30 November, 2013

Syahdu - Seminar Anak Hebat Dunia dan Akhirat



Assalammualaikum.... Barakallah, Alhamdulillah pagi tadi saya selamat mendaftarkan anak sulung saya Muhammad Adam Danish ke Seminar Anak Hebat Dunia dan Akhirat anjuran SNBKasih di bawah pimpinan Ustaz Wan Akashah & Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah.

Bagi yang berhajat hendak menghantar anakanda-anaknda bolehlah berhubung dengan SNBKasih dan tahun ini, Seminar ini masih berbaki 2 sesi seperti di bawah;

07-08 DISEMBER 2012 Shah Alam, Selangor
21-22 DISEMBER 2013 Kepala Batas, Pulau Pinang


Atau klik ke laman web ini : http://snbkasih.com/seminar/seminar-syahdu/

Walaupun program hanya 2 hari satu malam, tapi amat padat. Harapan kami sebagai ibu bapa hendak melihat anak-anak berjaya dunia dan akhirat. Sesungguhnya anak adalah amanah Allah yang sangat besar dan berat untuk dipikul oleh kedua ibu bapa. Bukan mudah untuk memastikan anak-anak kita menjadi insan yang berguna dalam zaman serba moden, serba kecanggihan teknologi ini. Banyak rintangan yang perlu dihadapi untuk memastikan anak kita menjadi insan yang bertaqwa. Oleh itu, seboleh-bolehnya kami mencari program-program yang berguna secara lahiriah dan juga insaniah untuk mencorak sehelai kain putih agar ia tetap suci walaupun berwarna-warni.



Esok sesi bersama ibu bapa, tetapi malangnya hanya saya sahaja yang dapat menghadirinya kerana en.hubby ada urusan lain. Jadi saya berbesar hati menjemput nenek Adam Danish yang telah membesarkannya sejak sebesar tapak tangan.



Al-Afnaf Bin Qias menjawab apabila Khalifah Muawiyah bertanya kepadanya tentang anak :

“Wahai Amirul Mukminin! Adapun anak itu ialah buah hati kita, tulang belakang kita. Kita ini adalah bumi yang lebar tampanya berpijak, langit tempat mereka berlindung teduh dan bernaung dari kerananyalah berani kita menempuh kesukaran bagaimana sulit. Dari itu bila mereka meminta, berikan, bila mereka kecewa, senangkan hatinya agar dibalasinya dengan cinta pula dan hargainya kepayahan kita.”

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

29 November, 2013

Al-Syahid Ahmad Ammar ♥ Al-Fatihah

Al-Fatehah untuk Almarhum Ahmad Ammar, dia pilihan Allah..

Inilah Sajak Jalaluddin Ar-Rumi bertajuk "Ketika Aku Mati" yang dideklamasikan oleh pakcik Şehıdımız Ahmad Ammar, Mohd Zaidi Nordin pada 17 November 2013 dalam program "Apabila Ammar Bertemu Bidadarinya.." di Masjid Asy-Syakirin KLCC.

☆☆☆☆☆☆☆☆☆

Ketika aku mati
Ketika keranda jenazahku dibawa keluar
Jangan pernah kau fikir aku akan merindui dunia ini
Jangan kau titiskan airmata
Jangan kau mengeluh atau menyesal
Aku bukannya jatuh dalam jurang yang mengerikan

Ketika kau melihat jenazahku diusung
Jangan kau tangisi kepergianku
Aku bukannya pergi
Aku baru tiba menemui cinta yang abadi

Ketika kau tinggalkan aku di kubur
Jangan kau ucapkan selamat tinggal
Ingatlah.. kuburan itu hanyalah selabuh tirai
Yang melindungi syurga disebaliknya
Kau hanya melihatku diturunkan ke liang lahad
Sekarang saksikanlah aku bangkit
Mana mungkin ada pengakhiran saat matahari terbenam atau bulan tenggelam
Kau anggap itu pengakhiran bak terbenamnya mentari
Namun hakikatnya fajar yang bakal menjelma

Ketahuilah...
Ketika kuburan mendakap dirimu
Apakah kau pernah melihat benih yang jatuh ke bumi,
tidak menumbuhkan kehidupan baru ?
Mengapa kau ragu-ragu pada benih yang menumbuhkan mahusia ?
Apakah kau pernah melihat timba yang diturunkan ke dalam telaga,
dinaikkan kembali tanpa ada apa-apa di dalamnya ?

Mengapa meratap untuk jiwa yang pergi ?
Sedangkan dia akan kembali seperti Yusuf muncul dari telaga.

Ketika untuk kali terakhir kau menutup mulutmu
Kata-kata dan jiwamu akan menjadi milik dunia.




Alangkah ruginya kita yang berada di bumi Malaysia, hanya mengenali Almarhum ketika beliau sudah tiada. Penghormatan yang diberikan kepadanya sebesar jiwanya yang mahu syahid tatkala meninggalkan dunia yang fana.



AHMAD AMMAR dalam kenangan

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

27 November, 2013

WW : RIADAH

Yuk..





Bersenam badan jadi sihat..

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

24 November, 2013

Hari Yang Indah

Assalammualaikum.....


Salam hari minggu. Hari ni ahad, saya masih bercuti menyambung cuti sejak Jumaat yang lalu. Hujung minggu kali ni sangat best....saya menghabiskan sisa-sisa cuti hari Ahad yang berbaki 5 hari lagi yang kesemuanya dalam bulan Disember 2013 sebab tahun depan, dah takde cuti hari Ahad lagi. Hari Jumaat yang lepas adalah percubaan mengharungi cuti hari Jumaat bagi Negeri Johor dan saya nampak dengan mata kepala saya sendiri, seawal 12 tengahari berdedai lelaki muslim bertaburan dibumi Allah melangkah menuju ke masjid-masjid dengan berbaju melayu dan berkain pelikat sambil meminpin anak-anak masing-masing. Nahhh...senario seperti inilah yang bakal dilihat setiap minggu di tahun 2014. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah ke atas pengishtiharan baginda Sultan Johor. Moga menjadi ikutan kepada negeri-negeri yang lain.

Semalam puteri baru kami Qisha Nur Jasmin telah dibenarkan keluar dari wad Hospital Columbia Asia, Nusajaya. Saya sekeluarga kesana bersama bonda dan adinda iaitu daddy kepada Jasmin untuk proses discharge. Alhamdulillah, Jasmin dan Mama Nina (ehhh sama nama saya pulak, acaner tue?), dah selamat berpantang di Pontian selama 2 minggu. In Sha Allah, 2 minggu lagi akan kembali ke rumah agam kami.



Comel tak Jasmin?

Kemudian, dah selesai di Hospital Colombia Asia, saya dan suami terus menuju ke bengkel kereta di Lorong Pemuda, Kampung Melayu tempat kami hantar our BabyBlue semalam.



Ehemmmm...

Haaaa....seperti yang dicanangkan, ada sesiapa tak berminat nak teka berapa charge baiki semalam. Kluenya saya ada cerita dalam entry saya; http://www.cintaitumisteri.blogspot.com/2013/11/awasi-temperature-kereta-anda.html?m=1
Nak teka charge kat sini pown boleh, nak teka kat entry sebelum ni pown boleh, sebab saya excited ni nak bagi hadiah.



Haha, disebabkan kami lakibini free sangat semalam, jadi terbawalah kami 2 bujang senang kami pergi mandi manda ke La Stella Waterpark di Starhill Golf & Resort, Kempas. Untunglaaa semalam tak ramai orang, jadi tak pack sangat kami dalam kolam tu. Sebelum tu sempat lagi berjanji dengan seorang mak jemah, Cik Nieda. Hihi...nampak tak saya dan Cik Nieda tu sedang berjimba-jimba dalam kolam yang luas tu.

Kami di sana sekejap jer, dari pukul 2 sampailah pukul 6, jadilahhhh..... kemudian masing-masing dah kelaparan. Perut kecut lah katakan sebab 4 jam berendam. Jadi tenpat makan yang bestttt yang berhampiran adalah di sup cendawan, seelong. Masyhur temapt ni, tapi sory takde gambar sebab tak sempat nak snap-snap kerana mengejar waktu solat maghrib.

Malam tu......hah! Bermovielah saya dengan encik hubby selepas anak-anak fengsan.



Ulasan saya untuk filem Kisah Palibg Gengster, saya suka filem ni dan nak bagi 4 ☆☆☆☆ dari 5. Cerita yang ada mesej, bukan macam gengster sekampung satu lagi tu. Memanglah gempak CGI semua kebaboo0m, tapi kosong. Bising sangat filem tu, kalaulah di bawa masuk ke Maharaja Lawak Mega, confirm dialog habis kena sapu tooootttttt.....

Hurmm...oklah tadi pagi saya ada class. Ni dah bersiap-siap nak pergi joggibg di Taman Merdeka. Yukkkk.....regang-regangkan kaki dan tangan.

♡♥bye♥♡

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

23 November, 2013

Johor Bercuti Jumaat dan Sabtu

Assalammualaikum....w.b.t.

Semalam adalah hari Keputeraan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Iskandar menitahkan cuti hujung minggu negeri Johor ditukarkan kepada Jumaat dan Sabtu. Baginda bertitah, pertukaran itu berkuatkuasa 1 Januari tahun depan bagi memudahkan rakyat negeri ini beribadat dengan tenang. Keputusan yang telah dijangkakan itu diumumkan pada Sabtu sempena dengan hari keputeraan baginda yang ke-55.

"Keputusan ini dibuat ekoran maklum balas daripada beberapa pihak bagi memudahkan orang Islam menunaikan solat Jumaat dengan tenang pada hari Jumaat," titah baginda ketika berucap pada majlis yang diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di bandar diraja.





Alhamdulillah....saya seluruh ahli keluarga menyokong penuh dengan pengumuman oleh Tuanku ini. Spekulasi pertukaran hari cuti minggu ini timbul lebih awal apabila dokumen kerajaan negeri bocor di Internet oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Terfikir sejenak, mengapa sungguh TIDAK AMANAH nya orang itu. Harap diberikan pengajaran berhemah untuk beliau sebagai pengajaran kepada individu yang lain agar tidak sewenang-wenangnya membocorkan rahsia rasmi kerajaan negeri dan juga negara.

Pada ketika ini, negeri seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu telah menjadikan hari Jumaat dan Sabtu sebagai cuti hujung minggu di negeri masing-masing. Sebelum inipun pada 1994, Johor juga pernah menggunapakai sistem yang sama di mana hari Jumaat dan Sabtu sebagai hari cuti hujung minggu.

Teringat lagi sewaktu zaman persekolahan saya, kami bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu. Tak menjadi masalah sebenarnya, dan bagi pihak-pihak yang tidak menyokong perkara yang baik ini, fikir-fikirkanlah sejenak. Dan lebih sedih apabila yang tidak menyokong itu adalah dari kalangan orang Islam sendiri.

Sekarang ni, saya hanya menunggu sahaja pihak syarikat tempat saya bekerja sama ada mahu bersama-sama menyahut titah Tuanku ataupun mengekalkan cuti kepada Sabtu dan Ahad kerana syarikat kami adalah sebuah syarikat antarabangsa yang mempunyai cawangan di Singapura, Taiwan, Thailand dan Borneo. Harap-harap, cuti di seluruh negeri Johor diselaraskan baik di sektor Kerajaan mahupun di Sektor Swasta.

Daulat Tuanku!!

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

22 November, 2013

AWASI TEMPERATURE KERETA ANDA

Assalammualaikum..... Salam Jumaat semua.

Harini Negeri Johor bercuti sempena hari Keputraan Sultan Johor. Maknanya bercuti panjang laaa, bersambung dengan Sabtu dan Ahad esok. Jadi, ramailah dikalangan orang Johor pergi bercuti, sementelah lagi bersamaan dengan cuti sekolah.

Hari ni, saya cuti jugak. Tapi pagi-pagi lagi dah keluar mencari bengkel. My BabyBlue sakit, mengalami sedikit kecedraan di bahagian bawah abdomen. Ada yang pecah...hurmmm, tak perasan pulak. Tau-tau jer, temperature naik masa balik kerja semalam. Rupanya, tangki air dah kontang.

Cari punya cari....berjumpalah kami dengan sebuah bengkel kereta di Kampung Melayu, berhampiran dengan Klinik Kesihatan Keluarga Kampung Melayu. Kalau orang Johor mesti tahu punya bengkel ni. Owhhh ya, bersebelahan dengan klinik Dr. Tarmuzi.







"Ok, duduk sini eahhh. Esok mama datang, be good yea. Mama ada banyak urusan harini. Nak pergi tengok baby baru, petang nak jogging, abang nak pergi swimming, malam nanti mama nak pergi menjemah. Esok pagi masih busy, so....tengah hari kalau sempat, tak pown petang nanti mama datang dengan papa."

*Temperature kereta naik, sangat bahaya*

Apa perlu kita buat?? Ini penting, terutama untuk pemandu-pemandu wanita. Kadangkala, kita tak perasan ketika memandu, tau-tau jer, kereta dah berasap.

Ada banyak punca yang menyebabkan temperature kereta anda naik melebihi setengah. Tahu tak kat mana meter temperature kereta anda?? Punca- punca yang berkemungkinan adalah air kurang, kipas tidak berfungsi dengan baik, radiator tersumbat air tidak dapat berjalan dengan sempurna, thermostat jem air tidak dapat berjalan, penutup radiator atau cap sudah rosak;

1. Air kurang, sebab air kurang mungkin radiator anda mengalami kebocoran ((hah...ini yang berlaku pada BabyBlue saya. Bukan bocor lagi, tapi pecah))

2. Kipas tidak berfungsi dengan baik, munkin karbon motor sudah haus sebab itu kipas tidak dapat berfungsi lg, munkin juga fius yang mengawal kipas untuk buka dan tutup.

3. Radiator sumbat, radiator mempunyai tiup-tiup kecil untuk air dapat melaluinya, jika tiup-tiup tersebut tersumbat air tidak dapat berjalan dengan lancar, jadi hantarlah kenderaan anda untuk pemeriksaan lanjut.

4. Thermostat jem, ia boleh terjadi puncanya adalah mengalami karat pada thermostat tersebut, macam mana kita ingin tahu? anda boleh pegang host atas dan host bawah, jika host atas panas dan host bawah sejuk, kemungkinan thermostat kenderaan anda jem.

5. Penutup radiator atau cap, jika penutup radiator anda sudah rosak anda boleh check, anda cabut paip kecil yang bersambung ke tangki simpanan, anda tekan minyak, jika air banyak keluar dari paip kecil tersebut kemungkinan penutup atau cap radiator anda rosak, cuba tukar penutup tersebut, harga anggaran dalam rm10 hingga rm20 tengok jenis dan kualiti cap tersebut, jika air tetap keluar, munkin radiator anda sumbat hantarlah kenderaan anda ke bengkel untuk pemeriksaan.

Jadi....jangan pandai bawak jer. Periksa-periksalah kereta tu selalu. Pastikan air dalam bekas mencukupi, kalau tiba-tiba tengok berkurang dan perlu diisi selalu, maknanya ada masalah. Cepat-cepat hantar kereta anda ke bengkel berdekatan.

Masalah saya, saya tak perasan bekas air tu berkurang. Ia terjadi secara tiba-tiba, takde signal. Jadi, kenalah cepat bertindak untuk mengelakkan hal yang lebih buruk berlaku. Bila dah teruk, charge nya pown melambung laaaaa. Hurmmm...tengok lah esok, agak-agak berapa erkkk charge baiki my BabyBlue? Siapa nak teka, macam nak bagi buah tangan laaaa....

Ok...skang nak ke Columbia Hospital, nak tengok Baby Girl baru dalam keluarga kami.

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

20 November, 2013

WW : Bengkel Fasilitator dan Kepimpinan

Pengalaman itu sangat berharga.
Terima kasih semua...

Gambar-gambar disekitar Bengkel Fasilitator dan Kepimpinan anjuran Kelab Warisan Melayu Muda di Hotel Seri Malaysia, Johor Bahru pada 16 & 17 November 2013.









Takkan hilang Melayu di dunia

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

13 November, 2013

WW : MENJEMAH KE KOTA SINGA

Tarikh keberangkatan : 10 Nov 2013
Keahlian Jemah : Saya, Ryn, Lis, Nieda, Fara, Zeira
Tujuan Penjemahan : Jalan- jalan nyoping dan exercise kaki













Sorang jer takde sebab berpantang. Next time yea Cik Lina

Mood : Happy
Jumlah langkahan kaki : Melebihi 10, 000 seorang

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

12 November, 2013

Berhati-hati Bila Berkata

Assalammualaikum....selamat malam.

Mood sedang meneman en.hubby menyiapkan assignmentnya sambil layan FB, Twetter, IG, Wasap, Weechat dan Blog (nampak tak kelalailan saya disitu?), banyak yang menarik malam ni antaranya ;

1. Isu saya pelupa - yang tahu tu jangan gelak
2. Isu KJ & CT - saya sokong KJ
3. Isu Pakcik Majid - saya terharu
4. Isu Ben10 tarik diri - untungla sign dengan JDT, tak kena saman
5. Isu Johor nak cuti Jumaat dan Sabtu macam dulu-dulu - taknak komen sebab tak confirm lagi
6. Isu esok dan lusa - ehhh yang ni tak berapa popular

Antara trendding di atas saya benar- benar teruja dengan Pakcik Majid dan nazarnya. Yang mengutuk mengeji tu lebih baik semak diri sendiri. Allah Lebih Mengetahui Segalanya. Sekurang-kurangnya Pakcik Majid tidak berkata yang sia-sia dan dia berjaya menunaikan nazarnya. Mungkin Allah nak beri rezeki Pakcik Majid untuk ke Tanah Suci dengan cara ini. Rahsia Allah sukar disingkap.


Lebih baik diam daripada berkata hal-hal lagha dan bernazar dengan perkara yang sia-sia. Untuk adik-adik yang bernazar bukan-bukan tu.... nak *$%&;#* kalau ni kalah, nak &;$#%;-+ kalau dia pergi akhir....ishkkk ishkkkk, sepatutnya malu dengan Pakcik Majid. Yang you all canang-canangkan tu larat ke nak buat???


Ingat!!!! Tiada satu patah katapun yang kita ucapkan luput dari pendengaran Allah. Tiada satu patah katapun yang diucapkan kecuali pasti memakan waktu. Tiada satu patah katapun yang kita ucapkan kecuali dengan sangat pasti harus kita pertanggungjawabkan dihadapan Allah SWT. Maka, sebaik-baik dan seberuntung-beruntungnya manusia adalah orang yang sangat mampu memperhitungkan dan memperhatikan setiap kata yang diucapkannya. Sungguh, alangkah sangat beruntungnya orang yang menahan setiap kata-kata yang diucapkannya, alangkah sangat beruntungnya orang yang menahan diri dari kesia-siaan berkata dan menggantinya dengan berzikir kepada Allah.

Berkata sia-sia membuang waktu sedangkan berfikir membuka pintu hikmah. Maka, alangkah beruntungnya orang yang kuasa menahan lisannya dan menggantinya dengan berzikir. Berkata sia-sia mengundang bala, berzikir kepada Allah mengundang rahmat. Rasulullah SAW bersabda, “Setiap ucapan Bani Adam itu membahayakan dirinya (tidak memberi manfaat), kecuali kata-kata berupa amar ma’ruf dan nahi munkar serta berzikir kepada Allah azza wa Jalla" (HR. Turmudzi).

Setiap manusia diberi modal oleh Allah dalam mengarungi kehidupan ini. Modalnya adalah waktu, dan seberuntung-beruntungnya manusia adalah orang yang memanfaatkan waktunya untuk keuntungan dunia dan akhiratnya, sedangkan sebodoh-bodoh manusia adalah orang yang menghambur-hamburkan modalnya (waktu) tanpa guna. Setiap kali kita berbicara pasti menggunakan modal kita, iaitu waktu. Maka, sebenarnya kemuliaan dan kehormatan itu dapat dilihat dari apa yang diucapkannya. Allah SWT berfirman : “Amat sangat beruntung, bahagia, berjaya, orang yang khusus dalam solatnya, dan orang yang berjuang dengan sungguh-sungguh menahan diri dari perbuatan dan perkataan sia-sia.” (QS Al Mu’minun 23: 1- 3), subhanallah.




Sentap saya tengok Pakcik Majid, bersungguh-sungguh. Sedangkan saya berjalan berpuluh langkah sepanjang hari hanya jalan-jalan saja-saja ke Singapura Ahad lepas dengan geng Jemah. Sungguh tidak bermanfaat, tapi....bila difikirin, ianya bukanlah perbuatan yang sia-sia demi persahabatan, ku harung juga.

Hurmmm.... nak tebus balik, lebih baik puasa, menahan nafsu-nafsi...puasa dari kata-kata lagha dan sia-sia. Esok dan lusa, ada ganjaran juga untuk kita, itu yang Allah janji.

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Manfaatkan Jari Kita

Assalammualaikum w.b.t.

Sejuk jer pagi ni, hujan sejak usai azan subuh pagi tadi di sekitar Johor Bahru sememangnya memberi rahmat dan keberkatan kepada kami. Syukur atas nikmat yang Allah beri, dapatlah tadi berdoa di waktu afdal untuk kebahagiaan keluarga dan mohon kecerdikan anak-anak serta sejahtera dunia dan akhirat.

Buka blog, tetiba terperasan saya 'ter' publish N3 dua kali. Ini semua gara-gara tidak sabar sebab sewaktu menulis cerita semalam, bloggeroid dan blogger.com yang saya guna bermasalah agaknya. Then copy paste guna normal apps. Tak sangka pula bloggeroid masih loadding dan akhirnya up juga n3 tu tapi...ada gambar. Yang guna normal apps tu tak keluar pula gambarnya. Jadi, terpulanglah pada you all nak komen kt mana-mana N3. Saja taknak delete....

So...disebabkan kesilapan jari semalam, harini nak cerita pasal jari sambil merefer kepada tafsir.

‌Di antara nikmat Allah yang besar kepada manusia adalah diberikannya tangan dan kaki yang sangat besar manfaat kegunaannya. Di hujung tangan itu pula ada jari jemari yang memiliki banyak sekali fungsi dan kegunaan. Selain untuk ‌mengambil, meletakkan atau membawa sesuatu bersama tapak tangan, jari‌ jemari dapat menggenggam, memijit, menggosok, memukul, menunjuk, menjentik, memilih, meramas, membelai, menusuk, mencubit dan lain-lain.

Hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan‌ mereka dan memberi kesaksian kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka‌ usahakan.
(QS. 36. Yaasin: 65)

‌Jari-jemari tangan kita kiri kanan masing-masing terdiri dari 5 menjadikan semuanya ada 10 dan masing-masing memiliki 4 ruas (kecuali IBU JARI =3 ruas)‌ sehingga jumlah keseluruhannya 38 ruas.

Tahu tak, jumlah jari jemari kita mengandung keajaiban pada nombor 19 ?
‌ (dengan mengabaikan ruas-ruas tulang pergelangan). Cuba you all kira; ‌
‌ ‌
★ jari kelingking ==‌ ada empat ruas
★‌ jari manis ==‌ ada empat ruas
★‌ jari tengah ==‌ ada empat ruas
★‌ jari telunjuk ==‌ ada empat ruas
★‌ ibu jari ==‌ ada tiga ruas
------------------- +
‌ ( 4 + 4 + 4 + 4 + 3 ) Jumlah = 19 ruas

‌Keduanya berfungsi seimbang dan dapat bekerjasama dengan baik. Keseluruhan ruas jari ini dapat ditekuk-tekuk‌ sedemikian rupa sehingga bersama dengan tapak tangan agar dapat melakukan banyak tugasan. Tetapi, bila satu ruas saja bermasalah contohnya luka, kita pasti akan merasa susah dan payah untuk melakukan kerja.

‌Kebaikan dan Keburukan Jari Jemari

‌Setiap jari sama ada ibu jari, jari telunjuk, jari tengah, jari manis, dan kelingking mempunyai tugas masing-masing sesuai setiap individu. Ada yang selalu digunakan untuk menjahit, mengira duit, memegang cangkul, menaip blog (hihihi-kitalah tu), dan lain-lain sesuai dengan jenis pekerjaan.

Gerakan-gerakan jari-jemari pun memiliki makna tersendiri. Contohnya, menunjukkan isyarat 'bagus' dengan menaikkan ibu jari sambil jemari yang lain menggenggam erat. Ketika kita menyatakan persabatan kita pun berjabat tangan yang merekatkan telapak tangan dan jari jemari kita ke tangan sahabat kita. Jari telunjuk yang diletakkan ke bibir menunjukkan isyarat untuk 'diam'. Kalau mahu menunjukkan isyarat 'berjanji' dengan menunjukkan jari kelingking sambil menggenggam jemari yang lain.

‌Al-Quran juga menggambarkan fungsi jari sebagai alat isyarat. Orang-orang munafik yang menolak kebenaran dalam Al-Quran dilukiskan sebagai orang-orang yang menyumbat cuping dengan jarinya. Atau seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit disertaikan dengan gelap gelita, guruh dan kilat; mereka menyumbat telinganya dengan anak jarinya, kerana (mendengar suara) petir, sebab takutkan mati (QS. 2. Al Baqarah:19)

‌Menyumbat telinga dengan jari dalam ayat di atas adalah kiasan menutup hati dari bimbingan hidayah Allah. Inilah kiasan terhadap orang-orang munafik yang hatinya berpenyakit dan enggan menerima kebenaran.
‌ ‌
Jari jemari yang digunakan untuk keburukan misalnya oleh pengarang yang mendustakan penulisan sehingga menyesatkan orang lain. Hujung jari-jemarinya digunakan untuk menekan setiap huruf di atas keyboard ketika mengarang sehingga membangkitkan kemarahan orang lain.

Seorang pembunuh yang menggunakan pistol, menggunakan jari telunjuknya untuk menarik picu pistolnya sehingga peluru tepat terkena pada sasaran. Maka rebahlah satu nyawa yang tidak berdosa.

‌Seharusnya jari jemari dilakukan untuk tujuan kebaikan dan ibadah kepada‌ Allah Dengan jari jemari yang diberi percuma, sepatutnya digunakan untuk menolong orang lain. Di waktu senggang, digunakan untuk berzikir kepada Allah serta menghitung puji-pujian terhadap Allah.

Marilah berzikir dengan memuji-muji Allah Yang Maha Esa :
Subhanallah, Alhamdulillah, dan Allahu Akbar biasanya diulang sebanyak 33 kali manakala istighfar dan Laa-ilaha-illallah 100 kali. Ianya mudah dilakukan dengan menekan jari jemari yang berjumlah 30 dan ditambah 3.



Ketika mendirikan solat jari-jari tangan sebelah kanan diletakkan di atas tangan kiri. Jari telunjuk pula akan menunjuk ke depan ketika duduk tahyat awal dan akhir sewaktu mengucapkan dua kalimat‌ ‌syahadat.

Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan sebesar zarrah pun, niscaya dia akan dia akan melihat (balasan)nya pula. (QS. 9. Az-Zalzalah:7-8)

Bukan demikian, sebenarnya Kami kuasa menyusun (kembali) jari jemarinya dengan sempurna. (QS. 75. Al Qiyamah:4)

‌Inilah penggambaran yang sempurna tentang kehidupan sesudah mati. Allah akan menyusun kembali tulang belulang manusia yang berserakan. Malah setiap ruas jari-jemari akan kembali bersatu sebagaimana semula. Si pemilik jari jemari‌ itu pun dituntut dipertanggungjawabkan terhadap apa yang telah dilakukan.

‌Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksian kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan. (QS. 36. Yaasin:65)

‌Tidak itu saja, persaksian terhadap sikap, ucapan, dan perilaku bukan hanya disampaikan oleh jari jemari tetapi juga oleh kulit manusia. Kerana jari jemari setiap sel kulit akan kembali seperti semula untuk‌ memberikan persaksian terhadap apa yang diperbuat oleh pemiliknya. Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, pendengaran, penglihatan dan kulit mereka menjadi saksi terhadap mereka tentang apa yang telah mereka kerjakan. (QS. 41. Fushshilat:20)

Sesungguhnya ajaran Al-Quran itu benar....

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Nilai Sepuluh Ringgit

Assalammualaikum w.b.t.

Selamat pagi Isnin yang indah. Harini berat sikit kaki nak melangkah, sebab semalam kepenatan menjelajah kota Singa. Jadi, harini duduk-duduk sahaja di pejabat, keluar lunch pown tersangatlah kemalasan.

Pagi tadi sampai office, macam selalulah tak jumpa parkir. Terpaksa parkir bawah pokok yabg dah merimbun, ntah bilalah akan ada orang datang tebang. Takut pula ada hal-hal yang tak diingini, almaklumlah musim hujan dah ni. Tetiba, teringat pula pada penebang rumput yang memberi salam ke rumah hari Sabtu lepas. Sedang sibuk-sibuk perah otak menyiapkan assignment, ada orang memberi salam.

Mat Bangla : Mau potong rumputkah?
Saya & hubby : Lihat tanah sekangkang kera kami...owhhh bolehhh (serentak)
Saya : Berapa?
Mat Bangla : Soploh saja siap sapu semua

Hurmmmm ok lah...nampaknya mat bangla yang datang ke rumah saya lebih baik Bahasa Melayunya berbading dengan Mat Bangla yang menghantar SMS ke Dr.Daddy Ziyad (hahaha....siapa yang dah baca N3 blog http://alwaqiahalmulk.blogspot.com/?m=1)








Pada saya RM10.00 masih murah berbanding dengan kemalasan saya membiarkan rumput tumbuh dengan jayanya di hadapan rumah. Memanglah tak besar manapun kawasan tanah di rumah kami, tapi disebabkan kami tak sempat nak melakukannya, jadi RM10.00 tu tidaklah besar mana. Tapi....bila saya bercerita pada #$/^&%, mereka kata MAHAL. Okey....boleh ada sesiapa bagitau saya, berapa charge yang sewajarnya untuk menebas rumput di tanah yang keluasannya lebih kurang 10'x10'.

Nasihat saya pada lelaki-lelaki yang belum mendapat pekerjaan diluar sana atau mahu menambah pendapatan keluarga. Kalaulah diberi peluang melakukan kerja-kerja seperti itu, dengan titik peluh sendiri, keuntungan sendiri dan tak perlu berkongsi dengan orang lain, adakah itu bebaloi? Memanglah malu, tapi saya rasa masyarakat Malaysia sudah boleh menerima hakikat yang taraf hidup kita terlalu tinggi. Jika mahu mencari wang lebih, meraih pendapatan melalui cara yang mulia ini lebih membahagiakan.

Kalaulah yang datang memberi salam ke rumah saya sambil bawa mesin pemotong rumput itu warga kita, pasti saya akan offer baju-baju atau kasut-kasut anak-anak saya untuk di bawa pulang. Bukan niat hendak menghina, tapi apa salahnya berkongsi apa yang ada daripada ianya terbiar saja sedangkan masih nampak baru dimata.

Orang luar boleh hidup senang lenang di negara kita....sebab mereka sanggup lakukan apa saja.

**Al-Fatehah untuk Almarhummah Norazita Abu Talib, semoga aman di sana. Penembakmu telahpun diberkas dan pasti akan menerima balasan setimpal.

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

11 November, 2013

Nilai Sepuluh Ringgit



Assalammualaikum w.b.t.

Selamat pagi Isnin yang indah. Harini berat sikit kaki nak melangkah, sebab semalam kepenatan menjelajah kota Singa. Jadi, harini duduk-duduk sahaja di pejabat, keluar lunch pown tersangatlah kemalasan.

Pagi tadi sampai office, macam selalulah tak jumpa parkir. Terpaksa parkir bawah pokok yabg dah merimbun, ntah bilalah akan ada orang datang tebang. Takut pula ada hal-hal yang tak diingini, almaklumlah musim hujan dah ni.

Teringat pula pada penebang rumput yang memberi salam ke rumah hari Sabtu lepas. Sedang sibuk-sibuk perah otak menyiapkan assignment, ada orang memberi salam.

Mat Bangla : Mau potong rumputkah?
Saya & hubby : Lihat tanah sekangkang kera kami...owhhh bolehhh (serentak)
Saya : Berapa?
Mat Bangla : Soploh saja siap sapu semua

Hurmmmm ok lah...nampaknya mat bangla yang datang ke rumah saya lebih baik Bahasa Melayunya berbading dengan Mat Bangla yang menghantar SMS ke Dr.DZ (hahaha....siapa yang dah baca N3

[image_0]
[image_1]
[image_2]
[image_3]
[image_4]
[image_5]


Pada saya RM10.00 masih murah berbanding dengan kemalasan saya membiarkan rumput tumbuh dengan jayanya di hadapan rumah. Memanglah tak besar manapun kawasan tanah di rumah kami, tapi disebabkan kami tak sempat nak melakukannya, jadi RM10.00 tu tidaklah besar mana. Tapi....bila saya bercerita pada #$/^&%, mereka kata MAHAL. Okey....boleh ada sesiapa bagitau saya, berapa charge yang sewajarnya untuk menebas rumput di tanah yang keluasannya lebih kurang 10'x10'.

Nasihat saya pada lelaki-lelaki yang belum mendapat pekerjaan diluar sana atau mahu menambah pendapatan keluarga. Kalaulah diberi peluang melakukan kerja-kerja seperti itu, dengan titik peluh sendiri, keuntungan sendiri dan tak perlu berkongsi dengan orang lain, adakah itu bebaloi? Memanglah malu, tapi saya rasa masyarakat Malaysia sudah boleh menerima hakikat yang taraf hidup kita terlalu tinggi. Jika mahu mencari wang lebih, meraih pendapatan melalui cara yang mulia ini lebih membahagiakan.

Kalaulah yang datang memberi salam ke rumah saya sambil bawa mesin pemotong rumput itu warga kita, pasti saya akan offer baju-baju atau kasut-kasut anak-anak saya untuk di bawa pulang. Bukan niat hendak menghina, tapi apa salahnya berkongsi apa yang ada daripada ianya terbiar saja sedangkan masih nampak baru dimata.

Orang luar boleh hidup senang lenang di negara kita....sebab mereka sanggup lakukan apa saja.

**Al-Fatehah untuk Almarhummah Norazita Abu Talib, semoga aman di sana. Penembakmu telahpun diberkas dan pasti akan menerima balasan setimpal.
:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

04 November, 2013

Hijrahkan Pemikiran Kita

Salam Maal Hijrah....

Esok akan bermulanya lembaran baru untuk kita umat Islam seluruh dunia, 1 Muharam tahun 1435 Hijrah. Semoga kita semua mendapat keberkatan dalam apa jua bidang yang kita lakukan dan dilindungi oleh-Nya.

Ada seperkara yang ingin saya kongsikan di sini tentang Maal Hijrah. Saban tahun kita di Malaysia khususnya, menggunapakai pakai logo Maal Hijrah yang sama. Seperti ini:



Ada apa dengan logo tersebut? Cuba anda perhatikan sarang labah-labah tersebut. Kenapa dengannya?

Bolehkah saya katakan yang ia adalah simbol ‘berlindung’ bagi umat Islam?

Ya...saya yakin rata-rata dari kita pasti ingat tentang kisah sarang labah-labah yang telah membantu Nabi Muhammad sewaktu baginda bersembunyi di swbuah gua? Anda pasti tahu tentang kisah cerita tersebut.

Tapi harus diingat, bukan sarang labah-labah yang menbantu Nabi Muhammad ketika itu, tetapi Allah s.w.t. Saya bukanlah seorang ‘ahli agama’ untuk mengajar
anda semua. Itu bukan niat saya dan fokus saya tentangnya. Cuma, mungkin saya sekadar punyai sedikit pandangan tentangnya dan ingin berkongsi bersama agar kita dapat sama-sama berfikir. Mentaliti anak-anak kita harus disedarkan dan diperbetulkan sejak dari awal agar tidak salah tafsiran.

Mari kita lihat (dengar) apa yang Allah jelaskan dalam surah Al Ankabut, ayat 41 seperti berikut:-

Misal bandingan orang-orang yang menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya); padahal sesungguhnya sarang-sarang yang paling reput ialah sarang labah-labah , kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan .

Sebenarnya, kita diseru agar mencontohi labah-labah. Mari kita lihat (dengar) apa yang Allah jelaskan dalam surah Al Nahl, ayat 68-69 seperti berikut:-

Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lelabah: “Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.”
“Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan
dimudahkannya kepadamu”. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir .”



Semoga kita semua mendapat syafaat dari-Nya dan sama-samalah kita fikirkan.

Jangan lupa selepas solat Asar hari inti, baca doa akhir tahun dan disusuli dengan doa awal tahun selepas Maghrib. Agar amalan kita diterima.



Bila tahun baru menjelma, binalah azam baru. Berhijrahlah ke lembah yang lebih baik. Berfikirlah ke arah positif dengan disulami fakta.

~~ Saya yang masih dalam proses memperbaiki diri ~~

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

02 November, 2013

BUNDLE

Assalammualaikum wbt...

Siapa kat sini pakai barang bundle? Ni nak cerita perihal barang bundle...apa tu bundle? BARANG TERPAKAI

Barangan bundle...barang yang boleh dipakai lagi
Sekarang bersepah peniaga cari rezeki guna cara ni
Kumpul barangan terpakai baiki
Bersihkan biar nampak wangi
Ehhh...masih baik lagi
Kenapa nak buang atau bakar.. rugi

Tak perlu nak rasa geli
Takpe bagi yang tak sudi
Tapi pasti ada ramai yang nak beli
Pentingkan jenama dan kualiti
Tapi tak mampu nak miliki
Haaa....meh datang bundle cari gali
Mesti ada yang bekenan dihati
Jauh lebih murah dan berkualiti
Bawa balik rumah cuci
Mesti lepas tu wangi
Esok pakai sorang pown takkan perasan sebab ia benda ori
So, bagitau jer barang dah lusuh sebab dah lama beli.

Dari mana datangnya idea gila ni
Memang genius siapa yang buat ni
Yang pasti bukan untung dicari
Tapi....tersemat sesuatu dalam hati
Meh saya bagatau kat sini
Bagi yang masih ada rasa geli...

Tak semua orang mampu masuk pasaraya
Tak semua orang mampu ganti baju hari-hari
Tak semua orang mampu beli barang berjenama
Tak semua orang mampu ikut peredaran masa.

Di sekolah, cikgu minta beli kasut hitam. Tapi ibu bapa tak mampu beli sebab nak beli kasut putih untuk pakai hari-haripun kumpul duit dalam tabung. Tapi...kalau anak-anak sudah diajar pakai apa yang ada, bawa ke bundle pasti senyum simpul. Ada banyak saiz jenama berkualiti baik-baik lagi. Silap haribulan tokey kedai bagi saja kasut bila ibu gatal mulut bagitau dengan sayu pada anak, "pakai yang ni jer yea...mak tak mampu beli yang baru tengah-tengah bulan ni". Tokey tanya kenapa.... "owhh kat sekolah ada penyampaian hadiah, tapi kena pakai seragam kasut warna hitam"...nahhhh tengok, bukan cari untung.

Sewaktu hari convocation semakin hampir, kawan-kawan semua sebok tempah baju kot untuk nampak segak naik pentas penuh bergaya. Tapi bagi yang lahir dalam keluarga yang hanya pentingkan pelajaran untuk mencorak masa depan, walaupun tak endah dengan lagak kawan sekuliah, pasti jauh disudut hati nak juga nampak segak bergaya naik pentas bagaikan dewata. Haaa...jom lah kita ke bundle cari kot murah-murah. Lepaklah sampai pagi sejak dari dinihari sebab kebanyakan bundle takkan tutup bukak hari-hari. Pilihlah yang bekenan dihati, ukur pinggang bahu dada biar segak nampak tampa cela. Takkan ada yang tahu itu barang bundle punya, esok...bagi tau jer ini turun temurun atok nenek sejak zaman kolonial. Pasti mereka terlopong tanpa kata.

Jangan hina barang bundle...saya juga memilikinya.

Yuk cuci mata...











Bukan untung yang dicari...

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

30 October, 2013

WW : COMEL













Saya sedang kusut.....jadi.....

Layanlah yea....

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...