17 February, 2013

Meteor Jatuh di Rusia



Stop sekejap update N3 keje kahwin. Sambil mengedit-edit gambar, saya menghadap televisyen jeling-jeling Niteline TV3. Terkejut dengan berita Meteor jatuh di Moscow, Rusia. Saya dengan segera mencari video seperti yang ditontonkan di Niteline tadi...nah jumpa pown.



Dah ramai jugak yang tengok video nie, tadi dah cecah 13juta lebih dalam masa satu hari.


Kejadian berlaku pada awal pagi Jumaat. Ya Allah...apa benar kiamat sudah semakin menghampiri kita? Ini baru serpihan kecil, sudah mencederakan lebih seribu orang menurut berita TV tadi serta ada juga bangunan yang rosak. Subhanallah!!!!!

Meteor berkenaan dilihat melintasi langit dan meninggalkan kepulan putih yang boleh dilihat sejauh 200 kilometer. Malah penggunaan telefon bimbit juga dilaporkan terganggu akibat impak meteor berkenaan. Pihak berkuasa Chelyabinsk melaporkan penduduk yang cedera kebanyakan akibat terkena serpihan kaca. Menurut Akademi Sains Russia pula, meteor itu dianggar seberat 10 tan.Ia memasuki atmosfera Bumi pada kelajuan sekurangnya 24,000 kilometer sejam dan hancur kira-kira 30 hingga 50 kilometer di atas permukaan bumi, katanya dalam satu kenyataan.

Ya Allah....semoga bumi kita Malaysia dilindungi dari bencana-bencana sepeti ini. Tapi, jika itu kehendak Mu Ya Allah, kami redha.

اللهم حوالَيْنَا ولا علينا، اللهم غَيْثًا مُغِيثًا، لَا مُهْلِكًا وَلَامُدَمِّرًا
Bermaksud : Ya Allah, kesampingkan (bencana) ke sekeliling kami dan bukan ke atas kami. Ya Allah, jadikanlah hujan sebagai rahmat, tidak memusnahkan dan tidak menghancurkan.

Marilah juga kita sama-sama membaca Surah Al-Falaq untuk memohon perlindungan pada Tuhan yang memelihara seluruh makhluk yang memberi keamanan dari segala kejahatan makhluk.


Amin...semoga kita semua dilindungi....







:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

8 comments:

Cik Ai said...

ai baru je tahu CiM..
masyaAalah..moga kita semua di jauhkan..sesungguhnya kuasa Allah melebihi segalanya..

Chic Na said...

tu baru meteor kecik. Nauzubillah. kawan sy yg belajar kat sana bagitau. Alhamdulillah tempat dia selamat.

Miss N™ said...

Dah tgk. mmg laju jtuhnya..kalau besar hancur bumi kita...

YaAllah...!

Unknown said...

ya Allah! takotnye! ni la antara tanda hampirnya kiamat kan kak..

Mrs Velentine said...

Betul tue...ini salah satu tanda2nya

9n0L4 said...

baru tahu jugak ni. takutnye. mintak jauhkan la sume ni kan.

dya nasir said...

semoga kita dijauhkan dri semua tu..

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

takut tengok

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...