14 August, 2010

Buang Bayi... Apa kesudahannya?

Salah siapa?
Apa yang mendorong?
Kenapa tak dapat dibendung?
Sanggupkah anda melihat bayi-bayi ini?
Apa perasaan anda?


Bukan untuk menuding jari kepada sesiapa, tetapi sebagai manusia saya rasa hiba dan sayu bila saban hari kita melihat ada saja kes pembuangan bayi dari segenap pelusuk negara. Sudah hilangkah sefat perikemanusiaan dalam diri kita semua?

Saya sendiri tidak tahu menjawab soalan-soalan yang ditujukan oleh anak saya yang berumur 3 tahun.....

Mama, kenapa baby tu ada semut?
Mama, kenapa baby tu terbakar?
Mama, kenapa baby tu berdarah?
Mama, kenapa baby tu tidor dalam longkang?
Mama, kenapa baby tu tak pakai baju?
Mama, kenapa baby tu dalam plastik?
Mama, saper yang buang baby tu dalam sampah?

Dalam hati ku hanya dapat bedoa agar hal ini tidak terjadi dalam keluarga kami. Amin...

Ya-Allah, lindungilah keluarga dan keturunan ku dari terjebak ke dalam kancah ini.
:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Perkara-peraka sunat dilakukan dalam Bulan Ramadhan


Hari ini sudah hari ke-3 kita berpuasa, 3 hari yang saya lalui sangat menyegarkan, walaupun ada sedikit terperanjat sebab kena makan dalam kuantiti yang banyak pada waktu pagi. Biasanya kalau melakukan puasa sunat, saya hanya ambil makanan untuk mengalas perut sebelum tidur (lebih kurang pukul 12tgh mlm atau 1pg). Tapi kerana tuntutan bersahur di bulan Ramadhan, kenalah gagahkan juga diri untuk bangun awal untuk masak...almaklumlah sudah bekerluaga. Alhamdulillah, suami bukan orang yang cerewet, dia makan sahaja apa yg saya masak.

Hari kedua puasa, saya mengalami loya-loya dan sedikit termun*** secara tiba-tiba. Tak batal puasakan kalau muntah secara tak sengaja. Hurrmmmm...nasib baik masih boleh bertahan hingga ke Maghrib walaupun berpuasa dengan perut kosong. InsyaAllah,,,kalau kita sudah berniat puasa, pasti akan dapat menahan lapar dan dahaga.

Menjalankan ibadah puasa mengikut tututan agama atau mengikut ikutan? Perkara ni sangat berbeza, bagi orang Islam (yg benar2 Islam) mereka berpuasa kerana tuntutan agama. Menjalankan ibadah puasa seperti yang diwajibkan dalam Rukun Islam. Menuruti segala tatasusila berpuasa, melakukan perkara2 sunat untuk menambahkan pahala puasa, dan bukannya sekadar menahan lapar & dahaga. Ruginya kalau kita sekadar berpuasa tetapi tidak solat, meluahkan kata-kata kesat, melakukan dosa-dosa kecil, tidak menjaga mata, jadi maknanya puasa hanya sia-sia. Hanya dapat lapar sahaja.

Marilah kita lalui hari-hari seterusnya dalam Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini dengan melakukan perkara-perkara tambahan yang dapat memberikan kita segala nikmat di dunia dan di akhirat...

Antara perkara-perkara sunat dalam puasa:

1) Menyegerakan berbuka puasa apabila telah yakin waktu berbuka.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Allah berfiman: Hambaku yang lebih Aku cintai adalah mereka yang menyegerakan berbuka”.

2) Makan sahur walaupun sedikit.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Makan sahur itu berkat, oleh kerana itu jangan kamu tinggalkan, walau hanya sekadar meneguk seteguk air, kerana Allah merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat mendoakannya”.

3) Melambatkan makan sahur iaitu lepas drpd tengah malam & sblm waktu imsak.

4) Berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis.

5) Memperbanyakkan membaca Al-Quran.

6) Memperbanyakkan sedekah.

7) Beriktikaf siang hari dalam masjid.

8 ) Menghadiri majlis-majlis ilmu.

9) Menyediakan makanan untuk berbuka untuk orang-orang berpuasa.

10) Jangan bersugi (berus gigi) setelah tergelincir matahari ke arah barat sehingga terbenamnya matahari kerana boleh memakruhkan puasa.

Macam, mudah sangat kan nak buat perkara-perkara sunat ni? So, kalau nak dapat pahala lebih tu, kenalah buat tiap hari sepanjang Ramadhan ni yer. Tapi Wan gerenti kamu memang boleh buat punya lah. Tak gitu? Apa-apa pun, Wan harap agar entri ini memberi manfaat kepada kita semua. InsyaAllah. Dan akhir kata dari Wan, jangan berani ponteng puase yer.

Hurrrmmmm....nampak macam mudah saja kan? Tapi kalau anda (termasuklah saya) rasa perkara-perkara di atas sangat mudah, marilah kita sama-sama lakukannya dengan penuh keikhlasan di sepanjang Bulan Ramadhan ini. Mudah-mudahan segala yang saya kongsikan hari ini dapat memberi manfaat pada kita semua. Amin......

Yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t., yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri. Wassalam....


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

11 August, 2010

Selamat Melalui Bulan Ramadhan...Bulan Penuh Keberkatan

Assalammualaikum....
Lama tidak menukil di sini, rindu rasanya.

InsyaAllah esok kita akan berpuasa. Bagi rakan-rakan yang berugama Islam, laluilah setiap hari di bulan Ramadhan dengan penuh keikhlasan agar mendapat keberkatan dari Allah s.w.t. Jauhilah diri dan peribadi kamu dari segala kejahatan dan kemungkaran. InsyaAllah...

Malam-malam di Bulan Ramadhan akan menjadi lengkap sekiranya kita dapat meluangkan masa mendirikan Solat Tarawikh yang menjadi sebahagian dari tuntutan selain berpuasa di siang hari. Mari kita berkongsi fadhilat disebalik setiap malam-malam Ramadhan;



Fadhilat bagi setiap malam Ramadhan lebih-lebih lagi bagi yang mendirikan solat Tarawikh dan solat malam;


Malam pertama (1)
Dosanya keluar seperti ia baru dilahirkan oleh ibu.

Malam kedua (2)
Dosanya diampuni, begitu juga dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin.

Malam ketiga (3)
Dipanggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan ‘mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu ‘.

Malam keempat (4)
Pahalanya sama seperti orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.

Malam kelima (5)
Pahala seperti orang yang solat di Masjid al Haram di Mekah, Masjid an Nabawi di Madinah dan Masjid al Aqsa di Palestin.

Malam keenam (6)
Seperti pahala orang yang tawaf di Baitullah, batu-batu serta pasir turut sama memohonkan ampun baginya.

Malam ketujuh (7)
Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Fir’aun dan Haman.

Malam kelapan (8)
Diberi oleh Allah segala apa yang pernah diberikan kepada Nabi Ibrahim.

Malam kesembilan (9)
Seperti pahala beribadat kepada Allah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W

Malam kesepuluh (10)
Dikurniakan oleh Allah kebaikan di dunia dan akhirat.

Malam kesebelas (11)
Bersih dari segala dosa seperti baru dilahirkan dari kandungan ibu.

Malam kedua belas (12)
Muka bercahaya di hari Kiamat.

Malam ketiga belas (13)
Datang di hari Kiamat dengan keadaan aman dari segi kejahatan.

Malam keempat belas (14)
Disaksikan oleh malaikat jika telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari kiamat ia akan dibebaskan oleh Allah dari segala mudarat.

Malam kelima belas (15)
Diminta ampun oleh para malaikat yang memikul Arasy dan kerusi.

Malam keenam belas (16)
Dibebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga.

Malam ketujuh belas (17)
Diberi pahala seperti pahala para nabi.

Malam kelapan belas (18)
Diseru oleh para malaikat bahawa Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tuamu.

Malam kesembilan belas (19)
Diangkat darjatnya ke dalam syurga firdaus.

Malam kedua puluh (20)
Diberi pahala para syuhada dan solihin.

Malam dua puluh satu (21)
Dibina rumahnya dari nur di dalam syurga.

Malam kedua puluh dua (22)
Di hari Kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan.

Malam kedua puluh tiga (23)
Dibangunkan sebuah kota untuknya di syurga.

Malam kedua puluh empat (24)
Pahala seperti dua puluh empat permohonan dikabulkan.

Malam kedua puluh lima (25)
Dihapuskan dari seksa kubur.

Malam kedua puluh enam (26)
Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun.

Malam kedua puluh tujuh (27)
Dapat melintasi sirat dengan laju bagaikan kilat menyambar.

Malam kedua puluh lapan (28)
Allah mengangkat dengan seribu darjat.

Malam kedua puluh sembilan (29)
Seperti pahala seribu haji yang mabrur.

Malam ketiga puluh (30)
Dipersilakan oleh Allah makan buah-buahan syurga dan mandi dengan air salsabil serta minum dari telaga Kausar.
:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...