23 June, 2012

Terlupa???

Aduhhhhhhhhhhhh.......

Mesti ada antara anda dah terdengar berita seorang kanak-kanak ditemui mati di dalam kereta baru-baru nie. Tapi sebenarnya kisah kanak-kanak mati di dalam kereta dah banyak kali terjadi. Yang menjadi persoalan...dah banyak kali terjadipun, masih ada lagi kejadian serupa terjadi... Apa nak jadi??? 

Meh baca berita bawah ni...


Alahaiii Cikgu...macam mana boleh terlupa ni Cikgu?!!!! Kalau dah ini yang dinamakan suratan, nak cakap banyak pun tak boleh jugak, tapi...kejadian seperti ini boleh dielakkan kalau kita lebih berhati-hati. Berbalik pada cerita saya sebelum ini, saya terlewat untuk pergi kerja, tapi Alhamdulillah kerana kelewatan saya hari ini telah memberikan limpahan pujian dari pagi sampai ke petang. Malangnya Cikgu ini, kerana kelewatannya dia telah kehilangan seorang anak dalam keadaan yang sangat tragik sekali.

Silalah semua, pleaseeeeee!!!!.... Elakkan perkara ini daripada terjadi lagi. Saya sedih bila dengar kanak-kanak meninggal dalam keadaan menanggung kesakitan. Dapat saya bayangkan kanak-kanak ini yang seusia umur anak saya kepanasan dan menjerit-jerit minta tolong tapi tak didengari bila pintu dan tingkap kereta tertutup rapat. Kanak-kanak ini dijumpai dalam keadaan mulutnya berbuih disebabkan oleh Heat Stress.

Haba yang berlebihan sangat bahaya pada badan manusia lebih-lebih lagi pada kanak-kanak. Apatah lagi bila badan mengalami pendedahan haba yang terlampau banyak, akan menyebabkan badan menjadi lemah, terdedah kepada penyakit yang serius, meningkatkan potensi kecederaan luaran dan dalaman serta boleh menyebabkan kematian mendadak. Tanda-tanda awal apabila seseorang itu berhadapan dengan Heat Strees atau Strok Haba adalah, kekejangan otot, kancing gigi dan yang paling ketara adalah dehydration.

Sila baca artikel-artikel di bawah untuk pengetahuan yang lebih lanjut;

Tolong lah yeaaaaa....;
  1. Jangan tinggalkan anak anda di dalam kereta walau sekejap.
  2. Periksa kereta sebelum anda turun & kunci.
  3. Sewaktu mengunci kereta sila jengah sekali lagi apa yang ada dalam kereta anda especially di bahagian tempat duduk belakang.
  4. Sila matikan enjin kereta apabila hendak berhenti lama di sesuatu tempat dan buka tingkap, gas pada aircond sebenarnya adalah merbahaya 
  5. Jangan sesekali tidur di dalam kereta di hentian rehat dengan enjin tidak dimatikan.
  6. Sekiranya anda terhidu gas yang pelik sewaktu memandu, sila berhentikan kereta dan keluar untuk mengambil udara segar. Sekiranya bau masih boleh dihidu, sila buat pemeriksaan lanjut dibengkel-bengkel berdekatan.
Takziah untuk keluarga Cikgu Sek.Men. Bandar Baru Uda, Johor Bahru yang baru sahaja kematian anaknya. Saya turut bersimpati & saya sangat memahami perasaan anda ketika ini...
 

40 comments:

  1. sedih la kisah ni...kengkdg sy pn mudah lupa...masak air..lupa nk tutup api..g toilet lupa nk tutup lampu..kengkdg benda yg dibuat kita seharian blh buat kita lupa..
    sadis kisahnya...

    ReplyDelete
  2. dulu masa adik dya kecik2 pernah terkurung dalam kereta.. mak dya pun cikgu..terpaksa minta cuti.. sebab adik terkurung dalam kereta.. entah macam mana adik dya ni boleh kunci dari dalam dan kebetulan kunci kereta kt dlm kereta..masa tu satu family kelam kabut.. panggil org tlg buka kan pintu.. tpi alhamdulillah..nasib baik adik dya x apa2..

    ReplyDelete
  3. @Yumida..
    kalau terlupa masak air tu pown bahaya. takut kebakaran pula bila air dah kering. better guna kettle jer lah yeaaa.

    ReplyDelete
  4. @dyabunga...
    Alhamdulillah tak ada apa2. tapi malang pastinya tak berbau. harap tak terjadi lagi akan datang. sila berhati2...

    ReplyDelete
  5. innalillahiwainnalilhirojiun...
    taktau nak cakap apa..anggap itu sebagai satu peringatan dan pengajaran buat kita..
    takziah...

    ReplyDelete
  6. kesiann nye budak tu..mcm mne lah ank pun boleh lupee laa haii

    ReplyDelete
  7. nauzubillah..

    mek pengajaran la,,nak wat cmner g...huuuu

    ReplyDelete
  8. sedih baca crita ne..mcamana lablehterlupa kan.. takziah pda keluarga arwah..

    ReplyDelete
  9. betul..benda dah jadi tak leh nak buat ape...kite sendiri kena peka sebenarnye....

    ReplyDelete
  10. Assalammualaikum..kak..maaf ya, balas komen kat sini.. :)

    Ya..saya serius nak jual.. hurmm..saya ada dua salinan buku2 tu.. :) Yang sy nak jual ni, yg sy beli sndiri.

    Urm, kalau akk ad kenal sesiapa yg berminat, boleh la pm sya. Tima kasih ya kak ^_^

    ReplyDelete
  11. huhu...tau xpe...dah banyak terjadi tapi xdiambil serius!

    kesian kanak2 mati kerana kecuaian org dewasa...huhu

    ReplyDelete
  12. erm..
    sblm ni pun dah ada kes mcm ni kan...mmg sedih sgt :)
    wpun benda ni dah takdir tp kita ttp rs ni salah satu kecuaian dr diri kita sdiri kan CIM...

    erm...takziah tuk fmly arwah ..

    ReplyDelete
  13. tak faham sebenarnya camne orang boleh lupa anak dalam kereta tu. Nauzubillah. :)

    ReplyDelete
  14. macam mana boleh tak perasan anak ada dalam kereta..?

    ReplyDelete
  15. hmmmm...Al-Fatihah
    marilah kita semua ambil ni sbgai iktibar

    ReplyDelete
  16. bahaya tinggalkan anak, macamana lah boleh jadi macam ni, tahniah ya entry yg benar2 menginsafkan. semoga yg membaca akan sedar, betapa kesal jika melakukannya. bahaya..banyak andaian akan berlaku..

    ReplyDelete
  17. Minta-minta kita dijauhkn dari perkara camni...selagi ada benda blh dielak,baiklah kita elakkan
    salam pkenalan

    ReplyDelete
  18. boleh lak lupa..tu la, kalo dah ajal, lupa dijadikan sebab...Al-fatihah...

    ReplyDelete
  19. takut baca kisah ni...tu la mcm mn boleh lupa kan...semoga boleh jd pengajaran dan peringatan kat diri kita...tp tolong lah jgn tinggal anak sorang2 dlm kereta...banyak bahayanya

    ReplyDelete
  20. ALAAAA GUYSSS/GIRLSSS!!!

    SORY LUPA NAK INFORM...CIKGU TU INDIA, HURMMM OKEY BAGI SESIAPA YG UCAPKAN AL-FATEHAH TUE, SEMOGA ALLAH TAHU NIAT SUCI KAMU SEMUA MENDOAKAN YANG BAIK2 WALAUPUN TIDAK SEAGAMA.

    REMINDER!!!!
    CHECK KERETA SEBELUM KELUAR!!

    ReplyDelete
  21. alfatihah..!
    takziah buat kerluarga arwah..!

    lepas ni, tak kira siapa, kena beringat2lah kan...

    ReplyDelete
  22. Takziah pada keluarga mangsa. Peringatan untuk kita...

    ReplyDelete
  23. sedih kisah tuh..mmg byk kali terjadi dh..kesian budak tuh..betapa seksanya die..takziah utk keluarganya..

    ReplyDelete
  24. kesian kan.naper la blh lupa.yea la.benda dah berlaku.tak blh nak patah balikkan.

    ReplyDelete
  25. baca gak... sedih dn sadisssss...

    ReplyDelete
  26. Sedihnya.. :'(

    Tuhan lebih sayang . . Bertuah arwah kan , diambil nyawa pd usia muda . . InshaAllah di Jannah la tempatnya ~

    ReplyDelete
  27. sedihnyaa baca..
    tu laah.
    kdg2 kita pn terlupa...
    nauzubillah...

    ReplyDelete
  28. kecuaian membawa maut..kesian pada kanak2 yg taktau pape tu..
    Ye..perlu sentiasa beringat! :)

    ReplyDelete
  29. yer pernah dgr jgk dlu...tu lah kdg-kdg manusia ni lupa n lalai..chukran memperingtkn...

    ReplyDelete
  30. salam kenal ya..sedih plka cite nihh..

    ReplyDelete
  31. sedih la :'( dah banyak jugak kes kanak2 mati dalam kereta ni..

    ReplyDelete
  32. ehh akak..ader kew??iskk takut gak nk buka tempahan nih..takut tak laku..hehee :)

    ReplyDelete
  33. ya Allahhhhhh, mcm mane la boleh lupe cekgu. byk sgt kerja an nye.

    ReplyDelete
  34. Kematian itu pasti berlaku kan. Eksiden, sakit dan etc.. Hanya lah sebuah alasan. Sebab utama memang sudah sampai ajal :') Takziah buat keluarga cikgu tuu.

    ReplyDelete
  35. sedih kan.. moga takde jadi pada kita..

    ReplyDelete
  36. takutnya ayu baca..agaknya rutin harian ari tu lain sebab tu dia boleh terlupa..kalau dia antar anak dulu mesti tak jadi..tapi nak wat camna benda nak jadi..huhu

    alfatihah ..

    ReplyDelete
  37. hmmm...memang sedih.jadi, lain kali kena la beringat agar benda camni tak jadi lagi kan.amek pengajaran dari apa yang berlaku

    ReplyDelete
  38. Sedihnkan.. Takziah. Tapi hati ni tetap tak puas hati sebab kenapa cikgu tu bleh terlupa anak dia tertinggal dlm kereta!

    Tapi mama pernah rehat di R&R krn mengantuk sangat tak leh teruskan pemanduan. Enjin keta hidup, pasang aircond tapi tingkap buka sikit.. tidur2 ayam taklah nyyenyak sangat. Biasanya sejam ajer...

    ReplyDelete
  39. huhu... cikgu pon mnusia biasa..

    tp .. sungguh..walaupon skejap..lya x pnh tgal asya dlm kete.. akan ttp bwk dia.. mmg xkn biarkan dlm kete..melainkan bsama org dewasa..cm dgn papa or tokma dia.

    ReplyDelete
  40. isyk kesiannya...mcm mana bleh lupa..isyk2 masa dia nak tinggal anak2 anak dia tidoker ek?kena lebih hati2 lah sbb nnt menyesalpun tiada guna.huhu..minta jauhlah jd perkara cengginilg

    ReplyDelete