22 August, 2012

Bermaaf-maafan di Pagi Raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Seperti tahun-tahun sebelumnya, seperti yang dilakukan kebiasaanya oleh seluruh umat Islam seluruh dunia, seperti itu juga kami lakukannya di pagi raya. Setelah usai Solat Sunat Aidilfitri, sebelum kami kepusara kanda, sebelum kami meneruskan langkah beraya kemana-mana, kami sekeluarga akan berkumpul memohon keampunan di atas setiap kesilapan yang telah dilakukan sepanjang tahun.

suasana pilu menyelubungi, kerana masing-masing ada rahsia dosa sesama sendiri. Ada yang baru dibongkarkan agar tiada nanah di dalam hati, dikala itulah kami menitikkan airmata menyedari kesilapan diri. Alhamdulillah, semuanya dimaafkan, buang yang keruh, ambil yang jernih...

Buat Mak & Ayah, ikhlas dari hati. Tak pernah sedikit pun terlintas di hati untuk melakukan dosa keji menderhakai kalian berdua yang sangat dicintai. Kadangkala terkasar bahasa, terihhh, teruhhhh, terahhhh, terherdik, termuncung, tdan segala ter yang tidak disengajakan. Harap di hari yang mulia ini, segala doasa dapat dihapuskan.


















Apa pun yang terjadi antara kami.... air di cincang tak mungkin akan putus. Darah yang mengalir dalam badan kami adalah dari satu sumber yang sama. Takkan ada yang dapat memisahkan kami adik-beradik.



Mai lah tengok N3 yang lain.... raya 2012 ku ada gambar-gambar yang happening...


9 comments:

  1. Tacing plak M tgk pict2 tu semua....Bermaaf-maafan penuh keihklasan...

    ReplyDelete
  2. bestnye ada pic bermaafan mcm ni...;)

    ReplyDelete
  3. tacing sungguh depa noh... papepon selamat hari raya =)

    ReplyDelete
  4. huuuu..sebak pulak tgk pic2 CiM..huhuhuh

    ReplyDelete
  5. time ni paling best. kalau kat rumah, cik na dulu la yg start nangis. hihihi..

    ReplyDelete
  6. dya xsempat nk snap pic bermaaf-maafan

    ReplyDelete
  7. adeh rasa sebak pulak tgk CIM sekeluarga bermaaf maafan

    ReplyDelete
  8. pagi raye kalau tak nangis, mmg tak sah. ;)

    ReplyDelete