Hari Nuzul Quran jatuh pada 17 Ramadhan pada setiap tahun Hijrah.
Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu  rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya  berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang  ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam  Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW.  Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke  bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW  maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya  yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di  dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal  tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya.  Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran  mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah  inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang  dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran.
Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran
Lailatul  Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa  sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya  berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik  dari 1000 bulan. 
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran?  Sebenarnya al-Quran dan malam  Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain  sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah  SAW di antaranya firman Allah  SWT 
Maksudnya:
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)
Hurmmm.....masa inilah umat islam akan berebut-rebut melakukan solat malam untuk mengejar Lailatul Qadar...kerana mereka percaya orang yang menemui lailatul Qadar itu, dosa-dosanya yang telah lepas akan diampunkan Allah, dan segala doanya akan dimakbulkan.

Kesimpulan      :-
 
1 comments:
Hari2 panas terik ni bila lh nk laillatulQadar......ye lh...harap2 ari yg dilalui mndpt kberkatn dn keredhaanny...amin....
Post a Comment