Showing posts with label SDARY LEGEND 97. Show all posts
Showing posts with label SDARY LEGEND 97. Show all posts

06 January, 2013

Berbadminton pula......



Hari Jumaat yang lepas, seperti yang dikhabar-khabar di dalam N3 Bowling Antara Legend, saya dan kawan-kawan termasuklah the awesome GBS, telah pergi memanaskan diri, membakar kalori, meringankan sendi di CKF Badminton Court, Jalan Kempas Lama.

Auwmmmmm....macam tak percaya k0, kitorang semua boleh berbadminton. Haaaa, lepas tu, hamek laaa sorang-sorang kesakitan kesendian, lengan, tengkuk, kaki, betis, paha semua.

~We are the awesome GBS~







Haaa, lepas dah berpenat lelah, bleh plak lepak-lepak lagi kat Restoran Zam-Zam Setia Tropika, 5 minit jer drive dari court badminton. Lebih kurang pukul 2 pagi jugak lah masing-masing beransur mengangkat punggung dan blah.


Hurmmm...ngatkan kat courte jer ada lampu menyilaukan gambar, kat restoran ni pown ada jugak.

OK peace...., turun berat badan 0.2kg jerrrr, tapi makan lebih 1kg. Bolehhh?

 
Yang ni Encik Abu, masih single. Amboiiii, teruk betul naaaa. Kat rumah, kat opis, tengah drive, asyiklaaa berwasap. Kat sini dah jumpa pown nak layan wasap jugak. Semua orang dah simpan gadget masing-masing. Encik Abu tak simpan lagi yepppp!

'iPhone 5 tu yeaaa katanya....' sedang menyesuaikan diri.

Ape cerrrr plak Kak Nida a.k.a Cikgu Hanida tue yep, sampaikan Encik Arip buat muka tengek macam tue? Ni pasal abang mamak tu ker? ChoiiiyyyYYyy!!!

(semua pict di curi dari FB Boss Princess Sagi)
Jangan marah yeppp Darling :)



Okeyyy...perhatian semua Legend SDARY 97.: 
Kami akan bersukan, mengecilkan badan, meregangkan otot-ototan, bersenam-senaman, berbadmintotan setiap 2 minggu sekali. Kalau ada sesiapa yang ada kelapangan, silalah ke CKF Badminton Court, Jalan Kempas Lama.. Kutipan bayaran akan dibuat pada yang hadir pada hari tersebut. Marilah sama-sama memeriahkan majlis yeaaaa.

Next meeting - 18 Januari 2012. Jumaat yeaaaaa! Court dah chop (cheeewah macam sekolah-sekolah dulu). Okeyyy lagi sekali. Court dah chop start pukul 9.00 malam. Datang lah awal yeaaaa. Booking 2 jam dahulu, maknanya sampai pukul 11.00 malam. Kalau permintaan memberangsangkan, dan semua macam tak cukup tanah, ehhhh salah, tak cukup gelanggang, kita tambah 1 jam lagi sampai pukul 12.00 tengah malam. 

Okeyyy guys & GBS... berjumpa kita di sana 2 minggu lagi....




:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

01 January, 2013

Selamat Tahun Baru 2013



Selamat pagi 2013.....

Hari ni kerja  seperti  biasa dengan mata sedikit kuyu sebab  berkarok malam tadi dengan  geng GBS. You all girls memang very the vogue and the vasssss. Thanks to my dior Jammy,  Lis, Ryn, Farah and Lina.



Harapan......semoga tahun 2013 ni lebih bersinar dari tahun-tahun sudah.

Impian......biarlah rahsia.

Ucapan from my luvly Sis... copy paste untuk share dengan u all...


" New Days, 
New Time, 
New Moments 
Ahead Are Waiting For You.
Its Time To Welcome The Fresh.
New Year With Fresh Hope,
Fresh Expectations, Forget The Past.
Just Think About Ahead.
May The Every Moment Of Coming New Year 
Brings Happiness And Prosperity In Life, 
Enjoy The Every Moment Of Life.
May Your All Dreams Come True 
In This Coming Year, 
Hope You Get Everything You Wanted In This Year.
Life Comes Only One Time,
So Live Life to the Fullest and Enjoy Every Moment. 


Wish You all Happy New Year!!!!!!!!!! "




♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡ 2013 ♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

30 December, 2012

Bowling Antara Legend




23 Disember 2012 yang lalu berlangsung lagi satu perjumpaan antara SDARY Legend 97 bertempat di Ampang Superbowl, Pelangi Leisure Mall, Johor Bahru. Pertanding antara batch secara suka-suka berlangsung sangat meriah dengan sorakan, hilai, tawa, kegembiraan, ejek, sakat, dengki, kesemuanya menjadi satu. Rasa itulah yang menjadikan kami akrab seperti 15-20 tahun dulu.

Walaupun antara kami sudah berpasangan, beranak-pinak, berderet-deret, tapi kami akan tetap meluangkan sedikit masa untuk berkumpul bukan lagi untuk mengimbau kenangan lalu, tapi lebih dari itu, masing-masing meningkat dewasa maka kami berbicara seperti orang dewasa. Cuma kadangkala kenakalan keanak-anakkan itu akan memecahkan suasana membuatkan kami bersorak bagai remaja dulu kala.

Tak disangka-sangka ada yang menyimpan bakat. Dalam diam-diam sahaja jatuhan pinnya melebihi 300 mata dan seperti biasa juara lelaki jatuhan pinnya menghampiri 400 mata. Masing-masing pakat low profile, tapi...... masing-masing tu jugak duk golek bola sendiri. Maknanya memang kaki bowling lahh.

Inilah kami..... SDARY LEGEND 97, kami buddies tak akan terpisah.




Huhuhu... I dapat tempat ke-5 jerrrr

Men's Champion : Mr. Hasri a.k.a Asseq

Lady's Champion : Miss Hasnah a.k.a Zeira


Bagi yang belum tahu dan kini saya akan memberitahu, anda semua dijemput untuk bersama-sama dalam BOWLING AMAL ALUMNI SDARY, bertempat di Ampang Superbowl,Leisure Mall,Johor Bahru pada 13 Januari 2013 jam 09.30 pagi. Bayaran RM40.00 seorang, bermain split track, 3 game. 

Jom ramai-ramai!!!


p/s: Hujung minggu ni kami akan berbadminton pulak....



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Gala Dinner Reunion SDARY 97




Malam Gala Dinner kali ke-2 Reunion SDARY 97 telah berlangsung pada 7 Disember 2012 yang lalu di Benaffe Cafe & Bistro. Tema malam tu  Merah-Hitam seperti 2 tahun yang lalu. Entah kenapa Mrs. President masih mengekalkan warna tema yang sama. Jenuh juga nak mencari pakaian, ada tu pasti memakai baju yang sama seperti tahun sudah. Ada juga yang tercari-cari baju sehingga sehari suntuk semata-mata untuk mendapat tempat di mata juri sebagai Prince & Princess of the Nite.

Saya... simple sahaja, dengan memakai night dress bewarna merah dengan sedikit corak abstrak di tepi, sambil memadankan dengan cardigan bewarna hitam, bertudung hitam merah juga untuk menyemarakkan lagi warna hitam merah dalam dewan malam itu.

~~Me & Lis ~~

Lis-Zulzalina-Me


~~ Ladies of the nite ~~


Malam tu kitorang celebrate birthday Mrs. President sekali yang ke ehemmm ehemmmm.... Urusan majlis untuk malam tue semuanya diuruskan oleh Mrs. President seorang diri. Oleh itu, kami berbesar hati menyanyikan lagu Selamat Ulang Tahun kepada beliau. Di harap Mrs. President akan lebih berjaya di masa hadapan dan akan dapat sponsor lebih banyak majlis. 

Hehehehe.....tapi kami ada buat collection sebenarnya malam reunion tue, takkan lah kami nak membebankan terus ke bahu Mrs. President.


Jamuan malam tue memuaskan, tapi malangnya saya tidak menikmatinya bersungguh-sungguh disebabkan oleh ketidak sedapan badan dan sedikit batuk yang belum reda. Demi rakan-rakan yang dah lama tak jumpa (sesetengahnya sahaja yang jarang-jarang muncul tue)....saya hadir juga.



Beberapa acara telah disusun antaranya karoke suka-suka, tapi ada hadiah juga bagi yang bersuara lunak merdu. Acara permainan juga dilakukan untuk memeriahkan majlis.


Owhh ya, malam itu kami juga menjemput barisan senior untuk bersama-sama menyemarakkan lagi malam diner tersebut. So, mereka di bawah ni lah senior-senior kami sedang bergambar dengan Mrs. President.


Inilah yang dapat kami kumpulkan pada malam itu. Tapi, mengikut pemantauan saya reunion yang pertama lebih ramai penyertaan. Walaubagaimanapun, kami tetap akan menjadikan acara ini sebagai acara wajib setiap 2 tahun. InsyaAllah, 2 tahun lagi akan dapat dikumpulkan lebih ramai lagi. Kalau tak silap saya, dalam kelas saya cuma saya dan Ryn Dyn sahaja kerana yang lain bekerja di luar negeri Johor.



Kami Legend !!!



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

29 December, 2012

Hari Ini

Salam Semua....

Hari ini sudah hampir berakhir. Hari ini penuh dengan aktiviti. Malam ini saya akan cuba melangkah ke blog-blog kalian untuk sekaligus menutup tirai 2012 dan mengucapkan Selamat Tahun Baru....

Photo

Seawal pagi aktiviti kami bermula dengan kelas berenang kedua-dua anak kami di Kompleks Renang Mutiara. Adam Danish sudah laju kayuhan renang nya dan akan meneruskan pembelajaran untuk mempelajari kuak lentang dan rama-rama. Aqil masih berkayuh sampan, tapi sudah nampak keberaniannya untuk melakukan terjunan di kolam renang sedalam 1.5 meter.


Selepas kelas renang, melayan anak-anak makan di Kedai Mamak Zam Zam di Setia Tropika. Tapi bila saja pulang ke rumah agam Nenda mereka, masih lagi kelaparan dan mencari-cari kut-kut ada kudapan untuk mereka.

Photo: Starving

Hurmmm....roti saja yang ada. Tapi, cuba kamu teka apakah yang disapu ke roti berwarna hijau itu? Sesiapa yang dapat menjawab dengan tepat atau hampir tepat, saya rasa macam nak bagi hadiah laaaa.....

Kemudian, pukul 3.30 petang kami melangkah ke dewan peperiksaan. Subjek yang sangat payah bagi kami berdua. Tawakal saja lah, dengan membawa markah lulus dari assignment, dan berharap dapat menjawab dengan lebih baik di Dewan 3A. Kami keluar awal seperti yang dijangkakan...hurmmmm dah tak ada apa lagi yang nak di goreng kerana kertas ini adalah kertas kira-kira, subjek Sains yang memaksa kami menghafal segala formula dan juga jadual berkala.

Pemandangan di luar dewan peperiksaan, dari tingkat 3 sangat cantik. Singapura di sebelah sana.... Marilah kita balik kerana petang ini ada 1 lagi aktiviti riadah pengeluaran peluh yang perlu dihadiri.


Bergegas pulang kerumah dan menyalin pakaian. Mencari kasut bola en.hubby dan stokin tebal. menuju ke Sekolah Kebangsaan Mutiara Rini 2. Dengan cuaca yang sedikit suram, perlawanan persahabatan antara sahabat-sahabat Mutiara. hehehehe....saya jadi photographer jer.....

Photo


Perlawanan berakhir 5-4, geng hubby saya tentulah yang kalah. Hahaha......

Kejap lagi nak pergi makan Sup Cendawan dengan GBS kat Seelong. Hurmmmm sedap tau. Mabeles!!!

Owhhh ya, malam nanti draft semua aktiviti tertunda yang tak sempat update sepanjang 2012.

** Jeles sebab tak dapat joint GSF kat Melaka. Mesti sekarang diorang sedang bakar-bakar ayam!!!


Photo: Gary Agogo
Ini Gary kesayangan saya.....





:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

18 November, 2012

Santai Bersama Sdary Legend 97


Deepavali yang lalu, saya bersama kawan-kawan bekas pelajar SDARY, JB pergi bersantai di Batu Layar. Giler hapening diorang ni, walaupun masing-masing dah beranak pinak tapi perangai tetap tak ubah macam belasan tahun dulu. Walaupun kami dah tinggalkan sekolah berbelas lamanya, tapi kami tetap keep in touch, ada tu yang sudah lama berhubung sejak tiada FB lagi. So, FB ni adalah pemangkin yang paling cepat untuk lebih mengeratkan persahabatan. Jadi....jangan ada lagi yang kata, bila dah kahwin, kawan-kawan semuanya hilang. 

Jom tengok kenakalan kami...


Masa ni kami sedang santai-santai menunggu yang lain. Sambil-sambil tu makan lah apa lagi, banyak betul jamuan hari tu. Tom Yam hot-hot pown ada, steam boat (waaaaaahhhh).... tak lupa, Pisang pown ada. 



Okey... game dah mula. Hari tu kami main macam-macam game.
  • Bawa bola ping-pong dalam sudu untuk kanak-kanak
  • The Mummy (balut anak masing-masing dengan tisu tandas)
  • Kepit belon berpasangan (belon di belakang yep)
  • Belon kasih sayang (tangkap sampai dapat)
  • Jalan kaki tiga
  • Cari pasangan (sorang tutp mata, sorang pandu arah)
  • Baling pelanduk (baling belon ke kaki mangsa)
  • Teka kacang


Ada hadiah tau. yang paling grand, hadiah untuk cabutan bertuah. Saya dapat tempat kedua, nama Aqil yang naik. Hoooray !!


Dah puas bersantai di pantai, apa lagi terus terjun ke laut laaaaaa.... Wah memang seronok gila.

Lepas ni plan nak ke pulau pulak. Geng!!! nanti I buatkan budget untuk u all. Kita ke Tioman yep. So boleh start menabung dari sekarang, especially yang ada ramai tentera tue.....





:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...