15 October, 2011

Otak Manusia : Ciptaan Ajaib Allah s.w.t.

Kebanyakkan dari kita mesti belum pernah mendengar atau tidak mengetahui kewujudan otak tengah. Saya juga baru sahaja mendalami rahsia dan keistimewaan otak tengah ini. Sebelum kita pergi lebih jauh, jom kita ambil tahu dahulu tentang Otak Manusia dimana merupakan Ciptaan Ajaib Allah.

Seperti yang kita pelajari di sekolah dulu, terdapat 4 bahagian utama otak manusia iaitu, Celebrum, Cerebellum, Limbic System dan Brain Stem. Otak manusia merupakan sistem saraf yang membuat keputusan setiap gerak tubuh dan menjadi satu pusat komunikasi yang terpenting. Otak mengawal setiap tindakan daripada bernafas, berkelip, bergerak dan juga menghafal fakta-fakta tertentu.

Otak manusia terbahagi kepada 3 bahagia penting iaitu otak depan, otak belakang dan otak tengah. Otak Depan terbahagi kepada serebrum, thalamus dan hipotalamus. Otak Belakang pula terdiri daripada cerebellum, pons dan medulla. Manakala Otak Tengah pula terdiri daripada tectrum dan tegmentum. Biasanya Otak Tengah, pons dan medulla yang disebut-sebut sebagai Sistem Otak.

  • Frontal Lobe - berkaitan dengan perancangan, bahagian pertuturan, pergerakan, emosi, dan penyelesaian masalah
  • Parietal Lobe - berkaitan dengan pergerakan, orientasi, pengiktirafan, persepsi rangsangan
  • Occipital Lobe - berkaitan dengan pemprosesan visual
  • Temporal Lobe - berkaitan dengan persepsi dan pengiktirafan rangsangan auditori, ingatan dan ucapan

Kebanyakkan dari kita hanya menggunakan sebelah sahaja fungsi otak, terutama otak kiri. Tapi hanya orang-orang tertentu sahaja menggunakan otak kanan dalam kehidupan seharian mereka. Tapi bagaimana pula jika seseorang itu menggunakan kedua-dua belah otaknya untuk melakukan setiap pekerjaan seharian termasuklah belajar, bekerja atau beriadah.?

Tunggu entry saya yang seterusnya.......

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

2 comments:

Azian Elias said...

tq for sharing..

Chic Na said...

oh ok. otak tghnya yg mana sis? based on 1st pict.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...