Showing posts with label Cantik Berseri. Show all posts
Showing posts with label Cantik Berseri. Show all posts

16 December, 2012

Bergaya Dengan Reben MV



Selamat Hari Ahad.

Sekejap lagi nak keluar pergi membeli belah perkakasan persekolahan Danish & Aqil. Kami kena buat persediaan awal sebab 2 minggu yang akan datang adalah minggu yang sebok dan sukar bagi kami. Takut tak sempat pula nak melengkapkan semua keperluan persekolahan 2013 kedua-dua putera kami.

Semalam Hari Sabtu.

Pagi seperti biasa meneman anak-anak di kolam renang untuk kelas berenang oleh Cikgu Hazrin. Aqil dan semakin berani sejak dia dicampakkan ke kolam dewasa sedalam 10'. Danish sudah mengorak laju kayuhan tangannya.


Selepas kelas berenang yang tamat pada pukul 12tgh, saya dan anak-anak ke rumah agam. Sampai-sampai sahaja sewaktu membuka pagar rumah, posmen pun berhenti bersebelahan dengan saya dan menghulurkan beberapa sampul surat. Dan salah satunya tertera nama saya. Sampul surat tersebut berisi sesuatu sehingga pakcik posmen tu menanyakan sesuatu kepada saya sewaktu saya menandatangani beberapa surat berdaftar lain.

"Sekarang ni banyak surat ada barang dalamnya. Gelembung sahaja"

Saya tersenyum saja dengan keyantaan pakcik posmen tue. Haaaa, you all tahulah kan kerja siapa tue.Mesti lah kita, blogger-blogger Malaysia yang suka memberi hadiah pada kawan-kawan. Sebnab kita semuanya baik-baik belaka. Kannnnn.....hehehehe...

Then, saya terus pakai semalam juga. Certeka saya dapat surat berbarang (bukan berdaftar) daripada siapa?


Meh tengok skit....


Comel tak??? Ermmm....brooch tue bukan saya. Hehehehe...kebetulan sesuai dan match dengan baju yang saya pakai semalam. Terima kasih MV, really appreciate it. Sekarang ni dah kurang beli brooch, sebab kawan-kawan blogger suka bagi brooch pada saya. Semua koleksi akan saya simpan dengan baik dan pakai mengikut kesesuaian.



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

14 December, 2012

HARI YANG INDAH

Assalammualaikum dan Salam Jumaat pada semua kawan-kawan beragama Islam dan Salam Sejahtera pada yang lain-lain...

Hari ini adalah hari yang indah buat saya tapi.... tidak semestinya ianya indah buat orang lain. Jadi, sama-samalah kita mendoakan agar kita semua diberkati dan dapat menghakhiri hari ini dengan indah sekali.

Pagi tadi saya ada peperiksaan, baru kertas pertama. Kertas berikutnya akan menyusul pada 23 dan 29 Disember nanti. Harap-harapnya saya dapat menjawab semua soalan dengan baik dan tenang seperti hari ini. Walaupun sedikit kekecewaan semalam kerana Malaysia kalah di tangan Thailand, tapi masih lagi berharap agar Harimau Malaya akan meneruskan perjuangan dan menebus kekalahan 2 tahun lagi. Dengan itu saya mendoakan agar barisan skuad pejuang Harimau Malaya kita segera tenang dan bersedia untuk perlawanan-perlawanan berikutnya.

Selepas tamat menjawab peperiksaan, saya dengan en.hubby yang sedang kelaparan kerana hanya sempat bersarapan segelas air kopi terus mencari hidangan mengisi perut. So.... Jom lah kita berdua ke ZZ Sup Tulang. Tengoklah apa yang saya makan hari ni...



Perghhhh...memang marvelous laaa. Hirupan sehingga ke titisan terakhir, sedutan sehingga ke sum-sum. Hahaha,memanglah sum-sum tulang tue, tengok sampai 3 batang dia bagi.

Kemudian, masa perjalanan pulang selepas menghantar en.hubby ke pejabatnya saya ternampak satu kejadian. Bagi yang baca facebook saya tahulah apakah itu, cuma tak ada gambar sebab tak sempat. Saya sedang berhenti di trafic dan asyik memerhatikan satu lopak air yang agar besar juga, banyak kereta yang mengelak. Dalamkepala saya mungkin dalam lopak air itu. kalau kereta yang comel-comel tu mesti tersangkut. Tapi, sangkaan saya meleset.Tiba-tiba datang sebuah Taxi terus melanggar lopak air tersebut dengan rakusnya. Percikan air  dari lopak itu yang sangat besar dan mungkin berbau busuk dan kot terkena pada seorang lelaki sedang menunggang motosikal. Akibat terperanjat dengan percikan air yang besar itu lelaki tersebut terjatuh dari motornya. Tapi malangnya Taxi tu berlalu pergi begitu sahaja. Tak berapa pasti berapa umur lelaki tersebut, keturunannya dan ilmunya kerana lelaki tersebut memakai topi keledar. Saya pula pada waktu itu hendak meneruskan perjalanan kerana lampu sudah bertukar hijau. Apalah nasib lelaki tersebut, nampaknya tadi tak ada yang datang membantu. Adabeberapa lori yang melalui jalan di hala lelaki itu hanya mengelak sahaja, tapi nasib baik tidak dilanggarnya. Moga ada hamba Allah yang sudi membantunya.

Kannnnnn.....hari yang indah bagi saya dan kamu, tidak semestinya indah bagi orang lain. Tapi bagi yang selalu berfikiran positif akan menganggap setiap harinya adalah hari yang indah kerana masih lagi diberi peluang untuk menghirup udara segar dan tenang di bumi bertuah ini.

Allah masih lagi mengurniakan hari yang indah pada saya kerana dapat mengucup tangan ibu saya sebentar tadi sewaktu mengambil anak-anak di rumah agam. haaaaa kannnnn.... Saya percaya tak ramai yang dapat mengucup tangan ibunya hari ni kan. Jadi, bertuahlah saya. Alhamdulillah, moga ibu saya sentiasa mendoakan saya. Sekarang saya sedang berada di Petrosains, ingat lagi tak N3 saya yang ini Aktiviti Cuti Sekolah, haaaa saya di sinilah sebab sebentar nanti nak ambil en.hubby pulang dari kerja dan kami akan terus pergi menonton wayang. Tapi, taktau nak tengok cerita apa pown sebenarnya. Lama benar kami tak mononton wayang bersama.

Dan keindahan hari ini ditambah lagi dengan kelonggaran masa saya untuk meneruskan jalan-jalan saya kelaman-laman kalian. Harap kalau saya tak tinggalkan cap jari di laman kalian, mohon bagi tahu yeppp. Takut tau bila Mama Arina dah keluarkan MEMO : JAGA-JAGA ANDA SEDANG DIPERHATIKAN. Bagi GSFian pasti faham maksud memo ini kan. Haaaa, jangan buat orang tak suka kita sebab secara tak langsung kita mengundang rasa kemarahan dalam diri seseorang yang lain, maknanya kita juga sama-sama berdosa. Betulah kata Mama Arina tu, kita kena belajar menghargaiorang lain. Samalah macam kita menghargai pasangan  kannnn... Hubungan yang erat antara GSFian sangat-sangat saya hargai dan saya akan gaja dengan sebaik-baik mungkin. Saya mungkin akan undur diri secara rasmi bila Allah menarik balik anugerah otak saya. Kalau saya takada jari pown saya masih akan berblogging okayyy. Cuma bila dah takda otak ,macam mana nak berfikir dan mengomen? Betul takkk?

Okay...sampai sini untuk hari ini dan saya akan meneruskankeindahanhari-hari saya.

Syukur alhamdulillah, rasanya dah ramai yang dah terima inai tue. Bagi yang belum tue sabar yep, tapi kalau sampai minggu depan tak dapat juga bagi tahulah saya. Mungkin juga kamu tak update alamat di facebook GSF. Jadi...saya tak tahu, jangan salahkan saya. Terima kasih juga sudi up kan N3, suka bonda saya tengok, sebab setiap N3 tentang inai akan saya tunjuk pada bonda saya. Bergenang air matanya. Terima kasih kawan-kawan. :) 


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

04 December, 2012

TAK SIHAT!!!

Hurmmmm... hari ni saya MC = Mengambil Cuti

Dapat MC lepas buat Medical Checkup

Disebabkan saya MC saya perlukan Milk Coklat

Walapun saya MC saya rasa macam nak Makan Capati

Aktiviti MC saya hari ni...


Main Cpacebook
Menonton CB
Makan Cido

Ehhhh....tapi saya tak lah teruk sangat. Actually batuk dan sedikit selsema. Walaupunnnn...... dah seminggu batuk, dan tak cuti-cuti sebab Audit tempohari laaaa. Hurmmmm... nasib baik dah berakhir.
Jangan risau yep semua :)

So, hari ni nak bercuti dengan tenang.

Tapi nak update blog skit & upkan pemberian Kina 



Ni MediCine saya hari ni...






:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

30 November, 2012

Bertunang Jangan Lama-Lama

Alhamdulillah.... Adik saya telah selamat bertunang dengan pilihan hatinya. Majlis yang sangat simple, pada mulanya hanyalah bertujuan untuk ziarah dan berkenalan sambil merisik, akhirnya menjadi majlis pertunangan. Syukur kepada Allah kerana segalanya dipermudahkan.


Tarikh dipertunangkan : 22 November 2012

Sebelum Ayahnda dan Bonda berangkat ke Tanah Suci lagi mereka sudah berpesan agar tunggu mereka balik, nanti barulah difikirkan bagaimana nak dibuat dengan hubungan mereka ini. Saya tak berapa pasti sudah berapa lama mereka berkenalan, tapi adik saya hanyalah bawa balik ke rumah gadis pilihannya ini pada majlis kesyukuran sebelum Ayahnda dan Bonda berangkat ke Tanah Suci. Masa hari tue, siap dah gadis ini di interview oleh datuk kami, hampir segala rahsia di koreknya. Setelah dirisik-risik, menurut Atok gadis ini tak ada masalah, InsyaAllah semuanya akan baik-baik belaka. Harap-harap begitulah.

~Nina takyah nak senyum-senyum sangat baca N3 ni yep~

Macam-macam dugaan telah mereka tempuhi, kami faham dan kami mengerti. Kami juga berharap agar Nina boleh bersabar dengan halangan-halangan yang bakal dihadapinya kelak setelah berkahwin dengan Ajib kami. Paling ketara sewaktu Ayahnda dan Bonda kami berada di Tanah Suci, Allah menguji kami semua dan kami pasti Allah Maha Mengetahui dan telah mengaturkan jalan yang terbaik buat kami terutamanya Ajib & Nina. InsyaAllah, Ajib & Nina, kami adiks beradiks akan tetap sentiasa berada di belakang kamu.

Doa kami agar sepanjang tempoh pertunangan yang singkat ini kamu berdua dapat menjaga diri, jaga nama baik  keluarga dan pastikan tidak ada yang mengumpat dan mengata. 



Semoga kamu berdua mematuhi adab-adab dalam tempoh bertunang :-
  1. Adab dalam bergaul : Maksud pergaulan disini ialah pertemuan, perbincangan atau hubungan secara langsung antara kamu berdua. Patuhilah adab bergaul jangan sampai menimbulkan fitnah yep.
  2. Setiap pertemuan atau perbincangan itu hendaklah ditemani oleh mahram.
  3. Tidak diharuskan duduk berdua-duaan. Ingatlah hadis Rasulullah : Tidaklah seorang lelaki itu bersendirian dengan wanita malainkan ada orang yang ketiga iaitu syaitan.
  4. Perbincangan atau perbualan antara kamu mestilah sunyi daripada unsur nafsu dan syahwat.
  5. Nina pula, janganlah bercakap terlalu manja dan menggoda. Nanti takut-takut Ajib tergoda dan merasakan bahawa telah mendapat milik mutlak dan boleh melakukan apa saja.
  6. Kalau boleh, tutuplah aurat seelok-eloknya terutama ketika bertemu.

# Kesimpulanya sebarang tindakan yang boleh menimbulkan fitnah, syak wasangka atau hal-hal yang boleh membawa kepada berlakunya perkara maksiat adalah berdosa. Maka ianya tidak diharuskan .


Setelah berbincang antara kedua-dua belah pihak, Majlis Pernikahan dicadangkan pada 8 Februari 2013, manakala berturut keesokan harinya Majlis Persandingan di belah perempuan. Majlis Menyambut menantu pula mungkin akan berlangsung pada 10 atau 11 Februari 2013.


Semoga Allah s.w.t. merahmati kita.
Restu Bonda sangat berharga~~~~





:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

22 November, 2012

Hanis Zalikha vs Nina

Aduhhhh....mesti ramai yang tak bleh blah bila tengok tajuk tu kannn.

Bagi yang mengenali saya dan dah tahu nama saya mesti dah muntah hijau kan. Apalah saya ni kalau nak dibandingkan dengan Hanis Zalikha, blogger terkenal tu yang sekarang ni sedang mengacara rancangan Mads Market.

Tapi.... Nina yang saya maksudkan adalah BUKAN SAYA!!! diulangi ianya bukan saya, tapi bakal adik ipar saya. Amin.....harapnya semuanya berakhir dengan baik. Kami menerima Nina seadanya dan harap dapat menjaga adik kami dengan baik sebab adik kami dah lalui macam-macam dalam hidupnya. Owhhh ya, bukan saja adik kami, tapi dia bukan abang kami tapi abang kepada adik kami yang busuk tue (si Kurusagi). jangan pening baca statement ini kerana hanya kami adaik beradik sahaja yang memahaminya. Sehingga ke saat N3 ini ditulis, saya tetap tak akan mengaku kedua-dua mereka itu abang saya. Hahahaha.... pening sudaaah.

Cer tengok beberapa gambar di bawah. Cuba u all teka yang mana Nina, dan yang mana Hanis Zulaikha.







Sorry yea Nina & Hanis Zulaikha, saya curi kesemuanya dari blog dan FB kamu berdua.

So, sesiapa yg dapat teka dengan tepat, saya akan bawa kamu naik kereta peranti masa mereka tawin2 nanti....hehehehehe.....

Untuk saudara-mara yang lain.... kami dengan berbesar hati memperkenalkan bakal orang baru dalam keluarga kami dan dengan rasa rendah diri ingin menjemput saudara-mara rapat hadir ke majlis gilang-gemilang mereka berdua  pada tarikh yang akan diberitahu kemudian.

Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar.





:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

10 November, 2012

Terima Kasih sekali lagi... KINA


Ini adalah N3 penghargaan sekali lagi untuk si cantik manis Kina Kinatara. Sebelum ini Kina telah menawarkan diri mengedit blog Cinta itu Misteri dan hasilnya apa yang anda nampak ini. Jadi... Jom ramai-ramai serbu blog dia!!!!

Nampak tag Assalammualaikum di atas tue.... Kina lah yang bagi secara percuma, cuma saya belum sempat lagi nak masukkan ke dalam blog ini. Hehehehe.... dan lagi.... Kina bagi lagi secara percuma tag di bawah ini;


InsyaAllah, nanti bila saya dah betul-betul free nak mengadap blog, saya akan masukkan kedua-dua doodle ini.

Sayang Kina forever :)


Owh yaaa... N3 saya sebelum ni saya bagi tahu saya di Perpustakaan Awam Negeri Johor yepppp.




:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

04 November, 2012

Wajah Baru

Assalammualaikum semua....

Firstlay nak ucapkan banyak-banyak terima kasih pada si cantik manis Kina Kinatara yang sudah bersusah payah mengoffer diri untuk ubah wajah blog saya.... Macam mana, okey tak?


Haaa, saya tak sempat nak print screen wajah blog yang sebelum ni, tapi nasib baiklah ada simpan dari beberapa N3 yang lalu.


Dari HIJAU DAUN ke PASHA UNGU..... okey tak?

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

28 September, 2012

Senyum Simpul :))

Jom senyum simpul ramai-ramai...





Maaf kalau saya jarang berN3, jarang BW, jarang singgah ke blog2 kalian, jarang bertanya khabar. 

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

21 July, 2012

Hadiah Untuk Puteri-Puteri Ku

Alhamdulillah....rasanya postage saya untuk puteri-puteri tersayang sudah selamat sampai ke tangan mereka. Hari tu sewaktu berkunjung ke Singapura, saya ada belikan sesuatu untuk kedua-dua anak saudara kesayangan Puteri Aleeya Fatimah & Puteri Ardini Aishah.

Semalam mereka ada call, tapi saya tak perasan. Then mereka call nenek mereka pula dan bagi tahu excitement mereka untuk memberi tahu Mama yang mereka dah dapat hadiah tue. Nenek kata mereka happy sangat, tapi tak dapat cakap dengan Mama. Kejap lagi Mama call kamu berdua yea Sayang...

Nilah corier box yg pergi ke alamat mereka;



Ni plak isi kandungan, comel tak?



Dan yang inilah Puteri-puteri kesayangan saya. 
Mama Sayangggggggggggg kamu berdua sangat-sangat!!!!!



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

28 June, 2012

Sakura di JOHO Bahru

Musim luruh sudah tiba... angin sepoi-sepoi bahasa menerbangkan shawl... wajah terasa dingin dek hembusan angin petang.... ku lihat ke kiri dan ke kanan... bunga-bunga berguguran... terasa diri bagai di awang-awangan... melentuk-leuk sambil tangan didepakan.... bulatan.... bulatan... menari mengikut rentak alunan angin yang mendamaikan.... jatuh terjelepuk...ADOIIII !!!!!

Perghhhh...dah macam drama Korea plak. Tetiba teringat kat Cik Aini Lavender, mesti dia sedang syok-syok jer kat Korea sana (huhhhh jeleszZ sangat-sangat ni). Jeless tahap kecil juga kat My Dior Aima sebab dia dapat T-Shirt I Luv Korea (bebb...thks sebab usulkan cadangan spontan I tueeew)

By the way, ehemmm ehemmm...nak tau kenapa saya berangan tadi??? Meh tengok sini.... bawahh laaa.... skroll bawahh sikit.... oh okey...tengok tajuk dulu tau.... surprise seprado !!!!!!

~oo~
~oo~
~oo~
~oo~
~oo~
~oo~
~oo~
~oo~
~oo~
~oo~
~ooo~
~oooo~
~ooooo~
~oooooo~
~ooooooo~
~oooooooo~
~ooooooooo~
~oooooooooo~
 








 Tempat korang ada??? 

Cheeewahhh...blagak nie. I siap berhenti tepi sebab nak amik gambo yang owesome nie tauuu... Sesapa yg ada kat JOHO tue, sesialalah lalu Larkin Perdana & masuk ke Kg.Melayu mengala ke roundabout. 2 - 3 hari lagi mesti kawasan ni penuh bunga di jalananan, pastu kereta lalu, bertebanganlah bungan, membentuk pusaran angin.... heuwwwwwWwyyyyyyy.....



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

22 June, 2012

Pujian vs Pujaan

Maaf kalau N3 malam ni membuatkan anda, anda & anda rasa macam mual-mual nak mun.., sengal-sengal nak gelak, meluat rasa macam nak lempang muka saya. Tapi saya tak kesah, sebab rasanya 1 orang lempang muka saya, mesti 10 orang akan datang lempang balik muka sapa tadi tu yang nak lempang saya? Hehehehe.... makin ramailah yang rasa macam mual-mual nak mun.., sengal-sengal nak gelak, meluat rasa macam nak lempang muka saya.

Pujian & Pujaan... apa beza erkkk...

Nak tau kenapa saya tergedik-gedik nak type N3 nie....? Sebab.... ehemm ehemm... sebab.... dari pagi tadi sampailah saya balik rumah & duduk kat depan lappy nie....asyiklah orang dok muji-muji saya. Dari tudung sampai ke baju... sampailah kasut yang saya pakai....hummmm...rasanya macam biasa jer cuma hari ni disebabkan kemalasan melanda & terlewat tak sepat gosok baju, saya sarung jer baju kurung yang tak perlu digosok. Tudung pown yang jenis sarung tak perlu digosok juga, kasut pown sarung jugak sebab dah terlewat sangat.

Cuma saya tak berapa pasti PUJIAN tu ikhlas ker erkkk? Adakah saya ni selalau menjadi PUJAAN hati mereka sampaikan baju yg dibeli dgn harga RM16 pun nampak cantik pada mereka, sampaikan kasut saya yang dah tunggu masa nak terkopak pown cantik dimata mereka. Jahat saya kannnn....orang dok muji-muji, saya pulak yang rasa meninggi diri...bukannya apa, cuma rasa serba salah pulak bila orang dok muji-muji memanjang. Kadangkala terlintas juga, adakah PUJIAN tu ikhlas atau.......

Tapi, jauh disudut hati saya yang sentiasa berfikiran positif ni (apabila tiba masanya), mereka sangat ikhlas memberikan PUJIAN sebab nampak diwajah mereka yang mereka tidak mereka-reka cerita. Yeaaaa...saya selalu berfikiran positif walaupun kadangkala pada awalnya saya bersikap cynical sebab saya ni susah mempercayai orang.

Sebenarnya saya tak berapa selesa dengan PUJIAN sebab saya segan didengar orang. Tapi apakan daya saya hari ini ditimpa dengan PUJIAN yang amat dasyat sampai tak tertanggung segannya....

Tapi...saya tak kesah kalau saya menjadi PUJAAN setiap orang sebab saya suka disayangi oleh semua orang. Saya lebih selesa kalau setiap tindakan dan gerak geri saya menyenangkan hati semua orang. Tapi tidaklah saya mahu sampai dijadikan idola kerana saya bukan sesiapa...

**Saya sayang semua orang disekeliling saya dan setiap orang yang saya kenali kerana mereka dan anda, anda, anda semua adalah pelakon tambahan dalam drama kehidupan saya**



KADANGKALA TAK PERLU BUAT APA-APA UNTUK MENDAPAT PAHALA,
DIAM SAHAJA SUDAH MEMADAI....
KADANGKALA TAK PERLU KELUAR DUIT BERBELANJA UNTUK MENGUKUHKAN SILLATULRAHIM,
SENYUM SAHAJA SUDAH MEMADAI.....
KADANGKALA TIDAK PERLU HARTA BENDA UNTUK MERAIH CINTA,
BERDOA SAHAJA SUDAH MEMADAI.....
KADANGKALA TAK PERLU BERHIAS RAPI UNTUK MENDAPAT PUJIAN,
MENJADI DIRI SENDIRI ITU SUDAH MEMADAI.....
KADANGKALA TIDAK PERLU BERSAING HEBAT UNTUK DIJADIKAN PUJAAN,
BERAKHLAK MULIA BERBUDI PEKERTI ITU SUDAH MEMADAI.


 Thank you juga untuk Emmi Caramadaries untuk pujian yang diberi...

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

20 May, 2012

FREEBIES DOODLE dari MARINA-ARINA

Baru saja dari Blog Marina-Arina, jengah kengkawan...lepas tue terbekanan kat doodle yg dia paste kat blog N3 dia. Disebabkan saya takda anak perempuan, terus jer teruja bila tengok doodle2 yg dia paste tue. Kalaulah saya ada anak perempuan, mesti comel jer kannn....

You all gi lah kat blog Marina-Arina, leh kaler maler doodle yg dia dah biarkan blank tue. Ada banyak lagi doodle yg kaler kali kat blog dia. Saya suka kaler purple, so saya amik jer 1 doodle dari situ. Mohon paste kat laman saya yer Marina-Arina.


FREEBIES DOODLE IBU & ANAK PEREMPUAN



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

30 April, 2012

Me & Purple Velvet

Lama tak beli kasut... tapi yang ni murah jewr... tapi cantik... comfortable belum boleh judge lagi.
Nak tengok?






Lupa nak tanya nama adik yg jual tue....comel... Puprle Velvet bought from Qies Collection


Tunggu masa untuk Purple Velvet ku di modified.....blingg blinggg
:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

15 April, 2012

EPO baik untuk Wanita

Apa itu EPO?
Kenapa ianya baik untuk wanita?
Apakah kebaikan sebenar EPO?

Beberapa hari yang lepas, saya duduk lepak dengan seorang kawan. Dia memuji saya sebab umur saya yang meningkat, saya masih nampak seperti remaja, lebih-lebih lagi saya dah berkahwin dan beranak dua. Malu seketika bila dipuji macam tue. Tapi.... walaupun saya nampak macam gadis yang belum berkahwin, saya masih bukanlah gadis idaman jejaka-jejaka di luar sana. Biasalah budak-budak sekarang nie, bila memilih jodoh bukannya cari yang cukup 4 sifat, yang paling utama hanyalah sifat ke-4 iaitu cantik.

Lama jugalah berbual, mula dari asalnya perjumpaan kami iaitu soal kerja, berlanjutanlah hal peribadi, keluarga dan sejarah hidup. Rakan saya mulalah menceritakan hal hidupnya yang kini telah diceraikan. Diceraikan atas sebab sudah tidak lagi cantik. tapi....sekarang ni saya tengok dia cantik saja walaupun taklah secantik Angelina Jolie. Menurut kawan saya tue, bekas suaminya menceraikannya sebab dah berjumpa dengan perempuan lain yang lebih cantik dan menarik. Wahhhhhhh mudah sajakan. Perkahwinan dia ibarat percaturan pula, kalau nak kekal lama, kamu mesti cantik! Alhamdulillah suami saya tidak begitu dan harapnya berkekalanlah dia menerima saya apa adanya.

Berbalik pada tajuk entry ini mengenai EPO iaitu Evening Primrose Oil. Dalam perbualan kami tu, kawan saya ada memperkenalkan sejenis makanan tambahan untuk wanita. Opppsss, dia bukan jual jamu yeaaa. Dia menasihatkan saya pergi mencari EPO ni di farmasi dan dapatkan sekali nasihat pakar tentang EPO yang sesuai dengan saya sebab ada berbagai-bagai jenis di pasaran.

Lama juga saya berkira-kira tentang sesuatu yang baru ni. Banyak juga saya search di internet pasal EPO ni, harganya pun boleh tahan juga. Sehingga suatu hari saya pulang kerja dan terus ke farmasi. Tujuan asal bukanlah untuk membeli EPO, tapi mencari toner wajah kerana dah lama kehabisan. Waktu saya tercari-cari barangan yang saya ingini tiba-tiba pegawai farmasi menghampiri saya dan bertanyakan apa yang saya cari. Kemudian pegawai farmasi itu turut mencadangkan saya Mederma iaitu krim yang boleh menghilangkan parut dimuka. Kami berbual-bual juga memandangkan tidak ada pelanggan dalam farmasi tersebut. Tiba-tiba pegawai farmasi itu mencadangkan saya sesuatu yang terbukti baik untuk wanita iaitu EPO. Teruja saya kerana itulah kali kedua saya mendengarnya dari orang lain. Akhirnyaaaaaa...saya beli EPO keluaran VitaHealth, 1300mg.
Wahai wanita-wanita & gadis-gadis diluar sana, jomlah kita amalkan EPO. You all search lah kat google, ada banyak artikel tentang EPO ni. 


Evening Primrose Oil ( EPO) diekstrak daripada biji benih tumbuhan keluarga Onagraceae yang berasal daripada Utara dan Selatan Amerika. Pada kebanyakan spesisnya, bunganya berwarna kuning dan terbuka pada waktu petang, maka ianya diberi nama “Evening Primrose Oil”.  Antara kebaikan EPO yang saya boleh kongsikan;
  1. Membantu mengawal atur kitaran haid.
  2. Melegakan Sindrom Sebelum Haid (PMS) – iritasi, sakit kepala, sakit payudara dan senggugut.
  3. Mengurangkan simptom putus haid – panas badan, peluh sejuk kemurungan dan kekeringan faraj.
  4. Menggalakkan kulit yang sihat, muda berseri – bermanfaat kepada kulit yang kering, berumur atau berminyak. Melegakan ekzema dan alergi kulit.
  5. Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta melegakan kulit kepala yang gatal.
  6. Menguatkan kuku yang mengelupas atau mudah patah. 
Nanti setelah habis sebotol yang saya beli nie, saya kongsikan artikel terbaru mengenai EPO ni. OK, cantik selalu......
:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...