Semua orang dah biasa dengar ayat ni "SEORANG IBU BOLEH JAGA 10 ORANG ANAK, TAPI 10 ORANG ANAK TAK MUNGKIN BOLEH JAGA SEORANG IBU"
Itulah hakikanya kan. Memang....memang tak ramai anak yang betul-betul akan jaga ibu bapa mereka bila sudah berjaya, lebih-lebih lagi bila dah berpasangan. Ada sejenis isteri yang tamak kasih sayang, ada juga sejenis suami yang ego sombong dan berlagak bagus. Kalau betul masih ada anak yang baik....alhamdulillah, syabas untuk anak tersebut dan juga syabas untuk pasangannya kerana tidak memisahkan hubungan antara ibu dan anak.
Siapa dah tengok drama 7 Hari Mencintaiku? Haishhh...mejoriti rakyat Malaysia tengok dah kan drama ni. Rating 12 juta tu.... then...dah pakat-pakat mencangok depan tv jam 7 hari-hari tu, tak reti-reti nak ambil iktibar dari drama tu?
Meh dengar sini..... betul tak hal-hal yang disebutkan ni?
Rumah ibu bapa adalah rumah bg anak-anak tapi tak semua rumah anak-anak adalah rumah ibu bapa....kenapa tak percaya?
- Anak-anak boleh bebas dalam rumah ibubapa
- Makan apa sahaja, dah makan tak basuh pinggan tak apa
- Tengok siaran tv ikut suka
- Guna apa saja kepunyaan ibubapa ikut suka
- Letak barang merata-rata bila hilang ibu yang kena
- Sangkut baju yang dah berdaki berpeluh dimana saja
- Nak datang bila-bila pun tak mengapa
- Tak boleh buat sesuka hati di rumah anak- anak
- Tak boleh masak sesuka hati
- Tak boleh makan apa yg ada dlm peti ais ikut suka
- Tak boleh buat apa sahaja ikut suka
- Tak boleh ubah susun atur dalam rumah anak
- Tak boleh datang rumah saja-saja walau untuk melawat anak cucu dia
Begitu juga dengan kenderaan ibu bapa.
- Kenderaan ibu bapa adalah kenderaan anak-anak
- Anak-anak boleh guna kenderaan ibu bapa ikut suka hati
- Walaupun belum ada lesen berani curi-curi guna
- Minyak penuh balik kosong pun ibubapa tak kisah
- Kalau rosak semua ibubapa tanggung
Tapi, jika kenderaan anak-anak tinggal dirumah ibu bapa ataupun sekadar tumpang parking, ada banyak syarat dikenakan. Sebab... Tak semua kenderaan anak-anak ibubapa boleh guna, apatah lg dgn sesuka hati. Sebab apa?
- Sebab nanti takut rosak
- Sebab nanti takut berlanggar lah
- Sebab nanti takut calar lah
- Sebab nanti takut lowerd lah, patah spring lah
- Kalau guna pastikan minyak penuh semula
- Kalau rosak mesti kena hantar pomen baiki sebelum bagi semula pada anak-anak
- Mereka ada masa utk membetulkan kenderaan kesayangan mereka bila rosak tetapi mereka tiada masa hantar ibubapa ke klinik bila diperlukan.
- Mereka ada masa untuk membawa anak isteri bercuti, tetapi mereka tiada masa utk cuti menziarahi ibubapa yg rindukan mereka.
- Mereka sayang ambil cuti kerja atau gunakan cuti tahunan yang ada utk melawat ibubapa di kampung, sebok dengan kerja dan tak boleh cuti menjadi alasan tapi ada je masa ke sana kemari dengan pasangan.
- Malah mereka tidak sayang untuk ambil cuti bila kawan baik kahwin, sanggup pergi bawa hadiah walaupun jauh beratus kilometer.
Ibubapa ingin melihat anak-anak sempurna walaupun semampu yg ada, tetapi anak- anak belum tentu boleh sempurnakan hajat ibubapa walaupun anak-anak berharta. Kalau berjanji sebelum mendapat apa-apa yang diingini tu biasa. Minta ibubapa doakan apa yang hendak diperbuat, sambil menabur janji itu ini, akhirnya bila Allah dah beri berkat dari doa ibubapa, anak-anak mulalah lupa diri gelap mata. Lupa segala janji.
Anak lelaki..... bila isteri bercerita berkias bagaimana pun, si anak tahu apa yg isteri mahukan. Tetapi bila ibubapa mengadu walaupun dengan nada hiba, tiada selok belok ketika bercerita, anak2 buat tak faham apa yg ibubapa mahukan. Tapi...seperti biasa, ibubapa cakap hanya sekali harap anak faham dan memberi, Ibubapa tidak akan meminta secara terus kpd anak2nya kerana ibubapa takut anak akan terasa, tak memberi tak apa sebab mereka sentiasa memahami, niat bercerita agar anak tahu sahaja apa masalah yg dia ada, tapi biasanya mereka pendamkan sahaja. Walaupun begitu, mereka tetap akan kata, mereka ok-ok saja.
Mudah-mudahan kita tergolong sebagai anak2 yang berbakti kepada ibubapa kita semoga kita tidak disisihkan atau diabaikan semasa kita sudah meningkat tua nanti. Janji Allah itu pasti. Dunia berputar bersilih ganti...
Ini ibubapa saya..... maafkan saya jika saya bukan anak yang sempurna apatahlagi yang berjasa. Doa ibubapa sepanjang hidup saya amat bermakna, tolong jangan hentikannya...