Showing posts with label Gfadz-HB46. Show all posts
Showing posts with label Gfadz-HB46. Show all posts

05 June, 2013

Ampunkan Aku by HB46

Lama dah saya tak layan akustik dengan en.hubby. Mesti ada kalangan anda di sini tahu kegemaran kami bila time stress dan penat bila hujung minggu. Yang tak tahu, meh saya bagi tahu. Saya dan en.hubby suka cari seorang jejaka cute ni, nama commersial dia Gfadz Fadzil (klik jer nama tu untuk ke fb beliau). Tapi memang saya jamin, kalau u all dengar dia petik gitar dan nyanyi secara akustik, memang boleh jatuh cinta.

Gfadz ni ada sebuah band yang di gelar HB46, belum glamour laa, tapi ok tau. Ada banyak lagu-lagu mereka yang bagus. Bagi sesiapa yang ada no.phone saya dan en.hubby, kami guna ringtone lagu mereka. Ringtone yang saya guna tak sama dengan ringtone yang en.hubby saya guna. Cer try....hihihi...

Ok, harini nak promote lagu baru GFadz dengan HB46. Lagu ni ditulis oleh Napie Hassan (klik jer nama tu untuk ke fb beliau). Tapi, saya tak dapat upload lagunya untuk didengar, sebab mereka tak up kan lagi lagu ni di youtube. Tapi, apa kata u all add mereka di facebook. Lagu ni ada di upload di sana.

♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥

Lagu : AMPUNKAN AKU

Semua yang ku lakukan untuk Mu
Tiap detik tiap saat kerna Mu
Semua yang ku jalankan untuk Mu
Tiap nafas tiap langkah kerna Mu

#  Andai aku pergi
    Tanpa isi hati
    Hancurlah segalanya
    Kerna terlalu mengejar dunia

Zikir yang ku lafazkan untuk Mu
Tiap detik tiap saat kerna Mu
Amal yang ku lakukan untuk Mu
Tiap nafas tiap langkah kerna Mu

Ulang #

Chorus **
Ampunkanlah dosaku
Pada setiap salahku
Ku tahu hanya Kamu
Tuhan Maha Pengampun

Sujud syukur pada Mu
Semua hanya kerna Mu
Tiada nyata bagi ku
Hanya Engkau Yang Satu

Ulang #
Ulang Chorus ** 2x

HANYA ENGKAU YANG SATU.........

♥mood●sedangtunggusingleterbaruini♥



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

28 February, 2013

C.I.N.T.A cover by Gfadz



Hahahaha....saya dah kena jangkitan Nur pulak asyik upload video lagu dan lirik. Kan Nur.....kadang-kadang layan lagu best jugak. Tapi saya layan lagu versi unplug. haaaa, nak datang JB kan, boleh jer. Nanti saya bawa jumpa GFadz, kita layan acoustic sampai pagi. Ajak Lelamaisara @ Cute Mama sekali, dia dah dekat jugak ni....

Sebelum tidur, yuk layan lagu C.I.N.T.A unplug dari Gfadz...




Berapa kali ku harus katakan cinta
Berapa lama ku harus menunggumu
Di ujung gelisah ini aku
Tak sedetik pun tak ingat kamu
Namun dirimu masih begitu
Acuhkan ku tak mau tahu

* luka luka luka yang ku rasakan
Bertubi tubi tubi engkau berikan
Cintaku bertepuk sebelah tangan
Tapi ku balas senyum keindahan

** bertahan satu cinta
Bertahan satu c i n t a
Bertahan satu cinta
Bertahan satu c i n t a

Pernahkah engkau sejenak mengingat aku
Pernah kau ingat walau seperti angin berlalu
Di setiap malam kini aku
Tak sedetik pun tak ingat kamu
Namun dirimu masih begitu
Acuhkan ku tak mau tahu

Repeat *
Repeat **
Repeat *
Repeat ** [2x]

Okey tak lagu ni....?

Setiap masa ingatkan kamu.....kamu dan kamu yang sentiasa menyinari hidupku....




:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

26 February, 2013

Ku Ingin Kamu - Romance Band



Ramai yang tanya GFadz nyanyi lagu apa untuk kami malam kelmarin yang saya upload dalam N3 Layan Akustik Lagi. Tapi kalau tak silap saya, saya pernah up N3 lagu ni....belek punya belek jumpa dah dalam N3 ni KUINGIN KAMU COVER BY GFADZ.

Lagu ni pernah dimuatkan dalam OST drama Cinta Buat Emelda. Ingat lagi tak?

Haaaa meh lagi sekali lirik lagu Ku Ingin Kamu yang asalnya dinyanyikan oleh Romance Band...

Demi semua yang aku jalani bersamamu
Kuingin kau jadi milikku
Kuingin kau disampingku

Tanpa dirimu ku hanya manusia tanpa cinta
Dan hanya dirimu yang bisa
Membawa surga dalam hatiku

ref:
Kuingin engkau menjadi milikku
Aku akan mencintaimu
Menjagamu selama hidupku
Dan aku kan berjanji
Hanya kaulah yang kusayangi
Ku akan setia disini
Menemani…

Sentuhanmu
Bagaikan tangan sang dewi cinta
Yang berhiaskan bunga asmara
Dan membuatku tak kuasa

Back to ref

Di setiap arung gerak
Tersimpan di hati kecilku
Bahwa dirimu terindah untukku

Back to ref

ref2:

Selama ku masih bisa bertahan
Selama ku masih bisa bernapas
Selama Tuhan masih mengijinkan
Kuingin selalu menjagamu

Back to ref2 [3x]

Selama ku masih bisa bertahan
Selama ku masih bisa bernapas


Lagu ni hanya sesuai untuk orang-orang yang setia pada cintanya saja yeppp... Yang suka curang mencurangi antara satu sama lain tue, sila dengar lagu lain. Tengok liriknya; "disetiap arung gerak, tersimpan di hati kecilku, bahwa kamu terindah untukku". Haaaaaa, bila kita dah mencintai seseorang dan merasakan bahawa dialah yang dianugerahkan kepada kita, untuk bersama kita mengharungi suka duka. lagi lirik yang menyentuh... "Selama ku masih bisa bertahan, Selama ku masih bisa bernapas, Selama Tuhan masih mengijinkan, Kuingin selalu menjagamu"

Saya suka sangat lagu ini dan akan sentiasa ditujukan kepada cinta hati saya, cinta sampai mati....


Owhhhh ya, up pic ni saya baru teringat, ada goodies untuk GSFian. Ole-ole kerja kawin hari tue. Maafla terlupa nak pos walhal dah siap masuk envelope. Tinggal tepek stamp jer. Terima kasih pada semua yang mendoakan kebahagian adinda saya dan pasangannya. Semoga mereka kekal cinta sampai mati.


p/s: hari ni saya cuti kerja....


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

25 February, 2013

Layan Akustik Lagi..



Semalam saya melayan acoustic live performance dengan kawan-kawan di Gangnam Bunga Tanjung Cafe, Hotel Garden, Batu Pahat. Biasanya saya dengan en.hubby jer layan Gfadz, tapi semalam dengan beberapa orang kawan saya, kami dari Johor Bahru petang tu dan malam tu jugak drive balik Johor Bahru. Pukul 1.30 pagi dari BP terus shoot ke JB sampai rumah  lebih kurang pukul 2.45. Laju tak lah sangat setakat 140-150 kilo jer.

Sebenarnya, diorang ni yang nak sangat tengok Gafdz perform acoustic live sebab selalu tengok saya upload youtube jer. Tapi selepas pakat-pakat, maka terjadilah pertemuan malam tu. Ni tak cukup corum sebenarnya sebab ada beberapa orang cancel last minute. Pada mulanya Gfadz tak dapat datang malam tue sebab dia ada live show tempat lain, tapi disebabkan kami beriya-iya nak datang dan saya mohon agar Gfadz re-schedule semula, akhirnya Gfadz bersetuju untuk live 45 minit dari 8-8.45 malam. OK lah,daripada tak ada kannnn....

Photo: Layan live band...

Hahahaha.... giler banyaknya gelas minuman. Ni kalau tak silap baru pukul 9.30 kottt. Masa ni Gfadz dah pergi show lain, tapi disebabkan adore sangat dengan kehebatan Gfadz bermain gitar akustic ditambah lagi dengan kelunakan suaranya yang boleh mencairkan siapa yang mendengar, kami tunggu jugak Gfadz kembali semula di Gangnam Bunga Tanjung cafe pada pukul 12 tengah malam. 


Kawan saya Lis sempat lagi duet dengan Ziyad malam tue. Haaaa teka mereka nyanyi lagu apa. OPERA HIDUP okeyyyyy....! Rock tuew, jangan main-maian yeppp... Suara Ziyad ni boleh tahan jugak. Dah beberapa kali saya dan en.hubby tengok dia menemani Gfadz secara live, dan kami nampaklah perubahan yang semakin baik pada suara Ziyad ni. Suara dia mulanya kami chop sebagai suara Qasidah dan dangdut, tapi lama-kelamaan dapat rasakan kelunakannya juga.



Sebelum balik posing dengan mereka dari kiri yang duduk tue tak kenal, baru first time jumpa. Kemudian sebelah tue Napie, Gfadz dan Ziyad. Yang belakang tue kawan-kawan saya, Mazura, Nida, Lis, Zeira, its me & en.hubby.



Sebelum balik, pleasing gediks sikit dengan Hotel Garden. 


Okey....meh layan satu video yang dah siap upload semalam. Live dari Gfadz, KU INGIN KAMU





:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

06 February, 2013

She's Gone - Steel Heart, cover by GfadZ




She's gone,
Out of my life.
I was wrong,
I'm to blame,
I was so untrue.
I can't live without her love.

In my life
There's just an empty space.
All my dreams are lost,
I'm wasting away.
Forgive me, girl.

(Chorus)

Lady, won't you save me?
My heart belongs to you.
Lady, can you forgive me?
For all I've done to you.
Lady, oh, lady.

She's gone,
Out of my life.
Oh, she's gone.
I find it so hard to go on.
I really miss that girl, my love.

Come back into my arms.
I'm so alone,
I'm begging you,
I'm down on my knees.
Forgive me, girl.

(Chorus x2)

Lady, oh, lady.
My heart belongs to you.
Lady, can you forgive me?
For all I've done to you.








:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

22 December, 2012

Beracoustic Live Bersama GFadz



Semalam pergi datting dengan en.hubby....walaupunnnnnn......hehehe kepala berat memikirkan exam esok. Bila kami nak release tention, antara orang-orang yang kami akan cari adalah GFadz. Mamat sorang ni memang awesome, saya dan en.hubby memang suka sangat tengok dia perform guitar acoustic live. Duduk berejam sampai pagi pown takpa.

Dulu di MK & Bistro Parit Raja, tapi sekarang di Restoran Gangnam Bunga Tanjung, Hotel Garden, Bandar Penggaram, Batu Pahat. GFadz akan berada di restoran ni setiap malam dari jam 09pm-12pm, melainkan malam Jumaat. Okeyyyy....kena hormat malam untuk beribadah.

Ni lagu permintaan kami semalam.... dengarkanlah ~~ Aku Yang Tersakiti ~~



Kami tahu Gfadz sakit tekak semalam, tapi saja nak try test suara dia yang dalam keperitan tu.  Betul-betul sakit kedengaran rongga tekaknya. Huhuhu....sorry :( ..Walaubagaimanapun tetap tak menghampakan kami walaupunnnnn terkucil skit. Mamat lagi sorang yang rambut ala-ala awan nano tue, kami belum sempat berkenalan. Suara dia boleh tahan juga.

Bagi sesiapa yang tercampak di Batu pahat, meh lah datang tengok Gfadz perform. Harga makanan seperti di restoran-restoran biasa. Tak mahal okeyyyy.... Ada screen TV besar, kalau nak layan bola pown boleh.

Malam semalam saya makan Spageti Carbonara, harganya RM12.00 sahaja. Tak mahal kannnn....


Okeyyy...dah layan clip vedio di atas? So, macam mana? Okey tak????

Kalau nak tengok banyak lagi lagu-lagu yang dimainkan GFadz, boleh ke SINI atau di SINI atau di SINI.

☻♥☻

/█\/█\

.||.||. 



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Terubat Rindu Pada Jemarimu



Okeyyyyyy.....jangan salah sangka. Saya baru pulang dari berdating dengan en.hubby dari Restoran Gangnam Bunga Tanjung. Rindu pada jari jemari Gfadz disaat beliau menggoreng lagu-lagu  permintaan telah terubat.

Kalau dulu di MK Cafe & Bistro Parit Raja, tapi kini di Hotel Garden Bandar Penggaram. Album terbaru Gfadz akan keluar tak lama lagi. Tak sabarnya♡♡♡♡♡♡

《Bagi yang belum tahu siapa Gfadz, bolehlah tengok beberapa N3 saya di bawah label tag ●Gfadz-HB46●


Hurmmmmmm..... malas cakap banyak, gambarpun tak dapat di upload, taktau kenpa, mungkin dengki dengan saya atau saya yang tak pandai guna Note II ni lagi. Jadi ssekarang saya nak tido dengan nyenyaknya.



JUDIKA ☆ Aku Yang Tersakiti ☆
:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

01 December, 2012

Durian oh Durian

Musim durian telah tiba rupanya. Kami dah lama tak balik kampung Batu Pahat disebabkan kesebokan dan ketidak kesempatan akhir-akhir ini. Sehinggalah en.hubby menerima panggilan dari seorang pakcik di kampung yang menyuruh kami balik kerana durian dah banyak gugur tak ada yang dah nak makan lagi.

Ha!!!!! Musim durian ker? Ohhhh, sorry tak tahu sebab..... berhampiran rumah kami tu ada sebuah warung yang memjual durian. Tapi macam sepanjang tahun dia menjual durian. Maka kami telah menjadi keliru dengan musim buah. 

Patutlah sekarang ni orang semua sebok dengan Durian Crepe.

Jadi...baliklah kami ke kampung petang tadi selepas swimming class.

Tarraaaaa....

 Haaa... berbakul. Dah setengah bakul baru teringat nak bersnipsnap...

Konon-konon lah nak jadi org kerdil dan makan durian yang besar


Tolonggggg!!!! Hantu Durian datang..

Sebiji saya makan sorang. Hahahahaha!

Dah puas, jangan lupa minum air putih dalam pangsa. Di khabarkan dapat menyejukkan badan. Baca selawat dulu yepp.

Sebeleum tue, semalam Danish dah makan dulu. Tengok tu dia layan perasaan sorang-sorang sebab semalam saya tak berapa sihat. So, dia takda geng laaa.

Yang ni... cuba peratikan betul-betul. Ada lubang yang dalam kan. Haaaa, inilah durian yang telah ditebuk tupai.


Jadi...tidaklah saya ke jemputan makan durian yang dianjurkan Cik Safni esok di Labis. Rasanya akan ada sepasang kekasih yang akan ke sana.


Mood : Menanti siaran langsung Malaysia vs Indonesia sebentar nanti. Hari ni tengok kat rumah jep sebab, nanti midnite nak pergi tengok Acoustic live band. owhhhhh rindunya dengan jari jemari GFadz.




:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

22 July, 2012

Rahmat Allah Tidak Pernah Putus

Adakalanya fikiran kita rasa sangat berserabut, perasaan kita rasa tidak menentu, apa yang kita buat semuanya bagai tidak kena, solat dan ibadah tidak dapat dirasa kemanisannya. Seolah-olah ada sesuatu yang perlu kita dapatkan untuk menenangkan fikiran dan hati kita yang berkecamuk.

Lihat sahajalah apa yang berlaku di sekeliling kita, pembunuhan di sana-sini. Pelacuran yang berleluasa. Anak-anak yang derhaka kepada kedua ibu bapa, remaja-remaja yang terjebak dan hanyut dalam gejala sosial, pembuangan bayi yang tidak berdosa menjadi-jadi.

Kehormatan umat Islam dipersendakan dan bermacam-macam lagi. Semuanya menyayat hati dan perasaan kita. Itu tidak termasuk tekanan kerja dan pengajian yang terpaksa kita harungi setiap hari.

Jalan meraih ketenangan

Sesungguhnya Islam itu agama yang sempurna. Ia kaya dengan pelbagai perbendaharaan dan khazanahnya yang indah dan seni. Oleh kerana itu, kita melihat agama Islam itu sentiasa dicemburui dan cuba dinodai kesucian dan ketinggiannya oleh musuh-musuh Islam.

Cuma, kita yang tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan segala keistimewaan Islam kerana kita sendiri tidak cukup mengenal agama yang kita warisi.

Menjadikan al-Quran sebagai wirid

Islam menyarankan beberapa perkara yang baik untuk kita lakukan ketika berhadapan dengan situasi sebegini. Antaranya, kita digalakkan membaca al-Quran dan menjadikannya sebagai wirid.

Hendaklah kita bertafakur tentang kandungan ayat-ayatnya dan mendalami mutiara-mutiara maknanya untuk mengeluarkan daripada perbendaharaan dan permatanya sesuatu yang akan melapangkan dada. Menambahkan lagi keyakinan dalam beragama dan menghadirkan kebesaran pemiliknya iaitu Allah SWT. Di samping itu, janganlah kita mengabaikan adab-adabnya.

Ulama berkata: “Sekiranya kamu melayarkan kapal di dalam lautan ini, kamu akan memperolehi kejayaan dan kerehatan (ketenangan) dalam pelayaran tersebut. Akan datang kepadamu angin kegembiraan dari wangiannya yang suci, dan bauannya yang semerbak bernilai dan mengadap kepadamu kelembutan inayah dengan kesempurnaan pilihan yang disertai dengan ri’ayah pembelaan Allah. Kamu akan ketahui perkara yang belum pernah kamu ketahui dan memahami perkara yang belum pernah kamu fahami."

“Maka terhasillah bagimu segala cita-cita dan tercapailah segala keinginan dan kegembiraan. Maka selepas itu berusahalah mengulang-ulang membacanya dan tenggelam di dalam lautan rahsianya. Berwaspadalah daripada meringan-ringankannya dan tergopoh-gapah ketika membacanya.”

Menyelami kitab-kitab ahli hikmah

Para ulama juga menyarankan kita menjadikan bacaan kitab-kitab tasauf sebagai wirid. Hendaklah kita perkemaskan renangan kita di dalamnya. Jadikan ia sebagai sahabat dan teman bermesra pada waktu pagi dan petang, dan pegangan dalam semua keadaan.

Taklifkan diri kita beramal dengan isi kandungannya dan meninggalkan perkara-perkara yang ditegahnya. Insya-Allah, hati kita akan menjadi lembut dan berasa lebih tenang menghadapi apa jua keadaan.

Istiqamah dalam perhambaan

Sebagai manusia kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan dosa. Namun kita tidak sepatutnya dikalahkan oleh kesalahan yang kita lakukan hingga bersikap pesimis dan berprasangka buruk dengan Tuhan. Kita seharusnya ingat bahawa setiap kejadian Allah itu ada hikmahnya.

Sheikh Ibnu Atoillah r.a membongkar satu lagi hikmah Allah dalam kalam hikmahnya yang indah yang berbunyi: “Apabila kamu terlanjur melakukan suatu dosa, maka janganlah kamu jadikan ia sebagai sebab kamu patah hati daripada beristiqamah bersama Tuhanmu, kerana kadang kala ia merupakan dosa terakhir yang ditakdirkan ke atas kamu”.

Kita tidak seharusnya merasa putus asa daripada beristiqamah bersama Allah apabila terlanjur melakukan dosa. Dengan bersikap sedemikian, hanya akan menjadikan dosa kita lebih besar.

Istiqamah bermaksud sama keadaan dalam ubudiah terhadap Tuhan. Dosa tidak menyekat seseorang hamba itu daripada terus istiqamah dalam perhambaannya kerana seseorang hamba itu tidak dapat lari daripada takdir yang telah ditulis baginya.

Cuma, perkara yang menghalang seseorang daripada istiqamah ialah jika dia berterusan melakukan dosa tersebut. Malah bertekad untuk mengulanginya. Menginsafi hakikat ini, maka wajiblah hamba tersebut segera bertaubat kerana berkemungkinan ia adalah dosa terakhir yang ditakdirkan baginya.

Kadang kala kesalahan itu juga merupakan suatu rahmat dan peringatan buat kita yang sedang lalai atau leka. Apabila kita terjatuh, maka kita akan lebih berusaha untuk bangun dan maju ke hadapan. Setelah itu, kita dapati ia merupakan dosa terakhir yang ditakdirkan bagi kita.

Perhatikan, telah berapa banyak perkara sebegini terjadi kepada orang yang pernah melakukan dosa besar. Sebelumnya mereka adalah seorang pencuri, tetapi kemudian menjadi orang yang mulia. Di antara mereka ialah tokoh sufi yang terkenal, Ibrahim ibnu Adham.

Beliau bertaubat setelah mendengar suatu bisikan ketika sedang berburu. Setelah itu beliau sering berdoa dengan doanya: “Ya Allah! Pindahkanlah aku daripada kehinaan maksiat kepada kemuliaan ketaatan.”

Begitu juga Fudhail ibnu ‘Iyadh r.a yang asalnya seorang penyamun. Sebelum bertaubat, dia begitu berminat dengan seorang jariah. Pada suatu hari, ketika memanjat dinding rumah jariah itu, dia mendengar suara orang yang sedang mengalunkan ayat 16 surah al-Hadid: 
Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyu’ hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasiq-derhaka.

Selepas mendengar ayat itu datang keinsafan di dalam hatinya sehingga hari ini kita mengenalinya sebagai seorang ahli sufi yang terkenal. Justeru, jadikanlah mereka sebagai model yang boleh membuka minda dan hati kita untuk bersangka baik dengan Allah.

Banyak ayat dan hadis yang mengingatkan kita tentang keluasan rahmat dan keampunan Allah. Di antaranya, Allah SWT berfirman yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): 
Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat)! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dialah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Zumar: 53)
Allah SWT juga berfirman : Dan tiada sesiapa yang berputus asa dari rahmat Tuhannya melainkan orang-orang yang sesat. (al-Hijr: 56). Dalam surah Yusuf, ayat 87, Allah SWT juga berfirman: Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah melainkan kaum yang kafir.

Sabda Rasulullah SAW: “Setiap anak Adam pasti melakukan kesilapan. Sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan ialah orang yang bertaubat daripada dosanya. Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi mereka yang sentiasa mensucikan dirinya”.

Maka bersempena Ramadhan yang mulia ini marilah kita, sebagai hamba-hamba-Nya yang banyak melakukan kesalahan berazam tidak sekali-kali berputus asa daripada berusaha dan kekal beristiqamah pada jalan ‘ubudiah walau betapa perit dirasakan melalui jalan yang satu ini.
sumber: https://epondok.wordpress.com

RAPUHNYA HATI KITA MELAWAN BISIKAN SYAITAN


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

16 July, 2012

Selamat Ulang Tahun My Luv & My Dad

Semalam dan semalam kepada semalam adalah hari ulang tahun 2 orang jejaka yang paling saya sayangi iaitu En.Hubby pada 14 Julai & En.Ayah pada 15 Julai. Saya doakan kedua-dua mereka ini sentiasa berada di bawah lindunganNya dan diberikan kesihatan yang baik sentiasa. 

Dua-dua jejaka inilah yang menjaga saya, sejak lahir En.Ayah menjaga saya dan membesarkan saya walau apapun yang terjadi, ketika beliau susah dan senang tetap akan membahagiakan anaknya. 22 tahun kemudian, tugas tersebut beralih tangan ke En.Hubby yang benar-benar sayangkan saya (cheeewahhhh saya tahulah). Tak pernah beliau menghampakan permintaan saya, susah ataupun senang, cepat atau lambat tetap dia akan adakan setiap keinginan. Alhamdulillah.....

Semalam saya dan adik ipar buat surprise. Kami pergi makan malam di MK Cafe & Bistro...alaaaa tempat feberet kami tue, siapa masih ingat lagi? Ada banyak entry saya mengenai Gfadz HB46 & Indra. Mereka adalah pemuzik aqoustic terbaek pilihan saya. Sebelum ke MK, saya dah massage GFadz dulu bertanyakan adakah mereka perform malam semalam. Alhamdulillah mereka ada, so saya buat permintaan suruh GFadz nyanyikan lagu Happy Birthday untuk En.Hubby. Hubby memang tak sangka saya akan bermesej secara rahsia dengan GFadz. Thanks Gfadz...




Semalam juga ada special request suruh En.Hubby nyanyi. 
Lagu Browrey Marantika; Biar Bulan Berbicara.Video ni nanti esok baru saya upload sebab lama bbenorrrr nak menunggunya.

Untuk ayah pula, awal-awal lagi hadiah sudah diberikan. Sebuah Al-Quran electronic. Kami adik beradik berkongsi untuk belikan En.Ayah Al-Quran nie. Actually dia yang pernah terbitkan kata-kata; 

"Al-Quran yang guna pen tue baguslahhh. Ayah nanti boleh selalu mengaji dengan tajwid yang betul. Selama ni mengaji mak saja yang tunjuk ajarkan tajwid, lepas ni tak payahlah nak minta tolong mak, dia ada banyak kerja"

Nilahhh Al-Quran Electronik pemberian kami. Ayah....kami semua sayangkan ayah seluruh jiwa raga kami & setiap nafas kami ayah tetap dihati....


Inilah ayah kami yang tercinta....

Dengan cucunya Puteri Aleeya Fatimah.... bisikan rahsia, hanya kami jer yg tahu apa yg dibisikkan.... hehehehe lawak sangat masa nie... :)

Ayah diwaktu mudanya...handsome tak???

Ayah suka melancung... Semoga ayah sihat selalu & dapat menunaikan Fardu haji tahun nie dengan Mak yang dikasihi....

Amin................


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

03 June, 2012

Diorang memang Awesome!!!

Ni sesi mempromote 2 orang jejaka tampan dari Batu Pahat, GFadz & Indra dari kumpulan HB46. Diorang ni pemain gitar secara acoustic dan boleh main macam-macam lagu. Tapi bukan unplug jer diorang boleh petik, gitar electrik yang man kidal guna tu pun boleh tau. Setiap permintaan tak pernah tak pernah diahampakan dan semestinya memberikan lebih dari apa yang kita harapkan. Ada tak sesiapa dari anda pernah ternampak video yang saya upload ke blog ini tentang 2 orang jejaka tampan ni? Yang paling awesome Hotel California, which is my favorite.

Semalam diorang berdua perform live di Dataran Penggaram Batu Pahat sempena 100 Tahun Kelab Batu Pahat. Dipersilakan bingkisan mereka, tapi sorry malam ni tak dapat upload video terbaru mereka sebab dah nak rushing balik JB sebelum tu nak singgah lagi di MK minum kopi sebelum bertolak balik.




Indra Syahrul, HB46
Yang bawah nipeminat baru mereka, anak saudara I, Farzana Najwa.....
Indra & Nana

GFadz & Nana


Gfadz Fadzil, HB46


Okay lahhh okey lahhhh... saya upload jugak video dari single pertama mereka yang dah lamaaaaaaa sangat di pasaran. GADIS KOREA... so please enjoy.



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

28 May, 2012

Tribute to Sudirman : MERISIK KHABAR

Sana-sini kita tengok, dengar dan lihat Sudirman di mana-mana. Panggung wayang pown sedang tayang Filem Hooray Hooray, radio-radio juga ada buat segmen tentang memperingati Sudirman, lagu-lagu berkumandang setiap masa berselang-seli dengan lagu-lagu popular. Ingatkan petang esok nak pergi tengok Filem Hooray Hooray dengan hubby. Harap-harap filem musical ini tidak menghampakan.

Bagi peminat blog saya, mesti selalu tengok saya post video yang tak berapa terang dari sebuah restoran di Batu Pahat (MK Cafe & Bistro). Actually me & my hubby dah addict dengan budak dua orang ni, tapi antara dua ni saya lebih suka dengan GFadz, penyanyi utama. Bukan jer suara dia lunak merdu, tapi jari jemari dia tue yang buatkan saya tak kelip mata bila tengok dia perform. Kadangkala dah nak balik, tapi punggung masih melekat di kerusi. Tu yang sampai tutup kedai baru nak angkat kaki.

Jom tengok lagi video yang tak berapa nak terang. Lagu-lagu Sudirman...

MERISIK KHABAR COVER BY GFADZ & INDRA,  ACOUSTIC GUITAR


Untuk anda yang sedang berada di Batu Pahat atau yang akan berada di Batu Pahat, sila ambil perhatian:
"PERHATIAN KEPADA PEMAIN GITAR DI BATU PAHAT J0H0R, HB46 AKAN MENGADAKAN PERTANDINGAN STREET GUITAR. YURAN RM10 BAGI SATU PENYERTAAN, HANYA LAGU-LAGU SUDIRMAN SAJA YG B0LEH DI BAWA. TARIKH PENYERTAAN ADALAH 2hb hingga 10hb JUNE 2012. LOKASI DI BANDAR PENGGARAM."
Jom ramai-ramai.....

Haaaa...disebabkan video selalu tak berapa nak terang, mesti u all nak tengok sangat camner ghuper Gfadz.... Haaaa nilah Gfadz;


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Tribute to Sudirman : Medley... Ayah & Ibu dan MERDEKA

Jom dengar lagu dendangan secara acoustic oleh GFadz & Indra, Ayah & Ibu dan Merdeka walaupun belum bulan merdeka....


Ni lahhh Gfadz & Indra :-

Eccee'eehhh...jd Duta Belia nampak...

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Tribute to Sudirman : PENYAMBUNG WARISAN





:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

05 May, 2012

Buta Wajah...





mengapa kini kau bilang padaku

"ku telah jemu memandang wajahmu"
padahal dulu aku milikmu

dulu kita selalu pergi picnic
sekarang kau mudah merasa panic
mengapa cinta kau mudah lupa?

dulu kau pamerkan aku pada orang-orang
kini kau bandingkan aku dengan semua orang

kau buta wajah
tidak pernah kenal erti hidup sebenar
kau buta wajah
tidak pernah kenal erti lelaki sebenar

dengan aku pisah
kerna kau pilihnya
kau buta wajah

wooooOO

kau buta wajah
tidak pernah kenal erti hidup sebenar
kau buta wajah
tidak pernah kenal erti lelaki sebenar
2x

kau buta wajah

kau buta wajah
tidak pernah kenal erti lelaki sebenar
kau buta wajah




:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

02 May, 2012

Ku Ingin Kamu cover by GFadz

Minggu ini minggu terakhir untuk drama Cinta Buat Emelda. Salah satu lagu yang terkesan dalam hati yang dipilih sebagai OST dalam Cinta Buat Emelda adalah Ku Ingin Kamu. Walaupun saya tak baca novel Kasih Antara Kita, tapi saya yakin cerita ini memang sangat baik untuk dijadikan tatapan dalam bentuk drama.

Jalan cerita yang memaparkan pengorbanan seorang wanita yang membakar diri untuk menerangi orang lain menjadi penguat semangat untuk wanita-wanita diluar sana. Watak Emelda yang tidak ubah seperti lilin itu merupakan satu watak yang sangat noble pada saya. Emelda mengorbankan seluruh hidupnya untuk menjaga kehormatan seseorang yang sangat dia sayangi dan berharap kembarnya itu pergi dengan tenang tanpa ada benci dalam diri orang lain.

Kadang-kadang Tuhan turunkan petir dan kilat, 
Kita menangis mencari di mana hilangnya matahari, 
Rupa-rupanya Tuhan hendak beri kita pelangi

Dengarkan dendangan lagu Ku Ingin Kamu dengan petikan gitar akustik dari GFadz HB46.





Demi semua yang aku jalani bersamamu
Kuingin kau jadi milikku
Kuingin kau disampingku

Tanpa dirimu ku hanya manusia tanpa cinta
Dan hanya dirimu yang bisa
Membawa syurga dalam hatiku

Chorus
Kuingin engkau menjadi milikku
Aku akan mencintaimu
Menjagamu selama hidupku
Dan aku kan berjanji
Hanya kaulah yang kusayangi
Ku akan setia disini
Menemani

Sentuhanmu
Bagaikan tangan sang dewi cinta
Yang berhiaskan bunga asmara
Dan membuatku tak kuasa

Ulang chorus

Di setiap harung gerak
Tersimpan di hati kecilku
Bahwa dirimu terindah untukku

Ulang chorus

***
Selama ku masih bisa bertahan
Selama ku masih bisa bernafas
Selama Tuhan masih mengizinkan
Kuingin selalu menjagamu

Ulang *** 3x

Selama ku masih bisa bertahan
Selama ku masih bisa bernafas

Originally by Romance Band

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Kau Dan Aku cover by Indra Syahrul HB46

Ni lagu permintaan untuk Indra. Susah sangat nak dengar dia menyanyi, kalau GFadz pegi toilet jer, barulah leh dengar dia nyanyi. Suara sedap, sebutan jelas tapi malu-malu. At first request lagu Lagu Kita by Aizat, dia macam blur jer, pastu tukar lagu Sungai Lui, mcm blur jugak...last-last dia yang request balik, lagu Kau Dan Aku. Jom layan suara Indra, mahal nie tau sebab susah nak dengar. Hehehehe....

Maaf kualiti video tak berapa baik...tapi suara masih boleh dengar kannn.....

Indra dan GFadz ada kekuatan masing-masing. Gfadz suara memang lunak, nak-nak masa dia tarik not tinggi, walaupun nampak macam payah, tapi sedap jugak kedengarannya. Suara GFadz buat masa ni belum ada dipasaran. Suruh jer dia bawa lagu apa, mesti kita akan rasa dia bawa lagi best dari penyanyi asal.

Indra nie plak, suara jelas kalau dia nyanyi, sebutan sebutir-sebutir, kalau lagu-lagu Aizat danlagu-lagu yang slow moving memang dia sesuai bawa. Dengar atas tue yea, sedap tak dia nyanyi? Jangan malu-malu sangat tau Indra, muka tu jangan tutup dengan rambut, duk atas stage semunyik blakang stand microphone.
Hehehehe....JANGAN MARAH INDRA...

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

01 May, 2012

Medley special by GFadz

Memang GFadz tak pernah menghampakan kami....
Walaupun beraksi sendirian tetap menghiburkan...


Dengarkan dendangan medley lagu-lagu dari single HB46

sorry mutu video tak berapa baik...tapi suara GFadz lunak kannnn.....


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

KOSONG cover by GFadz & Frenz




Sorry, kualiti video tidak memuaskan...tapi okeyyy kan. Layan jewrrr


Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu,
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong 2x

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Kosong 2x

Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar

Kosong .. kosong..
Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

kosong.. kosong..

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Kosong 2x

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong 2x





:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

29 April, 2012

MK Lagi...Admirer Jejarimu...

Nampak sgt kitorg dah addict dengan HB46 nie, especially GFadz kannn. Admirer dengan jari jemarinya yg cekap memainkan semua lagu permintaan. Tak pernah menghampakan langsung malah setiap kali pasti mengagumkan...So, kami berdua takkan lupa tengok diorang perform stiap kali balik kampung. And sekarang, kami especially me suka balik kampung :) (it is my in law home okeyyyy)

Malam semalam GFadz perform sorg diri, ntah kemanalah Indra pergi, tapi tetap menghiburkan. Gfadz ada luahkan juga kepenatan bila beraksi seorg, tapi dia tetap teruskan walaupun tak ramai pelanggan malam semalam.

Lagu madley dari single HB46 didendangkan dengan penuh semangat sejurus selepas permintaan saya untuk lagu Joget Batu Pahat. Best lagu nie, first time kitorang dengar 2 minggu lepas (dia jugak yg nyanyi). Bila balik, kami search google lagu ni dengar penyayi sebenar nyanyi.....yesS of course comment:
 "Gfadz bawa lagi best".


Haaa...ni dia lirik lagu Joget Batu Pahat. Ada satu daerah tak dimasukkan....certeka daerah mana?

Tanah Yang Indah Di Negeri Johor
Batu Pahat Daerah Makmur
Sungai Mengalir Ke Kuala
Dari Simpang Kanan Dan Kiri
Di Hulu Sungai Kampunglah Medan
Parit Sulong, Pekan Nan Indah
Bukit Pasir dan Tongkang Pecah
Semerah Letak Di Utara
Chorus
Bandar Penggaram Tempat Berniaga
Ramai Yang Membeli Belah Disana
Pisang Salai Di Parit Raja
Air Hitam, Tempat Pelancong
Gunung Banang Tinggi Mengawan
Nampaklah Dari Bukit Soga
Istana Hinggap Sultan Johor
Raja Adil Daerah Makmur
Sri Gading Utuh Terbina
Rengit, Senggarang Tak Kurangnya
Minyak Beku Batu Di Pahat
Nama Diberi Sempenanya
Dahulu Kala Ia Dibuka
Oleh Dato' Bentara Luar
Satu Haribulan Januari
Satu Lapan Sembilan Empat 
Lagu Gubahan : Encik Zaidin Bin Hj. Noor (Batu Pahat)

Bestt tak lagu nie??? Bangga tue hubby saya bila dengar lagu ni. Heheheh.... Hahaha....first time bergambor ngan GFadz nie sejak rasanya kali ke 4 tengok dia perform live.







:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...