13 September, 2013

LAGI-LAGI MEKDI

Salam Jumaat.... Hari yang paling barakah dalam 7 hari.
Semoga kita mendapat keberkatan dalam menghirup udara percuma dari Yang Maha Esa.

Lagi isu mekdi pagi ini. Buka-buka fb dah ramai yang protes sebab ada pihak yang menimbulkan kembali isu mekdi ini. Sebab ada banyak tugasan pagi ni, jadi saya ignore jer. Then masa tiba waktu makan tengahari, di wasap ada yang up kan lagi isu ini. Memandangkan saya ada banyak group, so, saya tabik spring pada group kejiranan saya yang menyambut baik hal ini, dan perbincangan antara kami sangat positive. Pada kami, apalah sangat dengan mekdi ini. Tak makan pun tak mengapa.

Tapi.....bila saya post kan pasal mekdi ni di salah satu group semata-mata untuk perkongsian semua, malangnya ramai yang suam-suam kuku saja. Kenapa?? Hai lah kawan....tak jadi kebulur, tak jadi mati, kalau tak makan mekdi.







Saya ada alasan tersendiri kenapa saya dah berhenti makan mekdi sejak 2 tahun ini. Alhamdulillah, anak-anak saya tidak banyak kerenah. Jawapan pada mereka sudah diberi, untuk anak yang sulung juga, dia mengkaji. Terima kasih anak-anak mama kerana memahami keperitan orang lain dan tak pernah merasa rugi tak pergi makan di mekdi. Bagi yang mengikuti blog ini, pasti dah tahu kenapa saya sekeluarga tidak makan mekdi.

Okay....ini petikan yang kononnya baru, dibaca pada pagi ini;

"Berita Penting ... Majlis Kehakiman Islam ( MJC ) dan IQSA telah menarik balik
pengesahan daripada McDonald. Acccording ke pejabat dapur di Florida , Amerika
Syarikat , kajian ke dalam bahan-bahan McDonald telah menunjukkan bukti positif
bahan babi yang dipanggil " LM10 " digunakan dalam Mayo McDonald . Pegawai Afrika
Selatan McDonald telah mengesahkan bahawa semua bahan-bahan berasaskan sos
yang diimport dari Amerika Syarikat. (Muslim) pengguna dinasihatkan untuk menahan
diri daripada McDonald. Majlis Kehakiman Islam ( MJC ) dan IQSA juga telah menarik
balik pensijilan di seluruh negara. Ia adalah tanggungjawab anda untuk memberitahu
orang lain .... Mereka makan ia makan " Haram MAKANAN ". Jadi jangan memberitahu
Lain-lain.

JAZAQ - ALLAH Khair !"

Kalau dilihat pada keratan akhbar di atas, saya nampak tarikhnya pada 2011. Mungkin isu ini sudah sangat lama, cuma baru sahaja diserap masuk ke media Malaysia. Walaubagaimanapun, tahun atau masa tak berapa penting bagi saya. Mungkin ada yang akan kata......U TAK KESAHLAH.... SEBAB U MEMANG TAK MAKAN LAGI. So, kenapa? Kalaupun saya dah takkan makan lagi mekdi ni, ini tak bermakna saya tak boleh kata apa-apa pasal perihal makanan ini.

Persoalan saya;
1. Siapa sebenarnya dikatakan mereka-reka cerita dan untuk apa?
2. Siapa sebenarnya yang sepatutnya mengambil tindakan selepas aduan disebar?
3. Siapa sebenarnya dalang yang menyembunyikan hal ini jika ia benar?
4. Apa tidakan kita bila dah tahu ia begitu begini, atau masih teruskan lagi?

Bagi saya......
Bila kita dah tahu, jangan buat-buat tak tahu. Kalau taknak ambil tahu, itu namanya batu. Jadi, adalah elok kita cari tahu kenapa ia dikhabarkan begitu. Kita ada pilihan...

maafjikasayamenyinggungperasaanpeminattegar

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

11 comments:

Unknown said...

hermm maaf, tapi ada betul dia cakap tu, berita laman sosial tak selalunya betul, banyak benda nak kena kaji,

tapi pokok mana yang bergoyang kalau tak ada angin, kan ? saya pun dah lama stop makan mCd nih. ada 2 tahun jugak lah, sebb isu palestin yang dah lama dah,

Chic Na said...

dah lama kot tak makan mc d.. atas sebab2 tertentu juga.. hihi..

recently, dengar2 cheesecake secret recipe pun tak halal ek.. tapi tak sure lagi betul ke tak..

Cendol said...

Salam, Cim tahniah.nice info n good share.saya tak nak jadi batuuuu!!!kita mesti ambik tahu perkara ini.saya dah lama tak makan mekdi kerana BOIKOT !! terang-terangan mereka menumbang pada israel!sedih bila tengok ramai org dalam kedai mekdi tu.rasa angin satu badan.huhh

betul kata Cim,tak makan mekdi tak pa.tak mamp**s pon tak makan mekdi.sekarang dah keluar isu Nothing halal on the menu.memang best la kannn?haihh

lelamaisara said...

memang tak mati pon la tak makan mekdi tu...sya pon dah lame tak p mekdi ni...

Masha Meisters said...

sorry!!!! dah BOIKOT gak mekdi ni.....since yang dyeorng bagi free mekdi satu hari tuuu...
buang karan!!!! memg tak mati pon tak makan...cait! hehe

Nastyna said...

Betul betul, benda yang patut elak, elak jer la kan. Itu la penangan mekdi ni sampai buat orang jadi gian dah tak peduli lain.

Si Matatajam said...

M sekeluarga mmg dah lama boikot mekdi ni... Tak kebulur pun kalau x mkn mekdi

Miss N™ said...

Nur pun lama dah tak mkn mekdi....kalau teringin sgt pun beli beger yg org kita duk buat tu...sedapp.hehehe

Cik Ai said...

dah lama x mkn mekdi,x berapa minat sebenarnya bukan sbb2 tertentu tp mmg dr dulu x gemar dgn mekdi,sejak2 ada sbb2 tertentu lg lah...

Unknown said...

mekdi mmg sedap.. kdg2 boleh gian jadinya.. agak lama jugak la deqla x mkn mekdi.. sebolehnya nak elak jugak bila teringat psl boikot tu...

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

hurmmm en suami suka mekdi ishhh nk kena gtaw kat dia nih...mmg kan xblh mati punyer klu xmkn...tq cim info nih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...