21 March, 2010

Adik-Adikku InsyaAllah Boleh…



Rancangan Adik-adikku telah melabuhkan tirainya. Tanpa publisiti yang gah dan meluas, rancangan realiti kanak-kanak ini berjalan lancar dan mendapat sambutan dari banyak pihak. Orang ramai sudah membuka mata, tumpuan bukan sahaja pada rancangan berciri keduniaan, tapi juga tercari-cari rancangan ilmiah yang dapat membantu menambahkan pengetahuan dalam hal-hal akhirat.

Siang tadi saya baru berkesempatan menonton pertandingan akhir ‘Adik-Adikku-InsyaAllah Boleh’ yang bersiaran ulangan di TV1 pada jam 10.05 pagi. Saya mengikuti rancangan reality ini yang mula bersiaran pada 15 Februari lalu, ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 ptg.

Tahniah kepada Saudara Farahin Abduln Fattah selaku Rais (Pengetua) kerana berani mencungkil bakat anak-anak kita seawal usia 9 hingga 14 tahun. Tahniah juga kepada adik-adik yang berjaya melayakkan diri sebagai 20 peserta akhir. Pada pandangan kaca mata saya, 20 peserta terawal adalah yang terbaik. Anak-anak ini bersemangat dan berani untuk menonjolkan diri. Sekiranya ada audition untuk orang-orang dewasa (lingkungan umur 19 – 30 tahun) untuk mencungkil bakat berpidato, bertaranum, azan & nasyid berbentuk keagamaan dan kerohanian, pasti tak ramai yang akan datang menguji bakat. Anak-anak remaja kita lebih gemar menyertai pertandingan reality tv berbentuk nyanyian, hingga sanggup menunggu dari pagi sampai ke petang sehingga namanya dipanggil. Kalau beratur untuk mendaftar tu tak payah cakaplah, barisannya panjang sehingga terkena kawasan panas, tak mengapa semata-mata untuk mengejar glamour.

Berbalik pada rancangan realiti yang saya anggap paling berprestij dari tv1 iaitu ‘Adik-adikku’, saya difahamkan pencarian bakat telah bermula sejak tahun 2007. Wah… satu jangka masa yang agak lama tu, sehinggakan sewaktu rancangan ini benar-benar hendak dilaksanakan, pihak pengurusan menghubungi Encik Farahin agar menerima dan menggalas tugas sebagai Pengetua, alangkah terkejutnya apabila cetusan ideanya 2 tahun yang lalu akan dilaksanakan, dan bukan sekadar angan-angan kosong. Maka bermulalah tugas para juri dari barisan ulama, tokoh-tokoh agama, ustaz & ustazah yang terkenal melakukan pemilihan dari pita rakaman yang sudah terperap lama. Setelah bersetuju memilih 20 peserta yang benar-benar layak dan berbakat, mereka terus menghubungi anak-anak ini. Dan jangan tak percaya, ada antara anak-anak yang dihubungi terlupa mereka pernah pergi ujibakat suatu ketika dahulu. Satu kejutan yang amat besar bagi mereka apabila mereka terpilih.

Senarai barisan tenaga pengajar/mentor yang yang digelar Murabbi;
1. Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah
2. Ustaz Mohd. Farid Ravi Abdullah
3. Ustaz Zamri Zainuldin
4. Ustaz Zawawi Yusoh
5. Ustazah Asni Mansor

Senarai 7 adik-adik kita yang layak ke peringkat akhir merebut gelaran Juara;
1. Muhammad Wajih Zakwan Hanif, 11 tahun
2. Muhammad Qayyim Nizar Sarimi, 11tahun (peserta cacat penglihatan)
3. Muhammad An-Naim Yasim, 13 tahun
4. Amin Al-Hadi Ab. Hadi, 12 tahun
5. Norsyamira Liana Nor Ashaha, 11 tahun
6. Nur Syafiqah Mohd. Paris, 10 tahun
7. Nur Syazwina Mohd Sukri, 9 tahun


Inilah juara Adik-adikku musim pertama. Setiap kali membuat persembahan, penonton & juri pasti ketawa & tersenyum dengan lawak selambanya.

Senarai 13 adik-adik kita yang telah tersingkir awal, biasalah adat bertanding;
1. Ahmad Hanafi Aman @ A.Fakih, 14 tahun
2. Anisah Nadhira Abu Bakar, 13 tahun
3. Farah Sofea Razali, 12 tahun
4. Harasye Harpi Harun, 13 tahun
5. Madihah Mohamed, 13 tahun
6. Muhammad Azfar Abdul Rahman, 10 tahun
7. Mohamad Fahmi Mohamad Nor, 13 tahun
8. Mohamad Fakhri Mustafa, 13 tahun
9. Noratiqah Mohd Fadzil, 9 tahun
10. Nor Saiful Mohd Basheer, 11 tahun
11. Nor Syafiqah Mansor, 12 tahun
12. Siti Salmi Shaharuddin, 11 tahun
13. Nur Asyikin Mohd Abd Malik, 13 tahun

Pada anda yang mengikuti rancangan reality ‘Adik-adikku’ ini, pasti setiap kali melihat anak-anak ini berpidato air mata anda pasti mengalir. Kalau tidak pun bergenang, bukan sedih tapi terharu melihat kesungguhan dan kepetahan anak-anak ini berdakwah.

Saya mencadangkan agar rancangan reality TV1 ini diteruskan setiap tahun. Bakat anak-anak kita perlu digilap seawal usia mereka masih mentah. Waktu siarannya pula mestilah di waktu perdana dan di hari cuti agar ibu bapa dan anak-anak dapat bersama-sama menonton. Lebih elok sekiranya ia disiarkan pada hari Sabtu, jam 9.00mlm setelah Berita Perdana TV1 berakhir dengan pentas yang lebih sempurna agar dapat dilihat secara langsung oleh kaum keluarga dan sahabat handai.
Segulung Tahniah kepada MEP, JAKIM & RTM.

Cuba anda imbas kembali beberapa tahun dahulu dunia dikejutkan dengan seorang kanak-kanak dari Afrika yang berumur 3 tahun, tidak tahu bercakap apalagi mebaca telah diberi Hidayah oleh Allah untuk berdakwah. Ramai yang terpegun sehinggakan ada juga orang-orang kafir dan orang-orang yang tidak beragama merubah haluan mereka memilih Agama Islam sebagai agama yang patut dianuti. MasyaAllah…


Kini kanak-kanak ini iaitu Sheikh Sharifuddin sudahpun berumur 8 tahun. Tapi tidak diketahui kini dimana dia berada. Kata sesetengah orang, kanak-kanak ini telah disembunyikan kerana dia menjadi buruan kaum kafir (Kristian)
:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...