22 April, 2010

Kesetiaan (Antara Hachiko & Pak Tam)

Susahkah untuk setia?

Kenapa tidak setia?

Kenapa harus setia?

Kita sering mendengar persoalan mengenai kesetiaan, dan kita juga sering mengajukan soalan berkaitan kesetiaan kepada orang yang kita sayang. Kenapa harus dipersoalkan tentang kesetiaan? Setia… Susah sangatkah untuk setia?

Setia adalah satu perasaan yang lahir dari jiwa, setia itu sangat istimewa, setia tidak boleh ditukar ganti, setia itu sifat sejati. Jadi, kenapa harus tidak setia?
Kita boleh melihat sifat-sifat kesetiaan dari pelbagai ruang lingkup. Lihatlah kesetiaan alam maya, bagaimana bulan setia pada malam, bagaimana matahari setia pada siang dan bagaimana ombak yang setia pada pantai. Lihatlah kesetiaan akar kepada pohon, lihatlah kesetiaan semut-semut kecil kepada permaisurinya dan lihatlah juga kesetiaan ibu kepada anaknya tak kira manusia ataupun haiwan. Seharunya yang paling penting adalah kesetiaan makhluk kepada Penciptanya. Maka dengan itulah persoalannya kenapa kita harus setia.

Hachiko…. sebuah cerita benar mengenai seekor anjing yang sangat setia pada tuannya. Kisah Hachiko bermula pada tahun 1924 dimana ia telah dijumpai oleh Professor Hidesaburo Ueno seorang Pensyarah Jabatan Pertanian di University of Tokyo. Hachiko telah dibela dan dirawat sejak kecil hingga dewasa. Setiap hari Hachiko akan menemani tuannya berjalan kaki menuju ke stesen keretapi di mana Tuan Ueno menaiki tren ke university dan akan menanti kepulangan tuannya dari di hadapan pintu masuk stesen keretapi. Mereka menjadi sangat akrab. Pada May 1925, Tuan Ueno telah menemui ajal kerana diserang angin ahmar sewaktu di university dan terus meninggal dunia, maka seluruh ahli keluarganya telah menguruskan pengkebumiannya disana tanpa membawa pulang mayat mendiang ke rumah. Hachiko hanyalah seekor anjing yang tidak mengerti apa-apa, tetapi Hachiko tetap setia menanti kepulangan tuannya setiap hari sehingga larut malam di hadapan pintu stesen keretapi tersebut. Puas menanti, Hachiko akan pulang ke rumah dengan hampa. Pabila mentari pagi menjelma, Hachiko akan berjalan sendirian menuju ke stesen keretapi dengan harapan tuannya akan pulang. Tapi penantiannya tetap hampa, Hachiko akan pulang kerumah semula pabila malam menjelma. Begitulah setiap hari, Hachiko akan menunggu tuannya sejak dari perjalanan keretapi pertama sehingga keretapi yang terakhir. Setiap hari tanpa jemu sehinggakan dirinya tidak terurus lagi. Selepas 10 tahun penantian Hachiko, akhirnya dia menemui ajalnya dihadapan pintu masuk stesen keretapi tersebut. Sekiranya anda berpeluang untuk pergi ke Tokyo, mungkin anda akan berpeluang melihat Tugu Kesetiaan Hachiko yang dibina oleh masyarakat setempat betul-betul dihadapan pintu masuk ke stesen keretapi Shibuya Train Station dimana tempat Hachiko menanti tuannya. Tugu tersebut dibina untuk memperingati seekor anjing yang sangat setia.

Baru-baru ini saya telah terbaca mengenai seekor ayam jantan yang setia. Pelik tetapi benar, ayam jantan yang diberi nama Pak Tam oleh Mohd Nasir Othman kini tinggal bersama di Melaka. Sekiranya anda mahu berkenalan dengan Pak Tam pergilah cari Masjid Tanah, Melaka. Setiap petang En.Nasir akan membawa Pak Tam bersiar-siar menaiki motor. Motorsikal???? Kenapa tak percayakah? Ini kisah benar, Pak Tam telah dibela oleh En.Nasir dan isterinya sejak kecil, malah ayam jantan ini menjadi sangat manja dan kuat merajuk. Menurut tuannya, ayam jantan ini akan menyampuk sahaja apabila ada orang bertandang kerumahnya, bila dia mula berkokok dan membuat bising, En.Nasir akan memarahinya dan dia mulalah nak merajuk, tak pasal-pasal seorang manusia harus memujuk kerenah seekor ayam jantan.
Kalau seekor anjing dan seekor ayam jantan boleh setia, kenapa tidak manusia?

Susah sangatkah untuk setia?

Kenapa mesti tidak setia?

Kenapa harus dipersoalkan tentang setia?

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

21 April, 2010

Bukan salah ibu mengandung..... Jadi, apa salahnya ibumu???

“Syurga itu di bawah telapak kaki ibu”

Tentu saja ada yang mempertikaikan, kenapa bawah tapak kaki? Apsal? Tak elok sebab ‘kaki’ tu letaknya di bawah, utk memijak padahal syurga itu tempatnya diatas sekali? Itu perumpamaan saja. Kenapa? Jijik ker perumpamaan itu? Apa salahnya, 9 bulan 10 hari kita dok menumpang dalam perut, ibu tak rasa jijik pun. Mana nak bawak kita ke sana kemari, turun naik tangga, 24 jam. Masalah pembawakan lagi, alah itu alah ini. Ibu tak merungut pun, malah bersedia menanggung kesakitan untuk melahirkan.

Sejak dari sebesar telapak tangan ibu, sampai lah dah sebaya & setinggi ibu (malah ada yang lebih tinggi dari ibu), semuanya nak ibu yang sediakan. Nak susu, nak makan, nak mandi, nak pakai baju, nak mengenal huruf, nak itu nak ini, semua kita minta dengan ibu. Bila menangispun sebut nama ibu…”emakkKKKKkkKk!!!!!!!!!!!” haaa btul kan.

Tapi kenapa melukakan hati ibu??? Tak sayang kah kamu pada ibumu???

Budak-budak sekarang ni suka sangat nak menyalahkan orang lain, lebih-lebih lagi ibu yang telah menanggung semuanya. Mana taknya, kalau ada apa-apa dia akan mengadu dengan ibunya dulu (alah bisa tegal biasa). Walaupun kadang-kala tak mendapat maklum balas yang baik, tapi tetap nak mengadu dengan ibu. Bila sesuatu yang diadukan tu tak mendapat tempat di hati ibu, pasti kena bebelan. Ibu-ibu ni kalau dah membebel akan berpanjangan dan berlarutan. Habis semua nak dikaitkannya. Jadi, mulalah nak mencebik, kata ibu tak fahamlah, ibu lebih –lebih la, ibu itulah, inilah. Apa nak jadi budak-budak sekarang ni.

Kadang kala kata ibu itu ada benarnya. Dan YES pendapat dan pandangan ibu itu memang berasas. Almaklumlah dah lebih makan garamlah katakan. Ibu akan berpandangan jauh ke depan untuk masa hadapan anak kesayangannya. Mungkin kita lihat sesuatu perkara itu adalah perkara yang baik, tapi tidak pada mata ibu. Apa salahnya kalau kita sebagai anak mendengar nasihat ibu. Mungkin pada awalnya sahaja kita akan berasa janggal dan tidak selesa, tapi InsyaAllah lama kelamaan kita akan terbiasa.

Bukannya niat saya di sini untuk mengatakan kita patut dan mesti mengikut telunjuk ibu. Tetapi kita juga boleh bersuara jika kita sangat pasti dengan kemahuan kita yang tidak selari dengan kehendak ibu. Cuba yakinkan ibumu tentang kelebihan yang ada pada kemahuanmu. Cara berbicara dengan ibu perlulah dengan nada suara yang lemah lembut, tidak mengherdik, sekalipun mengeluarkan bunyi hik! atau ahh! Hati ibu umpama kerak nasi.

Nak dengar satu contoh cerita……?
Apa pendapat anda tentang anak ini??? Dia sering menyalahkan ibunya, dan masih menyalahkan ibunya...

Seseorang telah memperkenalkan kekasihnya kepada ibunya dengan harapan agar ibunya menerima baik kekasihnya itu dan bersedia untuk dijadikan bakal menantu. Tetapi dia telah melakukan kesilapan kerana memperkenalkan kekasihnya pada waktu yang tidak tepat di mana dia masih menuntut. Percubaan pertama gagal, kemudian selepas tamat pengajian, dia menyuarakan lagi hasrat hatinya. Kali ini meminta ibunya untuk meminang kekasihya itu, tetapi ibunya menolak sekeras-kerasnya. Waktu itu juga tidak sesuai kerana dia ni masih belum mendapat pekerjaan tetap. Maka dia tidak dapat memberikan kata putus pada kekasihnya dan hanya berharap agar kekasihnya dapat bersabar agar suatu hari nanti ibunya dapat menerima keadaan mereka yang sedang berkasih-kasihan itu. Takdir Tuhan, suatu hari dia mendapat tahu kekasihnya ada menjalinkan hubungan dengan orang lain. Kerana keadaan itu, dia terus-terusan menyalahkan ibunya kerana tidak cepat-cepat meminang kekasihnya. Dia telah menanamkan rasa dendam dan sakit hati kerana tidak dapat memiliki gadis pujaan hatinya. Dia hanya sekadar meratapi keadaannya itu tanpa memandang kehadapan.

Berkat doa serta kasih sayang ibunya, akhirnya dia mendapat pekerjaan yang sangat menjamin masa hadapan. Maka, ibunya telah bersuara agar dia menamatkan zaman bujangnya. Tetapi malang sekali apabila dia mengungkit kisah cintanya yang tidak mendapat restu suatu ketika dulu, malah sehingga kini dia masih menyalahkan ibunya dan masih berharap agar kekasihnya itu kembali padanya atau setidak-tidaknya dia akan mendapat pengganti sama dan serupa dengan bekas kekasihnya. Oleh yang demikian, sampai sekarang dia belum menjalinkan hubungan serious dengan mana-mana perempuan kerana masih belum bertemu dengan pilihan hatinya.

Persoalannya, adakah ibunya bersalah kerana tidak merestui hubungan dia dengan kekasihnya? Ataupun, ibunya sudah tahu dan dapat melihat dari raut wajah bekas kekasih anaknya itu bahawa gadis tersebut tidak sesuai dengan anaknya dan merupakan seorang yang tidak setia. Sekiranya kekasihnya itu benar-benar setia dan jujur, dia pasti akan menunggu. Alasan yang ibunya berikan bukannya apa-apa, semuanya untuk kebaikan dirinya. Mula-mula alasannya sedang belajar. Kemudian belum bekerja. Jadi, apa salahnya ibumu?

Kasih ibu bawa ke syurga, tanpanya siapalah kita. Renung-renungkan….
:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

01 April, 2010

3 RICHEST PEOPLE IN THE WORLD

Sumber daripada http://www.forbes.com/2010
--------------------------------------------------------------------------------------------
#1 : $53.5 Billion
Text ColorCARLOS SLIM HELU
Telecom tycoon who pounced on privatization of Mexico's national telephone company in the 1990s becomes world's richest person for first time after coming in third place last year. Net worth up $18.5 billion in a year. Recently received regulatory approval to merge his fixed-line assets into American Movil, Latin America's biggest mobile phone company.
--------------------------------------------------------------------------------------------
#2 : $53 BillionBILL GATES
Software visionary is now the world's second-richest man. Net worth still up $13 billion in a year as Microsoft shares rose 50% in 12 months, value of investment vehicle Cascade swelled. More than 60% of fortune held outside Microsoft; investments include Four Seasons hotels, Televisa, Auto Nation. Stepped down from day-to-day duties at Microsoft in 2008 to focus on philanthropy.
--------------------------------------------------------------------------------------------
#3 : $47 Billion
WARREN BUFFET
America's favorite investor up $10 billion in past 12 months on surging Berkshire Hathaway shares; says U.S. has survived economic "Pearl Harbor," but warns recovery will be slow. Shrewdly invested $5 billion in Goldman Sachs and $3 billion in General Electric amid 2008 market collapse. Recently acquired railroad giant Burlington Northern Santa Fe for $26 billion.

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...