06 January, 2013

Maharajalawak Mega 2013 Akhir di Johor Bahru



Pasti ramai dah tahu bahawa pentas akhir Maharajalawak Mega 2013 akan diadakan di Johor Bahru, iaitu di Stadium Tertutup MBJB. Kemuncak Maharajalawak Mega itu akan berlangsung pada 18 Januari 2013.

Pasti akan menjadi satu lagi sejarah dalam hiburan lawak tanah air apabila pentas akhir dilakukan di Johor Bahru. Ingat lagi tak pada 2011, Maharaja Lawak Minggu ke-12, memang sangat bersesaklah manusia pada waktu itu. Dari seawal pagi semua dah duduk melepak menunggu kaunter tiket dibuka, walhal kaunter hanya dibuka untuk pengedaran tiket pada pukul 5.00 petang. Yang pastinya rombongan bas dari Singapura mesti ada. Tak tahulah mereka akan bawa berapa batelion malam tue.

Ini adalah Stadium Tertutup MBJB, Johor Bahru, Johor yang sunyi sepi. Tapi.....pasti 2 minggu lagi akan meriah dengan taburan manusia berasak, bersesak, menolak-nolak untuk masuk ke dalam ruang yang hanya muat untuk kapasiti manusia seramai 5000 orang.


Photo: Kemuncak rancangan MAHARAJALAWAK MEGA akan di adakan pada 18 Januari 2013 di Johor Bahru yang dipilih sebagai lokasi PERINGKAT AKHIR (FINAL) bertempat di Stadium Tertutup MBJB, Johor Bahru, Johor.

Masih ingatkah lagi pada 17 Jun 2011 yang lalu di mana sorakan orang-orang JB sangat meriah? Jom dapatkan pas percuma pada 18 Januari 2013 jam 2 petang di perkarangan Stadium Tertutup MBJB!

Gambar kenangan lalu di mana orang ramai beratur mendapatkan pas masuk percuma. Jangan sampai tak solat Jumaat dah lah yer?

-APiz-
Ini adalah gambar yang di ambil dari Bangunan City Plaza pada 2011. Waktu ini mereka sedang beratur untuk mendapatkan tiket.

Ini adalah banner pada 2011. Tengok....muka-muka yang sama. Cuma pada malam akhir nanti yang pastinya ada JOZAN dan JAMBU.


Yang pastinya saya akan sedaya upaya masuk ke dalam perut stadium menyaksikan Maharajalawak Mega secara langsung, tak dapat duduk pun tak mengapa. Oh yaaa, agak-agaknya Miss Banu akan turun JB tak malam tue?

p/s: Hurmmmmm....tak sabarnya. Tapi kannn....saya baru teringat keesokkan harinya En.hubby ada aktiviti berphotoshoot di Parit Lurus, Batu Pahat.


21 comments:

  1. Tengok tv.agi best dear..dpt fokus muka dorang dekat2..santai2 sambil makan2 lg..hehehe

    ReplyDelete
  2. Oh di jb ke. Bolehlah pergi. Dah pindah jb dah ni. Hihi

    ReplyDelete
  3. Wahhh syoknye dpt tgk live.... ;-)

    ReplyDelete
  4. wah...bestnya...

    law dapat tonton ecara live..

    ReplyDelete
  5. bestnya leh tgk MLM live. wuhuu..

    ReplyDelete
  6. Miss banu kena turun ipoh dulu jumaat ni, sebab minggu ni diorg buat persembahan dekat stadium indra mulia ipoh..

    nur tak dapat pegi kott..tp teringin..hihih

    ReplyDelete
  7. sokong Jozan.. but JAMbu pun mmg best

    ReplyDelete
  8. bestnya Cim bleh tgk live..nti snap pic tau..nk bukti..hahaha ayat jeles sebenarnya nih..

    ReplyDelete
  9. Salam...kak cm ne nak dapatkan tiket final 2013 ni?kaunter mne erk??try search xde pun...btw..singgah blog ni xcident nk carik tiket nye pasal..follow skli..salam kenal ya....;)

    ReplyDelete
  10. Salam...kak cm ne nak dapatkan tiket final 2013 ni?kaunter mne erk??try search xde pun...btw..singgah blog ni xcident nk carik tiket nye pasal..follow skli..salam kenal ya....;)

    ReplyDelete
  11. Salam...kak cm ne nak dapatkan tiket final 2013 ni?kaunter mne erk??try search xde pun...btw..singgah blog ni xcident nk carik tiket nye pasal..follow skli..salam kenal ya....;)

    ReplyDelete
  12. wah..bestnya dpt tgk live..dya sokong shiro..hahaha

    ReplyDelete
  13. harga ticket berapa ? and beli dekat mana ehh ?

    ReplyDelete
  14. guys peserta MLM stay hotel kat mana ye di jb ?

    ReplyDelete
  15. Saya ada tiket 2 keping mlm ni. Tp malang kena kerja. Sapa nk pls call 0197778484. Upah queue 4 jam rm 100 cukup

    ReplyDelete
  16. nk tgk on9 mcm mane ea???

    ReplyDelete