Hari ini secara rasminya Taman Tema Legoland yang terletak di negeri beta JOHOR (cheewah) akan dibuka. Pasti ramai yang dah tahu tentang kewujudan taman tema unik yang terbesar dan pertama di Asia ini. Dengan keluasan tanah 76 ekar, akan ada lebih 40 permainan, tarikan, pertunjukan yang disediakan di dalam taman tema LEGOLAND di Nusajaya Johor.
Bagaimana hendak ke Taman Tema Legoland Nusajaya? Dengan bantuan GPS pastinya mudah, so, kalau ada GPS bolehlah guna code ini < N1°26'14" E103°37'2" >. Walaubagaimanapun, saya akan bantu juga anda yang lain yang belum ada GPS untuk pergi ke taman tema di negeri saya ini. Bangga nie.... hehehe...
- Dari Johor Bahru/ CIQ/ Singapura melalui Tambak Johor, melalui jalan sepanjang Danga Bay, belok ke kanan selepas nampak Tune Hotel masuk ke Nusajaya, anda akan nampak papan tanda ke yang banyak menunjuk arah ke LEGOLAND. LEGOLAND akan berada di sebelah kiri sebelum sampai ke Kota Iskandar.
- Dari Singapura melalui Tuan Second Link, anda hanya perlu memandu selama 10 minit sahaja. Masuk ke laluan keluar 'EXIT 312' sehinggalah anda akan nampak LEGOLAND Malaysia.
- Sekiranya anda dari negeri lain. Semestinya anda melalui Lebuhraya Utara Selatan. Ataupun anda datang menaiki kapal terbang (bagi yang dari Sabah, Sarawak atau dari luar negara) , anda perlu turun di Lapangan Terbang Senai. Oleh itu daripada Lebuhraya Utara Selatan, sila masuk ke laluan keluar 'EXIT 253' terlebih dahulu iaitu papan tanda yang menyatakan Tuas/ Nusajaya/ Pontian/ Tanjung Pelepas, kemudian masuk ke laluan 'EXIT 312' dan anda akan nampak dengan jelas LEGOLAND Malaysia.
Tiket masuk pula, saya tak berapa pasti. Tapi khabarnya untuk sekali masuk, dewasa akan dikenakan RM110 (Citizen) dan kanak-kanak RM80 (Citizen). Untuk tiket tahunan, dimana anda boleh masuk setiap hari berharga RM240, dan yang ni tak pasti untuk citizen atau pelancong.
Sebagai rakyat JOHOR, saya tak terlepaskan peluang untuk menjengah ke LEGOLAND. Dan pastinya ramai yang berada di Johor sudah masuk meninjau taman tema Legoland sebelum pembukaannya secara rasmi hari ini. Taman Tema ini telah dibuka secara tidak rasmi untuk rakyat jelata tercinta sejak 25 Ogos tempuh hari. Tapi... janganlah jelous dulu, sebab masa kami masuk tempoh hari LEGOLAND belum dibuka sepenuhnya, so memang kami tak dapat main langsung. Cuma dapat meninjau-ninjau jer. Semua permainan masih sedang diuji. Akan datang, pasti lebih meriah apabila beberapa lagi taman tema akan didirikan di kawasan sekitarnya.
Jom tengok apa yang ada kat dalam Taman Tema Legoland dari kaca lensa kami.
Putarajaya
Masjid Abu Bakar
Bukit Timbalan
Dataran Bandaraya Johor Bahru
Bandaraya Singapura
Ni di hadapan restoran
Mr. Sleepy... giler kuat dia berdengkur
Aqil ditelan Singa
Madam Tweety
Okey... boleh pilih 1 mainan saja
Idaman Danish, actually dia nak beli yang harga RM1000++ tu
Selepas shoping barang dalam LegoShop
Ni di hadapan surau
Ni depan tandas
Mr.Papa our photographer
Kredit gambar juga diberikan pada kawan saya : Ajid
24 comments:
wahhh..seronoknyaa.!
mcm tak percaya kan semua tu di buat dari lego..
hebat betul..!
kreatifnya diorg buat replika bangunan tu semua. teringin nak pegi. ;)
Bestnya kl bleh bawak Khalish pi sana."
wah dah p sana eh...jeles ni........
best sangat!!
Wahh detail betol entri cim..hihi..terliur rasa deqla nk ke sana...hihi
Saya pegi hari ni...yey..jom dear...:)
wah bestnyer...nak pergi juga nanti...ni kena gosok laki lebih sikit nk ajak pergi ni...ngeeeee
cantik betul tempat dia.... hadoi,.teringin nak pergi.
wah seronoknya ...walhal dkt je dgn umah kita...huhuhu
mmg dr kecik smpi skg mmg minta gle men lego..bngg sbb msia ada lego land
best laaaaaaaaaa dh jejak kaki ke sane.. huhu
teringin ke sana !
depan tandas pun jadikk ye CiM.hehehe
jeles nya awai sggh dia smp sana :)
mmg tingin nk p sana tp biar2 lah dulu.skrg suma tgh teruja mesti jem giler kan..insyaallah nti mesti smp sna.hehehe
berkira2 bila nk pergi ni
seronoknya..jelesnya..C.I.M dah pergi
bestnye...xsbr nk pegi nnti
wow mcm best jer..teringin nk pi sana..
Ahhh, nak pergi sana.........
menarik..tiketnya pun leh tahan haqganya..
wahwah. bestlah org johor. kite tak dapek lah nak ke sane.
mau tak mahai tiketnyer sbb tempatnya mmg menarikkan?bukan senang nak buat satu2 ngan lego..kena pakai tenaga pakar n kreatif..
best laaaaaaaaaa dh jejak kaki ke sane.. huhu
Thanks for the info, planning nk gi lg two weeks...heheh..
http://mysweetielovely.blogspot.com/
Post a Comment