lagi anak-anak muda di bibir-bibir jalan dengan memegang papan tanda meminta pemandu lain membunyikan hon, tiada lagi convoi-convoi kereta dengan pelekat wajah-wajah pemimpin idola mereka, tiada lagi ceramah-ceramah memenuhi taman-taman permainan, dan yang paling penting...... tiada lagi perbalahan di laman-laman sosial, kutuk mengutuk sesama sendiri, umpat-umpat, keji-mengeji.

Esoklah harinya. Mari kita pakat keluar ramai-ramai menuju ke pusat-pusat mengundi yang ditetapkan dengan hanya membawa kad pengenalan masing-masing. Tentukan pemimpin kita, kerana andalah penentu masa hadapan.

Suka lirik lagu ni.... sesuai sangat untuk generasi Y.

Jom kita mengundi
Jom kita mengundi
Jom kita mengundi
Jom kita mengundi

Jom kita keluar mengundi
Jalan tanggungjawab negara demokrasi
Jangan kata tiada masa
Atau politik bukan untuk kita

Jom kita keluar mengundi
Tentukan siapa pemimpin kita
Pangkahlah calon berjiwa waja
Supaya negara bebas berdikari

Jom kita mengundi
Jom kita mengundi
Jom kita mengundi
Jom kita mengundi

Jom kita keluar mengundi
Kalau tidak kita yang rugi
Mandat diberi kepada yang berwibawa
Memacu negara kearah jaya

Oh.. Jom kita keluar mengundi
Generasi muda ayuhlah pergi
Masa depan ditangan kita
Peluang ini jangan disia

Jom kita mengundi
Jom kita mengundi
Jom kita mengundi
Jom kita mengundi
Jom kita mengundi
Jom kita mengundi

Lagu : Tomok
Lirik : Dato Mohd Ashraf Abdullah

《Yang paling seram bila teringatkan peristiwa 13 Mei 1969》


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

02 May, 2013

Mohon Doa Kalian

Assalammualaikum semua....

Petang tadi lepas pulang dari kerja saya berkejar sekejap ke Hospital Sultanah Aminah untuk melawat baby kawan baik saya, Lina Mazura. Baby Lina baru berumur 11 bulan dan bakal menyambut hari kelahirannya bulan depan. Baby Lina mengalami demam panas sejak semalam dan pagi tadi dimasukkan ke wad kanak-kanak.

Azra bt. Azmie, sedap nama secomel orangnya. Masa saya melawat Azra petang tadi, sayu hati ni bila tengok wajah comel itu layu saja, tapi tetap comel. Azra tak banyak ragam, dia diam saja bila disuruh minum ubat. Alhamdulillah tidak dimuntahkan balik. Mungkin juga demam ini sebagai upah untuk Azra agar lebih dewasa, almaklumlah Azra akan menyambut ulang tahun kelahirannya yang pertama bulan hadapan dan ibunya juga sudah merancang sambutan kelahirannya di suatu tempat yang akan disertai oleh ibu-ibu angkatnya yang lagi 6 orang tu.... alaaaaa.... Geng Jemah tu.. Sementelah lagi, Azra juga bakal menjadi kakak.

Cepat sembuh yea Azra, kamu anak yang baik. Aunty doakan yang terbaik untuk Azra. Semoga Azra boleh pulang ke rumah dengan segera dan bermain riang seperti selalu.

*Mohon doa anda semua...


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

01 May, 2013

WW : PERANG POLITIK


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget