04 May, 2013

Sudah Bersedia?

Tinggal 6 jam sahaja lagi sehingga tamat tempoh berkempen. Fenomena 4-5 tahun sekali ini akan berakhir esok. Selepas ini kita tak akan lagi lihat kenderaan-kenderaan mengibarkan bendera merentasi jalan-jalan raya, tiada lagi anak-anak muda di bibir-bibir jalan dengan memegang papan tanda meminta pemandu lain membunyikan hon, tiada lagi convoi-convoi kereta dengan pelekat wajah-wajah pemimpin idola mereka, tiada lagi ceramah-ceramah memenuhi taman-taman permainan, dan yang paling penting...... tiada lagi perbalahan di laman-laman sosial, kutuk mengutuk sesama sendiri, umpat-umpat, keji-mengeji.

Esoklah harinya. Mari kita pakat keluar ramai-ramai menuju ke pusat-pusat mengundi yang ditetapkan dengan hanya membawa kad pengenalan masing-masing. Tentukan pemimpin kita, kerana andalah penentu masa hadapan.

Suka lirik lagu ni.... sesuai sangat untuk generasi Y.

Jom kita mengundi
Jom kita mengundi
Jom kita mengundi
Jom kita mengundi

Jom kita keluar mengundi
Jalan tanggungjawab negara demokrasi
Jangan kata tiada masa
Atau politik bukan untuk kita

Jom kita keluar mengundi
Tentukan siapa pemimpin kita
Pangkahlah calon berjiwa waja
Supaya negara bebas berdikari

Jom kita mengundi
Jom kita mengundi
Jom kita mengundi
Jom kita mengundi

Jom kita keluar mengundi
Kalau tidak kita yang rugi
Mandat diberi kepada yang berwibawa
Memacu negara kearah jaya

Oh.. Jom kita keluar mengundi
Generasi muda ayuhlah pergi
Masa depan ditangan kita
Peluang ini jangan disia

Jom kita mengundi
Jom kita mengundi
Jom kita mengundi
Jom kita mengundi
Jom kita mengundi
Jom kita mengundi

Lagu : Tomok
Lirik : Dato Mohd Ashraf Abdullah

《Yang paling seram bila teringatkan peristiwa 13 Mei 1969》


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

10 comments:

Unknown said...

slmt mengundi kak
aah undilah pemimpin yg terbaik
sure esok byk yg post jari kene cat..hehe
lepas tu xde dgr lagi dah keji mengeji lam fb, blog..sesak nak baca..hohoho

Bunda_nora said...

SALAM UKHUWAH DARI BUNDA...SELAMAT MENGUNDI...

nini said...

tak sabar nak tahu keputusan undian..hehe

ReramaBiru said...

selamat mengundi..semoga dapat buat pilihan yg terbaik..*tak cukup umur lagi* :(

Miss N™ said...

selamat mengundi kak.. :)
InsyaAllah..esok Nur akan turun mengundi... :)

Lagu tu mmg best.. :)

Cikrosecute said...

Selamat mengundi....lagu mengundi tue best..

Si Matatajam said...

Nyanyi ngan penuh semangat tu

Unknown said...

deqla suka lagu ni... ;)

Anonymous said...

macam ala2 hari raya pulakkan

9n0L4 said...

mengundi, tunaikan tjwb. org yg tak ngundi, takyah ckp byk. hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...