21 June, 2013

Jerebu owh Jerebu

Johor sedang diuji dengan udara yang tidak sihat. Ini disebabkan oleh perlakuan jiran yang sangat tidak berperikemanusiaan. Hanya memikirkan keuntungan sendiri sahaja.

Jadi...saya nak menasihatkan semua penduduk di negeri Johor agar kurangkan aktiviti luar. Sedang saya duduk di pejabat, terfikir pulak nasib anak-anak di sekolah. Iyelah kannnn....kita-kita ni berada dalam pejabat yang berhawa dingin, tapi anak-anak kita yang di sekolah hanya bergantung kepada kipas serta tingkap daun yang sering terbuka. Dah lah cuaca sangat bahang, kipas pun masih tak boleh menangkis cuaca panas. Keadaan tingkap yang sering terbuka memudahkan udara yang tidak sihat masuk ke dalam bilik darjah.

Keadaan di Johor sudah semakin teruk, panas, bahang, berhabuk, berbau, sesak nafas, batuk, selsema, demam, pening kepala...

Kerajaan Malaysia sudah merangka beberapa langkah untuk mengawal keadaan supaya tidak menjadi lebih teruk. Pembenihan awan akan dilakukan dalam masa terdekat.

Perhatian: Bawalah payung atau pocho kemana-mana dlm 2-3 hari ini, just standby.

Msg ni dari seorang kawan untuk dikongsi bersama.

Forwarded -Please bring a huge umbrella out today.. and avoid rain water at all
cost... government is planning to seed the clouds to rain and according to my chemist
friend, the rain water is harmful to human skin. So if u see rain falling.. stay indoor
and don't rain dance around...

-Anna G
Forwarded message

Dear friends, pls take note: my friend shared with me this: her niece's boyfriend who is
doing phd in biochem said that these particulates (in the haze) are too tiny and they
will bypass the hairy and mucous nose to lodge into the lungs. As these particulates
are non-water solvent, they will stay in the lungs, will cause cells to mutate and
potentially cancer cells can develop from there. So do take care and keep your children
and elderly folks indoors. And wear N95 masks even though it's a short walk from
home to car and office.


Gambar ni saya ambil sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja. Waktu lebih kurang pukul 7.30 pagi. Biasanya boleh nampak bangunan apartment tu tersergam indah dengan jelas. Tapi pagi tadi berkabus. Cahaya matahari pagi pun samar-samar jer sebab jerebu tebal sangat.


Ini index meter yang berada di makmal tempat saya bekerja. Tengok tu, lebih 300 adalah pada kadar yang merbahaya. Khabarnya jerebu di sekitar Muar pagi tadi dah mencecah 340psi.

So...dah beberapa hari ni memang kena pakai mask. Dengornye mask kat pharmacy pown dah sold out. Sekeping boleh dijual mencecah harga RM3.00
:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

16 June, 2013

SAMBUTAN HARI IBU & HARI BAPA : Niat Tidak Menghalalkan Cara

Apa hukum menyambut hari ibu? Ini cerita bulan lepas di mana ramai antara kita wish hari ibu.


Memang niat kita baik nak celebrate Hari Ibu dengan ibu kita tersayang. Ajak pergi makan, belikan hadiah, salam peluk cium bagai. Tapi....kena tunggu Hari Ibu saja ker? Meh tengok apa Ustaz plak kata.... 'Niat tak menghalalkan cara' , Saya suka ayat itu...!


Kenapa Hari Ibu haram disambut bagi kita yang beragama Islam?


Siapa yang tetapkan tarikh Hari Ibu? Kristian yeaaaa....


Begitu jugalah dengan sambutan Hari Bapa.
Okey, sekarang Ustaz Azhar yang lebih arif daripada kita dah sampaikan kepada kita semua kenapa sambutan Hari Bapa dan Hari Ibu diharamkan. Namun, masih ramai lagi yang tak tahu dan masih menyambutnya sehingga ke hari ini.

Ramai yang kata " Ala...setahun sekali je sambut..Takkan tak boleh kot?". Ataupun tidak kurang juga sampai ada yang kata " Islam nie semua tak boleh. Bukannya sambut orang kafir atau Yahudi, Kristian, nak sambut mak bapak sendiri jer! "

Nauzubillah...Islam itu mudah. Tak perlu kotttt nak tunggu tarikh tertentu untuk sambut. Sambut sajalah hari-hari atau bila-bila waktu saja, bilamana kita mendapat rezeki berlebihan.

Semoga Allah menyelamatkan kita daripada kesesatan. Amin...

Status saya di FB hari ini:
"Hari ni hari apa erkkk? Hurmmm....saya takde plan nak wish apa2 hari ni. Sebab hari2 saya sayang ayah saya, almost hari2 saya cium tangan ayah saya, walaupun hari2 takde hadiah, tapi doa untuk ayah dan mak tetap mengiringi solat saya. Suami saya? Ohhh dia bukan ayah saya, tapi saya tahu dia Papa terbaik untuk anak2 saya."
:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

11 June, 2013

POU

Tahu tak apa itu POU?

oK, ini adalah sejenis game online. Ohhh...bukan.....ini adalah sejenis binatang belaan online. Ehhhh....bukan...bukan... POU adalah sejenis kuih belaan online.

Ishkkk...actually, saya pun tak tahu ape bendealah ni, bende ke binatang ke kuih ke ni. Kompius.... Yang saya kena tahu, saya kena bela bendealah ni bagi pihak anak saya yang berumur 6 tahun, si Aqil Hail tu.


Ok, nampak tak yang setongkol kaler coklat tu? Haaaa...tu laaa POU. Mendealah ni lah yang saya kena bela bagi pihak.

Alkisahnya, suatu hari di pejabat. Saya teringat nak call anak-anak di rumah sebab minggu lepas kan cuti sekolah 2 minggu.

Mama : Adik dah makan?
Aqil : Dah. Haaaa Mama, tolong bagi POU adik makan!
Mama : Haaa?? (mama kompius)..... pau??
              Ohhh, adik nak makan pau eh? Nanti petang mama belikan.
Aqil : Bukan adik laaaaa.... POU adik, dia mesti tengah lapar. Lepas bagi makan, mama ajk dia main game dulu tau, lepas tu tutup lampu suruh POU adik tido.

OK....serious mama kompius. Then balik rumah petang tu tanyalah Aqil apa yang dia nak sebenarnya. Lepas tu, Aqil explain mama mendealah ni.


Ok, mula-mula tengok kat notification, nampak tak? DIA KOTOR HOKEYYYYYYYY!!! Apekerrrr?

So, untuk dapatkan semula POU yang handsome macam ni, kita kena bersihkan.

Caranya.....mandikan dengan sabun.

Sebab bila POU kotor, dia akan rupa macam ni. HAHHHH! Memang serious kotor, dan nampaktak 2 ketul bawah tu? U'ukk dia ok!

Then, bila dah bersih, kena bagi makan, dan kemudian kena ajak mendealah ni main game. Hadoiiiii....tak pasal-pasal mama terjebak dengan mendealah ni sebab anak saya dowload mendealah ni di tablet saya! Kesiannya saya....
:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...