16 May, 2010

Cikgu... tak akan ku lupa jasamu

Hari ini 16 May 2010. Semua orang tahu tarikh ini, sama ada yang masih bersekolah atau yang sudah meninggalkan alam persekolahan pasti tahu hari ini.

Selamat Hari Guru...

Agak lama juga ku tinggalkan zaman persekolahan. Lebih kurang 13 tahun, sekarang ni anakku Danish pula sudah bersekolah... Keadaan persekolahan sekarang jauh berbeza dengan dahulu. Pada awal tahun ini, Kerajaan telah menganugerahkan Pingat Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) kepada 20 buah sekolah menengah & rendah terpilih. Habuan yang diterima sangat lumayan, bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap kecerdikan pelajar2 sekolah tersebut. Di bawah ni saya senaraikan 20 buah sekolah yang terpilih itu, mungkin ada yang tahu, tapi mungkin terlupa;

1. Sek.Men.Keb.(P)Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor.
2. Sek. Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor.
3. Sek. Dato' Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan.
4. Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak.
5. Sek. Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor.
6. Sek.Men.Keb. Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.
7. Sek.Men. Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah.
8. Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan.
9. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang.
10. Sek.Men.Keb. Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah.
11. Sek.Men.Keb.(P) St. George, Pulau Pinang.
12. Sek.Men. Sains Tuanku Syed Putra, Perlis.
13. Sek. Sultan Alam Shah, Putrajaya.
14. Sek.Men. Sains Muzaffar Syah, Melaka.
15. Sek.Keb. Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur.
16. Sek.Keb. Zainab(2), Kota Bharu, Kelantan.
17. Sek.Keb. Taman Tun Dr. Ismail 1, Kuala Lumpur.
18. Sek.Keb. Convent Kota, Taiping, Perak.
19. Sek.Keb. Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
20. Sek.Keb. Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru, Johor.

Kebijaksanaan pelajar2 20 sekolah teratas adalah disebabkan oleh beberapa faktor;
1. Pelajar itu sendiri yang sememangnya bijak & cerdik
2. Keadaan sekolah yang dilengkapi dengan alat bantuan mengajar.
3. Guru2 yang ditempat di 20 sekolah di atas adalah antara guru2 yang terbaik
4. Keadaan sekolah yang menempatkan pelajar2 pintar
secara tidak langsung pelajar2 yang kurang pintar juga menjadi cemerlang
ini disebabkan oleh faktor kawan sebaya

Habuan yang diterima sangat lumayan iaitu sebanyak RM1juta untuk setiap sekolah... Wow banyak tue. Jadi, Kerajaan telah memperuntukkan RM20juta untuk 20 sahaja sekolah di Malaysia. Bagai mana pula nasib sekolah2 yang lain? Lebih2 lagi sekolah2 yang berada di luar bandar seperti di kampung2, di hutan (sek. orang asli), sekolah2 agama yang sememangnya tidak mendapat perhatian pihak kerajaan. Harap jangan dilupakan, kerana di sekolah2 terpencil juga ada anak2 kita yang sangat bersungguh2 untuk belajar. Kecermerlangan mereka pasti akan melebihi dpd pelajar2 yang berada di 20 buah sekolah yang disebut di atas sekiranya lengkap bantuan mengajar, keadaan sekolah yang baik, guru2 yang terlatih, prasarana yang cukup.

Walaubagaimanapun, saya berbesar hati menucapkan Tahniah atas usaha yang dibuat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang begitu bersungguh memartabatkan pendidikan dinegara ini. Kepada Semua warga pendidik, terutama guru2 dan cikgu2, terima kasih kerana sabar dan tekun mencurahkan ilmu pengetahuan kepada anak didik.

Kepada guru2 yang telah mendidik ku di Sekolah Kebangsaan Larkin 2 (Tahun 1987-1992) dan Sekolah Menengah Dato' Abdul Rahman Yassin (Tahun 1993-1997), terima kasih tidak terhingga... Tak akan ku lupa jasamu.


Ni hadiah hari guru dpd Danish untuk cikgu kesayangan dia (wahhhh...dah ada cikgu kesayangan lagi tue) Namanya Cikgu Aina, mengajar matapelajaran Bahasa Inggeris. Cikgu..cikgu.. tolong nengok2 aanak saya yea... :)

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...