Showing posts with label Cinta Tuhan. Show all posts
Showing posts with label Cinta Tuhan. Show all posts

30 August, 2013

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN



Esok...kita akan meraikan hari Kemerdekaan yang ke 56



Credit to : I-Produksi |Islam*Iman*Ihsan|


Apa pula pendapat kamu tentang Kemerdekaan???

Pendapat saya:

Kemerdekaan yang sebenar ialah membebaskan diri daripada penjajahan manusia, membebaskan diri dari agama ciptaan manusia dan membebaskan juga mentaliti daripada pengaruh yang bercanggah dengan agama Islam. Kini, walaupun negara kita telah lama bebas dari penjajahan asing, namun ia hanyalah pada zahir sahaja. Tinggalan penjajahan tersebut masih wujud pada pemikiran rakyat Malaysia. Peratus keberjayaan orang bukan Islam dalam mempengaruhi pemikiran umat Islam sangat tinggi sehinggakan kita boleh lihat kebanyakan negara Islam yang dijajah membawa identiti penjajah negara tersebut.

Di sini, kita perlu memahami konsep kemerdekaan yang sebenar iaitu apa yang telah dibawa oleh Rasulullah S.A.W dan Islam itu sendiri. Semoga diri kita bebas dari penjajahan pemikiran barat dan pemikiran yang bercanggah dengan agama Islam.

Saban tahun laungan itu diucapkan oleh kita yang bergelar sebagai rakyat Malaysia. Namun, adakah dengan laungan tersebut menunjukkan kita merdeka dengan sepenuhnya daripada penjajahan?

Seperti yang diketahui, erti merdeka yang seringkali disebut ialah kebebasan daripada penguasaan asing. Selaku umat Islam, kita perlu sedar bahawa bukan kemerdekaan sebegitu yang kita inginkan. Dipetik daripada kata-kata Rub’ie bin A’mir ketika bertemu panglima tentera Rom yang bernama Rustum :


"الله ابتعثنا لنخرج من شاء من عبادة العباد الى عبادة الله، ومن جور الأديان الى عدل اٌلإ ومن ضيق: الدنيا إلى سعة الدنيا والأخرة"
Maksudnya : “Allah mengutuskan kami (orang-orang Islam) untuk kami merdekakan manusia, daripada mengabdikan diri sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah, daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat.”
Rub’ie bin A’mir menyatakan begitu kerana hasil daripada pentarbiahan Rasulullah S.A.W.

Jadi....Merdeka kah kita sebenarnya???

 Wallahua’lam.

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

05 June, 2013

Ampunkan Aku by HB46

Lama dah saya tak layan akustik dengan en.hubby. Mesti ada kalangan anda di sini tahu kegemaran kami bila time stress dan penat bila hujung minggu. Yang tak tahu, meh saya bagi tahu. Saya dan en.hubby suka cari seorang jejaka cute ni, nama commersial dia Gfadz Fadzil (klik jer nama tu untuk ke fb beliau). Tapi memang saya jamin, kalau u all dengar dia petik gitar dan nyanyi secara akustik, memang boleh jatuh cinta.

Gfadz ni ada sebuah band yang di gelar HB46, belum glamour laa, tapi ok tau. Ada banyak lagu-lagu mereka yang bagus. Bagi sesiapa yang ada no.phone saya dan en.hubby, kami guna ringtone lagu mereka. Ringtone yang saya guna tak sama dengan ringtone yang en.hubby saya guna. Cer try....hihihi...

Ok, harini nak promote lagu baru GFadz dengan HB46. Lagu ni ditulis oleh Napie Hassan (klik jer nama tu untuk ke fb beliau). Tapi, saya tak dapat upload lagunya untuk didengar, sebab mereka tak up kan lagi lagu ni di youtube. Tapi, apa kata u all add mereka di facebook. Lagu ni ada di upload di sana.

♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥

Lagu : AMPUNKAN AKU

Semua yang ku lakukan untuk Mu
Tiap detik tiap saat kerna Mu
Semua yang ku jalankan untuk Mu
Tiap nafas tiap langkah kerna Mu

#  Andai aku pergi
    Tanpa isi hati
    Hancurlah segalanya
    Kerna terlalu mengejar dunia

Zikir yang ku lafazkan untuk Mu
Tiap detik tiap saat kerna Mu
Amal yang ku lakukan untuk Mu
Tiap nafas tiap langkah kerna Mu

Ulang #

Chorus **
Ampunkanlah dosaku
Pada setiap salahku
Ku tahu hanya Kamu
Tuhan Maha Pengampun

Sujud syukur pada Mu
Semua hanya kerna Mu
Tiada nyata bagi ku
Hanya Engkau Yang Satu

Ulang #
Ulang Chorus ** 2x

HANYA ENGKAU YANG SATU.........

♥mood●sedangtunggusingleterbaruini♥



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

21 May, 2013

Masjid Abu Bakar

Masih seperti dahulu, putih, bersih, indah, suci, murni, sejuk mata memandang. Masjid Abu Bakar yang terlatak berhadapan dengan Selat Tebrau. Tersergam megah menjadi kemegahan warga Johor Darul Tazim.

Minggu lalu saya bersolat lagi di Masjid ini, membawa ayahnda dan bonda serta 2 putera. Singgah sebentar sahaja untuk Zohor sebelum bersiar-siar lagi selepas itu. Sebenarnya kami hanya jalan-jalan tanpa arah tuju kerana membawa ayahnda saya yang sedang dalam kebosanan semenjak terlantar sakit di rumah. Dengan keadaan kakinya yang bengkak, tangannya yang patah belum pulih sepenuhnya dan perutnya yang baru sahaja 2 minggu menjalani pembedahan hernier repair  memendekkan langkahnya kerana masih belum boleh memandu kereta sendiri. Nampaklah senyum segar diwajah ayah bila saya memperlawanya bersolat Zohor di Masjid Abu Bakar. Sementara menunggu saya dan bonda siap bersolat (almaklumlah, wanita memang lama bila di masjid), ayahnda sempat bertinggung di beranda masjid mengambil angin. Walaupun cuaca sangat panas pada hari tersebut, tapi kehadiran angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan kami teringin sahaja duduk lama di beranda masjid itu.

Bila saya postkan gambar-gambar masjid indah ini di laman-laman sosial saya, ramai yang komen antaranya;
  1. Ada yang mengimbau kembali saat mereka diijabkabulka
  2. Ada yang tiba-tiba nak bersembahyang Jumaat di situ pada Jumaat yang akan datang
  3. Ada yang teringat zaman kecil bila berkhatam Quran di masjid ini
  4. Ada yang teringatkan majlis Maulidulrasul dan nasi beriyani dalam dulang
  5. Ada juga yang teringat ice cream percuma sewaktu majlis Maulidulrasul di situ
  6. Ada yang terasa-rasa kedinginan air kolah masjid ini yang sejuk sekali. Tapi rasanya dah tak ada kolah dah
 Hurmmm...apa kenangan anda di Masjid Abu Bakar ini?

Apa kata Chic Na, Mama Arina, Daddy Ziyad, Kak Zakie, Nea Lopah, A'ien, Lelamaisara, Masya atau saja rakan-rakan blogger yang lain yang luar dari Johor Darul Tazim.


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

16 May, 2013

SELAMAT HARI GURU!!!






Berburu ke Padang Datar
dapat rusa belang kaki
berguru kepalang ajar
ibarat bunga kembang tak jadi

Jika hari ini
Seorang perdana menteri berkuasa

Jika hari ini
Seorang raja menaiki takhta

Jika hari ini
Seorang Ulama' yang mulia

Jika hari ini
Seorang peguam menang bicara

Jika hari ini
Seorang penulis terkemuka

Jika hari ini
Siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
dengan lembut sabarnya
mengajar tulis baca .



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

15 March, 2013

MAKNA BACAAN DALAM SOLAT



TAHUKAH KITA MAKNA DALAM SOLAT?



Credit to : I-Produksi |Islam*Iman*Ihsan|







Ya-Allah...berikanlah aku kelembutan hati untuk mengerjakan setiap solat mu tanpa lengah-lengah atau kemalasan dalam diri. Ya, aku akui kadangkala aku sendiri alpa dengan kesebokan dunia sehingga cuai dalam mengerjakan perintah Mu.

Dah masuk waktu Zohor ni...kaum adam dah selesaikan solat Jumaat, sekarang gililan kami kaum hawa pula mendirikan solat Zohor...


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

TERGESA-GESA MENUNAIKAN SOLAT



Aduh....tak boleh tergesa-gesa menunaikan solat. Macam mana nak cakap yea... kami sering tergesa-gesa menunaikan solat setiap masuknya waktu Maghrib kerana mahu bergegas untuk ke Kelas Tusyen dan Mengaji kedua putera kami...

Jom tengok ni;



Credit to : I-Produksi |Islam*Iman*Ihsan|



Kadangkala, waktu Maghrib masuk seawal 7.15 ptg. Sekiranya waktu Maghrib sekitar waktu ini, kami tidaklah tergesa-gesa. Tapi adakala ketikanya, Maghrib masuk pada jam 7.30ptg. Kami terpaksa cepat sebab perlu menunaikan solat Maghrib terdahulu di rumah Agam dan kena cepat-cepat bersiap kerana kelas Tusyen dan Mengaji kedua putera kami terletak kira-kira 5 kilometer dari rumah agam. Ditambah dengan kesesakan lalu lintas dan bermacam kerenah pemandu di sepanjang perjalanan, kami tak mahu sampai lewat.

Kalaulah kami bertolak dari rumah agam sebelum waktu Maghrib, alamatnya kami akan terlepas solat maghrib dan mungkin juga menunaikan Maghrib dihujung waktu.

Ya-Allah, Engkau Maha Mengetahui...adakah kami mengejar dunia???




:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

12 March, 2013

Doa Saya Buat Mereka..




ALHAMDULILLAHIRABBILALAMIN HAMDAN YUWAAFI NI'MAHUU WA YUKAAFI MAZIIDAH.

YA RABBANA LAKAL HAMDU KAMA YANBAGHI LI JALAALI WAJHIKAL KARIIMI WA ADZHIIMI SULTHONIK.

ALLAHUMMA SHOLLI 'ALAA SAYYIDINA MUHAMMADDIN WA'ALAA SAYYIDINA MUHAMMAD.

Ya Allah sesungguhnya hambaMu ini memohon dengan penuh pengharapan kepadaMu Ya Allah ..sempena ulangtahun kelahiran sahabatku-sahabatku ini, Kau panjangkanlah umur mereka dan kurniakan kepada mereka kehidupan yang lebih bahagia dan berjaya dari tahun-tahun sudah. Kurniakanlah kepada mereka rezeki yang murah, melimpah ruah, banyak, berkat dan direstuimu Ya Allah. Jauhkanlah sahabat-sahabatku ini dari belenggu kesusahan, kesakitan, kemiskinan dan kebuluran, sama ada dari mereka dan juga seluruh keluarga mereka.

Ya Allah Ya Tuhanku... Bukakanlah kepadamereka pintu kebajikan, pintu keberkatan, pintu nikmat, pintu rezeki, pintu kesihatan, pintu keselamatan, pintu syurga dan segala pintu kebaikan di dunia dan akhirat. Dan aku jua memohon kepadaMu Ya Allah ...jauhkanlah mereka dari segala pintu kejahatan dan keburukan dari mereka dan juga seluruh keluarga mereka.

Ya Allah... tiada yang mudah kecuali Engkau yang memudahkan dan Kau jua Ya Allah yang menjadikan yang susah itu mudah. Maka permudahkanlah kehidupan mereka dan keluarga mereka. Jauhkanlah dari segala bala dunia dan akhirat. Jauhkanlah mereka dari pujukan iblis dan syaitan serta jauhkanlah mereka dari kejahatan manusia dan jin yang memusuhi dan jauhkanlah mereka dari pengaruh nafsu yang menyesatkan.

Ya Allah hidupkanlah mereka dengan keimanan dan matikanlah mereka bila sampai masanya dalam keimanan.Ya Allah Kau berikanlah kepada mereka kesihatan fizikal dan mental yang terbaik, terangilah hati mereka dengan cahaya hidayahMu, perbaikanlah amalan mereka dan tunaikanlah hajat mereka baik dalam agama, dunia dan akhirat. Sesunguhnya hanya engkau yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Ya Allah hambaMu ini juga memohon agar Engkau sinari diri mereka dengan cahaya Nur Mu dalam hati mereka, telinga mereka, mata mereka, kiri kanan mereka, muka mereka, belakang  mereka, atas dan bawah mereka, urat saraf mereka, dan pada darah mereka, serta daging mereka, rambut mereka dan lidah mereka.. kaki tangan mereka dan semoga Kau jadikan Nur itu pada semua pandangan dan fikiran mereka dengan rahmatMu Ya Allah yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosa mereka dan kedua ibubapa mereka serta keluarga mereka dan semua teman-teman mereka dan muslimin muslimat... kerana hanya Engkau Maha Pengampun akan setiap dosa.

Ya Allah jadikan mereka juga seorang mukminah yang solehah kepada semua yang berkaitan dengan mereka.

Ya Allah.. hambaMu ini mengakhiri permintaan ku ini..dengan permintaan semoga Kau kurniakan segala kebahagiaan, kejayaan, kekayaan dan keindahan kepada sahabat-sahabatku ini di dunia dan akhirat. Kau Jadikan mereka hamba yang beriman, bertaqwa, beramal soleh dan bersabar atas segala perintahMu dan ketetapanMu. Ampunilah segala dosa mereka sama ada yang terjadi dalam keadaan mereka sedar ataupun tidak. Jadikanlah mereka sebaik-baik wanita iaitu wanita-wanita yang solehah seindah hiasan di dunia ni. Amin Ya Allah, Amin Ya Rahman, Amin Ya Rahim, Amin Ya Rabbal 'Alamin.


SELAMAT HARI LAHIR SAHABAT-SAHABAT KU...SEMOGA PANJANG UMUR DAN MURAH REZEKI....BAHAGIA DAN BERJAYA DUNIA AKHIRAT


tHE 8 gOjEzzZ wOMeN In My HeaRt !!!!!


Lya Afrina pada 10 Mac
Deqla pada 11 Mac
Che Rose Cute pada 13 Mac
Deq's Qienz pada 16 Mac 
Cendol pada 16 Mac
Dyabunga pada 17 Mac
Kinara Kinatara pada 23 Mac
Izan Mama Mia pada 31 Mac
Lelamaisara pada 31 Mac



Amin....
:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

08 March, 2013

MEMBERI DENGAN KERENDAHAN HATI



Mari Bersedekah : 
TANGAN YANG DI ATAS ADALAH 
LEBIH BAIK DARI TANGAN YANG DI BAWAH





Credit to : I-Produksi |Islam*Iman*Ihsan|

Saya teringat pesan seorang yang sangat saya kenal rapat. Katanya:

"Kalau kau rasa kau kesempitan rezeki, duit tak cukup, harta rasa tak banyak, masa itulah masa paling sesuai untuk bersedekah." Dia menyambung 

"Kalau kau sudah senang setelah sempit, banyakkan lagi sedekah kau itu pada masa tersebut. Nescaya Allah akan meluaskan pintu rezeki".

Dalam pada itu, kita perlu selalu ingat. Rezeki luas tak bermakna akan jadi kaya raya terus. Kadang-kadang, bak kata mak saya, rezeki luas nie, macam makan seperti biasa, tapi rasa lebih kenyang dan puas bila dapat berkongsi bersama. Pendapatan seperti biasa, tapi seolah-olah cukup dan bila pendapatan yang kita perolehi lebih dari biasa, kita pula yang akan rasa tak cukup sebab kita ada banyak kehendak itu dan ini yang kadangkala diluar jangkauan sehingga membuatkan kita lupa daratan dan terlupa untuk menyimpan. Kita kena sentisa bersyukur dengan nikmat yang ada. Jangan sampai serakah dalam mencari rezeki sampai kita jadi kufur nikmat. Na'uzubillah.

Betapa Allah itu Maha Penyayang dan Maha Lembut. Di dalam kesukaran kita acapkali Dia turunkan bantuan dari sumber yang kita sendiri tak sangka. Sekali lagi kita kena sentisa mensyukuri pemberian Allah kepada kita yang datang dalam berbagai-bagai bentuk. Ucapan 'Thank You Allah' atau 'Alhamdulillah' biarlah datangnya dari hati dan kita menghayati maksudnya bukan hanya lontaran perkataan dari mulut kita.

Jadi, apabila kita mahu memberi, berilah dengan kerendahan hati dan tersemat redha dalam sanubari. Allah mengetahui, walaupun pemberian kita tidak diketahui atau tidak disedari, kita kena yakin Allah Maha Mengetahui, pencatit kebaikan tidak pernah alpa menjalankan tugasnya. Pasti kita akan medapat balasan tak dijangka suatu hari nanti.




:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

JANGAN MENCERCA ORANG



Hadis : Larangan Mencerca Orang Yang Telah Mati





Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat.”
Hadith riwayat Ahmad dan Tirmizi

Huraian:

Mencerca, memperli, memperolok-olok, mengejek, menghina, memperleceh, memperlekeh, memanggil dengan gelaran yang memalukan, menyatakan kekurangan orang secara terang-terangan dan sebagainya adalah perbuatan yang sangat dilarang oleh Allah.

Sesiapa yang mencerca orang lain sebenarnya dia mencerca dirinya sendiri. Sebaiknya selaku umat Islam kita hendaklah hidup saling hormat-menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong. Justeru, apabila mendengar cercaan atau celaan, kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan tersebut sekalipun seseorang yang dicerca itu memang telah melakukan sesuatu dosa yang mengaibkan kerana kemungkinan orang itu telah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian ganjarannya adalah amat besar di akhirat kelak.

Lebih mudarat lagi apabila kita mencerca orang yang telah meninggal dunia. Bila pula kita hendak memohon keampunan darinya. Dengan tindakan itu, kita juga telah memberi malu kepada kaum kerabatnya yang lain kerana kesahihan cerita tidak dapat kita ketahui apabila kesahihan sesuatu perkara atau rahsia itu hanya diketahui oleh simati.


Bersangka baik itu lebih baik....Wallahualam...


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

06 March, 2013

WW : KEINDAHAN ALAM


BIAR BUMI BERBICARA







:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

04 March, 2013

PRAY FOR SABAH

Jom lupakan sengketa antara kita, kita bersatu demi sebuah negara tercinta Malaysia, Tanah Tumpahnya Darahku!!!

Marilah kita sama-sama mempertahankan Negara Kita Malaysia, ketepikan semua fahaman politik, berfikiran natural, dan berhenti berbalah dan salah-menyalah antara satu sama lain.



sumber : fb Afdlin Shauki

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

01 March, 2013

Kebaikan Surah Al-Mathurat

Assalammualaikum.... Salam Jumaat yang indah.

Saya baru sahaja pulang dari pejabat pos, mengirim sesuatu untuk rakan-rakan GSF seperti yang dijanjikan sebelum ini. Kiriman tersebut hanyalah berupa cenderamata kecil yang diharap dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya. Cenderamata itu juga di kirim sebagai tanda terima kasih dari kami sekeluarga  kepada rakan-rakan GSF yang sentiasa mendoakan kesejahteraan hidup kami dalam apa jua yang kami lakukan lebih-lebih lagi selepas selesainya majlis menyambut menantu di rumah agam kami. Majlis yang berjalan dengan lancar seiring doa-doa kalian.

InsyaAllah, kiriman tersebut yang berupa surah al-Mathurat akan sampai minggu hadapan. Untuk makluan juga, surah al-Mathurat tersebut juga telah kami berikan kepada jemputan yang hadir kemajlis kenduri menyambut menantu kami pada 11-Februari yang lalu. Bezanya, jemputan yang hadir ada disertakan dengan telur pindang sebagai tanda Majlis Perkahwinan Anak Johor.

Sedikit ilmu yang saya ceduk dari sebuah buku mengenai kebaikan surah al-Mathurat untuk difahami...
Rakan-rakan yang dirahmati Allah,

“Sesungguhnya Rasulullah selalu menyebut-nyebut rahmat Tuhan, dalam satu hadis Qudsi Allah S.W.T. berfirman maksudnya : "Wahai anak-anak Adam, (sebutkan) zikirkanlah Aku selepas sembahyang subuh barang sekejap dan selepas solat asar barang sekejap maka Aku memadai kepada engkau apa yang ada diantara dua waktu tersebut maka apabila naik matahari sembahyanglah duha sebanyak 8 rakaat."
(Diriwayatkan oleh Sayyidina Hassan r.a)

Di dalam al-Mathurat adalah himpunan ayat-ayat al-Quran pilihan, doa-doa daripada Nabi S.A.W dan banyak fadilat dan kelebihannya bagi sesiapa yang membacanya selepas subuh dan selepas Asar atau Magrib.

Kelebihan mengamalkan Surah Al-Mathurat adalah seperti berikut :

  1. Tidak dihampiri syaitan
  2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
  3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
  4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
  5. Selamat dari segala sesuatu.
  6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
  7. Allah berhak untuk meredainya
  8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
  9. Terhindar daripada syirik.
  10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
  11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
  12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
  13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi, akan dipelihara oleh Allah hingga ke waktu petang. Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
  14. Mengamalkannya umpama mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W. dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.


Marilah kita amalkan zikir-zikir di dalam al-Mathurat untuk meningkatkan iman dan takwa kita kepada Allah S.W.T. dan dapat memelihara diri kita daripada gangguan sihir dan bisikan syaitan.

Jom siap sedia untuk solat Maghrib....matahari dah hampir menyembunyikan diri...


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

17 February, 2013

Meteor Jatuh di Rusia



Stop sekejap update N3 keje kahwin. Sambil mengedit-edit gambar, saya menghadap televisyen jeling-jeling Niteline TV3. Terkejut dengan berita Meteor jatuh di Moscow, Rusia. Saya dengan segera mencari video seperti yang ditontonkan di Niteline tadi...nah jumpa pown.



Dah ramai jugak yang tengok video nie, tadi dah cecah 13juta lebih dalam masa satu hari.


Kejadian berlaku pada awal pagi Jumaat. Ya Allah...apa benar kiamat sudah semakin menghampiri kita? Ini baru serpihan kecil, sudah mencederakan lebih seribu orang menurut berita TV tadi serta ada juga bangunan yang rosak. Subhanallah!!!!!

Meteor berkenaan dilihat melintasi langit dan meninggalkan kepulan putih yang boleh dilihat sejauh 200 kilometer. Malah penggunaan telefon bimbit juga dilaporkan terganggu akibat impak meteor berkenaan. Pihak berkuasa Chelyabinsk melaporkan penduduk yang cedera kebanyakan akibat terkena serpihan kaca. Menurut Akademi Sains Russia pula, meteor itu dianggar seberat 10 tan.Ia memasuki atmosfera Bumi pada kelajuan sekurangnya 24,000 kilometer sejam dan hancur kira-kira 30 hingga 50 kilometer di atas permukaan bumi, katanya dalam satu kenyataan.

Ya Allah....semoga bumi kita Malaysia dilindungi dari bencana-bencana sepeti ini. Tapi, jika itu kehendak Mu Ya Allah, kami redha.

اللهم حوالَيْنَا ولا علينا، اللهم غَيْثًا مُغِيثًا، لَا مُهْلِكًا وَلَامُدَمِّرًا
Bermaksud : Ya Allah, kesampingkan (bencana) ke sekeliling kami dan bukan ke atas kami. Ya Allah, jadikanlah hujan sebagai rahmat, tidak memusnahkan dan tidak menghancurkan.

Marilah juga kita sama-sama membaca Surah Al-Falaq untuk memohon perlindungan pada Tuhan yang memelihara seluruh makhluk yang memberi keamanan dari segala kejahatan makhluk.


Amin...semoga kita semua dilindungi....







:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

23 January, 2013

Aqiqah RM1.00 Sempena Maulidul Rasul



Sebentar tadi saya menemui sebuah artikel di akhbar New Strait Times yang bertajuk RM1 Goat for Aqiqah Ritual.  Sebelum itu hal ini diberitahu oleh seorang rakan dipejabat, mengatakan bahawa ibu-ibu Muslim yang melahirkan bayi pada 12 Rabiulawal 1434 iaitu jatuh pada hari esok, boleh membeli seekor kambing untuk majlis Aqiqah bayi mereka dengan hanya seringgit sahaja. Hanya kelahiran yang dibuat di hospital-hospital Kerajaan sahaja layak memohon, manakala ianya terhad kepada 24 permohonan.

RM1.00 untuk seekor kambing. Percayalah, ini berita benar. Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi Encik Osman Cheya Kutty di nombor 019-756 3000, 07-3554200 atau terus melawat ke laman web beliau www.osmangoatfarm.com.

Ya Allah.....semoga Encik Osman serta keluarganya mendapat keberkatan di atas segala sumbangan yang akan diberikan. Menurut En. Osman dalam akhbar tersebut;

"Saya memulakan perniagaan ini sejak 20 tahun yang lalu dan dengan inilah cara saya mengucapkan terima kasih kepada pelanggan-pelanggan saya. Saya mengambil kesempatan ini untuk melakukan perbuatan yang baik sempena hari keputraan Nabi Muhammad s.a.w. yang jatuh pada hari esok," katanya.

Mereka yang berminat dalam tawaran itu boleh melawat pejabat Osman di No. 38, Jalan Enau, Kangkar Tebrau dengan membawa salinan sijil kelahiran anak mereka yang sah. 

RM1  goat for ‘Aqiqah’ ritual

Selamat Beramal...



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

10 January, 2013

Asalkan Aku OK



Saya suka sangat lirik lagu Awi Rafael, Asalkan Aku OK. Lirik yang benar-benar membawa maksud dan pengajaran. Jom kita hayatinya...

Selamat petang, selamat petang aku ucapkan
Kanak-kanak kecil berlari di ruang halaman
Hidup ini indah ku kata, Hidup ini indah lawa
Hidup ini indah ternyata

Asalkan aku ok, duit dalam kocek
Hidup dengan sederhana
Keluarga semua ok, masa depan cantik
Hidup jauh narkoba dunia

Asalkan aku ok, hidup macam taukeh
Teman ada sentiasa
Bernyanyi dan karaoke, kaya macam Datuk K
Hidup tanpa masalah dunia

Hidup mewah tanpa berhutang
Hati bersih tak lupa sembahyang
Inilah kehidupan
Inilah kehidupan

Otak cergas tanpa menipu
Jangan marah-marah tak perlu begitu
Inilah kehidupan
Inilah kehidupan

Asalkan aku ok, duit dalam kocek
Hidup dengan sederhana
Keluarga semua ok, masa depan cantik
Hidup jauh narkoba dunia

Asalkan aku ok, hidup macam taukeh
Teman ada sentiasa
Bernyanyi dan karaoke, kaya macam Datuk K
Hidup tanpa masalah dunia





Kamu semua pernah dengar atau lihat burung mati disebabkan kebuluran tak? Actually, saya pun tak pernah, tapi....ada ker?..

Ya, rasanya tak ada pun seekor burung di dunia ini yang sekadar duduk diam menunggu makanan melainkan yang masih belum pandai terbang ataupun yang berada dalam kurungan. Walaubagaimanapun, burung kecil yang belum pandai terbang pun pasti asyik gigih berlatih kan kan kan.....jatuh bangun dan cuba lagi.

Allah itu Maha Razzaq (Pemberi Rezeki). Tapi mereka masih berusaha mencari makanan. Pagi-pagi lagi dah dengar bunyi cit cit, cit cit, terbang sana sini. Ada yang berkawan, ada yang keciciran, kadangkala kita dapat melihat satu bentuk yang indah dari gerombolan burung diangkasa. Yaaaa...setiap pagi begitu dan tidak dinafikan.

Tapi, bagaimana pula dengan kita manusia yang cukup pakej, ada kaki, tangan, mata, mulut semua itu.. siap ada hati dan perasaan, ada akal lagi. Subhanallah!

Walaupun kita tak tahu sampai bila kita ada kat dunia ni, namun setidak-tidaknya kita perlu berusaha dan Istiqamah! :)

"Allah itu amat menyukai hamba-Nya yg apabila melakukan sesuatu kerja, melakukannya dgn bersungguh-sungguh" (riwayat Muslim dan Bukhari)

p/s: Peringatan juga buat diri yang masih lalai dan masih merangkak berusaha ini.


Sebenarnya ada sesuatu yang berlaku 2 hari lalu....sesuatu yang Allah nak tunjukkan, sesuatu rahsia yang hanya Dia sahaja yang tahu, sesuatu yang sepatutnya membuka mata sesetengah pihak yang terlibat. Tapi.....entahlah, sama ada tak nampak atau belum sedar itu saya kurang pasti. Yang pastinya, ianya melibatkan orang-orang yang saya sayang. Kalau ikutkan rasa hati dan sombong diri, nak saja saya bawa dia pergi. Pergi dari manusia-manusia itu. [[sedeyyyy...]]



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

14 December, 2012

HARI YANG INDAH

Assalammualaikum dan Salam Jumaat pada semua kawan-kawan beragama Islam dan Salam Sejahtera pada yang lain-lain...

Hari ini adalah hari yang indah buat saya tapi.... tidak semestinya ianya indah buat orang lain. Jadi, sama-samalah kita mendoakan agar kita semua diberkati dan dapat menghakhiri hari ini dengan indah sekali.

Pagi tadi saya ada peperiksaan, baru kertas pertama. Kertas berikutnya akan menyusul pada 23 dan 29 Disember nanti. Harap-harapnya saya dapat menjawab semua soalan dengan baik dan tenang seperti hari ini. Walaupun sedikit kekecewaan semalam kerana Malaysia kalah di tangan Thailand, tapi masih lagi berharap agar Harimau Malaya akan meneruskan perjuangan dan menebus kekalahan 2 tahun lagi. Dengan itu saya mendoakan agar barisan skuad pejuang Harimau Malaya kita segera tenang dan bersedia untuk perlawanan-perlawanan berikutnya.

Selepas tamat menjawab peperiksaan, saya dengan en.hubby yang sedang kelaparan kerana hanya sempat bersarapan segelas air kopi terus mencari hidangan mengisi perut. So.... Jom lah kita berdua ke ZZ Sup Tulang. Tengoklah apa yang saya makan hari ni...



Perghhhh...memang marvelous laaa. Hirupan sehingga ke titisan terakhir, sedutan sehingga ke sum-sum. Hahaha,memanglah sum-sum tulang tue, tengok sampai 3 batang dia bagi.

Kemudian, masa perjalanan pulang selepas menghantar en.hubby ke pejabatnya saya ternampak satu kejadian. Bagi yang baca facebook saya tahulah apakah itu, cuma tak ada gambar sebab tak sempat. Saya sedang berhenti di trafic dan asyik memerhatikan satu lopak air yang agar besar juga, banyak kereta yang mengelak. Dalamkepala saya mungkin dalam lopak air itu. kalau kereta yang comel-comel tu mesti tersangkut. Tapi, sangkaan saya meleset.Tiba-tiba datang sebuah Taxi terus melanggar lopak air tersebut dengan rakusnya. Percikan air  dari lopak itu yang sangat besar dan mungkin berbau busuk dan kot terkena pada seorang lelaki sedang menunggang motosikal. Akibat terperanjat dengan percikan air yang besar itu lelaki tersebut terjatuh dari motornya. Tapi malangnya Taxi tu berlalu pergi begitu sahaja. Tak berapa pasti berapa umur lelaki tersebut, keturunannya dan ilmunya kerana lelaki tersebut memakai topi keledar. Saya pula pada waktu itu hendak meneruskan perjalanan kerana lampu sudah bertukar hijau. Apalah nasib lelaki tersebut, nampaknya tadi tak ada yang datang membantu. Adabeberapa lori yang melalui jalan di hala lelaki itu hanya mengelak sahaja, tapi nasib baik tidak dilanggarnya. Moga ada hamba Allah yang sudi membantunya.

Kannnnnn.....hari yang indah bagi saya dan kamu, tidak semestinya indah bagi orang lain. Tapi bagi yang selalu berfikiran positif akan menganggap setiap harinya adalah hari yang indah kerana masih lagi diberi peluang untuk menghirup udara segar dan tenang di bumi bertuah ini.

Allah masih lagi mengurniakan hari yang indah pada saya kerana dapat mengucup tangan ibu saya sebentar tadi sewaktu mengambil anak-anak di rumah agam. haaaaa kannnnn.... Saya percaya tak ramai yang dapat mengucup tangan ibunya hari ni kan. Jadi, bertuahlah saya. Alhamdulillah, moga ibu saya sentiasa mendoakan saya. Sekarang saya sedang berada di Petrosains, ingat lagi tak N3 saya yang ini Aktiviti Cuti Sekolah, haaaa saya di sinilah sebab sebentar nanti nak ambil en.hubby pulang dari kerja dan kami akan terus pergi menonton wayang. Tapi, taktau nak tengok cerita apa pown sebenarnya. Lama benar kami tak mononton wayang bersama.

Dan keindahan hari ini ditambah lagi dengan kelonggaran masa saya untuk meneruskan jalan-jalan saya kelaman-laman kalian. Harap kalau saya tak tinggalkan cap jari di laman kalian, mohon bagi tahu yeppp. Takut tau bila Mama Arina dah keluarkan MEMO : JAGA-JAGA ANDA SEDANG DIPERHATIKAN. Bagi GSFian pasti faham maksud memo ini kan. Haaaa, jangan buat orang tak suka kita sebab secara tak langsung kita mengundang rasa kemarahan dalam diri seseorang yang lain, maknanya kita juga sama-sama berdosa. Betulah kata Mama Arina tu, kita kena belajar menghargaiorang lain. Samalah macam kita menghargai pasangan  kannnn... Hubungan yang erat antara GSFian sangat-sangat saya hargai dan saya akan gaja dengan sebaik-baik mungkin. Saya mungkin akan undur diri secara rasmi bila Allah menarik balik anugerah otak saya. Kalau saya takada jari pown saya masih akan berblogging okayyy. Cuma bila dah takda otak ,macam mana nak berfikir dan mengomen? Betul takkk?

Okay...sampai sini untuk hari ini dan saya akan meneruskankeindahanhari-hari saya.

Syukur alhamdulillah, rasanya dah ramai yang dah terima inai tue. Bagi yang belum tue sabar yep, tapi kalau sampai minggu depan tak dapat juga bagi tahulah saya. Mungkin juga kamu tak update alamat di facebook GSF. Jadi...saya tak tahu, jangan salahkan saya. Terima kasih juga sudi up kan N3, suka bonda saya tengok, sebab setiap N3 tentang inai akan saya tunjuk pada bonda saya. Bergenang air matanya. Terima kasih kawan-kawan. :) 


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

05 December, 2012

Gaza Masih Berdarah




Walaupun Gencatan Senjata telah diumumkan, tapi penduduk Gaza masih berdarah. Luka-luka mereka belum diubati, kesan lecur masih menyengat, runtuhan rumah-rumah tak mungkin dapat diperbaiki, bantuan makanan tidak pernah mencukupi, ubat-ubatan disekat, semuanya perlu melalui pemeriksaan untuk melepasi tanah Israel sebelum masuk ke bumi Gaza. Adakah Israel benar-benar telah mematuhi syarat-syarat gencatan senjata yang dipersetujuinya? Jet-jet pejuang Israel tetap memenuhi ruang udara Gaza walaupun tidak serancak sebelum gencatan senjata. Ya!!! Saya tidak pernah percaya dengan Israel dan berita-berita yang memenuhi ruang dada akhbar juga tidak sepenuhnya sahih. Kita tidak boleh mempercayai sepenuhnya apa yang digambarkan dalam media arus perdana. 

Melainkan anda telah melihat dengan mata anda sendiri, dan saya sangat pasti bahawa peperangan di Gaza masih berlaku. Semoga perjalanan aktivis-aktivis Malaysia ke Gaza dilindungi Allah. Aqsa Syarif khabarnya akan membuat beberapa misi dengan membawa hati-hati yang berjiwa besar ke Palestin.

Terlebih dahulu ucapan tahniah kepada sebahagian artis Malaysia yang berani Syahid di Palestin. Sama-sama mengikuti Misi Aqsa Syarif bersama Afdlin Shauki adalah Bront Palare, Zain Saidin dan beberapa crew Vision Works pada 3 Disember yang lalu.




Walaupun PALESTIN sudah mendapat pengiktirafan dari negara-negara lain, tapi jangan berhenti berDOA. Jangan berhenti memBOIKOT. Jangan berhenti menDERMA. Jangan berhenti BERUBAH ke cara islam yg lebih baik. 

Sekecil-kecil usaha itu dipandang olehNYA dan dikira dekat akhirat SANA. :) ♥


Kita semua tahu, Israel menggunakan jet serangan canggih dan kapal tentera laut untuk mengebom kem pelarian yang sesak dan padat, sekolah-sekolah, blok-blok pangsapuri, masjid, dan kawasan penempatan rakyat miskin. Israel menyerang dengan kejamnya seluruh penduduk yang berada di setiap pelusuk Gaza yang tidak mempunyai angkatan udara, tiada pertahanan udara, tiada tentera laut, tiada senjata berat, tiada unit artileri, tiada perisai mekanikal. Inikah yang dinamakan peperangan??? Ia bukan perang. Ia adalah PEMBUNUHAN SECARA TERBUKA di mana seluruh dunia mengetahui tentang hal ini.

Saya dan keluarga dengan sedaya upaya akan memboikot barangan-barangan dari Israel yang telah memberi dana sepenuhnya kepada mereka untuk membeli jet-jet pejuang dan peluru-peluru berpandu. 




Kita ada banyak produk-produk buatan Malaysia yang Halal dan diperakui kehebatannya. Mengapa mesti pening-pening kepala di pasaraya? Untuk pengetahuan juga, kami sekeluarga telah cuba sedaya upaya untuk menghindari Mc Donald.

Kenapa kena boikot Mc Donald sedangkan ramai orang Islam kita bekerja di sana?
Meh baca dengan teliti di sini.... BOIKOT MC DONALD


Boleh baca cerita pendek ni juga :

Sinyu: Apsal nak kaitkan McD kat sini ngan Israel? Management diorang pun dah nafikan.
Nobita: McD kat sini atau mana-mana pun still jual jenama dan produk sama. Jadi  tak akan takde kaitan/keuntungan kepada headquaters McD kat US?

Sinyu: Tapi  tak baik tuduh diorang buat offer free meal sebab ada boikot. Mungkin diorang dah lama plan untuk hargai pelanggan setia.
J: Wallahu’alam. It’s just at the right time! Dulu penah ke ada offer free meal?

Sinyu: Alaa, kan free tu. Bagus la. Kita tak payah bayar pape, so diorang pun tak untung pape.
J: Diorang akan untung sebenarnya, dari segi sokongan moral. Sebab itu yang diorang perlu sewaktu tertekan macam ni.

Sinyu: Ok, kalu aku amik jugak meal free tu dan makan, apa hukum dia? Haram?
Nobita: Tak haram pun, even kalau bayar. Sebab makanan itu sendiri diperakui halal. Tapi ini bukan soal agama, halal atau haram. Ini soal kemanusiaan.

Sinyu: So, depend kat pilihan masing-masing la kan nak boikot atau tidak? Tak boleh paksa kan?
Nobita: Untung lah kita kat sini sebab ada pilihan nak boikot atau tidak. Tapi.... Saudara kita kat sana tak ada pilihan pun sama ada nak diserang dan menderita atau tidak.



Yang tak start boikot lagi bila nak mulakan langkah pertama anda? .
Sepert cerita Nabi Ibrahim…

Maka tersebutlah sebuah kisah dimana Nabi Ibrahim dibakar didalam api yang amat besar oleh Raja Namrud. Melihatkan kejahatan Raja Namrud, seekor burung kecil oleh disebabkan rasa sayangnya kepada kekasih Allah Nabi Ibrahim, ia lantas mengambil air dengan menggunakan paruhnya yang kecil dan dititiskan keatas api yang besar itu. Perbuatan burung kecil itu telah ditertawakan oleh burung2 yang lain.

“Usahamu itu hanya sia-sia, api yang besar itu tak mungkin terpadam dengan setitis air itu”, mereka mengejek.

Lalu burung kecil itu membalas, “Aku percaya bahawa Allah tidak akan menanyakan kepadaku sama ada api itu berjaya dipadamkan atau tidak, tetapi Allah pasti akan bertanya apa yang telah aku usahakan untuk memadamkannya.” -sumber

Disebabkan saya tak mahu disoal dengan dasyatnya di akhirat kelak, saya juga mahu lakukan langkah pertama. Sedikit sebanyak dapat menyelamatkan saya dan keluarga saya di padang Masyar nanti.

Maaf kalau N3 saya malam ni keterlaluan dan saya tak bermaksud untuk menyinggung mana-mana pihak.





:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

23 November, 2012

Kelebihan Hari Asyura

Salam Jumaat...

Esok merupakan Hari Asyura (10 Muharam). Jom kita buat amal soleh...

14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura
  1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2. Fadhilat – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadhilat – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadhilat – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadhilat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim. Fadhilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
  6. Bersedekah. Fadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadhilat – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadhilat – Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat : ‘Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala’
  9. Bercelak. Fadhilat – tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali. Fadhilat – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadhilat – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat : ‘Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala’. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali. 
  12. Membaca ‘hasbiyallahhu wani’mal wakil wa ni’mal maula wa ni’mannasiiru’. Fadhilat – Tidak mati pada tahun ini .
  13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  14. Puasa. Niat; ‘Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala’. Fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Merujuk sumber dari Wikipedia;

Menurut tradisi masyarakat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura merupakan amalan biasa masyarakat tempatan. Apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh). Ketika itu, baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap Sahih Bukhari mengatakan yang syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian. Kini, masyarakat Islam melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai amalan sunat dan bukan kewajiban.

Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram:
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan 'Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Adam a.s. dicipta.
  • Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
  • Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
  • Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
  • Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
  • Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
  • Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
  • Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
  • Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
  • Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
  • Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
  • Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh kaum Syiah Kufah, dan mereka kemudiannya memfitnah Khalifah Yazid ra dari Bani Umaiyah membunuh Saiyiduna Hussain ra. Fitnah ini digembar gemburkan oleh kaum Syiah, dan mereka mengelirukan umat manusia dengan menyambut hari Asyura dengan 'pesta menyakiti diri' konon sebagai tanda kesal diatas kewafatan Saiyiduna Hussain ra.


Insya’allah..
Semoga Bermanfaat Dan Dapat Dipanjangkan Kepada Yang Lain-Lain.








:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

26 October, 2012

Nabi Allah Ismail a.s. & Ibrahim a.s.

Assalammualaikum dan Selamat Hari Raya Aidiladha...

Rindu hati ini kepada kedua Ayahnda dan Bonda yang kini berada di Tanah Suci, sayu hati ini bila tidak dapat mengucup tangan mereka sepertia biasa di pagi raya, bangga hati ini bila mengenangkan mereka yang sedang berjuang dalam pengembaraan mencari keredhaan Allah s.w.t.

Semalam dapat berbicara seketika dengan keduanya yang sedang asyik mengutip batu di Mudzalifah untuk aktiviti seterusnya iaitu melontar jumrah. Malam semalam mereka bermalam di Mudzalifah dengan jutaan manusia. Semoga Allah s.w.t. memberi kesenangan kepada mereka di sana. Tambahan lagi bila mendapat khabaran Ayahnda tidak begitu sihat di sana. Ya Allah.... aku percaya Engkau tak akan menguji hambamu diluar keupayaannya.

Ayahnda kami bernama Ismail, dan terdetik di hati untuk mengimbas kembali sejarah Haji di antara Nabi Ismail dan Nabi Ibrahim.

Mengingat kembali peristiwa pengorbanan Nabi Allah Ibrahim AS serta kesabaran anaknya Nabi Allah Ismail AS dan keredhaan isterinya Siti Hajar, demi mentaati perintah Allah SWT. Nabi Ibrahim telah menerima perintah Allah untuk menyembelih anaknya, Ismail, di dalam mimpinya. Dalam suasana taat kepada Allah Subhanahuwataala Nabi Ibrahim rela menyembelih anaknya dan anaknya, Ismail, pun rela untuk disembelih. Kesetiaan, kepatuhan dan pengorbanan mereka telah diabadikan oleh Allah di dalam Al-Qur'an Al-Karim dalam Surah As-Shaffat, ayat 102:

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَى فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانْظُرْ مَاذَا تَرَى قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ


Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku, sesungguhnya Aku melihat dalam mimpi bahwa Aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!", Ia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar".
Dr Abdul Karim Zaidan berkomentar terhadap ayat ini, “Demi Allah, saya tidak tahu yang manakah dari keduanya lebih saya kagum, sang ayah Ibrahim; orang tua berwibawa mendapat mandat dari Rabbnya, tidak tertahan oleh jiwa manusia kecuali Ibrahim, Allah perintahkannya untuk menyembelih dengan tangannya satu-satunya anak yang baru dikurniakan Allah pada umurnya yang tua dan senja. Ataukah saya takjub dengan anak muda pintar, Ismail yang respon kepada pertanyaan orang tuanya ‘aku ditugaskan untuk menyembelihmu, apa pendapatmu? Pemuda berjiwa besar ini memanggil ayahnya dengan nada lembut ya abati (wahai ayah) tidak berubah dalam pandangan dan hubungan dengan ayahnya meski pun meminta pandangan untuk menyembelihnya...bahkan ia mengingatkan ayahnya bahawa dia sedang melaksanakan perintah Allah, Wahai ayah lakukan apa yang engkau diperintah untuknya. Seterusnya menyokong ayahnya dan cuba menghilangkan gangguan emosinya dengan katanya..engkau akan mendapatiku Insya Allah termasuk orang-orang sabar
Ketaatan dan kepatuhan keluarga Nabi Ibrahim kepada Allah swt dalam menghadapi ujian berat telah dipuji oleh Allah swt dan telah menjadi contoh tauladan kepada umat Islam. Allah swt yang Maha Pengasih telah menggantikan Ismail dengan seekor kambing atau kibas. Firman Allah swt dalam surah Ash shaffat: 106 hingga 109:

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
إِنَّ هَذَا لَهُوَ الْبَلاءُ الْمُبِينُ. وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ. وَتَرَكْنَا عَلَيْهِ فِي الآخِرِينَ. سَلامٌ عَلَى إِبْرَاهِيمَ

Sesungguhnya Ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar. Kami abadikan untuk Ibrahim itu (pujian yang baik) di kalangan orang-orang yang datang kemudian. (Iaitu) "Kesejahteraan dilimpahkan atas Ibrahim"

sumber dari : Manhajqurani


Di dalam kisah Nabi Ismail, kita dapat pelajari bahawa ;

i.Mengikat Diri Dengan Perintah Allah

Wajib seseorang muslim mengikat diri dengan perintah Allah dan bersegera melaksanakannya dengan penuh redha dan menerima tanpa ragu, malas atau banyak soal jawab. Inilah dilakukan oleh Ibrahim a.s. yang menerima perintah dari Rabbnya untuk menyembelih anaknya Ismail. 

ii.Ismail a.s. adalah Contoh Pemuda Muslim

Kisah Nabi Ismail adalah kisah pemuda muslim beriman kepada Allah, diuji dengan ujian berat iaitu mati disembelih oleh tangan ayahnya sendiri, tapi ia tidak takut atau bimbang. Malah ia menyokong ayahnya untuk melaksanakan perintah Allah tersebut. Ismail adalah contoh pemuda muslim. Pemuda muslim hari ini perlu mempunyai idola yang boleh membangkitkan makna-makna iman, membawa mereka kepada ketaatan kepada Allah dan menjauhi maksiat dan perangkap syaitan. 

iii. Menghilangkan Kesedihan Dengan Taat Kepada Allah

Sesungguhnya Allah swt menghilangkan dari kaum muslimin yang melaksanakan perintah Allah kesempitan dan cubaan-cubaan selagi mereka sentiasa bersiap sedia dan melaksanakan perintah Allah swt. Inilah yang dimaksudkan oleh Allah swt.

iv. Ujian Allah Terhadap HambaNya Yang Beriman

Hendaklah kita percaya dan mengetahui bahawa Allah swt memberikan bala dalam bentuk ujian dan cubaan agar zahir apa yang tersembunyi dalam jiwa mereka, sejauhmana ketaatan ketika tersepit, memegang panji-panji Islam waktu genting dan sukar. Di atas Allah swt menguji Nabi Ibrahim supaya menyembelih Ismail sekali gus ujian bagi anaknya Ismail, adakah ia membantah atau taat kepada ayahnya?...hendaklah diketahui bahawa ujian Allah swt terhadap hambaNya mukmin adalah hak mutlakNya. Dia jualah yang menentukan jenis dan bila ujian itu diturunkan. Ini wajib diketahui kerana ia sebahagian daripada aqidah Islamiah. 

v. Berhias Dengan Akhlak Islam

Sama-samalah kita menjadikan tajuk akhlak sebagai bahagian penting dalam kehidupan sehingga kita benar-benar layak untuk mendapat pertolongan daripada Allah swt tatkala berdepan dengan kesulitan.

Kesimpulannya, kita sebagai seorang Muslim, tidak boleh meninggalkan perintah Allah swt dan juga syariatNya dengan apa jua alasan sekalipun atau mendahulukan keinginan atau manfaat ke atas diri sendiri dan keluarga atau sesiapa sahaja. menurut perintah dan melaksanakan suruhan Allah lebih utama dari yang lainnya.

Dan dengan imbasan sejarah Nabi Allah Ismail ini jualah, saya serta adik beradik yang lain sentiasa berdoa agar Ayahnda kami diberikan kekuatan untuk menempuh segala jua ujian dan cubaan dalam mengejar Haji yang Mabrur. Doa kami juga untuk Ibunda agar hatinya sebesar hati Siti Hajar serta sentiasa sihat untuk terus berdampingan dengan Ayahnda di dalam saat dan ketika apapun.

Amin.....


Aktiviti mereka seterusnya; Melontar



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

24 October, 2012

Doa Mustajab di Hari Arafah

Tarikh 9 Zulhijjah dipanggil sebagai Hari Arafah kerana pada 9 Zulhijjah umat Islam yang menunaikan haji akan melakukan wukuf di Padang Arafah. Maknanya, tahun ini Hari Arafah akan jatuh pada hari Khamis (25-Oktober-2012). Wukuf adalah rukun Haji yang ke-2 walaubagaimanapun Wukuf adalah rukun haji yang tama daripada yang lain-lainnya.

- Hari Arafah hari istimewa.
Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Tidak ada suatu hari dimana Allah Taala paling banyak membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari hari Arafah (9 Zulhijjah)." (Sahih Muslim)

- Pujian Allah bagi orang yang wukuf di Arafah.
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT. memuji mereka yang sedang wukuf di Arafah kepada penduduk langit dan berkata kepada mereka : “ Lihatlah kepada hamba-hamba-Ku yang datang kepada-Ku.“.(Riwayat Ahmad)

- Digalakan berpuasa kepada yang tidak menunaikan haji.
Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah (9 Zulhijjah)? maka jawab Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Dikaffarah(diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (Sahih Muslim)

- Digalakan berdoa pada Hari Arafah.
Dari Amr bin Syuaib bahwa Nabi saw. bersabda, "Doa terbaik adalah doa di hari Arafah. Dan ucapan terbaik yang saya dan para nabi sebelumku ucapkan adalah laa ilaha illallahu wahdahu laa syarika lahu, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘ala kulli syay`in qadir. (Tidak ada sembahan yang hak selain Allah semata tidak ada sekutu bagi-Nya, hanya milik-Nya semua kekuasaan, hanya milik-Nya semua pujian, dan Dia Maha Mampu atas segala sesuatu). (HR. At-Tirmizi no. 3585 dan dinyatakan hasan oleh Al-Albani dalam Shahih At-Tirmizi: 3/184)


---------------------------------------------

Jadi, menjadi peringatan kepada saya dan yang lain, kita digalakkan berpuasa seelok-eloknya tiga hari sehingga sampainya hari Arafah. Maknanya, sejak 23 hingga 25 Oktober kita digalakkan berpuasa. Entry ini mungkin telah terewat sedikit, tapi apa salahnya bagi yang terbuka hati untuk bersama-sama menikmati kebikmatan dan keberkatan Hari Arafah, bolehlah kita sama-sama berpuasa dua hari bermula hari esok sehingga lusa kerana Hari Jumaat kita diharamkan berpuasa kerana hari itu adaah Hari Kebesaran sambutan Aidi Adha.

Kepada sahabat-sahabat ku sekelian, ingin saya berkongsi sedikit info yang sangat berguna. Di Hari Arafah, berjuta-juta umat Islam yang mengerjakan Haji akan berkumpul di Padang Arafah. Dan dikala itulah, kita yang berada di bumi lain selain dari Tanah Haram, digalakkan MENGHENTIKAN SEMUA AKTIVITI-AKTIVITI DUNIAWI yang boleh mendatangkan kemudaratan dan kemaksiatan termasuklah, berFB, berTweeter, berBlogging, bermain Game, menonton televisyen dan sebagainya. Berjagalah kamu sehingga sepertiga malam, bermunajatlah, berzikirlah, bertafakkurlah kita menghadap Ilahi dengan sama-sama memanjatkan Doa kerana disaat itulah langit Allah s.w.t terbuka dengan luasnya menerima semua Doa bukan sahaja dari Makkatulmukarramah. Saya sangat berbesar hati untuk menyarankan agar kawan-kawan bersiaran langsung bersama-sama dengan jutaan umat Islam di Padang Arafah. Saya percaya, akan ada beberapa siaran televisyen yang akan menyiarkan aktiviti Berwukuf secara langsung untuk tatapan kita.

Marilah kita sama-sama ber Doa;




Padang Arafah yang dibanjiri umat Islam

Gambar Padang Arafah yang yang diambil dari udara.


Ya Allah, berilah kesihatan yang baik untuk kedua Ibu Bapaku serta saudara-saudara ku yang lain sehingga tibanya Hari Arafah dan seterusnya melengkapkan Haji mereka dengan mendapat Haji yang Mabrur.

Amin......








:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...