29 April, 2010

Pregnancy Detector.....

Hmmmm....mesti tertanya2. Biasanya kita dengar pregnancy test or pregnancy kit. Tapi sekarang I ada pregnancy detector...

Ni laa nak citer...menarik gak sbb tak penah jumpa. 2 kali I pregnant apsal ler takde si pregnancy detector ni... "si"??? orang ker animal ni...musykil kan. Sebenarnya yg I maksudkan Pregnancy Detector ni adalah seorang rakan. Hahaha....lawak (takper ahh kalau u all kata tak lawak), so meh baca kalau nak tau lawak ker tak lawak.

Adalah sorg budak kecik ni kat tempat keje I. Dia ni lom kawin lagi, tapi coming soon sbb dah bertunang. Si minah ni ada penyakit mabok...bukan mabok yg minum2 tue, ni mabok laut, mabok kenderaan, mabok jalan jauh dan seangkatan dengannya. Susah gak kalau ada penyakit mabok ni, susah nak bejalan. Kalaulah I ada penyakit mabok ni, almaklumlah tak sampai ler I kat Sawak. Jangan kan kata Sawak, balik BP pown almaklumnya tunggu raya ajerlah. Maka juga tak menjamah ler I nak obersi...

Ni balik pada citer minah mabok semula. Walaupown dia ada penyakit mabok, tapi dia ada kelebihan yg org lain takder. Haaaa tu lah yg I cakapkan siang2 tadi, "Pregnancy Detector". Nak tau naper I gelarkan dia mcm tue....jeng jeng jeng....

Kat tempat keje kitorg tengah sebok org berbadan 2. Alahh...biaasalah ada yg kepoh-kepoh, tapi ada gak yg nak senyap2. Mcm I dolu2, dah nak masuk 6 bulan baru ahh org lain dpt hidu, itupown main tembak sbb I tak coti solat. Nak tak nak ngaku jerlah, bukannya takde laki nak main biarlah rahsia nih. Nak dijadikan cerita, si cik kak kenit nie asyiklah mual2 muntah2 sampai merah padam muka. Kitorg pelik gak sbb setahunya dia mabuk berjaln ajer, ghupenyer ada mabuk lain. Hmmmm....idung dia ni boleh detect org mengandung. Tak percaya??? Kalu kawan2 kat tempat keje mesti percaya, sbb leh tengok depan mata. Tapi taktaulah you allss nak caya ker tak?

Situasi 1:
Is (bukan nama sebenar) mmg kitorg tau dia pregnant. Tapi bila tiba2 dak kenit tue mual2 muntah2, so kitorg tau ahh Is (bukan nama sebenar) yg tempatnya di bangunan lain dtg ker opis kitorg. Hmmm sah, mmg Is (bukan nama sebenar yg datang) yg dtg, temengah2 naik tangga (opis kitorg tingkat 1).

Situasi 2:
Kat opis kitorg sendiri mmg ada 2 org yg pregnant. Bila salah sorg atau 2-2 ibu mengandung ni masuk opis jer (sbb 2-2 ni kejenyer kat dlm lab, sebelah jer opis kitorg) mulalah si kenit ni rasa mcm nak pitam, pening2 kepala dan ntah apa2.

Situasi 3:
Baru2 ni dia muntah2 teruk sgt, so kitorg ni teracari2 ahh sapa lagi yg pregnant. Cari punya cari, ghupanya ada sorg microbiologist yg berkemungkinan pregnant jugak. Microbiologist ni mmg slalu dtg opis kitorg kutip report. So taudah, sbb bila microbiologist ni on d way ke opis kitorg, mulalah si kenit ni loya2 & termual2.

Situasi 4:
Bangunan opis kitorg ni pecah2 antara department dgn department lain. Kadang kala si kenit ni akan pergi ke Main opis. Balik jer dari Main opis, muka dia mesti pucat lesi, kuar masuk toilet. Sebabnya, kitorg nyer receptionist pown pregnant gak anak ke4.

Situasi 5:
Haaa arini dia mual2 muntah2 loya2 lagi, maka kitorg tercari2 sapa plak yg pregnant ni. Di cari2 siapakah yg akan menghampiri department kami......haaaaa cari punya cari, kitorg spot ahh ada sorng cik kak dari department label, ada dtg opis kitorg siang tadi. Investigate ler kat laki dia (laki dia keje kat production-kira husband & wife keje 1 bumbung), laki dia sudah pecah lobang... "org umah aku dah 2 bulan tak dtg bulan" kwangkwangkwang......

Dak kenit...dak kenit... kabor2nyer dia nak naik pelamin lagi 6 bulan tak pown bulan 6 tahun dpn. Macam manalah gamaknya bila dia pregnant yerrr....

Macam2 penyakit org....ada ubat tak penyakit nie yerk....?

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

28 April, 2010

TIARA BEACH RESORT PDNS - Mini Familyday JPPH

Bercuti Lagiii.......

Biasalah coti-coti Malaysia...menyambut seruan Menteri Perlancongan Dato' Dr. Ng Yen Yen.

Minggu lepas I sekeluarga bercoti lagi ke Port Dickson, Nogori Sembilan. Sonot jugak, jln2 bawak mak & ayah, lagilah mak kata dia tak pernah gi Nogori. Gumbira rasa dihati dpt riangkan mak ayah...hehehe...



Konvoi kereta Unit 1, JPPH-JB bermula di Machap...Ntah apa2 jewr, biasanya org kalau berkonvoi dari destinasi awal, tapi kitorg lain sket. Kata jewr berkonvoi, tapi memasing tak tau nak kuar pukul berapa. Asalkan kitorang ketemu akhirnya di destinasi pertama. PANTAI SRI PURNAMA.

Sampai kat PSP lebih kurang kul 1ptg, tapi ada gak yg lom sampai lagi. Acara pertama adalah sukaneka...seronot giler, tapi panas ya amett...



Dah puas beseronot, lunch (huh..kul 3 br lunch, hampeh lak tue sumer takde) makan jer apa yg ado. Nasi dah habis, mee goreng pown lambat, air pown lambat, minum air paip jerlah gamaknya. Pastu chow ahh ke Tiara Beach Resort (beach resort yg takde beach). OK lah tue...banyak gak award yg Tiara Beach Resort ni ado :-



> National Occupational Safety and Health Excellence Award 2007 ( Top 3)
> World's Third Best Hotel Chain 2007
> Top 5 HAPA Family Award 2007-2008

Dah kat Tiara, aktiviti bebas...berenang kuak bebas...mandi bebas...pakaian bebas... tapi opss jgn bebaskan semua pakaian.

Malam tu kitorang makan kat restoran tepi jalan Restaurant Nazreen. Booking oleh En.Saron a.k.a. UncleSawan, En.Fitri & En.Ujang. Nasib baik dah booking awal, kalau tak... dok terpacak jerlah tunggu meja. Dah booking pown tak cukup tempat duduk, macama mana ni AJK makanan? SPM Matematik tak credit ker?

Lepas makan, jln2 kat Pantai Port Dickson, ok awhh crowded gak pekan dia. Almaklumlah mlm tu ada pasar malam. Tujuan utama nak cari BAJU MERAH. Hmmm esok nak gi Thailand...hehehe... Canggih tu Pantai PD, open wireless. Padan ahh mat & minah yg dok kat bench tu sumer kepit laptop. So, bila town JB nak wireless free nih...???

Ahad pagi lepas sarap, di laporkan anak2 I lah antara org pertama yg terjun dlm kolam... ishkishkishk....Sarapan ditaja/dimasak oleh En.EdySamsinor (taktaulah btul ker eja). Lepas tu sumer sambung mandi termasuklah cik abg2 yg nampaknya bergelut2 main bola air. Taktau nak klasifikasikan sukan apa tu. Kul 11am sumernyer mengeluh sbb TIMES-UP...back to room & prepare to home.
Wah...kul 1pm sumer dah kumpul depan Main Office nak pulang kunci. Chechh...siap susun2 kete lagi tue, nak dekat 1/2 jam gak nyusun last2 amik gambo sebijik keter pown tak nampak.

Hmmm...seronotttttt gak ikut dak-dak JPPH ni.... Masuk ni dah 2nd time me & family ikut diorg... Yg mana ketua dajah erk...buat lah lagi, gi obersi ker, OK gak...

OK TataTitiTutu....
:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Cikgu Minta Naik Gaji : Sebab ini ker???

Hahahaha.......lawak pulak bila saya baca karangan budak sekolah ini. Cuba korang baca :-


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...