25 March, 2010

DURIAN BELANDA PENAWAR KANSER???

Baru-baru ini pakcik saya telah dimasukkan ke hospital dan menjalani beberapa siri rawatan dan pembedahan. Keadaannya sangat menyedihkan, kalau dahulu beliau sangat periang dan suka menyakat anak-anak buahnya, tapi kini kami semua tak dapat berbuat apa-apa dengan keadaan kesihatannya yang sangat membimbangkan.

Saya pun tidak berapa pasti, penyakit apakah yang dideritainya. Beliau sudah tidak berdaya berjalan, duduk pun tidak mampu, kalau berbaring pun beliau akan mengiringkan badannya. Apa yang saya fahami, beliau menghidap penyakit kanser usus. Tambahan lagi penyakitnya bukan sekadar itu sahaja, sistem pembuangan najis hadapan dan belakang juga sudah tidak dapat berfungsi dengan sempurna.

Oleh sebab itu, saya tercari-cari apakah ada rawatan lain yang dapat membantu beliau. Rumah saya dengan rumah beliau hanya sekadar 5 minit sahaja jika berkereta, tetapi saya tidak berdaya untuk pergi melawatnya setiap hari kerana saya tidak mampu melihat keadaanya begitu. Bak kata orang, berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Walaubagaimanapun saya tetap juga bertandang ke rumah beliau sekurang-kurangnya seminggu sekali sekadar menjenguk untuk bertanya khabar. Di sana, masih ada ibu saudara yang setia menanti dan merawati suaminya. Terharu saya.....

Berbalik pada usaha saya untuk mencari alternatif lain selain daripada rawatan moden, kakak saya telah menceritakan dimana dia telah membaca satu artikel yang diterima melalui email, mengatakan bahawa Durian Belanda merupakan penawar terulung kanser. Benarkah??? Durian belanda???



Selama ini saya sangat gemar memakan durian belanda ini. Rasanya yang masam, mempunyai biji hitam yang licin, keadaan texture isinya yang lembut dan slurrrpppp apabila dimakan (telan saja lah, tak perlu kunyah) dan sedap juga dijadikan jus. Tak pernah tahu pula ia adalah ubat untuk penyakit kanser. Sila baca penerangan yang saya salin daripada sebuah artikel yang di salin juga daripada satu artikel lain;

Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semula jadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat daripada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh di pedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.

Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :

  1. Menyerang sel kanser secara efektif dan semula jadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
  2. Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
  3. Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.
  4. Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil uji kaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

  1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.
  2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!
  3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semula jadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaut keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semula jadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.

The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.

Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semula jadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.


Maka dengan ini, saya akan mengesyurkan Pakcik yang saya kasihi memakan buah Durian Belanda. Dan saya sendiri akan menjadikan durian belanda sebagai buah kegemaran. Bak kata orang, cegah sebelum parah. Almaklumlah, virus kanser lebih menggemari kaum wanita.
:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Darah apa ???


Jom kenali kumpulan darah anda....

Gologan darah A
  1. Orang yang bergolongan darah A ini biasanya berkepala dingin, serius, sabar dan tenang.
  2. Orang yang bergolongan darah A ini mempunyai karakter yang tegas, dipercayai namun keras kepala.
  3. Sebelum melakukan sesuatu perkara,mereka memikirkannya terlebih dahulu serta merancangnya secara matang. Mereka melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan secara konsisten..
  4. Mereka selalu kelihatan menyendiri dan jauh dari orang ramai
  5. Mereka cuba menekan perasaan mereka dan kerana sering melakukannya mereka kelihatan tabah dan cekal walaupun sebenarnya mereka mempunyai kelemahan diri seperti gugup dan sebagainya.
  6. Mereka cenderung keras terhadap orang-orang yang tidak sependapat. Oleh itu, mereka lebih suka berada di sekitar orang-orang yang 'sekepala'.

Gologan darah B

  1. Orang yang bergolongan darah B ini cenderung penasaran dan tertarik terhadap segalanya.
  2. Mereka juga biasanya mempunyai terlalu banyak kegemaran dan hobi. Kalau sedang suka dengan sesuatu biasanya minat mereka menggebu-gebu namun cepat juga bosan.
  3. Tapi biasanya mereka dapat memilih mana yang lebih penting dan utama dari sekian banyak hal yang dikerjakannya.
  4. Mereka cenderung ingin menjadi nombor satu dalam pelbagai bidang daripada hanya dianggap rata-rata. Tetapi mereka juga cenderung melalaikan sesuatu jika terfokus dengan kesibukan yang lain.
  5. Dari segi luaran, mereka kelihatan cemerlang, riang, dan bersemangat. Namun sebenarnya hal itu semua sama sekali berbeza dengan apa yang ada di dalam diri mereka.
  6. Mereka boleh dikatakan sebagai orang yang tidak suka bergaul dengan banyak orang.

Gologan darah O
  1. Orang yang bergolongan darah O,biasanya berperanan memberi semangat dalam suatu kumpulan. Mereka sering bertindak mewujudkan keharmonian di antara anggota kumpulannya.
  2. Sikap mereka kelihatan seperti orang yang menerima dan melaksanakan sesuatu dengan tenang. Mereka pandai menutupi sesuatu sehingga mereka kelihatan selalu riang, damai dan tidak punya masalah sama sekali. Tapi kalau tidak tahan, mereka pasti akan mencari tempat atau orang untuk mengadu.
  3. Mereka biasanya pemurah (baik hati), senang berbuat kebajikan. Mereka dermawan dan tidak segan-segan mengeluarkan wang untuk orang lain..
  4. Mereka biasanya dikasihi dan disenangi oleh semua orang. Tapi mereka sebenarnya keras kepala juga, dan secara rahsia mempunyai pendapatnya sendiri dalam pelbagai hal
  5. Namun, mereka sangat fleksibel dan sangat mudah menerima hal-hal yang baru.
  6. Mereka mudah di pengaruhi oleh orang lain dan dengan apa yang mereka lihat dari kaca TV.
  7. Mereka seperti seseorang yang berkepala dingin dan dipercayai tapi mereka sering tergelincir dan membuat kesalahan yang besar kerana kurang berhati-hati. Tapi hal itu yang menyebabkan orang yang bergolongan darah O ini dicintai.

Gologan darah AB
  1. Orang yang bergolongan darah AB ini mempunyai perasaan yang sensitif dan lembut.
  2. Mereka penuh keprihatinan akan perasaan orang lain dan selalu mengambil berat dan berhati-hati
  3. Namun mereka keras dengan diri mereka sendiri dan juga dengan orang-orang yang dekat dengannya.
  4. Mereka seolah mempunyai dua keperibadian.
  5. Mereka sering menjadi orang yang sentimental dan memikirkan sesuatu terlalu dalam.
  6. Mereka mempunyai banyak teman, tapi mereka memerlukan waktu untuk bersendirian bagi memikirkan persoalan dan masalah mereka sendiri.

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

23 March, 2010

Bagaimana nak menyayangi seseorang.....!!!

Akhir-akhir ni kita banyak mendengar kisah-kisah keretakan rumah tangga, putus kasih sampai ada yang sampai nak bunuh membunuh, putus tunang sebab ada orang ke-3, dan banyak lagi hal-hal yang kadang-kala tak pernah terfikir dikotak fikiran kita. Itu belum lagi kes artis yang turun naik mahkamah, punca bercerai sebab dah tak sehaluan.

Hal nikah kawin ada tarikh luput ker? Itulah kalau benda-benda yang remeh-temeh dalam perhubungan sentiasa diambil ringan oleh sesetengah individu. Apabila sebelah pihak kurang senang dengan sesuatu perkara, tetapi tidak diluahkan malah dipendam. Akhirnya bila sampai satu tahap, dimana tidak dapat disimpan lagi, maka terjadilah satu perbalahan yang besar. Sedangkan puncanya hanya satu perkara yang sangat remeh, contohnya;

- Si suami suka memerap tuala, tidak sidai
- Si isteri tidur berdengkur, yang sangat kuat
- Si suami suka menyerakkan surat khabar
- Si isteri suka membebel, sikit-sikit nak marah

- Sang kekasih lambat jemput keluar makan
- Sang kekasih lambat angkat telefon
- Sang kekasih tidak membalas sms
- Sang kekasih tidak suka pakai stoking

Sangat remehkan punca-punca perbahalan di atas. Tetapi, itulah hakikatnya dan itulah antara sebabnya perpisahan 2 jiwa terjadi. Kalau perpisahan 2 kekasih tak mengapa, tapi kalau perpisahan antara suami isteri macam mana? Kerana benda remeh yang tidak diselesaikan dengan bijak dan cepat, maka berhadapanlah mereka dengan benda yang rumit dikemudiannya.

Bila sudah bercerai, banyak benda nak dilakukan;
- Pengesahan cerai di mahkamah
- Perebutan hak penjagaan anak
- Pembahagian harta sepencarian
- Pemberian nafkah
- Berusaha untuk hidup baru

Jadi, untuk mengelakkan anda menghadapi masalah-masalah di atas. Nasihat saya, selesaikanlah masalah yang remeh-temeh dalam perhubungan secepat mungkin dalam keadaan yang santai dan tidak bertegang. Kalau masih tidak ada penyelesaian, cuba berenggang untuk sementara waktu sehingga rindu tercipta. InsyaAllah, jika ikatan kasih sayang yang dibina itu suci, maka pasti ada bahagia.....

Tip-tips menyayangi pasangan agar kasih yang tercipta kekal abadi hingga ke Syurga

Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telah pun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.

Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.

Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.

Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.

SEMOGA BERBAHAGIA

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...