18 November, 2010

DAGING QURBAN KIFARAH DOSA

Assalammualaikum kepada semua ummat Islam di seluruh dunia.
Selamat Hari Raya Aidil Adha....rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kerana kita masih lagi didalam Hari Tashriq.

Semalam saya menghadiri majlis qurban lembu di Surau Taman Gembira, Johor Bahru (di kampung orang tua saya). Wahhh...ada 6 ekor, gemuk2 belaka. Alhamdulillah.... Sebenarnya baru tahun ni saya dapat menyaksikan kaedah dari awal hingga akhir proses penyembelihan. Sebelum penyembelihan dibuat, ustaz atau orang alim yang diamanahkan untuk menyembelih akan menyebut satu persatu nama individu yang berada dalam senarai lembu tersebut. Bila nama disebut, individu tersebut akan mengucapkan "Bismillahi Allahuakbar" dan dari pancutan darah pertama individu yang melakukan qurban hendaklah menyebut dalam hati "Bismillahi Allahuakbar" berulang-ulang kali sehingga pancutan darah yang terakhir. Tahun ini Ayah dan Emak saya juga ada melakukan Qurban. Alhamdulillah, Ayah dan Emak sememangnya sudah layak untuk melakukan satu daripada amalan Sunat Muakkat bersama.

Tetapi hari ini ada cerita yang tidak sedap didengar di kalangan jiran-jiran.

MENGAPA DIPERTIKAIKAN JUMLAH PEMBAHAGIAN DAGING QURBAN???

Dan nukilan saya ini saya tujukan khas buat yang bertanya itu. Sedih saya mendengarnya, sungguh daif orang yang mempertikaikan hal ini. Tidakkah kamu tahu daging qurban itu adalah pengkifarah dosa orang yang melakukan qurban. Jadi kenapa harus dipertikaikan jumlah yang kamu terima? Tak malukah kamu bertanya dan tak malukah kamu memakan daging qurban yang dihadiahkan kepada kamu yang sepatutnya menjadi hak fakir miskin dan anak-anak yatim?

Ya memang benar ada terdapat 6 ekor lembu yang gemuk-gemuk dan sihat. Dalam fikiran kamu yang bertanya, pasti akan ada banyak daging hasil dari 6 ekor lembu itu. Tapi, tidakkah kamu berada di tempat penyembelihan pada saat lembu-lembu itu ditumbangkan? Tidakkah kamu nampak apa yang sebenarnya berlaku di situ? Tidakkah kamu terfikir dari apa yang kamu nampak dan lihat, bagi setiap ekor lembu yang ditumbangkan ada pelbagai ragam dan masalah?
ITULAH KIFARAH DOSA NAMANYA...




Jika yang bertanya dan yang mempertikaikan itu tidak berada di surau sewaktu penyembelihan, ingin saya bercerita serba sedikit beberapa kejadian yang berlaku. Ada 6 ekor lembu yang gemuk-gemuk dan sihat. Lembu-lembu itu ditumbangkan satu persatu mengikut turutan A hingga F. Antara lembu-lembu tersebut ada yang sangat mudah ditumbangkan, ada yang meronta-ronta mahu melepaskan diri, ada yang menendang-nendang sehingga mencederakan orang ramai, ada yang mendegus bengis dan ada juga yang lambat hayatnya walaupun darah sudah berhenti mengalir dari rongganya. Menurut kata Ustaz, itu merupakan salah satu tanda menunjukkan sifat peribadi individu yang melakukan qurban. Tapi kita tidak boleh menuding jari kepada mana-mana nama yang ada dalam kelompok senarai qurban lembu itu. Hanya individu itu sendiri yang tahu apakah dosa dan kelakuannya yang menyalahi disisi agama.

Begitu juga selepas setiap seekor lembu ditumbangkan, dagingnya akan dilapah untuk dibahagi-bahagikan. Keenam-enam daging lembu tidak boleh dikumpulkan, setiap sekor akan dilapah berasingan untuk menentukan jumlah keseluruhan daging yang dapat dikumpul. Dan disitu juga kita dapat lihat, walaupun saiz keenam-enam lembu nampak sama sebelum disembelih, tetapi jumlah daging tidak mungkin akan sama. Ada antara keenam-enam lembu itu mendapat jumlah daging yang sangat sedikit manakala selebihnya hanyalah lemak dan najis, tetapi adapula lembu yang tidak mempunyai najis sedikitpun dan jumlah daging yang dapat dikumpulkan menghampiri jumlah 2 ekor lembu lain. Ada juga lembu yang ditumbangkan awal, tetapi mengambil masa yang lama untuk menyiapkan proses melapah, menimbang dan membungkus.







Walaubagaimanapun, Alhamdulillah....Lembu Ayah dan Emak tidak banyak masalah. Terima kasih kepada anak-anak ayah (Najib & Nawawi), menantu-menantu ayah (Rizal & Zulkifli), Macha, Pak Yem dan anak-anaknya dan juga tenaga-tenaga kerja yang superb.

Ada juga beberapa kejadian yang telah berlaku ketika proses melapah selepas lembu ditumbangkan. Saya tidak akan menyebut nama siapa yang menerima musibah, ini hanya menjadi renungan pada pembaca sekelian.

Salah seorang yang melakukan qurban telah terbelah tangannya semasa proses melapah. Yang menjadi lebih haru apabila yang menghiris tangan tersebut adalah anaknya sendiri. Tetapi tindakan pantas seorang daripada kami telah mengunyah daun senduduk yang dipetik berdekatan dengan tempat kejadian dan terus ditekapkan ke tangan mangsa untuk memberhentikan darah.

Satu kejadian lagi apabila seorang daripada kami yang datang hanya untuk membantu telah terpijak paku karat ketika sedang sibuk melapah. Semua tidak menyangka bagaimana boleh ada paku yang melekat pada kayu di tempat melapah sedangkan jemaah masjid telah melakukan gotong-royong membersihkan kawasan surau sehari sebelum Aidil Adha.

Kejadian lembu terlepas dan mati juga bukan asing lagi. Tahun lalu kejadian belaku di Surau Taman Gembira juga, seekor lembu yang sedang menunggu untuk diqurbankan telah ditemui mati di dalam longkang. Yang menjadi pelik, lembu itu diikat kuat dan rapi serta diletakkan di dalam pagar surau. Dan ini satu peristiwa yang telah terjadi 2 tahun yang lalu di Taman Oren, Tiram dimana lembu yang mahu disembelih terlepas dari tambatan. Puas dicari tetapi tidak berjumpa. Lembu yang hilang itu sebenarnya dihajatkan untuk diqurbankan pada seorang yang telah meninggal dunia. Menurut ulama, orang yang telah meninggal dunia tidak sunat dilakukan qurban. Lebih elok duit tersebut digunakan untuk upah haji simati.

HANYA ALLAH S.W.T. SAHAJA YANG MAHA MENGETAHUI SEMUA RAHSIANYA.

Bagi yang mempertikaikan jumlah daging qurban yang diterima, mengucapkanlah syukur terlebih dahulu. Rezeki ditentukan oleh Allah s.w.t. kita tidak berhak mempertikaikannya. Seharusnya kamu berfikirlah sejenak, kenapa kamu menerima jumlah yang sedikit, atau kenapa dalam bungkusan daging itu 3/4 daripadanya hanyalah lemak, atau daging yang kamu terima tidak boleh dimakan kerana secara tidak semena-mena peti sejuk tempat penyimpanan anda tiba-tiba rosak. Buangkanlah sikap tamak dan haloba dalam diri anda. Ingatlah, masih ada yang sebenarnya lebih berhak menerima daging-daging qurban tersebut daripada anda. Ada juga yang hanya menjamah daging setahun sekali itupun cuma secebis di Aidil Adha, sedangkan kamu boleh makan dagang setiap hari jika kamu mahu.

Bacalah tatacara melakukan qurban di sini: http://www.mail-archive.com/jamaah@arroyyan.com/msg06643.html
Anda juga boleh mengetahui cara pembahagian daging qurban yang sebenar di sini: http://tayibah.com/eIslam/qurban.htm

Renung-renungkan....

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...