07 October, 2012

~~ Seruan Haji ~~

Assalammualaikum...

Alhamdulillah, Ayahnda dan Bonda saya serta pakcik dan makcik saudara yang telah berlepas ke Tanah Suci pada awal pagi semalam telah selamat sampai. Malam tadi saya dapat berhubung dengan Ayahnda tercinta, alhamdulillah mereka semua sihat. Tapi saya tak dapat bercakap dengan Bonda kerana Bonda bersama ibu saudara yang lain pergi ke kedai. Ayahnda menghubungi saya pada pukul 11.00 malam waktu Malaysia, dan menurut beliau waktu di sana adalah 6.00 petang. Jadi perbezaan waktu adalah 5 jam antara Makkah dan Malaysia. 

Doakan mereka sihat dan dapat mengerjakan Fardu Haji dengan baik. Kami risaukan keadaan mak sebab sebelum mak berangkat ke sana, beliau mempunyai sedikit masalah kesihatan yang tak mampu saya terangkan di sini. Harap semuanya baik-baik saja dengan berkat dari Allah s.w.t di sana.

Sebelum mereka berangkat ke sana, sebenarnya ada beberapa orang saudara mara telah sampai dahulu melalui penerbangan awal. Antaranya Pakcik sedara yang bertugas sebagai juru kamera Astro Oasis, serta nenek saya bersama menantunya. Ingat lagi tak Nenek yang saya ceritakan pada Hari Raya ke-2 tue? Nenek Saminah dan Makcik Munah serta beberapa saudara mara di kampung yang saya jarang temui. Mereka ke Tanah suci dengan penerbangan berasingan, dan dengan izin Allah s.w.t. dan kesungguhan Pakcik Taib, mereka dapat bertemu di segerombolan himpunan jutaan umat manusia di sana. Alhamdulillah, harap-harap Bonda dan Ayahnda saya juga dapat berjumpa mereka.

Segala info, no. bilik, no. maktab dan no. telefon telah saya berikan kepada Pakcik Taib, harap pakcik dapat mempertemukan mereka.

Inilah antara saudara-mara saya yang telah berada di Tanah Suci Makkah mendahului Ayahnda dan Bonda saya. Ada juga beberapa doa saya kirimkan kepada mereka yang terdahulu berada di sana. harap doa-doa yang dibacakan mereka mendapat perkenan dari Allah s.w.t.





Kami semua di sini mendoakan agar Ayahnda dan Bonda dapat berjumpa mereka di sana. Lebih-lebih lagi Bonda yang teringin sangat berjumpa nenek yang ditemani menantunya.

Amin.....

20 comments:

  1. semoga dipermudahkan. ramai sedara mara akak yg pegi haji ek.

    ReplyDelete
  2. moga urusan mereka semua dipermudahkan :)

    ReplyDelete
  3. Semoga ibadah mereka dipermudahkan dan diberkati Allah. Dan semoga mereka mendapat haji yang mabrur.

    ReplyDelete
  4. Semoga segalanya dipermudahkan di sana....

    ReplyDelete
  5. Semoga urusan dipermudahkan....amin....

    ReplyDelete
  6. salam
    mak mertua dan adik ipar saya jugak menjadi tetamu agung ALLAH pada musim ini...

    ReplyDelete
  7. Amin...!
    Semoga dipermudahkan segala urusan di sana..insyaALLAH..

    ReplyDelete
  8. semoga dipermudahkan segala urusan

    ReplyDelete
  9. moga ayah & bonda & semua para haji & hajjah kita memperolehi haji yg mabrur ye

    ReplyDelete
  10. semoga mereka mendapat haji mabrur.. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  11. Semoga diberi kesihatan yang baik dan mabrur hajinya..INSYAALLAH..

    ReplyDelete
  12. semoga mereka selamat di sana dan mereka pulang juga dgn selmt dan mendpt haji yg mabrur..amin... :)

    ReplyDelete
  13. semoga mereka mendapat haji yg mabrur... dan semoga mereka selamat pergi dan selamat pulang... amin..

    ReplyDelete
  14. semoga mereka selamat pergi dan selamat kembali.. amin

    ReplyDelete
  15. moga urusan mereka semua dipermudahkan..

    ReplyDelete
  16. moga urusan mereka semua dipermudahkan..

    ReplyDelete
  17. Semoga semuanya sihat dan selamat. Amin.

    ReplyDelete
  18. amin!
    moga segalanya dipermudahkan :)

    ReplyDelete
  19. ramai jugak yer family awk g haji.. alhamdulillah... rezeki merka kan.. :-)

    ReplyDelete