22 June, 2011

Perginya Seorang Ibu

Pagi tadi sekitar pukul 8.30 pagi, saya dikejutkan dengan satu berita yg sangat memeranjatkan. Berita tersebut disampaikan oleh seorang sepupu.
(Thanks Nani untuk berita yang cepat dan pantas)

Berita sedih yang sangat mengejutkan....perginya seorang Ibu yang sangat berjasa. Ibu Samsiah, aku dah anggap dia umpama ibu aku sendiri juga. Ibu....memang itulah panggilan sinonim untuk seorang ibu yang bernama Samsiah. Pemergiannya diratapi oleh semua yang mengenalinya.

Ibu pergi selepas usianya melepasi usia 50 tahun (sebenarnya saya tak berapa pasti berapa usia Ibu yg sebenarnya, kerana dia selalu nampak muda di hati kami). Saya mengenali Ibu sangat lama, kalau tak silap, lebih 20 tahun kerana dia sangat rapat dengan keluarga sebelah ayah saya di Kampung Melayu. Gurau senda sentisa mewarnai kami apabila bertemu, telatah dan gelagat Ibu sangat manis untuk dikenang.

Ibu seorang bidan kampung yang bertauliah. Disamping itu, Ibu juga sangat bertanggungjawab ke atas ibu-ibu lepas bersalin dan mengurut sesiapa saja (wanita) yang sakit2 badan. Kegiatan arwah di akhir-akhir hayatnya adalah melimpahkan pengetahuan dan pengalaman di hospital2 kerajaan. Ada lagi beberapa aktiviti sihat yang arwah ikuti seperti senamrobik, seminar2 kesihatan, ceramah2 khas, kursus2 memandikan jenazah dan banyak lagi. Pendek kata sekarang ni kalau saya sakit2 badan, nak minta berurut mesti kena buat appointment dulu.

Saya menjadi rapat dengan ibu sejak 10 tahun yg lalu (seminggu sebelum kawin). Masa tu, saya diarahkan oleh keluarga untuk mandi lulur untuk bakal2 pengantin. Tujuannya adalah antaranya untuk menaikkan seri muka, menghilangkan gemuruh di malam pertama dan ada jugak makcik2 yg cakap, dengan mandi lulur secara tradisional nie, mak bidan dapat mengetahui tahap kedaraan pengantin perempuan (Wallahu'a'lam...) Seminggu saya bersama ibu, bermandi lulur, mengurut sampailah ke malam berinai kecil. Inai yg dipakai, dibuat khas oleh Ibu dan Ibulah yang memakaikannya. Indah sungguh waktu tue, terasa bagaikan puteri...

Kemudian saya mengandung anak pertama. Ketika usia kandungan 5 bulan, doktor mengesahkan saya mengandung songsang anak lelaki. Doktor tak dapat berbuat apa2 untuk mempelbetulkan posisi kandungan sehinggalah usia kandungan masuk 8 bulan. Saya mengadu dengan Ibu, tapi Ibu cuma tersenyum, arwah mengingatkan saya jangan panic, itu semua kehendak Allah s.w.t. Saya risau sebab doktor kata mungkin saya akan melahirkan secara operation. hurmmmm.... saya tak mahu sebab saya taknak gemuk. tapi alhamdulillah, dengan nasihat Ibu dan beberapa tips ketika melahirkan, saya dapat melahirkan bayi pertama saya secara normal dan sangat mudah tanpa kesakitan. Selepas melahirkan, Ibu jugalah yg menjaga saya dan bayi saya. Seawal pagi Ibu dah sampai di rumah mak saya. bayangkan, setiap pagi arwah akan berjalan kaki dari kampung melayu ke Taman Gembira (sebab driver2 kat rumah yg diamanahkan untuk ambil Ibu, semuanya kesiangan).

Begitu juga anak kedua saya yang lahir 4 tahun kemudian. Kelahiran kedua ni meriah sikit, sebab saya bergilir pantang dengan kakak saya yg melahirkan anak pertama. Ibulah menjaga kami berdua.

Saya juga ada memperkenalkan Ibu dengan beberapa org rakan. Ada yg terseliuh badan, terseliuh kaki, sakit tengkuk, dan ada juga seorang rakan yg disahkan mengandung selepas berurut dengan ibu. Tapi Ibu tetap merendah diri dengan berita yg mengembirakan, walaupun rakan itu bukan beragama Islam, tapi Ibu nasihatkan rakan saya tue bahawa semua adalah kurniaan Tuhan. Tapi, bila kawan2 saya datang berurut dengan Ibu, mesti arwah bongkarkan rahsia saya berpantang "Nina tu takut gemuk..." hahahaha....abis semua org tau. Urmmmm, sapa yg nak gemuk, kalau lepas bersalin mesti at least nak kekalkan bentuk badan. Uihhhh, saya paling suka ikatan bengkong Ibu, sangat ketat, padat, dan berbentuk

Arwah Ibu sangat berhati bersih. Setiap apa yg orang bersangka apapun dengannya, arwah tetap bersangka baik..."biarlah apa org nak cakap" .... itulah yg selalu dia nasihatkan. Kalau kita mengadu masalah rumah tangga nie padanya, arwah akan menyebelahi kaumnya (yg ni saya suka). haaa nnti keluarlah tips yg berguna.

Al-Fatehah tak putus2 saya sedekahkan kepada jenazah Ibu sewaktu melawatnya buat terakhir kali. Saya menunggu dengan setia di samping Ibu sewaktu arwah dikafankan. Ramai yang hadir memberikan penghormatan terakhir pada Ibu sampai sesak halaman rumahnya. Wajah Ibu sangat bersih bagaikan sedang tidur dengan nyenyaknya....

Pergilnya Ibu mengadap Penciptanya.

Doa ketika menziarahi Jenazah.
Al-Fatehah untuk Allahyarhammah Samsiah.

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

14 comments:

kotak said...

takziah...sabar ye...

Kak Aya said...

salam kenal.

takziah.

Semoga roh Ibu Shamsiah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman dan beramal soleh.

Liza Ismail said...

Sedih dan terkejut dengan pemergian aruah. Tetapi tidak dapat pulang ke sana. hanya doa dan Al-Fatihah yang dapat dikirim dari jauh. Semoga Al-marhumah ditempatkan ditempat yang terbaik di sisinya. AMIN. AL-Fatihah...

Noraishah Md Ariff said...

AlFatihah untuk arwah Ibu Sam, semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amin. Boleh terasa lagi jari jemarinya mengurut semasa dalam pantang melahirkan Nadia.

Noraini Md Arif said...

Terasa rindu dengan nasihat dan leteran Ibu. Sejak dara sampai beranak 2, cuma Ibu aje yang penah mengurut aku... Sapelah nak jaga aku dalam pantang nanti.. (itupun kalau ada..) Semoga roh arwah Ibu ditempatkan dikalangan org2 yang dikasihi-Nya. Al-Fatihah...

Liza Ismail said...

huhuhu baru jek nak plan ade baby lagi...kene postponed ler kalau cam nie...sedey ah...

RIZZNA said...

Kak Noi, Nani...u alls lagi lah dah lama ngan Ibu erk. Btul lah ko ckp aritu Nani, Ibu tue kan kalau dtg umah no.29, wahhh getok mulut dia nak2 kalau dtg pagi, abis sumer org kena bangkit.

RIZZNA said...

Ehemm2, Abg Zul & Abg Din, ada hajat lagi yeaa...nampaknya makin bertambah laa prince/princess Bak Tok. Kalau dlm pantang takda yg jaga, alamatnya korg langgan spa ajelah

Zul Shohor said...

hahahahahahaha....

RIZZNA said...

hahahahaha gelak abg zul. sekali beranak kalau gi spa beribu riban. deliver 2000 + spa 2000 + london weight 2000

Noraini Md Arif said...

niena.. arwah ibu sampi umah seawal 6.30 pagi utk jerang air mandi, siap buatkan jemput2 ikan bilis lagi....

Noraini Md Arif said...

mane nak cari bidan cmtu... bayar ribu riban pon xde yg nak buatkan jemput2 ikan bilis...

Liza Ismail said...

Memang confirmlah tak dapat bidan yang macam aruah IBU. Mandikan baby,, tungkukn, urutkan baby skali..pakaikan bengkung, tocangkan rambut lagi...ikatan kain yang ibu ikat sampai ke petang masih rapi tue...huhuhu pokoknya tahu siap semua pastu tinggal nyusukan baby jek..

RIZZNA said...

wahhhh...nani ko siap makan jemput2 ikan bilis ibu yea... kitorg dia tolong mak masak kat dapor...hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...