Sekolah Tadika sekarang dah macam Sekolah Rendah. Kerja rumah memang tiap-tiap hari ada, banyak pulak tue. Sampai Aqil dah merungut sebab kerja sekolah dia banyak, tak sempat nak main. Hurmmmm.... bagus laa, taklah anak saya melilar main bukan-bukan lepas waktu sekolah.
Aktiviti Aqil bermula awal 6.30 pagi. Bangun awal pagi, bersiap untuk ke sekolah. Kelas Aqil bermula jam 7.30 pagi, jadi kami akan keluar awal sebab sebelum tu kena hantar Danish dulu ybg sekolahnya berdekatan dengan sekolah Aqil. Tapi, waktu persekolah Danish bermula seawal 7.20. Sharp 7.20 pagi mak guard akan tutup pagar dan pelajar-pelajar yang lewat kena tulis nama untuk penolakan dimerit. Sistem merit-dimerit sama macam saya sekolah menengah belasan tahun yang dulu.
Sambung lagi aktiviti Aqil seharian, selepas balik sekolah jam 11.30 pagi. Tapi sebab naik van sekolah, Aqil akan sampai rumah kira-kira pukul 12 tgh. Sampai jer rumah, perkara pertama dia akan buat, tengok kartun. Aqil akan tengok kartun sampai pukul 2ptg jer sebab nenek nak tengok telenovela. Tak pastilah, sekarang ni tengah drama apa. Hehehe..... bila Aqil tak dapat tengok kartun, waktu ni lah Aqil akan siapkan homework dia. Sambil-sambil nenek tengok telenovela, nenek akan suap Aqil makan juga sebab kalau tak disuap memang tak habis dia makan sendiri.
Kalau homework Aqil banyak, Aqil akan teruskan buat homework sambil tengok kartun lepas pukul 4 ptg sebab telenovela nenek 2 jam jer. So....macam mana homework nak siap cepat kalau tangan pegang pensel, mata tengok tv? Jadi.....bila pulak waktu nak tidur siang ni Aqil? Sampai mama balik kerja pukul 6 ptg, Aqil masih buat kerja sekolah sambil tengok kartun.
Pukul 7.30 lepas Maghrib, kami bergegas pula untuk ke kelas tusyen dan mengaji. Kelas mengaji dan tusyen berakhir 9.30 malam. Malam.....mesti dah mengantuk. Hurmmmm....bilalah nak siapkan homework Aqil???
Tengok, sampai dah terbaring melentok....
Sedang menonton Tunggu Sekejap episod akhir di TV3. Minggu lepas saya tergamam jugak bila tengok seorang OKU bermain gitar dari belakang. Dasyattttt tueww.... episod-episod sebelumnya juga, Awie berjaya membawakan individu-individu pelik ke dalam set Tunggu Sekejap.
Tapikannn.....kalaulah Awie tengok video anak saya berbasikal sambil tutup mata, agak-agak apa dia akan kata.
Danish berbasikal pula....Kenapa? Tak percaya ker?
Okey....untuk pengetahuan semua, ini bukan aksi super natural. Ianya juga bukan satu anugerah sejak lahir atau keajaiban. Tapi ianya memang sesuatu rahsia Allah yang kita taktahu. Ia berkaitan dengan keajaiban otak ciptaan yang paling bernilai oleh Allah s.w.t untuk setiap manusia.
Mungkin ada antara anda yang sudah mengetahui hal ini sebab ianya telah tersebar dipelusuk asia tenggara suatu ketika dulu. Akhirnya kami menemui sekumpulan aktivis yang boleh membuka minda anak kami. Inilah hasilnya.
Anak sulung saya, Adam Danish boleh melihat dengan menutup mata sejak 2 tahun lalu. Tapi dia sendiri yang tidak suka melakukan hal itu munggkin juga untuk menjaga privasi pihak lain. Tapi, saya selalu mengingatkan Danish agar menggunakan kelebihan ini untuk perkara yang baik.
Percaya atau tidak, saya pasti ramai anak-anak diluar sana yang telah dibuka minda keenam mereka.
Cerita Tunggu Sekejap malam ini...... Kupas kelapa menggunakan gigi. Anda boleh lakukan? Tak mustahil bukan....jom kita saksikan.
Owhhh ya, Danish ada beberapa video dalam N3 sebelum-sebelum ni. Nak tengok? KLIK SINI
PROGRAM MATEMATIK PANTAS : KEM MATEMATIK SEHARI DAN MENJADIKAN ANAK ANDA PRODIGY SEAWALNYA
Okeyyy...program ni diadakan di Sekolah Mohd Khir Johari, anjuran e-Learning Brilliant (eLB) .Tenaga pengajar terdiri daripada pelajar-pelajar jurusan matematik di beberapa buah universiti dalam program Master. Mereka menganjurkan kem ini kepada kanak-kanak sekolah rendah dengan matlamat;
Menunjukkan minat kanak-kanak kepada matematik dari cara yang menyeronokkan
Merubah persepsi kanak-kanak agar menganggap matematik daripada susah ke mudah
Mengutamakan kepantasan dan ketepatan sewaktu menjawab peperiksaan
Memberi peluang kepada kanak-kanak yang lemah matematik agar boleh cemerlang
Membuka minda kanak-kanak agar mahu berjaya dalam setiap apa yang dilakukan
4.30 petang ibu-bapa diwajibkan hadir untuk mendengar taklimat tentang apa yang telah mereka sogokkan kepada pelajar-pelajar yang mendaftar hari itu. Kelihatan tidak ramai ibu-bapa yang menghantar anak-anak mereka untuk program-program seperti ini. Boleh dilihat jumlah pelajar tak sampai 80 orang, itupun gabungan daripada 2 buah sekolah iaitu Sek. Mohd Khir Johari dan Sek. Rendah Sri Amar.
Kenapa yeaaaa???
Dalam masa tak sampai 1 hari sebenarnya... kanak-kanak ini telah berjaya menyelesaikan masalah matematik dengan angka yang banyak dalam masa tak sampai 2 minit. Contohnya seperti ini...
Tanpa menggunakan kalkulator, cuba anda selesaikan :
54326 x 7
dan
56327 / 5
Pasti ada yang cuba nak buat, dan ada juga yang try menggunakan kalkulator dulu baru mencuba secara lisan. Dalam program ini juga kanak-kanak diajar bagaimana menghafal sifir dengan cara yang paling mudah iaitu kaedah "Tic Tap Toe"
132 / 9 = 14 R 6 (14.6666666)
532162 X 11 = 5853782
Saya ada bertanya soalan kepada tenaga pengajar (biasalah sebab saya memang suka banyak tanya);
Adakah jawapan 'R' yang bermaksud remaining itu diterima di dalam menjawab soalan peperiksaan?
Bagaimanakah dengan soalan kertas B (subjektif) yang menuntut untuk pelajar melakukan cara kerja dan ada markah diberikan disitu?
Jawapan yang diberikan...
"Kami telah membuat perbincangan dengan Lembaga Peperiksaan dan Jabatan Pelajaran mengenai konsep dan kaedah yang kami gunakan, dan mereka menerima cadangan kami. hasil daripada perbincangan tersebut, maka itu kami berada di sini untuk memberi tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar agar dapat menjawab soalan matematik dalam masa yang telah ditetapkan tanpa tertinggal satu soalan sekalipun disebabkan tidak cukup masa untuk menjawab. jawapan yang menggunakan 'R' iaitu remaining itu diterima dan jalan kerja yang ringkas seperti yang ditunjukkan di papan ini juga diterima"
Inilah sijil yang diperolehi oleh Danish walaupun.........ejaan namanya salah, kami tetap terima dengan hati terbuka. terima kasih kerana menunjuk ajar anak kami.
Bagi ibu bapa yang berminat mengetahui lebih lanjut mengenai program MATEMATIK PANTAS ini, bolehlah menghubungi eBL seperti di bawah;
E-Learning Brilliant
B02-18A Jalan Pulai Jaya 1/2,
Bandar Pulai Jaya,
Kangkar Pulai,
81110 Johor, Malaysia.
Tel : 07-6627225
SEMARAKKAN IMAGINASI DAN TEROKAI PENGALAMAN YANG LEBIH MENARIK
Dalam badan kita ada satu ciptaan dimana ianya amat hebat sehinggakan mampu menguasai dunia keseluruhannya. Di sinilah terdapatnya segala ilmu, tidak kira yang baik atau tidak. Allah s.w.t. telah menciptakannya untuk kita menerima maklumat, menyimpan dan mengeluarkannya semula serta digunakan untuk membezakan perkara yang baik dan yang tidak baik. Ianya dikenali sebagai OTAK. Otak adalah satu ciptaan Allah yang amat hebat untuk manusia, wajib kita mengucapkan syukur. Otak dicipta untuk kita memikirkan kebesaran Allah, ini adalah yang utama. Otak tidak sepatutnya digunanya untuk merosakkan apa jua yang ada dimuka bumi ini, akan tetapi otak amat berguna untuk kita merasakan kebesaran Allah dan menyimpan ilmu Allah didalamnya.
Otak yang baik akan lahir dari manusia yang baik, pemakanan yang baik serta cara fikir yang baik. Bukan mudah sebenarnya untuk kita menjaga otak kurniaan Yang Maha Esa ini. Antara 5 petua yang patut diamalkan untuk menjadikan otak kita hebat adalah;
'curik kat gugel'
1. Perkara pertama yang kita perlu ambil berat adalah bimbinglah otak kita dengan akidah yang benar iaitu mengesakan Allah setiap saat.
2. Seterusnya kita perlu memastikan oksigen cukup untuk otak kita,apakah tanda orang yang tak cukup oksigen? Salah satunya ialah kerap sakit kepala, cepat stress dan macam-macam lagi.
3. Salah satu cara untuk pastikan otak kita cukup oksigen ialah dengan menjaga solat kerana pergerakan sujud itu membekalkan oksigen yang banyak kepada otak.
4. Selain itu amalkan minum air kosong 8 gelas sehari, air merupakan pembekal oksigen yang amat baik kepada otak kita.
5. Juga amalkan zikir,selawat dan bacaan Al-Quran kerana dengan zikir otak kita akan memberikan riaksi yang amat baik,secara rohani dan fizikalnya zikir amat memberikan kesan yang positif.
Jadi... bagi rakan-rakan yang masih study, jagalah otak anda dengan mempraktikkan petua-petua di atas. InsyaAllah akan membantu kamu dalam mentelaah pelajaran. Begitu juga dengan rakan-rakan yang lain, walaupun tidak sebok membaca buku-buku ilmiah seperti kami, anda juga disarankan agar memelihara otak anda dan gunakanlah otak anda untuk perkara-perkara yang berfaedah.
Sumber copy paste dari : My Cousin Blog - tapi I ada edit2 skitttt ehhh (jom serbu)
Harini saya nak kongsi beberapa video (mesti tonon-must see) tentang seorang budak lelaki berketurunan Negro bernama Ben Underwood. Ada sesiapa tak antara kamu yang mengenali Ben Underwood atau pernah melihat video Ben di You-Tube sebelum ini? Tapi....kini khabarnya dia sudah meninggal dunia. Wallahualam... Apa yang menarik tentang Ben yang saya nak kongsikan adalah dia buta, tapi boleh melihat.
Jom kita saksikan...
Kedua-dua belah mata Ben telah dibuang sewaktu dia berumur 3 tahun kerana Cancer Tumor. Tetapi, walaupun buta, Ben boleh melihat dengan menggunakan teknologi Eco Location seperti yang kita lihat tadi. Ben berjaya mengelak semua objek yang menghalang pergerakannya dan dia juga menggunakan lidahnya untuk mengenalpasti objek yang berada disekelilingnya.
Kalau ada sesiapa yang perasan, kita menggunakan teknologi ini pada kapal selam. So why not kita aplikasikan pada manusia seperti yang telah Ben lakukan kerana manusia adalah ciptaan Allah s.w.t. yang paling agung. Apa pendapat anda???
INI BUKAN MAGIC!!!!
TETAPI IANYA ADALAH TEKNOLOGI ANUGERAH DARI ALLAH S.W.T. YANG KITA PATUT TEROKAI...
Ada beberapa lagi video Ben Underwood yang boleh anda lihat di You Tube.
Kami baru saja balik dari sekolah Danish ambil report card. Hurmmm...sekolah lain semua dah ambil semalam, sekolah Danish pulak kena ambil hari nie. Dahhhhh...tak pasal-pasal kena skip class Dr. jahabar sebab report card kena ambil dari 8am to 12pm jer...
Sesi berjumpa Cikgu Silawati sekejap jer, saya banyak juga tanya pasal Danish almaklumlah anak lelaki. Mesti dia nakal kat sekolah sebab kat rumah dia selalu dengki adik dia, taknak baca buku., tapi semua soalan cikgu jawab ringkas jer.... "Tak ada masalah + Baik". Soalan-soalan yang saya tanyakan pada cikgu adalah seperti berikut, cheeewahhhhhh;
Danish ada masalah tak di sekolah?
Danish selalu berbual tak dalam class?
Danish okey tak dengan rakan-rakan dia?
Danish suka main tak kat sekolah?
Dalam klass dia tumpukan perhatian tak?
Pelajaran Danish di sekolah okey tak?
Danish dapat no.1 lagi dalam kelas, sebab tu cikgu dia cakap tak ada masalah kot. Hurmmmm... Haritu dia ada dicalonkan jadi ketua kelas, tapi Danish menolak sebab dia kata sekolah agamapun dia jadi ketua kelas. Elehhh... Mama tau kalau dah jadi ketua kelas dah tak boleh buat nakal dengan kawan-kawan lagi. kann Hehehehe....Mama memang selalu fikir bukan-bukan pasal Danish kan. Danish selalu dapat no.1 pun Mama selalu kenakan Danish.
By the way, congratulation my boy. Mama doakan Abang selalu cemerlang dalam apa jua tang abang lakukan. Haaaa.... Mak Tok dengan Tok Ayah on the way nak datang sini tengok result Abang. hari tu Mak Tok janji kalau dapat no. 1 hingga 5, Mak Tok nak belikan basikal fixie. Hamboiii hamboiii.... menuntutlah tue nanti.
Sekarang barulah Mama cakap.... "Sebab Abang dapat no.1, Mama bawa Abang pergi USS"
Actually since aritu kitorang tak cakap dengan dia lagi. kami cuma suruh dia hafal sifir 1 hingga 12, kalau dapat baru kami bawa ke USS. Tapi sekarang dah dapat no.1, Mama bagi tau dululah kita nak pergi USS. Hehehehe.... bukan nak rasuah, tapi untuk pembakar semangat agar dia belajar dengan lebih gigih lagi.
Ramai orang pelik tengok saya suka sangat minum kopi. Bila saya order kopi di kedai, tukang hantar order mesti akan letakkan kopi itu di depan hubby saya, they didn't expect kopi tue untuk saya. Bila saya bancuh kopi di office, budak2 sumer dok geleng2 kepala jer. Tapi ada jugak yang nak mengendeng...tapi...tak boleh telan coz diorang kata pahit sangat. Tapi rasanya taklah pahit sangat, dah memang kopi tue pahit, cuma saya tak suka letak banyak sangat gula dalam kopi saya. 1 sudup sudah cukup (ala-ala iklan TV....) hehehe....
Kenapa mesti pelik tengok orang perempuan minum kopi? Bila tengok perempuan minum kopi, pandangan itu seakan-akan seperti pelik melihat perempuan hisap rokok. Janganlah macam tue bang.....
Haritu saya mengeteh dengan rakan-rakan en.Hubby. Tiba-tiba seorang rakan saya gelakkan saya, dengan perlahan di cakap pada en.Hubby saya;
"Zal, wife ko macam drebar lori lahhhh"
en.Hubby ulang balik ayat tu pada saya, saya pun kerutkanlah dahi. Aikkk...pelik tau, kenapa pulak? Gemuk sangat ker saya nie? Uitttt gemukssss ker? Buncittt? Macam-macam ilusi tentang driver lorry bermain-main difikiran saya. Haaaa...india, driver lorry kan kebanyakannya india? ........
Rupa-rupanya dia kata begitu sebab.....katanya driver lorry suka minum kopi untuk hilangkan mengantuk sewaktu memandu jauh. Haaaaaaaaaaa??????????? Then apa kaitannya dengan saya????
Heyyy...you all tak tau ker kopi ni ada banyak khasiat? Daripada u all tue asyiklahhhh mengeteh, banyak kolestral, susu pekat manis, teh dengan pewarna tambahan, tambah lagi bila anne' (mat bangla) yang buat. Silap-silap masa tarik tue termasuk bulu ketiak dalam kole. haaaaa kan dah marah nie! hamek Kau0W!
Why Do I Like Coffee?
Kenapa Saya Suka Minum Kopi?
Kopi adalah minuman yang bagus untuk memberi tenaga. haaa...tu pasallah drebar lori suka minum kopi. Dan itu pasal jugaklah saya boleh bertahan selama satu hari dengan tugas-tugas rasmi dan tidak rasmi, tambah lagi berjaga di malam hari tambah lagi berblogging disini
Jika anda mengetahui cara minum kopi yang betul dan membancuh kopi dengan baik, minuman ini boleh memberikan impak positif kepada tubuh badan. Antaranya....
1. Melindungi jantung.
Peminum kopi yang mengambil 1-2 cawan kopi hitam dalam sehari memiliki risiko terkena stroke lebih rendah berbanding mereka yang tidak minum kopi. Hal ini disebabkan oleh adanya antioksidan yang terkandung dalam kopi.
Kopi memiliki antioksidan lebih banyak berbanding blueberry. Antioksidan yang terkandung di dalamnya membantu menahan effect buruk terhadap arteri. Kopi dapat meningkatkan tekanan pada darah dan denyutan jantung sebaik sahaja anda meminumnya. tetapi setelah beberapa minit kemudia, kopi akan menurunkan tekanan darah, karana antioksidan pada kopi mengaktifkan asam nitrat pada tubuh sehingga terjadi pelebaran pembuluh darah.
2. Mencegah kencinh manis (Diabetes)
Antioksidan kopi, khususnya asam klorogenat dan guinides, memainkan peranan penting untuk meningkatkan sel tubuh terhadap insulin yang membantu mengawal kandungan gula darah. Menurut penelitian, orang yang meminum kopi setiap hari memiliki risiko yang lebih rendah terkena kencing manis.
3. Menjaga kesehatan hati
Kopi juga berupaya mengurangkan risiko dijangkiti sirosis dan penyakit hati. Satu analisa dari sembilan penelitian menemui bahwa kopi boleh menurunkan risiko barah hari sebanyak 43%. Hal ini adalah kerana kandungan antioksidan dan caffeine di dalamnya.
4. Meningkatkan kekuatan otak
Minum kopi secara teratur juga dapat membantu mengurangkan risiko Demensia dan Alzheimer, sama halnya seperti Parkinson. Antioksidan yang terkandung di dalam kopi menghalang kerosakan sel otak dan membantu jaringan saraf untuk bekerja secara maksimum agar otak dapat bekerja dengan lebih baik.
5. Membantu menghilangkan sakit kepala
Penelitian membuktikan, 200mg caffeine dapat membantu menghilangkan sakit kepala, termasuk migrain. Walaupun begitu belum ada penelitian yang membuktikan bagaimana cara caffeine menghilangkan sakit kepala, namun para peneliti meyakini bahwa caffeine meningkatkan aktiviti sel otak yang mengakibatkan pembuluh darah di sekitarnya menegang.
“Penegangan pembuluh darah ini membantu menghilangkan tekanan yang mengakibatkan rasa sakit,” ujar Robert Shapiro, M.D., Ph.D., profesor saraf dan Director the Headache Clinic dari Universitas Vermont Medical School.
Namun, di balik kenikmatannya, kopi menyimpan kesan negatif bagi mereka yang tidak mengetahui cara minum kopi yang baik. Minum kopi berlebihan bisa menimbulkan impak buruk, antara lain, meningkatnya kadar kolesterol jahat iaitu trigliserida yang akan membuat darah lebih pekat.
Selain itu, kopi akan sangat berbahaya untuk pesakit yang menderita tekanan darah tinggi, kerana kafein dapat meningkatkan tekanan darah secara tiba-tiba. Bagi wanita hamil, kopi dapat meningkatkan risiko kematian pada bayi. Kopi juga boleh mengakibatkan tulang rapuh. Kopi juga boleh menimbulkan perasaan gelisah, insomnia, dan tremor (tangan bergetar).
Untuk dapat menghindari kesan negatif terhadap kopi, pilih bancuhan kopi tanpa tambahan gula dan susu, serta mengurangkan pengambilan kopi. Selain itu, pilih juga jenis kopi yang tanpa kafein.
Antara rahsia saya minum kopi yang boleh anda sebagai penggemar kopi amalkan:
Minum 2 gelas air putih sebagai pencuci setiap 1 cawan kopi yang anda minum. Insyaallah segala 'racun' dalam kopi dapat dineutralkan.
Bulan 2 yang lalu Mak Ngah (My Sister) memberikan anak-anak buahnya set sifir yang sangat cantik dan sudah pastinya akan menarik minat kanak-kanak untuk menghafal sifir. Iyerlahh kan, samalah macam kita dulu, bila suruh hafal sifir punyalah payah sebab boring sangat sambil lihat kertas photostat sifir yang tak berapa nak nampak. Bila cikgu soal dan tak dapat jawab, haaaa kenalah diri atas kerusi.
Danish ada cara lain untuk menghafal sifir menggunakan pemberian Mak Ngah yang sangat menarik tue. Video bawah ni masa mula-mula diorang dapat set sifir, Danish hanya suka nak menyusun sahaja, tengok berapa pantas Danish boleh lakukan, penyusunan digit dari sifir 1 hingga 10, dengan menutup mata dan juga didengki Aqil...LoL....
Mak Ngah.....!!! Nanti balik JB kita main susun secara rawak dengan set soalan pula yea. Nanti kita tengok siapa paling pantas letakkan digit ke lubang yang betul selepas mendengar soalan.
Danish nie kalau suruh mengaler memang failed. Tapi sekarang dengan selamba jer dia lakukan tanpa terkeluar sambil matanya ditutup rapat dan pada suasana yang samar-samar. Pemilihan warna pun matching skali. Tapi sebab Danish ni sangat pemalu, dia tak pernah nak masuk coloring contest, lagilah bila suruh tutup mata. Danish tak berapa suka orang lain melihat dia dengan 'kuasa' yang dia ada. Cheeewahhh, kuasalah pulak... Sebab dia rasa diri dia pelik sejak deria ke-6 nya diaktifkan.
Video ini diambil pada tahun lepas beberapa hari selepas deria ke-6 nya diaktifkan. Masa ni Danish masih rasa kekok lagi, tapi...bolehlaaa, cuma dia tak berapa selesa dengan keadaannya melakukan tugas dengan mata tertutup. Kalau anda nampak macam ada tisu bewarna putih dalam lapik kain penutup mata itu, saya letakkan tisu kerana disebabkan oleh mata Danish tak berapa selesa matanya ditutup ketat, so tisu adalah sesuatu yang lembut yang boleh melapik kelopak mata. Dengan meletakkan tisu juga, boleh menutup celahan ruang antara hidung yang membolehkan Danish curi-curi lihat dari celahan ruang.
Kenapa kita kena tutup mata kanak-kanak ini? Ini untuk mengelakkan dia membuka matanya. Jika matanya ditutup, kelopak mata sukar untuk dibuka dan kebarangkalian untuk mengendap dari celahan kain penutup mata adalah kecil. Cuba anda menutup mata anda dengan kain dan ikat dengan kata, kemudian cuba buka mata anda untuk mengendap dari celahan kain pengikat mata.
Sudah lama saya mahu mengupload video ini dan beberapa video lain. Tapi akal normal saya masih mengatakan tidak kerana takut orang lain menyalah anggap tindakan saya ini. Bagaikan percaya ataupun tidak dan anda lihatlah sendiri nanti.
Sebelum ini telah banyak juga orang lain memperkatakan tentang pengaktifan OTAK TENGAH ini. Mulanya kami juga tidak percaya, tetapi setelah ianya berlaku pada salah seorang anak kami dan ianya berjaya, kami mula mengkagumi keajaiban ini.
ANAK SAYA MEMPUNYAI DERIA KE-6
Maksudnya.....
Anak saya boleh melihat walaupun matanya ditutup. Tak percaya?
Anda mesti mempercayai ini. Deria ke-6 Adam Danish telah diaktifkan pada tahun lepas dan sehingga kini deria ke-6 Danish masih berfungsi dan semakin advance.
Pasti anda tertanya-tanya bagaimana ini boleh terjadi. Sedangkan bagi kami juga ini adalah fenomena luar biasa kerana sebelum ini akal waras kita hanya tahu ahli silap mata yang berlatih bertahun-tahun sahaja dapat melakukan seperti apa yang anda lihat tadi, Danish boleh melihat dengan mata tertutup.
Apa pendapat anda sekarang? Danish ada beberapa video lain yang lebih extreme dari itu yang akan saya upload ke blog ini secara berperingkat. Bukan untuk membangga diri, tapi sekadar untuk menunjukkan bahawa fungsi otak manusia boleh lakukan lebih daripada batasan. Menurut ilmu pengetahuan yang kita pelajari disekolah dulu lagi bahawa manusia sebenarnya melihat menggunakan otak, bukan dengan mata kerana otak yang mengawal mata. Mata hanyalah jendela dari otak dan otak tengah itu sebenarnya yang berperanan untuk menghubungkan kedua belah otak manusia iaitu otak kiri dan otak kanan kerana kebanyakan dari kita hanya mengetahui kewujudan dua belah otak ini sahaja.
Cuba anda search di google mengenai Albert Eistein sekarang. Ilmuan genius ini hanya menggunakan 10% sahaja dari keseluruhan fungsi otaknya. Kenapa? Tak percaya ke? Oleh itu, jelas di sini masih ada 90% lagi misteri fungsi otak yang perlu diterokai. Bagi kita manusia biasa ini pula, hanya menggunakan 1-5% sahaja fungsi otak.
Jadi secara positifnya saya mengakui bahawa otak tengah berfungsi untuk menjadi penghubung kepada kedua belah otak yang kita sedia maklum sebelum ini. Walaubagaimanapun, menurut pakar yang berjaya mengaktifkan otak tengah Danish mengatakan bahawa hanya kanak-kanak berusia dari lingkungan 5 hingga 15 tahun sahaja yang boleh diaktifkan otaknya. Tetapi ada juga kanak-kanak yang berada dalam lingkungan umur ini tidak berjaya mengaktifkan otak tengahnya kerana beberapa faktor yang sukar difahami oleh akal manusia.
Mari mengaktifkan otak kita, dengan ini kialiti hidup akan menjadi lebih baik keseluruhannya. Kenapa perlu mengaktifkan otak sedangkan selama ini kita sememangnya menggunakan otak untuk menjalankan kegiatan harian. Pernahkah seseorang mengherdik anda dengan mengatakan "MANA OTAK KAMU?" atau "TAK ADA OTAK KAH?". Jadi tujuan entry saya disini adalah untuk mengatakan otak kita boleh lakukan lebih daripada yang kita ketahui. Kenapa kena aktifkan otak???
Mengaktifkan dan memaksimumkan fungsi otak secara keseluruhan.
Synchronizekan otak kiri dan otak kanan.
Mengasah kemampuan otak kanan dan otak kiri secara seimbang.
Meningkatkan konsentrasi.
Memperkuat daya ingat dan mencegah kekusutan fikiran.
Menjadikan otak berfikir dengan lebih kreatif dalam mencari idea atau menyelesaikan masalah.
Menaikkan semangat, motivasi dan meningkatkan energy.
Efficientkan energi (Membuat Anda tidak cepat penat).
Meningkatkan daya pemahaman
Mempertajam kemampuan berfikir secara analitik.
Merangsang kecerdasan emosi (EQ).
Meningkatkan kecerdasan spiritual (SQ).
Meningkatkan kemampuan ketenangan fikiran.
Membuat tidur lebih nyenyak dan berkualiti.
Menjaga keseimbangan hormon agar lebih sehat.
Menstabilkan emosi diri
Mengatasi sakit kepala dan migraine.
Menghilangkan stress dan agar tidak mudah tertekan.
Kebanyakkan dari kita mesti belum pernah mendengar atau tidak mengetahui kewujudan otak tengah. Saya juga baru sahaja mendalami rahsia dan keistimewaan otak tengah ini. Sebelum kita pergi lebih jauh, jom kita ambil tahu dahulu tentang Otak Manusia dimana merupakan Ciptaan Ajaib Allah.
Seperti yang kita pelajari di sekolah dulu, terdapat 4 bahagian utama otak manusia iaitu, Celebrum, Cerebellum, Limbic System dan Brain Stem. Otak manusia merupakan sistem saraf yang membuat keputusan setiap gerak tubuh dan menjadi satu pusat komunikasi yang terpenting. Otak mengawal setiap tindakan daripada bernafas, berkelip, bergerak dan juga menghafal fakta-fakta tertentu.
Otak manusia terbahagi kepada 3 bahagia penting iaitu otak depan, otak belakang dan otak tengah. Otak Depan terbahagi kepada serebrum, thalamus dan hipotalamus. Otak Belakang pula terdiri daripada cerebellum, pons dan medulla. Manakala Otak Tengah pula terdiri daripada tectrum dan tegmentum. Biasanya Otak Tengah, pons dan medulla yang disebut-sebut sebagai Sistem Otak.
Frontal Lobe - berkaitan dengan perancangan, bahagian pertuturan, pergerakan, emosi, dan penyelesaian masalah
Parietal Lobe - berkaitan dengan pergerakan, orientasi, pengiktirafan, persepsi rangsangan
Occipital Lobe - berkaitan dengan pemprosesan visual
Temporal Lobe - berkaitan dengan persepsi dan pengiktirafan rangsangan auditori, ingatan dan ucapan
Kebanyakkan dari kita hanya menggunakan sebelah sahaja fungsi otak, terutama otak kiri. Tapi hanya orang-orang tertentu sahaja menggunakan otak kanan dalam kehidupan seharian mereka. Tapi bagaimana pula jika seseorang itu menggunakan kedua-dua belah otaknya untuk melakukan setiap pekerjaan seharian termasuklah belajar, bekerja atau beriadah.?