26 November, 2011

3 Heroes sudah BERKHATAN

Bermulalah dunia baru bagi;
  • Muhammad Adam Danish - 8 tahun
  • Naza Naufal Adam - 7 tahun
  • Naza Naqeeb Imran - 6 tahun
Semalam 3 orang hero ku telah menjalani satu penghijrahan dari dunia kanak-kanak ke dunia lelaki dewasa. Sesuailah sangat kerana esok pun Maal Hijrah. Mula-mula rasa macam diorang ni kecik sangat, tapi diorang yang sendiri beria-ia nak bersunat aka berkhatan bagi istilah Arab atau dari segi saintifik ianya disebut sebagai Sirkumsisi. Antara alasan-alasan yang mereka diberikan;
  1. Tak dapat solat kat barisan hadapan. Bila kena solat di barisan kanak-kanak, kena ganggu dgn kanak2 lain yang suka bermain di Surau/Masjid - Alhamdulillah, bagus anak2 Mama
  2. Kalau tak sunat tahun ni, tahun2 depan pun kena sunat jugak. Bila tunjuk ngada2 bila umur dah besar, orang tak berapa nak layan - Hurmmmm betul lah tue  
Anak-anak sekarang ni dah cerdik2. Anak saya yang kecil tue umur baru 4 tahun, bila tengok abang2 dia nak bersunat, dia pun sebok jugak nak ngikut. Tapi, kami ni tak sampai hati takut dia tak tahan. Lagipun dia tak paham lagi kenapa nak kena bersunat. So, abang2 jalan dululah....

Sebenarnya, hukum berkhatan @ sirkumsisi ini bagi lelaki adalah wajib walaupun ia dinamakan sebagai sunat. Alhamdulillah mereka sangat faham kenapa kena berkhatan. Malah ketiga2 mereka begitu bersemangat untuk berkhatan dan segala kata-kata orang di tolak ketepi demi alasan2 yang mereka pertahankan. Antara sebab-sebab kenapa lelaki diwajibkan berkhatan adalah;
  1. Membuang bahagian yang menyembunyikan segala kotoran seperti virus, najis dan bau yang tidak sedap
  2. Untuk mengelakkan terkena penyakit kelamin seperti Aids, barah dan sifilis


Upacara berkhatan diorang ni pukul 5 petang, so dari awal pagi lagi diorg dah berendam kat kolam depan rumah. Bagi makan ayam golek & ice-cream puas-puas coz lepas ni kena berpantang 2 minggu. 


Pak Ajib pown nak bersunat jugak ker????



Nilah katil diorang bertiga nanti.....

Hahahaha......zoooommmm.... jom kita bersunat.

Adik wat muka sedey sebab tak dibenarkan berkhatan.

Naqeeb...Naufal...Danish... SELAMAT BERJAYA
Mendapat sokongan padu dpd pengurus pasukan Aqil

Sempat bersilat tue ehhhh...

Dah siap....sedang tunggu Naqeeb kluar

 Otai kecik dah kluar....
  

Terbongkok-bongkok menahan ngilu terkena kain.


   
Baru kluar klinik, poket dah isi salam keruk

ok....SELAMAT BERPANTANG

Ubat bius belom abis lagi...main game ehhhh....

Dah puas merenget2 memasing, tetido kepenatan. Tapi.... taktau lagi leh tido sampai pagi ker.


Sorang dah terjaga mengadu sakit kaki. Nasib baik ada adik misi nie, rajin pulak dia picit kaki abang dia nie. Sayangggggg abangggg.....

Hari ke-2....wahhhh Dah leh duduk senggang2 ehhh.
Main game bola, bila GOL!!!! kaki terangkat tuee



Entry ini khas untuk anak2 Mama untuk dijadikan kenangan terindah you all suatu hari kelak. Inilah buktinya kamu semua sangat berani menghadapi kesakitan dan dugaan. Semoga entry ini menjadi tatapan kepada anak cucu kalian kelak, bahawa kamu sememangnya seorang lelaki yang hebat.



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

2 comments:

tauhhid said...

hero yang ke 4 akan beruntung sangat, sebab ada 3 abang yang akan menjaga. hehehe.....

RIZZNA said...

btull tue (harap2 nya lah)
Aqil yg tak tido mlm bila abg2 mengerang kesakitan mlm semalam. Sanggup berjaga, picitkan kaki, tolong ambilkan barang, hurmmmm mcm2 lagi lah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...