25 August, 2010

Betulkah Marikh akan menjadi sebesar Bulan pada 27 Ogos 2010???

Betul ke Marikh sebesar Bulan pada 27 Ogos ni?
Edit PDF Print E-mail
Written by Shah
Wednesday, 22 August 2007

Sudah menjadi trend sejak tahun 2003, menjelang saja tarikh 27 Ogos, akan muncullah email yang berbunyi seperti di bawah:

[Collected via e-mail, July 2007]

*Two moons on 27 August*

27th Aug the Whole World is waiting for...*

Planet Mars will be the brightest in the night sky starting August.

It will look as large as the full moon to the naked eye. This will cultivate on Aug. 27 when Mars comes within 34.65M miles of earth. Be sure to watch the sky on Aug. 27 12:30 am. It will look like the earth has 2 moons. The next time Mars may come this close is in 2287.

Share this with your friends as NO ONE ALIVE TODAY will ever see it again.


[Collected on the Internet, 2003]

The Red Planet is about to be spectacular! This month and next, Earth is catching up with Mars in an encounter that will culminate in the closest approach between the two planets in recorded history. The next time Mars may come this close is in 2287. Due to the way Jupiter's gravity tugs on Mars and perturbs its orbit, astronomers can only be certain that Mars has not come this close to Earth in the Last 5,000 years, but it may be as long as 60,000 years before it happens again.

The encounter will culminate on August 27th when Mars comes to within 34,649,589 miles of Earth and will be (next to the moon) the brightest object in the night sky. It will attain a magnitude of -2.9 and will appear 25.11 arc seconds wide. At a modest 75-power magnification Mars will look as large as the full moon to the naked eye. Mars will be easy to spot. At the beginning of August it will rise in the east at 10 p.m. and reach its azimuth at about 3 a.m.

By the end of August when the two planets are closest, Mars will rise at nightfall and reach its highest point in the sky at 12:30 a.m. That's pretty convenient to see something that no human being has seen in recorded history. So, mark your calendar at the beginning of August to see Mars grow progressively brighter and brighter throughout the month. Share this with your children and grandchildren. NO ONE ALIVE TODAY WILL EVER SEE THIS AGAIN

Buat pengetahuan semua, maklumat yang diceritakan di dalam email-email tersebut adalah palsu. Cuba kita lihat kenapa..

Asal munculnya kisah ini bermula pada tahun 2003. Tetapi entah macam mana, ia kekal dihantar setiap tahun walaupun maklumat di dalamnya sudah outdated atau terkebelakang.

Rujuk cerita yang sama yang muncul tahun-tahun sebelum ini.

* http://www.falak-online.net/myportal/content/view/35/58/
* http://science.nasa.gov/headlines/y2005/07jul_marshoax.htm
* http://www.skyandtelescope.com/news/home/3523496.html


Planet Marikh memang berada pada jarak yang amat dekat dengan Bumi pada 27 Ogos 2003. Ketika itu, Marikh berada 56 juta km daripada Bumi, dan jarak ini merupakan yang terdekat sejak hampir 60,000 tahun. Pada ketika itu, Marikh kelihatan hampir 6 kali lebih besar daripada biasa. Namun 6 kali ini masih terlampau kecil untuk kelihatan sebesar bulan dengan mata kasar! Kekeliruan mungkin timbul kerana jika kita melihat Marikh menerusi teleskop berkuasa sekitar 75 kali, ia akan kelihatan cukup indah dan besar, seolah-olah sebesar Bulan di langit. Tetapi kena ingat, kita perlu melihat Marikh menerusi sebuah teleskop untuk melihat keadaan demikian.

Adakah Marikh akan hanya dekat dengan Bumi setiap tahun? Jawapannya tidak. Marikh dan Bumi akan saling kejar-mengejar di dalam orbit masing-masing dan setiap 2 tahun 2 bulan, Bumi dan Marikh akan berada paling hampir antara satu sama lain. Oleh itu, tidak timbul persoalan Marikh dan Bumi berada dekat pada tarikh 27 Ogos setiap tahun!!

Jadual di bawah merupakan tarikh ketika Bumi dan Marikh berada hampir antara satu sama lain dari tahun 1999 hingga 2020.

24 Apr 1999 Jarak 0.58 AU
13 Jun 2001 Jarak 0.45 AU
28 Ogo 2003 Jarak 0.37 AU
7 Nov 2005 Jarak 0.47 AU
24 Dis 2007 Jarak 0.59 AU
29 Jan 2010 Jarak 0.66 AU
3 Mac 2012 Jarak 0.67 AU
8 Apr 2014 Jarak 0.62 AU
22 Mei 2016 Jarak 0.50 AU
27 Jul 2018 Jarak 0.38 AU
13 Oct 2020 Jarak 0.42 AU
(Kiraan oleh perisian Skymap Pro versi Cool

1 AU merupakan skala jarak antara Bumi dan Matahari

Jika kita perhatikan tarikh-tarikhnya , tidak ada sebarang ulangan tarikh 27/28 Ogos tersebut. Dan bagi tahun ini, Bumi dan Marikh akan berada dekat pada 24 Disember nanti!!

Asal usul emel

Pada tahun 2003 tersebut, Marikh memang bersinar amat terang, seperti sebuah lampu oren yang menyala. Tetapi ia tetap bukan sebesar Bulan.

Jika dibandingkan dengan Bulan, Marikh "kelihatan" 75 kali lebih kecil daripada Bulan.

Kemudian, hasil daripada perbandingan tersebut, mulalah seseorang tu menyatakan, jika Marikh 75 kali lebih kecil dari Bulan, maka jika kita besarkannya sebanyak 75 kali, mestilah nampak sebesar Bulan!"... maka dari situ mulalah muncul ayat yang mengatakan "Marikh akan kelihatan sebesar Bulan dengan mata kasar"

Hasil daripada kehebatan teknologi internet, maka emel tersebut mula tersebar ke seluruh dunia, dan berubah-ubah isi kandungannya. Sehinggalah ia diringkaskan menjadi "Marikh akan kelihatan sebesar Bulan dengan mata kasar", tanpa mencerita kisah pembesaran 75 kali tu...
Tahun-tahun berikutnya, tarikh kejadian asal 27 Ogos 2003 itu pun berubah sehingga menjadi "27 Ogos" sahaja. Malah, ada yang rajin, siap ditambah tahun kepada tahun yang terkini.

Kesimpulannya, kejadian Marikh menjadi sebesar Bulan pada tarikh 27 Ogos nanti adalah palsu dan tidak boleh dipercayai.

Wallhualam ......

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

21 August, 2010

~~~Erti Hari Ini ~~~

Dalam meniti hari-hari indah di Bulan Ramadhan ini, aku terfikir, bagaimanakah keadaan anak-anak di Semenanjung Gaza. Bagaimanakah keadaan mereka bersahur, berpuasa dan berbuka. Tenteramkah jiwa mereka saat mendirikan solat terawih? Adakah sama dengan kita disini.... Huhh,,, tak mungkin sama.

Kita disini rakus membeli juadah berbuka di bazar Ramadhan. Bila tiba waktu berbuka, kita sibuk menghabiskan juadah sehingga ada yang terlepas solat Maghrib. Bila sudah tidak larat lagi, terus mengabaikan solat Terawih. Alangkah ruginya kita yang disini jika tidak memanfaatkan keamanan, tidak menjalani hari-hari yang indah dengan melakukan perkara-perkara yang baik.



Kawan-kawan, janganlah kita mengeluh selalu. Keluhan mu itu sungguh tidak terbanding dengan segala penderitaan yang dilalui oleh anak-anak di Semenanjung Gaza.







:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

15 August, 2010

Puting Beliung di Bazar Ramadhan Jasin, Melaka

Subhanallah.....
Itulah saja ungkapan yang dapat saya ucapkan tatkala melihat berita mengenai puting beliung yang terjadi di Bazar Ramadhan Jasin, Melaka. Menurut berita ada 2 orang yang meninggal dunia, tetapi bila saya ke Google search, sudah berbaris berita, gambar, video mengenai tragedi malang ini. Dan terdapat juga berita yang mengatakan 3 orang didapati meninggal dunia dan beberapa orang tercedera termasuk pengunjung dan peniaga.

MasyaAllah....
Kebesaran Allah, Dia yang memberi rezeki, Dia jugalah yang berhak menariknya kembali, Dialah yang berhak ke atas segalanya di muka bumi ini. Tak dapat dibayangkan keadaan sebenar di tempat kejadian. Hanya orang-orang yang berada di situ sahaja yang dapat merasai betapa cemasnya dan kelam kabut beberapa ketika saat puting beliung itu membadai.

Kejadian berlaku pada hari ke-3 umat Islam berpuasa iaitu 3 Ramadhan 1431H bersamaan 13 Ogos 2010 yang jatuh pada Hari Jumaat, waktunya lebih kurang pukul 4 petang. Pasti ada hikmah di sebalik kejadian, hanya Allah sahaja yang mengetahui. Jangan kita cuba membuat andaian tersendiri kerana yang buruk itu datangnya dari dalam diri kita dan yang terbaik itu datangnya dari Allah s.w.t.

Wassalam, Salam Takziah kepada seluruh ahli keluarga peniaga dan pengunjung Bazar Ramadhan Jasin, Melaka. Al-Fatehah kepada mangasa yang telah pergi mengadap Illahi... Innalillahiwainnailaihirajiunn.....

Di bawah ni sebahagian gambar sebelum, ketika dan selepas tragedi. Selebihnya anda bolehlah mencarinya di You Tube untuk gambaran yang lebih jelas:
You Tube Searh engine :
Tragedi Puting Beliung Bazar Ramadhan Jasin, Melaka [3 Ramadhan 2010] - Part 1/3
Tragedi Puting Beliung Bazar Ramadhan Jasin, Melaka [3 Ramadhan 2010] - Part 2/3
Tragedi Puting Beliung Bazar Ramadhan Jasin, Melaka [3 Ramadhan 2010] - Part 3/3



Bulatan merah menunjukkan kanopi yang diterbangkan oleh puting beliung.


Salah seorang mangsa yang tercedera dalam tragedi malang tersebut dan juga seorang mangsa (belakang) yang dipercayai telah meninggal dunia di tempat kejadian


Keadaan huru-hara dan tunggang terbalik


Habis juadah jualan berserakan...sudah tiada rezeki.


Gambar yang diambil pada waktu malam selepas terawih, masih belum dikemaskan kawasan kejadian walaupun sudah berlalu lebih kurang 6 jam.
:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...