01 September, 2013

A.K.U.T.A.K.P.A.H.A.M

Aku...yea itu saya...Aku tak paham, yea sungguh saya tak faham
Banyak sangat hal yang kita tak faham
Sama ada tak faham atau buat-buat tak faham
Banyak sangat tanda ? pun susah, lagilah kita tak faham.

● kenapa dunia kini semakin kejam?
● kenapa nyawa kini semakin murah?
● kenapa darah kini mudah melimpah?
● kenapa manusia kini kian berubah?

Antara kita...yea sesama kita...
Aku tak paham, yea saya semakin tak paham
Antara kita, yang memahami hati sesama sendiri
Antara wanita
Antara lelaki
Antara suami isteri
Antara adik beradik sendiri
Antara sahabat-sahabat sejati
Antara muslimat muslimin.

Wanita...kenapa menyakiti hati wanita lain?
Sudah habiskah lelaki sampai sanggup berkongsi hingga menyakiti?
Tak habis mencuri, malah tamak haloba merampas semua harta dunia yang ada.

Lelaki...kenapa tak mahu ikut sunah nabi?
Sanggup berbini-bini tapi abai tanggugjawab sendiri
Mulut manis menabur janji tapi akhirnya memungkiri

Suami isteri...kenapa ikatan murni sanggup dikhianati?
Bersuami isteri berjanji susah senang sehidup semati 
Tapi kenapa beban dirumah isteri tanggung sendiri
Sedangkan sama-sama keluar dikala fajar mencari rezeki

Adik-beradik... perlukah menyusahkan sesama sendiri?
Bukankah ikatan itu membuatkan kita saling memahami?
Dari rahim si ibu benih yang sama walaupun tak serupa
Salinglah menyelami hati-hati yang disayangi
Jangan suka buat hal sendiri hingga ada yang memendam rasa sakit hati.

Sahabat sejati...seriuskah mengklasifikasi yang mana playwood yang mana jati?
Tapi akhirnya tega menyakiti mengkhianati hanya kerana iri hati
Fitnah sana sini sedang dibibir dialah teman sejati
Hingga sahabat tidak jati memandang dengan lirikan jelingan penuh erti.

Muslimin muslimat... bukankah kita menghadap kiblat yang sama?
Allah itu maha berkuasa, Dia yang mengatur semuanya, dan kita redha
Tapi bukan alasan untuk kita lakukan apa saja ikut suka
Dan menyalahkan takdir semata tanpa berusaha lakukan yang terbaik untuk kita.

Antara kita... aku kau dia dan mereka mengenali sesama sendiri
Kecil hati...... sakit yang payah diubati
Mengambat hati... membuatkan kita sering tersenyum sendiri
Hati-hati dengan kata-kata "susah cari kita"
Ayat itu sangat berbisa, jangan sampai kata itu ternoktah untuk kita.

#sungguhakutakpaham#

Dan pasti masih ada yang tak paham, kenapa saya menghilang dari dunia maya. Sungguh belum terdaya bercerita, hal-hal dunia penuh pancaroba, dengki, khianati, iri hati, sakit hati... Sesungguhnya saya memang tak faham, kenapa saya, tapi adakah mereka-mereka juga dikalangan kita pernah merasainya. Belum bersedia hendak bercerita.

Dan akhir-akhir ni, saya sangat tak paham...
★ kenapa KL Gangster 2 boleh bocor
★ kenapa gawang JDT mudah bocor

Hahahahaha......

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

30 August, 2013

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN



Esok...kita akan meraikan hari Kemerdekaan yang ke 56



Credit to : I-Produksi |Islam*Iman*Ihsan|


Apa pula pendapat kamu tentang Kemerdekaan???

Pendapat saya:

Kemerdekaan yang sebenar ialah membebaskan diri daripada penjajahan manusia, membebaskan diri dari agama ciptaan manusia dan membebaskan juga mentaliti daripada pengaruh yang bercanggah dengan agama Islam. Kini, walaupun negara kita telah lama bebas dari penjajahan asing, namun ia hanyalah pada zahir sahaja. Tinggalan penjajahan tersebut masih wujud pada pemikiran rakyat Malaysia. Peratus keberjayaan orang bukan Islam dalam mempengaruhi pemikiran umat Islam sangat tinggi sehinggakan kita boleh lihat kebanyakan negara Islam yang dijajah membawa identiti penjajah negara tersebut.

Di sini, kita perlu memahami konsep kemerdekaan yang sebenar iaitu apa yang telah dibawa oleh Rasulullah S.A.W dan Islam itu sendiri. Semoga diri kita bebas dari penjajahan pemikiran barat dan pemikiran yang bercanggah dengan agama Islam.

Saban tahun laungan itu diucapkan oleh kita yang bergelar sebagai rakyat Malaysia. Namun, adakah dengan laungan tersebut menunjukkan kita merdeka dengan sepenuhnya daripada penjajahan?

Seperti yang diketahui, erti merdeka yang seringkali disebut ialah kebebasan daripada penguasaan asing. Selaku umat Islam, kita perlu sedar bahawa bukan kemerdekaan sebegitu yang kita inginkan. Dipetik daripada kata-kata Rub’ie bin A’mir ketika bertemu panglima tentera Rom yang bernama Rustum :


"الله ابتعثنا لنخرج من شاء من عبادة العباد الى عبادة الله، ومن جور الأديان الى عدل اٌلإ ومن ضيق: الدنيا إلى سعة الدنيا والأخرة"
Maksudnya : “Allah mengutuskan kami (orang-orang Islam) untuk kami merdekakan manusia, daripada mengabdikan diri sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah, daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat.”
Rub’ie bin A’mir menyatakan begitu kerana hasil daripada pentarbiahan Rasulullah S.A.W.

Jadi....Merdeka kah kita sebenarnya???

 Wallahua’lam.

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

30 July, 2013

Salam 22 Ramadhan 1434

Alhamdulillah...... 22 Ramadhan akan berakhir beberapa ketika lagi. Lama nampaknya saya tidak menjenguk ke laman tercinta ni. Alhamdulillah, ada juga yang masih jengah dan jenguk sambil tiup-tiup habuk. Terima kasih sahabat maya.

1 Ramadhan hingga 22 Ramadhan, banyak peristiwa indah telah saya lalui. Terasa sangat bersyukur diberi kesempatan melalui saat-saat yang penuh keriangan di samping orang-orang tersayang dan pastinya merekalah yang terindah dalam kehidupan saya.

Ramai yang tanya....kenapa dah lama tak update blog. Yang tanya terus-terang, pm msg, komen di fb dan yang paling aktif bertanya, rakan-rakan GSF. Terima kasih semua, at least saya tahu masih ada yang sayang. *malu*

Kenapa dah lama tak update blog?

Saya ada banyak sebab. Sebab musabab yang juga bermain difikiran saya. Bukan sebab tak ada gadget atau internet untuk update, bukan sebab tak ada cerita nak kongsi, bukan sebab tak ada idea nak luahkan, bukan sebab masa tak mengizinkan, bukan sebab kemalasan mengaburi fikiran. Tapi..... sebabnya adalah saya sendiri.

Sebabnya adalah saya...

Tapi akhirnya saya sedar sendiri, sedalam mana saya sembunyi, sejauh mana saya berlari, saya tetap dihantui dengan blog ini.

Sebabnya adalah saya sendiri...

Dulu...

Hipokrit menguasai diri. Selama ini, saya sembunyikan semua cerita suka duka dari tatapan dunia di laman maya yang lain, tapi akhir saya luahkan di sini.

Kini...

Hipokrit masih menguasai diri.

Dihari yang indah ini, saya muncul kembali. Di sini. Harap masih ada yang sudi, jengah-jengah, gesel-gesel, ngendeng-ngendeng...

Selamat Berterawih....mlm ni mlm 23, hari ini cantik sekali, moga ada yang ketemu sesuatu yang dinanti.

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...