Siapa kat sini tak pernah berhutang? Mustahillahkan....mesti ada, tak banyak sikit pun mesti ada terutamanya hutang pada ibu bapa. Bila nak bayar tu kannn. Kalau dihitung hutang kita dengan ibu bapa, mesti tak terhingga jumlahnya. Sampai kiamat pun tak habis bayar.
Bagi fresh graduate tu, tolong jangan kata tak ada hutang. Bekas-bekas pelajar baru, mesti ada hutang pinjaman pelajaran yang perlu diselesaikan. Almaklumlah, PTPTN kan sangat bermurah hati nak bagi pinjaman pelajaran. Dah pandai pinjam PTPTN tu, sila lah bayar dengan segera selepas tamat belajar dan sesudah dapat pekerjaan. Bagi yang dah lama kerja tue, mestilah kan hutang dengan bak beli kereta. Siapa kat sini yang beli kereta secara tunai? Ada ker??? Datuk Datin pun beli hutang tau.
Yang dah nak kawin tue, tolong yea, jangan buat pinjaman untuk perkahwinan. sangat tidak digalakkan. Nanti bila dah beranak pinak, hutang kahwin tak habis bayar lagi. Dan jangan sampai ada yang bercerai dikala hutang pinjaman perkahwinan tak langsai lagi. Haru biru jadinya tau.
Sebenarnya saya nak cerita pasal hutang dunia. Wahhhhhh.... kelasZ kau Jah!!! Nak bagi tahu ni, semua negara mempunyai hutang masing-masing, dan sekarang saya nak senaraikan 20 negara yang mempunyai hutang paling banyak di bunia.
Laporan ini dipetik daripada data Bank Dunia tentang 75 negara dengan kemampuan ekonomi terbesar yang memiliki beban hutang paling tinggi dibandingkan ratio Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Laporan yang dimuat majalah Forbes ini membandingkan 20 Negara Penghutang Terbesar di Dunia :
1.Ireland
Ratio Hutang (% KDNK): 1352%
Hutang luar negeri: $2.39 juta
KDNK : $177.3 juta
2. Britain
Ratio Hutang (% KDNK): 427.6%
Hutang luar negeri: $9.26 trillion
KDNK (prediksi): $2.17 trillion
3.Belanda
Ratio Hutang (% KDNK): 395.6%
Hutang luar negeri: $2.58 trillion
KDNK (prediksi): $652 juta
4.Switzerland
Ratio Hutang (% KDNK): 390%
Hutang luar negeri: $1,23 trillion
KDNK (prediksi): $316.1 juta
5.Belgium
Ratio Hutang (% KDNK): 345.6%
Hutang luar negeri: $1.32 trillion
KDNK (prediksi): $381.4 juta
6.Denmark
Ratio Hutang (% KDNK): 315.2%
Hutang luar negeri: $627.6 juta
KDNK (prediksi): $199.1 juta
7.Sweeden
Ratio Hutang (% KDNK): 275%
Hutang luar negeri: $916.42 juta
KDNK (prediksi): $333.2 juta
8.Austria
Ratio Hutang (% KDNK): 268.9%
Hutang luar negeri: $869.13 juta
KDNK (prediksi): $323.2 juta
9.Perancis
Ratio Hutang (% KDNK): 247.2%
Hutang luar negeri: $5.22 trillion
KDNK (prediksi): $2.11 trillion
10.Portugal
Ratio Hutang (% KDNK): 231.5%
Utang luar negeri: $538.1 juta
KDNK (prediksi): $232.4 juta
11.Hong Kong
Ratio Hutang (% KDNK): 218.8%
Hutang luar negeri: $659.27 juta
KDNK (prediksi): $301.3 juta
12.Norway
Ratio Hutang (% KDNK): 208.9%
Hutang luar negeri: $577.80 juta
KDNK (prediksi): $276.5 juta
13.Finland
Ratio Hutang (% KDNK): 205.7%
Hutang luar negeri: $376.8 juta
KDNK (prediksi): $183.1 juta
14.Jerman
Ratio Hutang (% KDNK): 189.4%
Hutang luar negeri: $5.33 trillion
KDNK (prediksi): $2.81 trillion
15.Sepanyol
Ratio Hutang (% KDNK): 184.7%
Hutang luar negeri: $2.53 trillion
KDNK (prediksi): $1.37 trillion
16.Mesir
Ratio Hutang (% KDNK): 175.3%
Hutang luar negeri: $594.60 juta
KDNK (prediksi): $339.2 juta
17.Itali
Ratio Hutang (% KDNK): 154.6%
Hutang luar negeri: $2.71 trillion
KDNK (prediksi): $1.76 trillion
18.Hungary
Ratio Hutang (% KDNK): 124.2%
Hutang luar negeri: $231.33 juta
KDNK (prediksi): $186.3 juta
19.Australia
Ratio Hutang (% KDNK): 108.8%
Hutang luar negeri: $891.26 juta
KDNK (prediksi): $819 juta
20.Amerika Syarikat
Ratio Hutang (% KDNK): 95.9%
Hutang luar negeri: $13.67 trillion
KDNK (prediksi): $14.25 trillion
Alhamdulillah.... Malaysia tak termasuk dalam senarai di atas. Tapi.... boleh percaya ke Amerika Syarikat tu duduk di tempat ke 20. Tapi, boleh percaya jugakkan....mereka kannnnn...
Sumber : Majalah Forbes & Kudin