31 December, 2016

Anak ohhh Anak




Semua orang dah biasa dengar ayat ni "SEORANG IBU BOLEH JAGA 10 ORANG ANAK, TAPI 10 ORANG ANAK TAK MUNGKIN BOLEH JAGA SEORANG IBU"

Itulah hakikanya kan. Memang....memang tak ramai anak yang betul-betul akan jaga ibu bapa mereka bila sudah berjaya, lebih-lebih lagi bila dah berpasangan. Ada sejenis isteri yang tamak kasih sayang, ada juga sejenis suami yang ego sombong dan berlagak bagus. Kalau betul masih ada anak yang baik....alhamdulillah, syabas untuk anak tersebut dan juga syabas untuk pasangannya kerana tidak memisahkan hubungan antara ibu dan anak.

Siapa dah tengok drama 7 Hari Mencintaiku? Haishhh...mejoriti rakyat Malaysia tengok dah kan drama ni. Rating 12 juta tu.... then...dah pakat-pakat mencangok depan tv jam 7 hari-hari tu, tak reti-reti nak ambil iktibar dari drama tu?

Meh dengar sini..... betul tak hal-hal yang disebutkan ni?

Rumah ibu bapa adalah rumah bg anak-anak tapi tak semua rumah anak-anak adalah rumah ibu bapa....kenapa tak percaya?
  • Anak-anak boleh bebas dalam rumah ibubapa
  • Makan apa sahaja, dah makan tak basuh pinggan tak apa
  • Tengok siaran tv ikut suka
  • Guna apa saja kepunyaan ibubapa ikut suka
  • Letak barang merata-rata bila hilang ibu yang kena
  • Sangkut baju yang dah berdaki berpeluh dimana saja
  • Nak datang bila-bila pun tak mengapa

Tapi ibu bapa.........
  • Tak boleh buat sesuka hati di rumah anak- anak
  • Tak boleh masak sesuka hati
  • Tak boleh makan apa yg ada dlm peti ais ikut suka
  • Tak boleh buat apa sahaja ikut suka
  • Tak boleh ubah susun atur dalam rumah anak
  • Tak boleh datang rumah saja-saja walau untuk melawat anak cucu dia
Sebab apa??? Anak akan cepat berkecil hati dgn ibu bapa atas setiap tindakan yang ibu bapa lakukan dirumah mereka.

Begitu juga dengan kenderaan ibu bapa.
  • Kenderaan ibu bapa adalah kenderaan anak-anak
  • Anak-anak boleh guna kenderaan ibu bapa ikut suka hati
  • Walaupun belum ada lesen berani curi-curi guna 
  • Minyak penuh balik kosong pun ibubapa tak kisah
  • Kalau rosak semua ibubapa tanggung

Tapi, jika kenderaan anak-anak tinggal dirumah ibu bapa ataupun sekadar tumpang parking, ada banyak syarat dikenakan. Sebab...  Tak semua kenderaan anak-anak ibubapa boleh guna, apatah lg dgn sesuka hati. Sebab apa?
  • Sebab nanti takut rosak
  • Sebab nanti takut berlanggar lah
  • Sebab nanti takut calar lah
  • Sebab nanti takut lowerd lah, patah spring lah
  • Kalau guna pastikan minyak penuh semula
  • Kalau rosak mesti kena hantar pomen baiki sebelum bagi semula pada anak-anak

Itulah bezanya ibu bapa dgn anak- anak. Ibubapa sentiasa mengasihi anak-anak. Tetapi anak-anak belum tentu mengasihi ibubapa. Mereka kasih kepada harta mereka dan pasangan mereka melebihi ibubapa.


  • Mereka ada masa utk membetulkan kenderaan kesayangan mereka bila rosak tetapi mereka tiada masa hantar ibubapa ke klinik bila diperlukan.
  • Mereka ada masa untuk membawa anak isteri bercuti, tetapi mereka tiada masa utk cuti menziarahi ibubapa yg rindukan mereka.
  • Mereka sayang ambil cuti kerja atau gunakan cuti tahunan yang ada utk melawat ibubapa di kampung, sebok dengan kerja dan tak boleh cuti menjadi alasan tapi ada je masa ke sana kemari dengan pasangan.
  • Malah mereka tidak sayang untuk ambil cuti bila kawan baik kahwin, sanggup pergi bawa hadiah walaupun jauh beratus kilometer.


Ibubapa ingin melihat anak-anak sempurna walaupun semampu yg ada, tetapi anak- anak belum tentu boleh sempurnakan hajat ibubapa walaupun anak-anak berharta. Kalau berjanji sebelum mendapat apa-apa yang diingini tu biasa. Minta ibubapa doakan apa yang hendak diperbuat, sambil menabur janji itu ini, akhirnya bila Allah dah beri berkat dari doa ibubapa, anak-anak mulalah lupa diri gelap mata. Lupa segala janji.

Anak lelaki..... bila isteri bercerita berkias bagaimana pun, si anak tahu apa yg isteri mahukan. Tetapi bila ibubapa mengadu walaupun dengan nada hiba, tiada selok belok ketika bercerita, anak2 buat tak faham apa yg ibubapa mahukan. Tapi...seperti biasa, ibubapa cakap hanya sekali harap anak faham dan memberi, Ibubapa tidak akan meminta secara terus kpd anak2nya kerana ibubapa takut anak akan terasa, tak memberi tak apa sebab mereka sentiasa memahami, niat bercerita agar anak tahu sahaja apa masalah yg dia ada, tapi biasanya mereka pendamkan sahaja. Walaupun begitu, mereka tetap akan kata, mereka ok-ok saja.

Mudah-mudahan kita tergolong sebagai anak2 yang berbakti kepada ibubapa kita semoga kita tidak disisihkan atau diabaikan semasa kita sudah meningkat tua nanti. Janji Allah itu pasti. Dunia berputar bersilih ganti...


Ini ibubapa saya..... maafkan saya jika saya bukan anak yang sempurna apatahlagi yang berjasa. Doa ibubapa sepanjang hidup saya amat bermakna, tolong jangan hentikannya...


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

26 December, 2016

Persiapan Persekolahan 2017



Hari ni Isnin, ramai ibu bapa yang masih bercuti, walaupun di Johor Jabatan Kerajaan sudah memulakan tugas, tapi kebanyakan syarikat swasta dan kilang-kilang sambung cuti Krismas kerana cuti umum itu jatuh pada hari Ahad (semalam)

Kebanyakan sekolah membuka pintu sekolah untuk ibu bapa melakukan beberapa urusan seperti pendaftaran tahun baru, pembaaran yuran, pembelian buku sekolah dan ada juga sekumpulan ibu bapa yang pergi ke sekolah untuk menghias bilik darjah anak-anak dan memeriksa segala kekurangan dalam bilik darjah anak-anak.

Perkara yang sering berlaku bila mulanya aktiviti-aktiviti utama sebelum bermulanya sesi persekolahan baru di sekolah,

1. Buku habis dijual pada hari pertama koperasi dibuka 
  • Ini sangat pelik. Bukankah setiap sekolah sudah ada rekod jumlah murid. Jadi, kehabisan buku tidak patut terjadi sehingga menyebabkan ibu bapa terpaksa mencari di kedai-kedai buku di pasaraya. Ia bukan sahaja melibatkan buku aktiviti sahaja, tetapi buku tulis boleh kehabisan stok. Penjual buku di koprasi sekolah memberi alasan, semua ibu bapa menyerbu untuk membeli buku pada hari yang sama. Masalahnya..... setiap tahun mengalami hal yang sama. Apakah setiap tahun sekolah akan menukar pengusaha koperasi sekolah sehingga tidak boleh belajar dari pengalaman.
2. Lencana tiada stok
  • Masalah lencana sekolah juga sama. Tiada stok. Saya tidak begitu arif dengan proses menempa lencana untuk sesebuah sekolah, tapi seperti yang telah dinyatakan, pihak sekolah sudah mempunyai rekod jumlah murid. jadi, apabila stok lencana sampai pasti sudah tahu berapa kesemuanya, dan semak jumlah murid. Pihak koperasi ada hak untuk menghadkan pembelian lencana sekolah, contohnya 2 keping sahaja untuk setiap murid. Sekiranya mahu membeli lagi, boleh menempah (sediakan form). Sebenarnya masalah tidak cukup lencana untuk dijual juga menjadi tandatanya kepada saya. Adakah sesebuah sekolah akan menukar lencana sekolah setiap beberapa tahun sekali? Sehinggakan pihak koperasi ataupun pihak sekolah sendiri lokek-lokek untuk menempah lencana dalam kuantiti yang banyak. Bukankah lencana sekolah itu berbentuk kain dan ia tidak akan lusuh atau rosak sekiranya disimpan pada jangka masa yang terlalu lama.
3. Ibu Bapa menyerbu sekolah untuk membayar yuran anak-anak
  • Kesempatan hari cuti memang akan dimanfaatkan oleh ibu bapa untuk mempersiapkan hal persekolahan baru anak masing-masing. Tapi, rasanya tak perlulah semua ibu bapa pergi ke sekolah hanya semata-mata untuk membayar yuran dan membeli buku. Sekiranya sudah berada di kawasan sekolah, lihat-lihat laa sedikit keadaan bilik darjah anak-anak sama ada ianya selamat dan selesa untuk anak-anak kita menimba ilmu. Ibu bapa tidak boleh meletakkan semua beban di bahu guru-guru, apa salahnya jika dah ramai-ramai di sekolah, wakilkan anak-anak untuk beratur membeli buku dan ibu bapa pergi meninjau bilik darjah. Manalah tahu ada apa-apa yang boleh dibantu, seperti;
→ membaiki kipas yang rosak
→ membasuh bilah kipas yang berhabuk
→ menampal simen yang berlubang
→ membaiki meja yang goyang atau rosak
→ mengecat bilik darjah

  • Memandangkan sekarang sudah ada group Whatapps, semua perkara boleh dibincangkan. Setiap kelas mewujudkan group sembang ibu-bapa. Dalam group tersebut hanya dibenarkan untuk bercakap atau berkongsi perihal sekolah dan bilik darjah sahaja.
4. Mencari kenderaan mengangkut anak-anak
  • Bas/Van Sekolah. Caj tambang bas/van sekolah sekarang sudah meningkat. Ada ibu bapa yang masih mengekalkan pemandu tahun lepas dan ada juga ibu bapa yang mula mencari kenaikan baru. Ada pula ibu bapa yang pakat-pakat sesama sendiri supaya 3-4 orang menaiki/tumpang 1 kereta dan upah dibayar kepada seorang yang memang tugasnya menghantar dan mengambil anak sekolah. Tapi harus diingat, keselamatan anak-anak perlu juga dijaga. Pastikan seseorang yang diamanahkan untuk mednghantar dan mengambil anak kita itu betul-betul bertanggungjawab. Dan kena tahu, tiada insuran khas pelajar sekiranya berlaku kemalangan melibatkan kenderaan persendirian.

Anak saya seorang di Tingkatan 2, Bersekolah Asrama di Batu Pahat. Manakala seorang lagi akan naik darjah 4 di Sekolah Kebangsaan di Johor Bahru. 31 December (Sabtu) nanti kami akan menghantar anak yang sulung untuk masuk asrama, dan bermulalah drama air mata seorang ibu yang acah-acah nak berpisah lama dengan anak. Anak kedua tiada masalah kerana dia boleh menguruskan sendiri persekolahannya seperti tahun-tahun sudah.

Apa-apapun, selamat menempuh alam pembelajaran baru di tahun 2017. 




:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Selamat Tahun Baru - Jemah's Dinner Endyear



Tak terlewat lagikan nak ucapkan Selamat Hari Natal pada kawan-kawan yang beragama kristian. Walaupun kita berlainan agama, tapi kita masih lagi boleh menjalinkan satu persahabatan dengan ikatan yang tulus. 



Seperti tahun-tahun sudah, kami geng Penjemahan akan pergi makan-makan untuk penutupan tahun dan bercerita, bergurau senda, mengimbau kembali kisah-kisah setahun yang sudah dilalui. Tahun ni kami memilih masakan cina di Kai Xuan HALAL Chinese Restaurant, Puteri Pan Pacific Hotel. Tema malam tu PUCCI...cheeewahhhh


Tak cukup corumn. Sebab sorang lagi Mak Jemah pergi bercuti di Jepun tak balik-balik. Tak sure laaa kami bila Che Ryn akan balik ke Malaysia memijak bumi yang nyata....hahahaha.... Tengok laaaa tu, sampaikan meja kami ada 1 ruang kosong, harap-harap malam tu Che Ryn muncul. :)



Kami order alakat malam tu. Ada nasi goreng cina, sotong crispy telur masin, dim sum memang confirm laaa kena ada. Penuh meja kami sampai takde ruang nak letak pinggan. Mampu makan guna piring je. Malangnya malam tu itik panggang dah habids, so kami order roasted chicken je. Makanan memanglaaa sedap. Boleh repeat lagi.



tak sah kalau tak wefie kan. Sampai dah nak balik pun masih wefie lagi tepi highway.
Sayang u all ketat-ketat.

Muahhhhh Cikedddd....

Standby typo tarikh, so ada lagi 5 harini kena practice tulis tarikh tahun 2017.



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget