16 May, 2012

Selamat Hari Guru...

Selamat Hari Guru untuk semua cikgu cikgi di seluruh dunia. Untuk rakan-rakan yang juga bertugas sebagai guru, Selamat hari guru. Untuk semua guru-guru yang mengajar saya sejak dari hanya mengenal ABC hinggalah saya mengetahui semuanya, terima kasih Cikgu.

...................................
Malam 15 May tue saya duduk makan di tempat biasa sambil tunggu Danish tuisyen dan Aqil ke kelas mengaji. Saya perhatikan sebuah kedai yang menjual barangan serbaneka asyik penuh sesak sejak dari pukul 8.00 malam saya disitu hinggalah 9.30 selepas Danish habis kelas tuisyen. Owhhhhh....rupa-rupanya kedai tue diserbu ibu-ibu bapa-bapa & kanak2 sekolah, sedang berpusu-pusu mencari hadiah untuk guru.

Tak ketinggalan Danish dan Aqil pun turut serta memeriahkan kedai tersebut. Pada mulanya hanya Danish sahaja yang nak belikan ckgu kesayangan dia hadiah, tapi tiba-tiba Aqil pun nak beli juga selepas dihasut abang... "Adik, kenapa tak belikan cikgu hadiah? Esok hari guru lah. Nantikan mesti adik malu bila semua kawan-kawan adik datang sekolah bawa hadiah, tapi adik tak bawa apa-apa" Huhhhh....kena hasutan abang rupanya. Nasib baik Aqil pilih hadiah yang comel-comel jer sebab dia nak bagi semua cikgu sekolah dia hadiah. Semua???? Berapa ramai cikgu sekolah adik??????

Jom tengok apa diorang belkan hadiah untuk cikgu-cikgu mereka....Beruntunglah cikgu...

Ni hadiah Aqil untuk cikgu-cikgu dia yang comel tue
Ni hadiah Danish untuk Cikgu Naimi, Cikgu Sains & Matematik

Nak tau apa adik cakap pasal hadiah abaang dia; "Abang....kata beli hadiah hari guru, tapi kenapa abang bagi guru hadiah Krismas?" Kwangg kwaanggg kwangggg.... macam-macamlah Aqil nie.

Haaa...nilah isi hadiahnya...
Saya jer taktau nak bagi hadiah apa dan untuk siapa.....

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

7 comments:

Nana said...

comel nye la dua beradik ni..hehe

Unknown said...

comelnyer hadiah... besnyer jadi cikgu (^___^)

Azhafizah MN said...

untungnye jadi cikgu ni kan..dapat banyak hadiah..jasamu ku kenang,cikgu..selamat hari guru

RIZZNA said...

Paling comel hadiah aqil kannn.

RIZZNA said...

2 bradik ni mmg cenggini, slalu ada pakatan rahsia

RIZZNA said...

Btul tu Azhafizah, hadiah hari guru lbh byk dr hadiah birthday

shahdiana said...

pandai shopping dah berdua tu...heheh...tak tahu nak bagi hadiah kat sapa....meh bagi kat kita....:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...