Hari ini aku melangkah ke satu arena baru dalam hidup. Tapi langkahan ini merupakan langkahan bersama (seperti biasa dengan suami tercinta)........Hurmmmmm.......
Nak cakap tak nak erkkkk....? Mmmmm...taknak lah, MALU :p
Hurmmmm takpa lah, nanti lama kelamaan orang akan tahu juga. Tapi harini memang tak nak cakap lagi sebab tengah nervous sangat ni, tak tau betulkah langkahan ini. Adakah langkahan kami di atas landasan yang betul. Harap kami tak tegelincir di tengah jalan.
Naik Lagi!!!!!!!!! Huh, tahun lepas ntah berapa kali naik, ni belum seminggu jejak 2011 dah naik lagi. Naik sepuluh sen pulak tue, means dari harga sekarang RM2.30, esok akan jadi RM2.40 seliter. Kalau tangki kereta aku tue sebelum ni penuh RM78, maknanya esok-esok kena standby RM82 untuk penuhkan tangki. Hurmmmmm....walaupun bezanya RM4 jer, tapi kalau tangki penuh guna 3 hari, means sebulan RM40.
Kenapa tak guna RON95? Banyak orang tanya soalan tu kat saya, tapi saya cuma geleng kepala jer. Kalau nak jawapan jugak, saya akan jawab ak mahu ambil risiko. Bila saya jawab macam tue, orang akan ketawakan saya dan kenakan saya balik...."Kerajaan dah bagi yang murah tak mahu" sambil ketawakan saya.... saya akan jawab balik "Tak apa, nanti kalau kamu tahu kenapa, pasti kamu berhenti ketawakan saya"
Malas nak cakap banyak...tapi nak cakap jugak.
Bila minyak naik, harga barang akan naik. Sekarang ni pun dah ada ura-ura minyak masak nak naik harga. Sampai tergamak peniaga sembunyikan minyak. Kesian peniaga-peniaga restoran dan gerai-gerai. Macam mana nak berniaga? Makan ulam ajerlahhhhhh....
Bila minyak naik, harga barang akan naik. Alasannya kos pengangkutan meningkat. Tengoklah nanti, roti canai kosong yang harga 70sen tu pun akan jadi 80sen. Macam mana tue? Minyak naik 10 seliter, tapi roti sekeping makan tak kenyang pun naik seposen. Makan lempeng ajerlahhhhhh....
Bila minyak naik, harga barang akan naik. Ehhhh....salah-salah. Harga tiket mesti naik. Harga tambang teksi mesti naik jugak. Nasib baik banyak pemandu teksi dah guna gas. Tapi, mereka tetap naikkan harga coz ambil kesempatan. Macam mana tue? Naik basikal OK jugak, macam kat Vietnam tue. Kayuh ajerlahhhhhhhhhhhh........
Minyak asyik naik jer, tapi pendapatan perkapita tak naik-naik. Jumlah penduduk yang menjawat taraf Miskin Bandar pasti akan meningkat. Macam mana nak teruskan hidup nie?????? Berserah saja? Biar saja apa 'mereka' buat pada kita? Sedangkan yang kaya akan menjadi lebih kaya, tapi yang miskin akan menjadi semakin melarat.
Malas nak cakap dahhh.... Jom baca entry saya mengenai RON95 : http://cintaitumisteri.blogspot.com/2009/09/ok-ker-ron95.html
Hari ini aku di kejutkan lagi dengan khabar seorang sahabat yang sedang terlantar sakit di hospital. Yang lebih mengejutkan lagi, sahabat yang masih belum berkahwin ini telah menjalani pembedahan membuang kedua-dua belah ovari. Bermakna salah satu sistem dan fungsi kewanitaannya sudah tiada lagi, harapan untuk mendapatkan anak setelah berkahwin hanya tinggal harapan. Sedih mendengarnya....
Kadangkala aku terfikir, bagaimana penyakit-penyakit ini datang. Apakah puncanya, adakah kerana pemakanan, persekitaran ataupun kitaran hidup aktif seseorang.
Apakah makanan yang boleh menyebabkan menjangkitnya penyakit-penyakit kronik ini?
Petang ni aku nak pergi melawat dia di Hospitan Pakar Abdul Samad Johor Bahru... Tapi rasanya tak dapat, jadi aku bercadang nak pergi esok saja selepas bekerja dengan kawan2 yang lain.
Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menghadapi dia. Dia yg selalu aku kutuk, dia yg selalu aku marah, dia juga yang selalu aku tarik muka masam. Harap dia tak apa-apa dan boleh sembuh seperti sediakala dan kembali bekerja, kembali menjadi kawan gaduh aku....